Seperti biasa tengahari selepas balik dari sekolah, aku akan tidur tengahari. Aku ni kanak-kanak. Perlu tidur selama 8 jam sehari. Kalau malam aku tidur 6 jam, petang aku kena tidur 2 jam. Kalau hujung minggu lagik dahsyat. 10 jam, macam baby lak.
Dan tengahari tadi aku bermimpi. Aku mimpi arwah mak aku. Dalam mimpi tuh arwah mak aku tengah sedih. Almahrum kata dia redha (kalau kawan aku yang kenal aku secara fizikal dan mental diaorang tau apa yang berlaku terhadap mak dan ayah aku). Almahrum pun kata dia tak kisah. Apa yang ayah aku buat pun, almahrum tetap sayang ayah aku. Nak kata mainan syaitan, bulan2 puasa ni syaitan kena ikat. Jadi, aku rasa roh arwah mak aku memang datang pada aku hari ini.
Macam selalu, kalau aku mimpi arwah mak aku, aku akan menangis. Kaw-kaw punya menangis, siap teresak-esak laa. Kali ni aku masih menangis, tapi air mata cuma bergenang je. Aku rasa aku mimpi mungkin sebab aku rindu. Lagi-lagi bulan puasa. Rindu sangat nak berbuka puasa kat kampung. Kalau hari raya, aku rindukan rendang yang arwah masak untuk dicicah dengan lemang. Setiap hari raya pulak arwah akan buat biskut cornflakes, yang memang lain daripada edisi kedai. Tahun ni aku akan cuba buat biskut cornflakes tuh. Untuk kasi adik-adik aku merasa. Kalau tak sama pun hampir-hampir sama pun jadilah.
Kesimpulannya, kenangilah jasa ibu anda selagi dia masih ada. Sekian, terima kasih.



salam.
just hopped in. my eyes got a little bit teary after reading the post abt your mother...most people, incl. moi, get reflected during ramadhan. al fatihah.
do you remember me, kak emi?? anyways, Salam to ALL your family members. Will convey your salam to my parents. thank you
Selamat berpuasa.
p/s: pardon my broken English on your Mom's post. Will rectify it soon!! :D
Post a Comment