While watching David Blaine's magic on AXN about his attempt to catch a bullet...
Encik M: (Muka serius) Ni lepas dia tangkap peluru ni semua orang keliling dia mati.
Puan E: Ehh, ye ke? Sebab apa?
Encik M: Haa laa...mati ler. Mati akai (mati akal).
Puan E: Ohh, ye ke? (terus cubit lengan Encik M)
Monday, January 25, 2010
Catch That Bullet!
Who's that tennis player?
Semasa makan malam di Restoran Fatimah (sebelah Shell S4), tiba-tiba Encik Al Malik berkata "Abang dok ingat balik ni, sapa nama pemain tenis tadi,". Laa...ingat lagik beliau tentang perkara tersebut. Lepas tuh beliau berkata "Haa, Abang tau dah...Stefan Edberg!". Aku pulak kata "Bukanlah, Stefan Edberg hensem lagik, muka lonjong...nantilah balik kita google...".
Balik dari membeli blah dari TF, aku bukak laptop, nak cek FB. Encik Al Malik suruh aku cari nama player tuh. Aku search image Stefan Edberg, aku betul. Lepas tuh aku BERUSAHA mencari nama ex player tuh. Cari punya cari aku jumpa satu site tentang all-time male tennis player...
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa.....rupa-rupanya nama dia Jim Courier. Patut laa tak ingat, seingat aku Encik Jim ni empat kali je menang Grand Slam. Yang bestnya, kami ni berusaha bersungguh-sungguh nak cari nama mamat nih.
Ini Encik Stefan
Ini Encik Jim
Thursday, January 21, 2010
The Face! The Book! The Madness!!!
Aku guna FB di sekolah semasa free. Kadang-kadang aku bukak, masukkan status, komen sini sana...huha huha, lepas tuh tinggal macam tuh aje (dalam nak membazirkan elektrik sekolah) sebab nak ke kelas atau buat kerja lain. Semua status member aku tak kira lama atau baru kalau aku rasa sesuai aku komen. Ahh, aku suka, sukati aku lah kan. Anyway, that's not the issue. Apa yang aku nak cerita kat sini bukan berkenaan aku tetapi berkenaan dengan dua rakanku di sekolah.
Dengan kepakaran Encik Kamal dan router WIFI milik aku (yang lama dah rosak), maka guru-guru yang mempunyai laptop sekolah dapat mengakses internet di seluruh kawasan sekolah (thanks to him and ME...huahuahua!!!). Ada guru yang berFB di bilik guru, ada di bilik pemulihan, aku di makmal komputer dan si M dan N Bilik Agama of course. Yang tak de atau tak bawak laptop mereka masih dapat berFB di pusat akses.
Nak jadi cerita, hari ni aku buat survey pada guru-guru ni sama ada mereka nak gunakan makmal atau tidak kerana aku dah malas buat jadual untuk semua guru kerana ada yang tak pernah nak guna makmal langsung. Tak kisah laa tuh. Senang untuk aku. Anyway, aku masuk laa Bilik Agama nak tanya ustazah-ustazah ni termasuk Cik I kerana ketiga-tiga guru J-QAF ada di situ. Semasa aku masuk, aku nampak si M dan N tengah khusyuk mengadap laptop mereka. Sorang mengadap kiri, sorang mengadap kanan; membelakangi sesama sendiri. Perghhh...berdedikasi betul mereka ni. Buat kerja tak toleh kiri-kanan langsung.
Aku tersalah puji ler plak. Aku ternampak mereka tengah berFB. Ok lagi tuh...yang aku tak tahan, DIAORANG NI CHAT SESAMA SENDIRI!!! Padahal diaorang tuh dok dalam bilik yang sama, siap berlaga punggung lagik. Aku gelak jer kat diaorang ni. Ape je daaa kawan-kawan aku nih...Dah kemaruk FB plak.
Itu ler gelagat kawan-kawan aku. Walaupun ustazah tapi diaorang bleh masyuk punya!!! Ohh, N...jangan lupa pinjamkan anak ko kat akak ya? Haha!!!
Posted by emmii at Thursday, January 21, 2010
3 comments Labels: Friends, Funny, School

Posts Relacionados
Sunday, January 17, 2010
1 Malaysia vs Bahasa Kebangsaan
Suatu petang semasa dalam perjalanan ke Sungai Besar....
Radio: (Intro lagu)
Encik M: Hah, cuba teka lagu apa nih?
Puan E: (Mengangkat bahu tanda tak tahu) Ntah tatau.
Encik M: (Dengan konfidennya) Hah, lagu 1 Malaysia!
Radio: "Gunakanlah Bahasa Kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai..."
Puan E: (Sambil memandang ke arah Encik M dan menunjuk jari telunjuk ke muka Encik M)
Ahahahahahahahahahahaha!!! Salah....(sambil nyanyi) Gunakanlah Bahasa Kebangsaan kita...lalalalalalala...
Iskk...tak baik betul Puan E nih...kesian Encik M. Lepas ni Puan E kena mintak maaf kat Encik M...hehehehehehe...
Saturday, January 16, 2010
This Game and Me
Dua hari kemudian, hati aku terdetik untuk mencari rakan-rakan lama daripada team softball USM. Ewah, Softball USM siap ada facebook sendiri. Maka, aku click sini click sana. Add ler mana-mana aku kenal. Dulu aku memang rapat dengan diaorang sehinggakan aku dah kerja (masih bukan guru) aku masih berlatih bersama mereka. Saje-saje jer, sambil tolong junior-junior ni berlatih. Lagipun ni laa satu cara untuk aku bersenam. Daripada bulat aku jadi lonjong (skang ni bulat balik).
Bukan sahaja teammates yang aku jumpa, ex-coaches pun aku jumpa jugak. Ingat jugak diaorang kat aku. Salah seorang coach, Mr Loh agak rapat dengan aku sampai boleh pi borak kedai kopi sama-sama. Cikgu Iqbal lak ingat lagi apa yang diaorang dera kami. Tapi aku rasa aku tak didera, instead aku dera coach-coach tuh balik. Aku dulu agak nakal.
Sekarang ni, aku merupakan seorang guru di sebuah sekolah luar bandar pula memperkenalkan softball kepada anak-anak ini. Tapi tahun ni softball tidak 'diadakan' diperingkat daerah mahupun negeri kerana masalah bajet (pale bapok pok-pok nih!). Apa-apa pun aku akan mencari pelapis untuk tahun depan. Mana tau kot-kot ada balik.
Sejarah aku bermain softball bermula di peringkat sekolah menengah. Ketika itu aku berada di tingkatan 4. Masa tuh aku mewakili sekolah dalam ping-pong. Siap jadi pengerusi kelab ping-pong lagik. Tapi kawan-kawan rapat aku masuk softball. Bila dengar cerita diaorang tentang permainan ni maka aku berminat nak join sekali sebab masa tuh coach-coach agak hensem. Ahahahahaha...teruk betul aku nih!
Tahun seterusnya: form 5, aku join laa kelab softball ni. Ehh, best jugak game nih. Aku digelar "heavy batter" (pemukul kuat, bukan pemukul berat) tapi aku tidak berapa bagus dalam throwing and catching. Dalam position, aku jadi short-stop, satu position yang memerlukan skil menangkap bola yang tinggi dan juga berlari mengejar bola kiri, kanan, atas dan bawah. Letih laa jadi SS ni. Tapi aku berjaya mewakili sekolah dan disebabkan itu juga seorang junior yang pernah bermain pada tahun lepas tak berjaya mewakili sekolah. Faktor kroni juga memainkan peranan.
Cerita panjang jadi pendek, sekolah kami berjaya mendapat no.3 diperingkat daerah (dulu mana ada kelompok-kelompok, terus daerah je). Aku ada laa buat run seround dua. Ada jugak buat kesilapan bodoh, mati di home plet. So, aku berhajat tinggi. Nak main pulak diperingkat U.
Masa matrik aku tak main sofball langsung. Takde kaki dan semua kawan-kawan kaki belajar. Ada jugak laa aku join volleyball, dan sebab tuh aku kurus balik. Bila dah kurus balik, spike aku boleh buat. Haha!!!
Bila aku 1st year baru laa aku dapat main untuk Desa Kembara. Dua tahun aku main untuk Kembara. Tahun ketiga dan keempat (extend year) aku main lak untuk Desa Bakti. Tapi tak pernah juara. Dapat no. 2 je. Bila aku keluar dari team Kembara diaorang lak menang juara. Hampesnya terasa...Tapi aku ada buat homerun seround dua. Kan heavy batter...
Aku mewakili Whackees (team seftball USM pompuan) masa tahun 1. Masa tuh jadi pemain belen je sebab senior yang conquer. Jadik laa asal ada tempias. Posisi tetap SS. Tahun kedua aku . MASUM tak de laa kot. Tahun 3 aku tak masuk team sebab kaki terseliuh, bila dah sihat diaorang dah pilih team dah. Nak marah jugak aku kat longkang tuh....
Tahun keempat laa bermula segala-galanya. Ketika itu aku extend. Kami semua pernah pergi Perlis semata-mata nak lawan friendly, guna duit sendiri lak tuh. Pada tahun itu jugaklah aku diperkenalkan dengan Mr Loh dan Cikgu Iqbal. Mr Loh merupakan coach Penang dan pernah juga pergi oversea lawan team luar negara. Peringkat apa aku tak pasti. He's the best coach of all!!!
Masa MASUM kami bermain di UPM. Tak dapat apa-apa pun sebab kami main-main. Main suka-suka. Termasuk laa bebudak laki (Highlanders) main asyik nak perkena orang termasuk umpire-umpirenya sekali. Tapi kami semua seronok.
Tahun seterusnya aku dah abis belajar tapi tetap mengikuti perkembangan teammates. Time lunch aku akan ke bilik diaorang, makan skali. Bila diaorang kena main untuk MASUM di UiTM, aku ikut sekali, naik bas guna duit aku sendiri. Di sana aku jadi penyokong, pemerhati dan scorer.
Agak lama juga aku tinggalkan dunia softball hinggalah aku jadi cikgu. Kebetulan tahun aku posting ialah tahun kelab softball SKTB ditubuhkan. Pucuk dicita ulam mendatang masuk mulut. Bila tahun keempat aku di sini baru laa aku berani nak hantar team. Dua tahun dah masuk dua-dua dapat no.4. Jadi laa, kurang2 ada pendedahan untuk diaorang.
So, skang ni aku rasa aku dah gian nak main balik. Aku skang tengah cari kelab softball berdekatan. Kat Sitiawan ada tapi jauh lagipun aku segan sebenarnya. Tapi kalau belah sini tak de aku redah aje...Mana tau slim balik lepas main softball ni. Haha!!!
Monday, January 11, 2010
Hait, arigatohhhh!!!
I told my sis, Amni about it. She's the "all Japanese" fan, like me but she's more into it. She said, kenapa tak pergi Sushi King? Giant punya tak fresh laa. Ohh, begitu ke?
Last weekend, I went shopping at Giant. Although the stuffs quite expensive but my husband wanted to collect the coupons to get a frying pan. Ape daa...I told my husband I want to buy some sushies from Sushi King. Dengan muka tebalnya, I told the cashier that this is my first time I buy a sushi. Kononnya. So, I asked her to choose the best sushi for me. If not mistaken I bought Sanma Kabayaki (sweet grilled eel, recommended by the cashier but I do not like it), Ebi Fry (deep fried prawn), Egg Mayo (mashed egg with mayonnaise) and Tori Karage (deep fried chic nuggets with mayo).
At home (after meal) I tried the sushies. Ehh, quite ok laa. Especially after mix it with soy sauce and wasabe. I do not dare to try the raw fish yet. Takut tak boleh masuk. I like Tori Karage and the husband likes Ebi Fry. He said expensive but as for me the price is quite ok (for food lovers, I didn't mind the price). Looking forward to try something else, probably their ramen...ohh, edamame too (insipred from Shin Chan comic).
Friday, January 08, 2010
1 Malaysia (Yeah, right!)
Suara kecil aku ini tidak mampu untuk menggegarkan negara mahupun dunia, tetapi pendapat aku tindakan-tindakan tersebut sudah melampau. Terdengar pula dari PT sekolah aku, pekeliling yang diterima pada hari ini menyatakan bahawa guru-guru secara sukarela boleh memotong gaji mereka dan ia disalurkan di dalam KWAMP. What the hell? Kalau macam tuh baik lah aku bagi sendiri kat anak-anak yatim atau miskin. Tetapi gaji kami tidak besar manapun. Yang patut dipotong gaji dahulu ialah gaji pak-pak menteri nih. Dapat potong RM1000 sebulan pun dah ok. Yelah, nak rakyat ikut, kena jadi contoh dulu.
RMT pula dikurangkan kepada 110 hari (tak silap aku) daripada 190 hari. Adakah pihak atasan ni ada fikir, mereka ni mengambil hak-hak rakyat miskin dan mungkin sebahagian daripadanya adalah anak-anak yatim. Ehh, bukan ke berdosa mengambil hak-hak anak yatim ni? Macam Nabil cakap, 'Lu Pikir La Sendiri?"
Mengenai SBT pula, aku lebih kasihankan anak-anak bangsa kita yang duduk dikampung ni. Di mana lagi pengetahuan tambahan yang akan mereka perolehi melainkan SBT. Aku tidak peduli tetang wang yang diperolehi melalui SBT tetapi tidak semua guru berfikiran macam aku. Pendapat aku, tak payah lah mansuhkan terus SBT tuh. Nak potong kos, kurangkan bilangan pelajar untuk SBT atau dapat RM8 sekepala pun tak pe.
Dalam bidang sukan pula, aku dengar hanya olahraga dan bolasepak sahaja akan dipertandingkan. Kesian sungguh pada budak-budak yang mempunyai kemahiran dalam bidang sukan yang lain. Adakah anda semua sedar bahawa Malaysia 'tidak kuat' dalam olahraga dan bolasepak? Betul kata Shebby dalam Jozan Episod 3, "Kalau sesiapa nak menceburi dalam bidang bolasepak, lupakan sahaja. Instead, join squash, badminton atau bowling sebab kita kuat apa dalam ketiga-tiga sukan itu,". Kononnya kedua-dua sukan ini popular sebab itu yang lain dimansuhkan. Ehh, apa dah jadi dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan JASMANI?
Ada juga khabar angin mengatakan mungkin Cola dan ITP akan ditarik balik. Hah, elok le. Harga barang naik, nak tarik pulak elaun-elaun yang ada. Lepas tuh aku dengar juga daripada rakan guru, sesiapa dari Semenanjung kalau nak posting ke Sabah/Sarawak elaun pindah takde. Kena pakai duit sendiri. JPN kata kerajaan tak de duit.
Mana hilangnya duit-duit tersebut?
Aku merupakan salah seorang peminat F1. Tak kiralah pasukan mana, tetapi dari dahulu aku minat Raikonnen. Bukan sebab dia handsome ok? Sebab dia cute aje. Heheheh. Bila diumumkan Malaysia pun mahu menyertai pada tahun ini ramai yang kagum dan takjub dengan usaha Malaysia untuk menaikkan imej negara dalam industri automotif negara. TETAPI, berbaloikah???
Untuk pengetahuan anda-anda semua, pasukan ternama yang sentiasa menang iaitu Ferrari dan McLaren membelanjakan sebanyak USD400 juta (USD bukan RM) manakala pasukan kecil-kecilan yang menang sekali-sekala seperti Torro Rosso dan Sauber pula sekitar USD75 juta. Bagaimanapun mulai musim ini FIA telah mengumumkan budget cap kepada semua pasukan di sekitar USD40 juta untuk menjimatkan kos operasi setiap pasukan. Tetapi budget cap ini tidak meliputi bayaran gaji dan kos enjin.
Menurut Encik Google, Ferrari membelanjakan USM44 juta untuk gaji dan USD175 juta untuk enjin. Pasukan kecil-kecilan pula USD5 juta untuk gaji dan USD15 juta untuk enjin. Kos yang dipaparkan ini pula tidak termasuk dengan kos pembinaan ibu pejabat pasukan yang mana menelan beratus juta dollar lagi.
Adakah berkemungkinan untuk mencapai prestasi hebat dengan bajet yang rendah?
Setakat ini masih tiada rekod. Pasukan Minardi yang berbelanja di bawah USD35 juta telah gagal dan terpaksa dijual. Pasukan Brown yang khabarnya bajet rendah juga masih belum mengeluarkan penyata kewangan. Mungkin di sini kita nampak rasional mengapa Tony Fernandes- jaguh kos rendah dipilih sebagai pengurus pasukan (itupun nak beli West Ham lagi tuh. Duit sapa laa dia pakai)
Ada yang berkata projek ini mampu meningkatkan imej negara dan syarikat-syarikat yang terbabit. Tetapi imej hanya akan menjadi bagus sekiranya pasukan F1 kita memberikan persembahan yang baik. Kalau setakat cukupkan korum sahaja, bukan sahaja imej tidak meningkat sebaliknya menjatuhkan lagi. Sekali lagi percaturannya besar.
Bagi yang menyokong atas dasar projek ini akan menyumbang kepada teknologi Proton, kita patut sedar akan satu perkara. Tidak semua otai-otai pengeluar kenderaan nak masuk F1. Mitsubishi, Audi, VW dan Ford tidak ambil port tentang F1. Malah Hyundai dan Kia- jenama kereta yang sudah menjadi global ini pun tidak berminat dengan F1. Mungkin kerana kos yang mahal atau mungkin kerana teknologi yang bakal diperolehi tidak bersesuaian dengan kenderaan mereka?
Kenapa pula Petronas tak nak taja pasukan 1Malaysia ni? Dari segi komersil, mana-mana syarikat minyak pun tak nak taja enjin Cosworth (peminat-peminat enjin tau laa, siapa tak minat memang tatau...nampak sangat enjin ni tak glamer). Sebaliknya Petronas lebih berminat menjadi penaja utama Pasukan F1 Mercedes GP. Kalau aku tanya korang pun kereta mana korang ndak, Mercedes ke Proton korang akan pilih mana? Toksah tipu laa cakap nak Proton sebab kereta buatan Malaysia.
Pemandu pertama dan kedua 1Malaysia merupakan orang asing. Mungkin mereka lebih berpengalaman tetapi sedarkah bahawa kita menyalur keluar wang kita sendiri. Tengoklah, duit rakyat Malaysia yang membayar cukai bayar gaji bangsa asing. Encik Fairuz Fauzy cuma menjadi pemandu ketiga. Dapatlah tunjuk prestasi itupun kalau Trulli dan Kovalainen kena demam selsema.
Mungkin kita tidak patut bersifat pesimis mengenai projek F1 1Malaysia. Tetapi optimis membabi buta tanpa melihat kepada realiti sebenar mungkin akan menyebabkan kita membayar harga yang mahal kelak dan jelas dan nyata, kita sudah mula membayar harga tersebut. Ini baru dalam bidang pendidikan. Belum lagi dalam bidang-bidang dan kementerian lain.
Dengan duit beratus juta dan imej negara dipertaruhkan, apa yang pasti ianya projek yang berisiko tinggi. Nak glamer punya pasal, anak bangsa sendiri tergadai. Contohilah negara-negara maju seperti Arab Saudi dan Denmark. Mementingkan education dan medical. Siap kasi free lagik. Bagi aku, janganlah dikacau budget pendidikan kerana pendidikan anak-anaklah yang akan menentukan masa depan negara kelak.
Ini ler buat aku respek terlebih kat Tok Guru. Tak jadilah tukar alamat tempat mengundi....
Posted by emmii at Friday, January 08, 2010
2 comments Labels: Issues, Pissed Off

Posts Relacionados
Wednesday, January 06, 2010
3 Mussels Song
Tuesday, January 05, 2010
Macam-macam Ada!!!
Hari ni merupakah hari pertama persekolahan. Tahun ni aku dapat mengajar Tahun 4 dan Tahun 1 dalam matapelajaran bahasa mat saleh dan " apa??? ahli musik???". Kedua-duanya kelas yang sama. Memang aku sengaja menempah maut nak mengajar tahun 1 tahun ni semedang aku yang buat jadual. Bukan apa, daripada aku mengajar tahun 6 yang terpaksa mengorbankan cuti dan hujung minggu baik ler aku amik tahun 1. Bukan aku bersikap malas atau menidakkan sikap pengorbanan seorang guru tapi untuk tahun ini dan tahun depan aku nak berehat. Aku mahu lebih banyak meluangkan masa bersama suami tersayang kerana beliau pun selalu outstation. So, kalau beliau cuti tapi aku takde, macam mana nak luangkan masa? Lagipun tahun ini aku cuba nak hamil, lalu berehat dan lebih kerap honeymoon adalah optionnya. Kurang-kurang kalau cuti tak dikacau aku boleh pergi klinik atau hospital.
Uhh, jauh aku lari tajuk. Ada jugak budak darjah 1 yang menangis riau. Budak Pra ada gak. Paling tak best budak darjah 1 ni tak kasik mak dia balik. Mak dia betul laa...tunggu ler anak dia dalam kelas. Aku lak tak selesa nak mengajar. Nak kasik 1st impression susah. Malas nak berlakon. Aku kata esok tinggal jer anak tuh. Nanti kitaorang tau ler nak buat macam mana.
Tahun 1 tahun ni banyak cabaran berbanding tahun 1 yang aku mengajar sebelum ni. Anak cikgu 3 orang, anak kakak kantin dua orang. Anak cikgu = anak linda, anak kak fila dan anak ustaz. Tapi aku tak kira, nakal atau tak dengar cakap, aku marah jugak. Hari ni dua kali aku marah anak linda, anak kak fila dan anak makcik kantin sorang nih. Sekali semasa nak perhimpunan. Ada ke nak duduk atas kerusi yang sebaris dengan kerusi cikgu nih? Aku melaung dari jauh. Bukan marah sangat pun. Kali kedua aku marah sebab masa aku suruh sekelas beratur pergi makmal sebab nak menyanyi diaorang bertiga ni dah lesap. Rupa-rupanya diaorang ni dah cargas pergi dulu ke makmal. Mentang-mentang dah tau kat mana tempatnya dan itu jugak tempat diaorang bermain selepas sekolah masa tadika tahun-tahun lepas. Kali ni aku marah betul. Rasa lawak pun ada. Bila bagitau Kak Fila, dia gelak jer.
Apa yang akan terjadi seterusnya? Kita tunggu episod hadapan di waktu dan hari yang sama minggu hadapan!!!

Posted by emmii at Tuesday, January 05, 2010
0 comments Labels: Daily Review, School

Posts Relacionados
Sunday, January 03, 2010
Vehicle Situations
Clue: Homosapiens
Encik Al Malik kata lori itu laju tapi aku menafikannya kerana laluan tersebut kenderaan memang tak boleh dipandu laju. Tapi aku rasa lori tersebut memang dekat jaraknya dengan kami dan membrek di saat terakhir yang dilakukan oleh Encik Al Malik pemandu lori tersebut menggelabah lalu brek saat akhir jugak. Dan disebabkan kenderaan itu berat, ia menggelincir lalu menghentam belakang kereta kami.
Kami semua melaporkan kejadian di Balai Polis berdekatan. Encik Al Malik dapat ditenangkan. Ye laa, beliau tak yah risau apa-apa. Insurans ditanggung sepenuhnya oleh lori tersebut. cuma kena kerja lebih laa skit. Pemandu lori itu pun sporting. Dan kami kecewakan tow truckers kerana kereta masih dapat dipandu dan kereta masih baru, maka kami insist nak guna spare part original. Lagipun insurans lori tu...susah hape kan?
Dalam dua minggu aku memandu kereta ini kerana kami difahamkan oleh pihak Honda kereta ini disimpan selama sebulan. So, Encik Al Malik dengan bermurah hati menghadiahkan aku sebijik motor scooter Y-NLC untuk ke tempat kerja nanti. Semalam kereta dihantar ke bengkel Honda, dan motor diambil. Maka, naik ler kami suami isteri dari Manjung ke tempat kediaman dengan hujan renyai tak renyai. Bontot aku gatal sebab seat keras sangat. Tapi naik motor ni boleh pecah lemak bontot dengan peha....
Gambar kedua lak. Ialah sepasang kekasih sedang berendek di buaian hadapan rumah aku. semasa aku baru balik dari tempat kejadian Banyak chantek! Mentang-mentang tuan rumah (jiran aku) tak de. Aku suruh Encik Al Malik sound, tapi beliau kata nanti berdendam lak. Kami tenung jer laa dulu sebagai langkah pertama. Tak berapa lama kemudian, mereka blah. Nak tengok racing kot. Nasib baik cerah...tapi maksiat tetap maksiat ler cerah ke gelap.
Itu jer laa jawapan persoalan gambar-gambar tersebut. Hah, tepat dan mantap apa! Korang rugi RM20.00. Hahahahahaha. Tak pe, nanti ada lagi soalan macam ni. Aku buat sebulan sekali ler...
