Niat hari ni nak berbuka dengan kuey teow kerang yang aku idam-idamkan sejak awal minggu. Tapi Encik Al Malik mengajak makan di luar. Lagipun kami nak membeli belah barang-barang keperluan yang telah habis di rumah seperti sabun membasuh baju, kicap, beras, listerine dan lain-lain yang tak berapa perlu sangat jika dicekau semasa membeli belah nanti. Perjalanan pertama ialah mengambil duit dahulu di bank, dengan erti kata lainnya ialah mencucuk duit. Selepas itu pergi membasuh kereta di drive thru di Jalan Changkat Jong.
Lepas basuh kereta acu je nak masuk Gergasi, Encik Al Malik kata, pergi ler berbuka dulu dah nak masuk pukul 7:00. Kona ke New Town. Tengok macam ramai sangat orang. Jadi aku cadangkan kepada Encik Al Malik supaya pergi Gergasi dulu. Kita berbuka dengan kurma yang di bawa.
Masuk jer Gergasi, Encik Al Malik lak lupa bawak kurma. Dia kata, biarlah. So, kitaorang pun cekau barang-barang yang ada dalam list dan juga off the list. Biasa ler, nak raya ni beli lampu lip lap lah, biskut raya laa dan macam-macam adaaaa. Lepas bayar aku pusing2 First Lady. Adoi, banyak baju lawa-lawa, tapi kami belum berbuka lagik.
Jadinya kami terus ke Pizza Hut. Masa tuh orang dah ramai balik. Lega lah konon. Kami ke meja yang belum kemas. Nak kemas meja tuh amik masa 10 minit. Itupun aku yang angkat ke meja lain. Lepas tuh baru ler menu sampai. Aku kata, lap meja ni yer. Aku ingat ke boleh ler 'menganggah' sup dulu. Rupa-rupanya pizza sampai dulu. Itupun 1/2 jam kami tunggu selepas awek ni tanya, dah order ker kak? Aku jawab ler, dah order tapi tak sampai lagik ler. Mulut aku tak berhenti membebel selepas 15 minit menunggu. Dah ler tuh, banyak benda yang kami order tak de dalam bil. Itu tak kisah ler. Tak payah kami bayar lebih. Sampai Encik Al Malik kata, tempat jer baru tapi servis di takuk lama. Ye lah, Pizza Hut Teluk Intan ni memang rentung sehangit hangitnya. Dari dulu lagi macam tuh. Servis lembab bangat.
Warga Teluk Intan sekalian, kalau nak makan Pizza Hut tuh tok sah ler makan kat Teluk Intan. Pi makan kat Manjung. Kat sana servis lebih elok dari sini. Way too fine than here. Kalau nak jugak makan, take away je. Itu lebih cepat. Lepas order tuh pi ler mana-mana. Itu yang aku buat laa. Lebih baik order telefon. Tapi tak sampai ler kat taman aku.
Baik makan kuey teow kan? Cepat dan murah...

Post a Comment