Sebelum membaca entry ni dengar lagu ni dulu, which used to be one of my favourite (1996-zaman lepas SPM).
It's all about the money - Meja (pronounce as Meya)
Mula-mula aku nak ucapkan tahniah kepada kakitangan sokongan dalam perkhidmatan awam kerana kerajaan dengan murah hati memberi bantuan kewangan sebanyak RM500 yang akan dibayar sebanyak dua kali. Bagi aku yang tak dapat ni, aku tak berapa kisah sangat kerana Encik Al Malik pun dapat. So, at least kitaorang berkongsi laa sesama sendiri. Lagipun, rezeki kami murah bulan ni sebab Encik Al Malik dapat duit terpijak. Aku mungkin dapat 1/3 daripada wang tersebut. Sukanya akuuuu....
Seperti yang aku kata di atas, aku tak kisah dengan 'ketidakdapatan' wang tersebut. Aku siap ucap tahniah lagi dengan guru-guru yang ada kat sekolah aku. Siap mintak belanja lagik. Ahahahahah!!! Biasa laa, aku ni muka tebal skit. Tapi ada laa jugak cikgu yang perli merli ni. Macam susah sangat kami ni kalau tak dapat duit tuh. Seperti aku kata tadi, aku tak kisah. Nak perli, perli laa. Tak effect mende pun.
Mata duitan
Macam aku cakap kat salah seorang rakan aku, rezeki masing-masing. Apa yang kita tak de orang lain ada. Apa yang kita ada, mungkin orang lain tak de. Duit RM500 memang banyak bagi sesetengah orang, tapi tak kekal lama. Tapi ilmu, walaupun seciput besar maknanya. Bak kata pepatah orang putih yang kadang-kadang nak gelap (tan), "give a man a fish, and you feed him for a day. Teach him how to fish, and you feed him for a lifetime". Oleh itu, cari lah ilmu banyak-banyak. Dengan ilmu jugak aku boleh berblog. Tak ramai tau cikgu sekolah aku yang boleh berblog ni. Pandai baca ramai laa. Hahahahah! Mungkin dengan ilmu, walaupun tak boleh jadi billionaire dapat hidup sederhana pun cukup lah. Ye, kesederhanaan kan amalan Rasulullah SAW.
Lagi satu, nak rezeki murah dermalah secara ikhlas. Kekadang dengan seposen kita akan dapat rezeki yang melimpah-limpah. Ia bukan terhad kepada pengemis atau anak yatim. Kadang-kadang tolong anak murid sendiri pun boleh. Belanja member-member pun kiranya salah satu kebajikan. Kalau kita bagi duit, duit laa yang kita akan dapat nanti, kalau bagi makanan, makanan laa kita akan dapat nanti. Petikan ni aku amik daripada member aku masa USM dulu, Farizah Azmah Ridzuan (sampai sekarang aku suka sebut nama dia dengan binti2 dia sekali). Tapi aku tau lama dah perkara ni daripada arwah mak aku sendiri sebab Almahrum suka buat kebajikan terutama anak murid sendiri. Almahrum selalu pesan kat anak-anak, dermalah kat masjid walaupun seposen, lepas tuh insyaAllah rezeki kita akan lebih murah.
Dalam minggu ni aku ada laa cuba nak praktikkan teori tersebut. Aku pi bazar ramadhan, di antara gerai-gerai tuh ada laa satu kotak untuk masukkan duit derma. Tatau derma apa, sama ada anak yatim atau bina masjid. Tapi dalam ramai-ramai orang tuh tak de laa plak orang jaga kotak tuh. Dan tak de laa plak orang nak curi kotak tuh. Mungkin sebab keberkatan bulan Ramadhan, tak de laa orang nak jadi pengganti setan nak curi kotak tuh. Maka, aku yang lepas membeli makanan yang aku tatau apa yang aku beli, aku masukkan laa duit baki dalam tuh. Tak silap aku RM1 jer kot. Dalam dua atau tiga hari lepas tuh kami ke KL, nak uruskan pasal rumah Encik Al Malik. Tetiba Encik Al Malik dapat cheque daripada pemaju rumah tuh. Tak de laa banyak sangat (tapi lebih banyak ler daripada duit bantuan tuh) ada laa dalam 4 digit. Walaupun itu duit Encik Al Malik sendiri, tapi itu namanya rezeki kan? Boleh laa buat beraya. Aku pun dapat duit raya awal sebab masa raya Encik Al Malik tak de. Suka! Sebab tahun lepas aku tak dapat...hoho!
Hence, berbanyak-banyak laa buat kebajikan. Aku pun terfikir nak bayar zakat macam-macam ni. Zakat pendapatan laa, zakat emas laa. Itu lebih baik daripada gaji dipotong cukai. Sapa-sapa belum bayar zakat fitrah lagi tuh, pergi laa bayar cepat2. Pi jer tempat shopping complex, mesti ada orang tukang kutip zakat nih. Hoh, aku punya dah setel Encik Al Malik bayarkan...


aisyohhhh.. pasal bonus seciput pun mau bising ka?... 500 jek ma.. lekat celah gigi pun tak rasa.. bersyukur diam2 dah la..
erm yg dapat pun banyak bunyi..yang tak dapat kalau berbunyi pun kena tak berbunyi pun kena....adoooooiiiiaaaaaaaiiiiiiiiii
ell jay: biasa lah. manusia ni takkan pernah cukup
cikgu cute: dok diam2 jer. buat tatau sudah. rezeki masing2 kan? nanti bila kita ada lebih jangan ler plak kita bising2. dok diam2 dah. kalau bising nanti orang akan kata riak plak...
Post a Comment