Friday, July 31, 2009

Family Day Season 1

Esok Hari Keluarga sekolah aku. Tapi aku rasa macam tak de mood jer nak pegi. Tak macam tahun2 lepas di mana aku rasa tak sabar-sabar nak berhari keluarga walaupun tahun pertama buat kat skolah, tapi masih aku rasa seronok. Kali ni aku rasa macam malas jer nak pergi walaupun duit penginapan dah bayar (mahal nak mampos, tak pernah aku dok resort 3 star semahal ini). Actually, aku tak kisah laa dengan price tuh selagi aku mampu bayar sebab dalam setahun 3 kali jugak laa aku ke hotel untuk bercanda dengan suami aku. By the way, that's not the story. Aku tak de mood bukannya apa. Skang ni sekolah aku tengah huru-hara. Bukan huru-hara pasal kerja tapi pasal personal matters. Aku malas laa nak cakap kat sini. Nak keterangan lanjut pegi kat website member aku, Budak Pompuan Kulim.



Aku sebenarnya dah lama tak berapa gemar sangat dengan Taiko KGK nih. Awal-awal aku mengajar kat sini aku dah difire olehnya kerana menghukum anaknya sendiri. Kebetulan masa tuh dah cuti semester, maka dia sound aku kot sms jer laa. Aku tak berapa nak layan sangat, tapi companionnya ada laa nasihat aku serba sedikit sambil mengalir air matanya. Aku tak nangis pun sebab aku tahun aku tak salah. Aku menghukum anaknya kerana anaknya berkata 'babi' terhadap aku. Masa tu pun si taiko ni baru mula nak pergi belajar, jadi anaknya ditinggalkan. Aku rasa anaknya macam kekurangan kasih sayang laa jugak. Tapi isu ni senyap macam tuh jer laa. Aku pun tak simpan dalam hati. Malas, sebab kerja sekali. Sekarang ni aku layan macam aku layan kawan2 aku yang lain laa. Cuma tak berapa rapat sangat macam aku rapat dengan cikgu2 junior dan Kak Nor (sebab dia bukan junior lagik. Ahhkakakakakakakak!!! Sorry Kak Nor)

Tapi si taiko ni memang lantang dalam menyuarakan pendapatnya. Kalau mesyuarat mesti ada suaranya tak puas hati sini sana. Serius aku cakap, memang ramai yang dia jadikan musuh termasuk rakan sekerja sekalinya semasa dia memegang Pra dulu. Aku tengok budak tuh ok jer walaupun ada kekurangan sini sana. Biasalah, budak baru belajar. Tapi tak de lah seteruk apa yang si taiko ni cakap.

Masa hari guru pun macam tuh. Bagi pendapat yang tak berapa bernas tapi berkeras juga nak adakan guru paling popular, padahal aku yang handle benda tuh secara sukarela. Biasa laa, tak tanya macam tuh laa. Minggu ni lagilah teruk. Perang besar gabak! Aku rasa sekolah ni takkan seceria dulu. Kalau ceria pun macam berpura-pura. Nak jadi macam dulu senang jer, tunggu taiko ni pindah sekolah. Abis cer...

Suami aku pun tanya aku, kalau abang tak pergi tak pe ke? Hmm...aku tak jawab cuma pandang muka dia dengan penuh kasih sayang. Ewah! Apa2 pun tengok jer laa esok. Kot2 dapat TV ker berbaloi jugak laa kalau aku pi sana. Tak yah nak konvoi2 ler sebab Teluk Batik...tempat aku dating. Macam ler aku tatau arah. Lagipun resort tuh aku dah menginap pun masa aku bawak budak olahraga. Sebab tuh aku kata mahal nak mampos sebab harga tak sepadan dengan keadaan bilik...

Read more...

Thursday, July 30, 2009

Like Cats and Dogs



Gaduh. gaduh, gaduh!!! Skit2 nak gaduh. Dah tua bangka pun nak gaduh. Mulut & tangan tak boleh dok diam langsung! Pasal benda kecik pun nak gaduh. Hmm...tatau laa apa nak jadi dunia ni skang. Dari gaduh-gaduh macam ni laa peperangan boleh timbul. Hasad dengki, tak puas hati. Macam-macam!!! Baik laa kami2 yang junior ni. Elok2 ja dok diam. Ikut ja korang macam lembu kena cucuk hidung. Bukan apa, malas nak carik gaduh...Bila gaduh kang 5 tahun tak bertegur, 10 tahun bermasam muka dan sampai mati dok simpan dalam hati. Sukati mak bapak korang lah...malas aku nak masuk campur...

Baik jadi macam aku...rilek jer...Ganas-ganas aku, aku tak kacau hidup orang..Yeah!!!

Read more...

Tuesday, July 28, 2009

Allegation Love

Erkhhh...banyak sungguh dugaan aku nak dapatkan Encik C nih. Pertamanya ialah, setelah beliau mengucapkan bait-bait cinta bersama-sama di Sitiawan, beliau berkata beliau akan tersangat bz selepas itu. Dengarnya tiga bulan baru Encik C dapat meluangkan masa bersama aku. Aku tunggu dan menunggu, kata beliau awal bulan nak jumpa tetapi hujung bulan ni baru muncul. Letih aku menunggu.

Encik C ni tak de IC. Bukan warganegara laa. Tapi Encik K kata nak membantu. Tapi tak dapat sebab kengkangan masa. Aku meminta bantuan ayahku untuk mendapatkan IC Encik C. Hmm...dapat laa pulak. Setel satu hal...



Masalah lain pulak timbul. Bini no. 1 Encik C, Fieza tepon aku. Dia tak marah aku tapi aku dengar macam dia tak puas hati. Dia kata, dia tak kisah aku nak merampas Encik C dari aku, tapi kena ikut prosedur. Adei, aku memang dah ikut laa. Tapi sebab Encik C yang lambat datang sini sebab tuh banyak masalah. Lepas bini no. 1, bini no. 2, Ifa lak call. Katanya prosedur yang aku dah ikut ni dah expired. Dia nak jumpa aku hari ni jugak! Lepas tuh pulak, katanya hantaran dah naik.

Ntah laa...susah beno aku nak dapatkan Encik C nih. Mentang-mentang hensem...Minggu depan buleh kot 'kawin' dengan Encik C nih.


Read more...

Sunday, July 26, 2009

The Biggest Loser Season 1

Woah...I've lost 11 lbs after work out and counting calories that I ate for two weeks. I just don't want to use kilos because it seems lbs have a bigger number than kilos. For example, 1 kilos is 2.2 lbs. So, nampak macam banyak ler...



Anyway, I still eat normally, but no snacking. At night, I never miss to drink milk. Tak kisah la susu apa. Sometimes milo. It's for a good night sleep and for the bones. Biasa laa, nak masuk peringkat mid year crisis ni, tulang kena kuat. It's also for the work out. Kalau tulang lemah macam mana nak bergerak.

I missed out the work out for two days last this week. First, the day which I came back home late because of this Pembentangan Kajian Tindakan and second the day I sent Rahimin to Ipoh. Tired maa...Hoh, esok kena amik Rahimin lagik!

Yes, my body started to change. The inner belly seems to be harder and the flabby meat macam dah lembik. Ala, baru dua minggu. Kena sabar laa kalau nak kurus dan sihat macam dulu. But I feel healthier than before. Lambat kurus pun tak pe, yang penting sihat.

I've told one of my colleague who is very obese that he should exercise. Starting with a walk. Tapi biasa lah, orangnya kalau bercakap semua nak betul. Dah namanya pemalas, pemalas laa jugak. Akibatnya diri sendiri merana. Sambil mengajar pun boleh tidur...

I'm still hoping with this weight loss I can have a child easily. Betul tau, kalau gemuk ni susah mengandung (doktor cakap laa).


Read more...

Friday, July 24, 2009

I might be a shopaholic

But not too much. Compared to my friend, mzmriza, she's a better shopaholic. Anyway, the ride to Ipoh was smooth and I didn't get lost at all. Thanks to this wonderful Google Maps and I think I won't need GPS for my car. After sent Rahimin at PKS, I straight went to JJ. The intentions: buy a perfume and something for my appetite. But you know, most women do this: buy anything that they didn't plan to. Bought a few early Birthday Cards, then Mud Choc at SR and at downstairs, I did bought a perfume. But it's not from Lancome, I go for Elizabeth Arden instead. Actually, I love this brand since I was in U. During the time I bought several EA perfume called Green Tea. But it's not a very long last perfume. Biasalah, EDT. So, I asked the sales rep any EDP perfume. Have a little sniff here and there and a'las...I bought this perfume...


Sound a bit weird haa? But I think the founder likes French name although she's from US (googled it, the power of Internet) It has a very sweet smell and I can't wait to finish my old one: Hypnose from Lancome. Hey, I'm not a snob but the brand of a perfume will make you smell and feel classy.

Then I bought a SKII UV Protection Cream. Emm, sorry. It was not mine. The colleague of mine who owns a Benz (ye ke Benz) asked me to buy it. Perghhh...even if I have lots of money I won't buy that product. Too expensive and hard to find in this area. Cukup laa dengan brand yang ada skang. I'm still fairer than her what..Ahahahahaha!!! You know what I mean...

After paying, I went to Coffee Bean...but not yet! I made a U-turn towards CR shoppe. Berkenan aih, straight away bought the bag. Actually I love to have this one particular handbag, a black and red in colour, but it's too expensive (tak de diskaun, tunggu diskaun laa kot). So I bought quite classy black handbag with a price of RM&%@.00. Haha!!!



Did I spend too much? No lah...it's a theraphy. Betui dak Mrs Mzmriza?


Read more...

Thursday, July 23, 2009

My Date With Rahimin

Esok kena pi Ipoh. Bukan dating pun, ia lebih kepada tugas luar sekolah. Hantar Rahimin pergi Program Mengenal Pasti Atlit (dalam surat eja Atlet) Berbakat Olahraga Kebangsaan 2009. Hantar budak tu ke Pusat Kecemerlangan Sukan, Ipoh. Lepas tu dari sana atlit-atlit ke Kompleks Sukan MSN, Bukit Jalil, KL. Tujuan: untuk penempatan atlit-atlit ke sekolah sukan Bukit Jalil atau sekolah sukan negeri. Si Rahimin kata kalau dapat Bukit Jalil dia nak pergi sangat tapi kalau negeri dia tak nak sebab tak de elaun. Mana dia tau? Tengok ler dulu kot2 dah ada. Hakim budak dapat 3 emas 1 perak MSSPK tak pegi sebab maknya tak kasik. Anak tunggal. Ruginya bakat dibuang begitu sahaja. Kat sana Rahimin kena independent la.


Budak paling tinggi di sekolah, Anas pun kalah...

Kiranya esok ni sambil menyelam minum air ler. Boleh aku beli perfume EDP (apa-apa brand ler asal EDP dan baunya tak tengik, selalunya aku stick to Lancome jer) dan juga ke Coffee Bean. Ketagih woo....Boleh juga pegi Secret Recipe, cari mud choc. Walaupun kat Manjung ada tapi aku tak berapa suka kirim kat Encik Al Malik sebab dia tak brapa pandai kenalpasti taste aku. Biasa laa lelaki, bukan suka sangat amik tau minat & tabiat orang pompuan. Amik masa...

Apa-apa pun esok aku pegi skolah lambat skit. Amik Rahimin dulu, dalam pukul 8:00 kami bertolak laa. Kalau nak kira bertolak pukul 9:00 pun boleh tapi aku tak berapa kenal sangat tempat tuh. Kot sesat boleh recover masa balik. Bagi dia baca surah Yassin dengan kawan-kawan dia dulu. Bagi mintak selamat perjalanan dan mendoakan kejayaan dia kat sana nanti. Hari Selasa aku kena amik dia kat Ipoh lak. Rasanya tak payah kot aku pi sekolah Selasa ni walaupun ketibaan Rahimin dari sana pukul 12:00 tgh. Buat letih badan jer.

Huarghh...biarlah sekolah kami dapat no.2 dalam peringkat kelompok. Kurang-kurang ada juga ke peringkat negeri, dapat pingat, calon sekolah sukan lak tuh. Sekolah yang dapat no.1 ari tuh ada ke calon-calonnya? Ahahahahahahahahah...sorry yer Li...HAPPY BIRTHDAY TO YOU! (Ohh Linda. Ko pi KFC tak ajak aku yaaaaaa)

p/s: aku tengah dok Google Maps dari sekolah tadi sampai ler skang. Tak dapat pastikan lagi jalan mana nak pergi...hmmm...


Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Stupid Fat Kid

Stupid, you're so stuuuupidddd!!! Stuuuuuupiiiiddddd!!!! Nothing is more stupid than you...stupidddddd...And you're suck!!! Suck badly!



Read more...

Sunday, July 19, 2009

The Biggest Loser

I've been working out for a week. The weight is being up and down. I think it's because of the food haven't been digested yet during the weighing. At first I workout to burnt 20 calories. Then, I added up the burn out till now, 20 minutes of workout daily.

But yesterday, I tried the workout along with the dumb bells. Today, my arm muscles aching. But not too much, I've been used to that after training too hard in softball practice during in U. That means the muscles are building up and begin to burn the fat. Hoho...talk about how body works.



But I feel great. The pain on my knee has gone after the first workout. I sweat a lot and I sleep better. And I eat less of junk food which I really love. I just eat pumpkin seed (kuaci putih) for my snack. Actually I don't believe in the ubat-ubatan or drinks that make you thinner because I think it's not good for your health. Why? Because all those drinks and medicine makes us not to eat and we need to eat for energy. We need this energy to work and burn calories. Also, if we stop taking the stuff we will gain more weight than before. With exercise, we build muscles and the muscles burn the fat permanently (unless we do not eat high calories food to put some more weight). The drink does not burn fat. It just makes us not to eat but the fat is still there. Besides, I love to sweat rather berpantang to drink the stuffs daily. Moreover, exercise is free but the drinks and the ubat are very expensive. Unless, you buy a very expensive exercise machine. But why not, spend more money on your health...

Well, I will update the result of my workout in weeks. It takes a while for my body to change. I'm not quite a patient person but I have to deal with it.

From a woman who likes to sweat but still smells nice,

Read more...

Wednesday, July 15, 2009

Interrogation

CSI versi SKTB...


Minggu ni aku & Kak Fila bertugas. Pagi2 lepas buat relieve aku dikejutkan dengan panggilan Kak As pada Kak Zah dan ketika itu aku melalui bilik J-QAF. Kak As mengadu pada Kak Zah & aku bahawa semua kunci dia hilang. Kunci2 tersebut adalah kunci bilik J-QAF, kunci kedai buku, kunci locker bilik J-QAF (ada duit), duit locker bilik guru (ada duit kedai buku), kunci makmal komputer (in case Kak As nak guna untuk Bestari Solat) dan juga kunci rumah beliau. Beliau berkata kunci tersebut hilang semasa beliau sedang sarapan pagi. Kembali ke bilik J-QAF beliau mendapati pouch kuncinya dalam keadaan terbalik. Hmm...kami pun konfius, siapa lah nak curi kunci. Buat apa kunci? Kalau duit tuh logik jugak. Terfikir jugak kot2 ni kerja orang luar...

Tapi memang sejak kebelakangan ini selepas semester kedua bermula banyak kejadian curi-mencuri berlaku di sekolah kami. Bermula dengan hilangnya duit Kak Gee sebanyak RM200 dari begnya. Kemudia duit jualan KGK dalam bilik guru dari atas meja Kak Fila walaupun jenuh Kak Fila sembunyi balang duit tersebut. Kemudian pensil tekan Kak Gee pun hilang. Masa tuh tindakan tak diambil sangat sebab Kak Gee orang yang agak senang juga dan duit KGK tuh cuma duit syiling. Ada jugak laa tanya sini sana tapi tak buat laa spot check sebab melibatkan duit, kejap jer boleh lenyap.

Hari ni walaupun kunci yang hilang tapi tindakan diambil kerana ia melibatkan kunci2 bilik dan locker yang mempunyai barang2 berharga. Aku gelabah jugak sebab kunci makmal tuh. Kalau jual komputer satu makmal walaupun dalam harga pukal, boleh kaya jugak penjual2 tersebut. Tambahan pulak aku ada simpan laa sikit duit dan portable hard drive dalam makmal. Kot2 emergency boleh pakai. Lagipun kalau budak2 tak de duit, duit tuh jugak aku pakai. Boleh laa takat nak kasik RM0.50. Aku tau budak2 skolah aku ramai jugak yang susah.


Hiasan semata-mata

Tindakan pertama ialah memanggil semua murid2 tahap 2 ke makmal. Target budak pompuan sebab saksi mengatakan ada seorang budak perempuan bertudung putih (boleh eliminate budak bertudung kaler lain sebab hari ni Rabu, jadi agak ramai juga pakai tudung mengikut kaler uniform masing2). Tapi kata2 saksi pun kadang2 boleh dipertikaikan. Ntah ler...Kak Ros ada jugak tanya budak2 pompuan kot sapa yang ada masuk bilik J-QAF. Ada sorang budak ngaku tapi dia kata hantar barang Ustazah Imra. Semasa dalam makmal tuh juga Beckham kasi warning. GB pun turut berucap. Beckham macam biasa laa, Gertak sini sana. Cakap pasal bomoh laa, apa laa. Apa2 pun kami cakap hantar jer kunci tuh. Letak atas meja Uztazah atau meja Beckham sendiri.

Tindakan kedua ialah suruh budak2 Tahun 6 cari kawasan sekolah. Mana tau dibuang kunci tuh kat mana2. Tak de juga. Ingat memang hilang macam tu aje. Kemudian, semasa aku tengah mengajar kelas 3 Best, aku nampak budak yang mengaku hantar barang tadi mengikut Beckham dan Mr Lee Cooper. Sesudah P&P, aku ke bilik J-QAF. Memula tanak masuk campur tapi aku masuk jugak. Aku kena tau jugak sebab aku bertugas jadi minggu depan boleh aku basuh budak2 lain. Biar perkara ni jadi pengajaran. Rupa2nya memang budak ni yang amik kunci Kak As. Untuk apa? Dia mencari duit sebenarnya. Macam mana kami dapat? Spot check. Patut lama dah buat program spot check ni tak kira laa ada kecurian atau tak.

Detailnya aku tak faham sangat. Tapi Imra ada tanya dia, ada NAMPAK kunci tak. Tapi dia tak ngaku. Lepas jumpa masa spot check dia kata dia jumpa, nak hanta pada Beckham. Bila tanya kenapa tak ngaku masa Imra tanya dia kata takut ustazah marah. Auta pertama. Digasak dengan pertanyaan oleh guru2, mengaitkan dengan kecurian yang lampau budak itu mengaku. Tapi sebelum mengaku dia buat macam2 auta. Aku yang gila CSI ni memang tau sangat laa. Tapi auta yang dia buat tu memang auta yang bukan auta budak kecik. Auta budak pandai. Tapi auta tetap auta. Dalam masa dia mengauta tu dia menangis laa juga.

Budak ni aku ajar 3 tahun termasuk menjadi guru kelas selama 2 tahun. Rasa kecewa pun ada. Ye lah, aku tak ajar pun anak2 didik aku ni mencuri. Sampai aku cakap "Saya ajar awak 3 tahun, saya tak ajar pun awak mencuri,". Pulak tuh budak ni budak kelas atas, kira average laa. Skang dia tahun 4. Too innocent nak buat benda2 terkutuk ni. Budak2 sekelas dia pun ada cakap. Dia melambakkan duit syiling dalam kelas, belanja kawan2 dia makan. Kawan2 dia macam kecewa pun ada sambil cakap, ala cikgu...kitaorang makan duit haram ler macam ni. Kesian. Tak pe, diaorang tatau. Budak yang mencuri ni bukan dari keluarga susah sebab bapaknya kerani sekolah berdekatan. Tapi adik beradik ramai, dapat belanja RM0.50 sehari. Tatau laa kot2 kakaknya atau abangnya suruh curi sebab dia ada jugak cakap dia belanjakan duit Kak Gee shopping di Sabak dan makan KFC bersama kakaknya. Malas laa nak tuduh kan?


Lepas ni hidup budak tu memang takkan tenang. Kawan2nya akan sisihkan dia. Secara tak langsung budak2 lain akan tahu lambat laun dan dia akan di sisih dan juga oleh budak2 lain, lagi teruk kalau dia di ejek. Bila difikirkan kesian jugak. Mencuri ni ketagih, bila sekali dah buat, terlepas...dapat habuan lumayan lak tuh rasa nak buat lagik. Aku tau sebab aku pernah buat, tapi curik syiling tabung adik aku jer laa. Tapi walaupun syiling ke, duit kertas ke, curik tetap curik. Dosanya sama jek. Hmm...good point...aku boleh ucapkan dalam perhimpunan minggu depan. Huhuhaha!!!


Read more...

Tuesday, July 14, 2009

New Look

The new look with a new title. Despite of DDM, I put Don'tBotherMe instead. Well, enjoy...

I'm still figuring out how to align an image. Trying to read html codeDrool Smiley which I think takes lot of times to figure it out. Hmmm...


Read more...

Sunday, July 12, 2009

Exhaustively Taiping

I intend to fill up my blog with the story of Taiping last night but I was so tired and I sleep early at about 8:00 p.m. Yeah, I had to drive all the way to Taiping on Friday and come back yesterday after Zhafir finished his event.

On Friday morning I confronted this 'human' about his coming 'trip' to Taiping. I asked him is he going or he is not? He said he is but he will not bring Ita and he went with his friend who is suppose to bring Ita and Zhafir along with the other pupils who participate in Saintis Muda. And this 'human' also told me that his friend pass the pupils to other teacher and doesn't want to bring Ita along. This 'human' said they have something to do at Taiping (and I think it's not about school work, just to menambah pendapatan yang sedia ada dengan menipu orang). We had a very good fight that morning. The whole morning before I went to Taiping he didn't speak to me at all (and Ita), probably afraid because he must felt that he IS GUILTY. And yes, he met his own enemy because I'm a very loud person.

So, we leaved at 11:00, took Zhafir from his house and went all away to Taiping. The trip is not too long because I have Ita to accompany me although she took a nap for a while. We talked about a few teachers in our school who has a bad attitude. Sometimes we wonder if the teachers also talk about us because I also felt that I have a few bad attitude. (Ini kategori mengumpat nih)

We arrived at SMK Br. Burhanuddin exacly at 2:00. We signed up our arrival and straight to the hostel where the participant and the mentor will stay. Yoo bad the counter opened at about 3:00. Biasalah, Melayu punya janji and Melayu yang bertugas. The thing is, there's only one guy and three women who were on duty, and I though kenapa laa these women tak mula bertugas pada masa yang tepat? And again, biasa laa Melayu...sudah dicop tidak menepati masa (and malas). Tapi bukan semua laa...sebab nila setitik...

Ita signed in for the hostel but we didn't stay there because I couldn't. And the hostel is divided into to genders, so we weren't able to take care of Zhafir (Year 3 and the youngest son, manja but not ciwek). So we went to the hotel nearby (the oldest hotel in Taiping), booked a room with one queen bed and one single bed with a price of RM108 perday. Ok la tuh, Ita can claim for it.


The view: Sangat bising sebab dekat traffic light

Ita took a nap while Zhafir and I watched Spongebob and other cartoons. At night all of us went to Tesco. I bought some mags then we went for dinner. Kesian Zhafir, tak de selera because he was homesick but he was able to finished a bowl of claypot rice. After that, along our walk to the car park there's a boutique. FAIR LADY. Saje laa masuk and the dress are all very the pretty. I bought 3 clothes and Ita macam geram aje. She said duit dah habis, lagipun she bought a lot when we went to Pari last two weeks. She said, tunggu lah nanti nak beli sekali baju raya anak. And I have a reason to go back to Taiping. Tak de laa boring sangat balik rumah mertua kan.

Went back to hotel and Zhafir rehearsed his story for one last time. We went to bed early that night. The next morning, after packed up things we went to school. Long story short, Zhafir was the 16th contestant. Only Sounthern Perakians were able to tell story about facts and not cedok 100% from story books. Most of other contestant told story about animals and few of them about plants. Bosan kan?

The preparation





The results will be announce today (Sunday) so we do not want to waste our time. We decided to went back yesterday and before that I treated Ita and Zhafir KFC. Actually I wanted to taste the cheese macaroni. Well, sedap laa jugak. Ita, who was on diet...tarak nak diet laa dia!!! Then, Zhafir's family came and had lunch together at other table. They actually came to watch Zhafir but they came too late. So, they just came to picked Zhafir since he missed his mother so much and probably they went to the zoo after that (Zhafir's request).

Before leaving, I stopped at Starbucks to picked up a latte for myself as I had to drive all the way to Teluk Intan. Then, Ita's husband picked her at my house. Dah tak larat laa nak bawak dia sampai rumah. Well, I got a new machine (that arrived on the day I went to Taiping). An exercise machine...Huhahahahahaha!!!


Read more...

Thursday, July 09, 2009

Fast & Furious (My Version)

Aku sudah edarkan jadual pada hari ini. Macam biasa, aku cuba untuk menyenangkan semua orang dengan memberi mereka 3 jam atau kurang waktu P&P sehari (tidak termasuk SBT & PPSMI). Tapi biasalah, ada juga yang tidak berpuas hati dengan mengatakan. BM Tahap 1 perlu diadakan setiap hari. Apa yang aku buat ialah dalam waktu 2 minggu jadual anjal hanya satu hari sahaja tak ada BM. AKU TAU PERATURAN ITU tapi itu hanya untuk sementara sahaja iaitu selama sebulan setengah dan akan berakhir apabila UPSR sudah tamat. Lagipun 'manusia' ni mengajar Muzik & PSV dalam kelas itu juga. Jadi, improvise la, toksah komen banyak2.

Masalahnya aku tak kisah kalau dia komen direct pada aku tapi dia terus tuju THE BIG BOSS. I was like, apa ni? Boss pulak suka panggil aku masa P&P...memang aku tak suka. Kalau nak jumpa pun cakap laa masa aku free ke apa, bukan immediately. Nak tolak, dia boss kang kena pangkah. Bila aku jumpa boss, dia kata gini gitu then aku cakap...SAYA DAH DISTRIBUTE JADUAL TU, KENAPA CIKGU BARU CAKAP SEKARANG? INI ATAS PERMINTAAN CIKGU JUGAK NAK BUAT SETENGAH JAM PERHIMPUNAN SETIAP MINGGU. TENGOK LA MACAM MANA, KALAU SAYA BOLEH BUAT SAYA BUAT. Lepas tu aku tanya sapa kaki ngadu ni, dia cakap dari Panitia Bahasa Melayu. Walaupun ada beberapa cikgu dalam Panitia tu tapi aku tau siapa yang melakukan perkara tersebut.

Lepas tu aku ke bilik guru, tanya kawan2 aku yang sedang berkumpul SIAPA YANG MENGADU KAT GB PASAL JADUAL WAKTU. Manusia tu memang ada dalam bilik tu, tengah bersembang dengan cikgu lain di hujung bilik guru. Kawan2 aku terpinga-pinga, AKU MENGAMUK BILA TURUN TANGGA DENGAN MENGATAKAN KALAU NAK BM TIAP2 HARI BUAT SENDIRI LAH JADUAL TUH dalam nada yang memang tinggi. Kalau kawan2 yang baca blog ni yang pernah DENGAR aku mengajar diaorang tau la macam mana aku mengamuk, sama macam aku mengamuk kat budak2. Yang bezanya aku mengamuk kat budak2 tak de ganas sangat tapi amukan aku kali ni menakutkan manusia tu jugak laa.

Aku kembali ke pejabat aku yang sejuk itu. Cuba untuk ubah tapi kepala aku rasa macam semak sangat. Tak boleh buat. Last sekali aku buat keputusan, teruskan aje dengan jadual yang aku distribute tuh. Kalau GB tanya aku cakap laa untuk sebulan aje. Aku ada jugak tanya Kak FA pasal credit hour BM ni. Dia kata memang tahap 1 perlu ada BM setiap hari tapi untuk jadual klinikal ni tak pe. Bukan permanent, untuk sementara sahaja. Lagipun credit hour cukup, 24 waktu 2 minggu. Oii, bukan senang wei nak buat jadual...sebab tu cikgu2 yang memahami dia tak komen bila dapat jadual. Kak Ros siap mintak tambah waktu lagi untuk 6A. Itu baru guru cemerlang. Pasal tambah tu tak kisah la sebab dia direct pada aku. Senang, tak yah nak naik turun pejabat boss.


I don't know what's wrong with this organisation (curtosy: SKTB's Web)

Ni cerita lain plak, tadi lepas dinner & shopping aku terima sms daripada rakan sepeguruanku yang agak rapat dengan aku dari segi umur dan perhubungan sosial. Dia mengadu bahawa ada sorang lagi 'manusia' yang kali ni berlainan jantina kata suruh dia pergi sendiri. Pegi mana? Pegi Karnival Sains di Taiping. Bagi keputusan plak tuh pukul 8:00 malam tadi. Nak bertolak tengahari esok. Sebenarnya 'manusia' ni tak layak pergi sana tapi nak mengelak sesuatu perkara beliau insist jugak nak pegi. Ita minta aku pergi tapi aku ada kursus Sabtu ni. Nak pegi tuh boleh tapi siapa nak ganti aku? Kamal sure tanak kecuali kalau boss suruh. Aku suruh Ita tanya dulu cikgu2 SKS4 yang mengendalikan pertandingan bercerita Sains ni. Kalau tak boleh sangat cakap dengan boss esok tentang perkara ni. Mana tau kot2 boss sendiri yang ndak hantar. Hahahahahahah!!!

Ini la jadi bila sekolah kekurangan guru "yang sanggup buat apa sahaja". Aku tak kisah nak pergi Taiping dan tak kisah kalau kena keluar belanja sendiri untuk penginapan (aku sure duit minyak Ita yang bayar) tapi aku sendiri ada hal. Ntah laa, aku rasa macam nak mintak pindah jer tahun depan. Kerja pun rasa macam tak best sebab adanya anasir2 jahat dalam sesuatu organisasi ni. Tapi aku masih optimis, berfikiran ke hadapan dengan memujuk diri sendiri dengan mengatakan bahawa manusia pertama tadi akan berpindah bila dan grad, manusia kedua aku tak de hal sangat dan boss akan berpindah ke sekolah lain dalam masa beberapa tahun walaupun tatau berapa tahun, mungkin 2 tahun, mungkin 5 tahun atau mungkin 9 tahun! Perghhhh...sabar jer lah...

Ita sms aku lagi: kereta geng2 SKS4 dah penuh. Tak leh salahkan mereka sebab permintaan last minute. Nak tanak aku kena pergi jugak esok. Taiping, here we go!

Read more...

Wednesday, July 08, 2009

Evaluator

Walaupun puak-puak Jepun tak datang tetapi sekolah didatangi oleh pentafsir kawasan PLBS BI iaitu Kumaran dari SKSP. Tapi kami guru2 BI ni macam tak gelabah pun sebab Kumaran ni macam member2 kitaorang jugak. Lagipun dia lagi muda dari aku, CD dan Kak Nor. Kira macam boleh buli laa kalau dia over. Hahahahahaha...

All went well. Tak de masalah pun. Ini kerana kami prepare result PLBS masa sebelum cuti lagi (ye lah tu). Prepare jer laa. Siapnya baru siap minggu lepas. Hahahahahaha. Anyway, dia ada buat evaluate pada budak2. Bezanya tak ketara sangat cumanya dia ada komen tentang ethics. Macam mana nak kasi markah ethics pada budak2. Dan aku baru paham, maksud aku kami semua baru paham.

Petangnya ada Koko Uniform. Aku buat cara2 buat ikatan pada budak2. Yang mengajar budak2 yang dah pergi Kursus Kopral. Bagus betul mereka itu. Ringan beban aku. Baliknya lutut aku sakit. Malam tengok berita: PPSMI dimansuhkan. Detail dan komen aku ada dalam blog sekolah. Kalau boleh follow jer laa blog tu. Tak rugi pun...

Comic Strip from
Aku suka komik ni sebab ia mengingatkan aku tentang diri aku masa kecil. Adik aku selalu kena buli dengan aku

Read more...

Tuesday, July 07, 2009

Perghhh!!!

Aku dah lama carik video ni akhirnya jumpa setelah menonton Oprah dan mengetahui nama budak nih...Kalau takat Jaclynn Victor, CT Nurhaliza tuh jentik jer...






Read more...

Peek-A-Boo

Kata nak datang, tak datang ponn? Ketakutan boss aku tidak menjadi kenyataan. Tak nampak pun batang hidup puak-puak Jepun (JPN) ke sekolah kami. Esok pulak puak-puak tersebut akan berjumpa dengan boss2 sekolah seluruh Hilir Perak. So, tomorrow we are free! Free from the anasir-anasir luar dan free from our boss. It's true, whenever he's not around we feel free. Bebas masuk keluar pejabat. Nak mengajar pun bebas. Tapi itu tidak bermakna kami tak masuk kelas. Cuma perasaan tu rasa bebas.

Tadi Cik Yah cakap pasal urut-urut. Semalam beliau keanginan. Beliau cerita tuh macam sakit jer bunyinya. Beliau kata nak pegi lagik, aku cakap bawak aku sekali. Aku suka acara urut mengurut ni. Hahahahaha...lagipun beliau kata kat sana tukang urut tuh boleh "bukak laluan". InsyaAllah, mana tau usaha kali ni berjaya (walaupun aku tak berapa suka sangat pantang larang zaman dahulu kala ni). Kalau aku pregnant kali ni aku nak lakukan sesuatu, some sort like bernazar la. By the way, "Cik Yah, aku nak komen blog hang tak tak boleh...jadi aku tengok jer laa."

Malam ni kena masak, tapi telur sudah habis...Abangggg...tolong pi beli teloq? Sure dia jawab buat apa beli teloq, abang dah ada teloq dah...ahahahahahah!!! Lalalalalalalala....

Seben.


Read more...

Sunday, July 05, 2009

Pakai Mal (Kamal)

Kena virus lagik! Actually laptop aku ni dah lama kena malware cuma aku malas nak buang. Semalam aku install malware remover, scan lepas tuh buang malware. Hari ni terus tak boleh masuk window. Tapi dengan kepakaran aku menghack aku dapat masuk IE (I usually use Mozilla) tapi tetap tak dapat masuk window. Tapi kalau save mode boleh laa.

Esok kena mintak Kamal betulkan apa yang tak betul pada laptop aku. Nak tanak aku kena bayar sebab ni laptop peribadi. Dia kena baiki jugak sebab aku bayar dan laptop itu digunakan untuk tugas harian di sekolah. Talking about this stuff aku nak membebel kat sini. Aku dah banyak kali cakap kat Kamal kalau cikgu2 suruh perbaik laptop peribadi aku suruh dia charge jer cikgu2 tuh. Bukan apa, itu laptop PERIBADI dan Kamal bukan PEMBANTU PERIBADI korang. Bukan apa, dia dah cukup bz dengan keja dia nak tambah lagik dengan kerja yang tak patut dia buat, kalau bayar tak per laa. Aku bukan suruh bayar banyak pun, RM5 pun cukup sekali godek. Kalau laptop sekolah aku tak kisah laa, sebab itu memang kerja dia...dia dibayar gaji untuk buat perkara-perkara sedemikian. Mintak tolong ajar tak pe, kalau bendanya sikit tak pe, tapi kalau demand macam2 itu sudah lebey...Kurang2 dengan duit tuh dia boleh buat beli toner printer. Lagipun ia merupakan polisi ICT sekolah, aku dapat tau masa pergi taklimat kat PPD tahun lepas.

Hmm...adik aku ni terlalu baik. Susah jugak kalau baik sangat ni. Nanti laa aku letak notis dalam bilik akses. Kadang2 dia takut jugak nak bertindak sendiri sebab katanya "rujuk cikgu emmii dulu laa sebab dia tu boss saya," lebih kurang laa kot. Ahahahahahah!!! Tapi aku dah cakap, 1st priority GB, kedua baru aku. Kadang2 aku perasan dia dah buat banyak kerja berbanding aku sebagai Penyelaras Bestari. Bagus ler...aku tak sempat wei...Keceriaan makmal pun tak buat lagi. Tahun depan laa...budget tak de (tak pernah pun aku mintak budget dari sekolah kalau nak buat keceriaan sama ada kelas atau makmal). Itu pun nasib baik Kamal dah cantikkan bilik akses dengan pertolongan aku. Kerja aku paper work jer laa (boring!)

Esok skolah, nak tido...(gambar tak boleh letak sebab window tak boleh bukak..damn!!!)


Read more...

Wednesday, July 01, 2009

Smoke Gets In Your Eyes

They asked me how I knew,
My true love was true,
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
::(
Ehh...bukan lagu ni laa. Sebenarnya tadi aku goreng french fries. Biasa laa hidup 'membujang'. Tak guna masak berat2. Lagipun tengahari tadi dah belasah maggi sebab lapar sangat masa koko kat skolah. Aku goreng tu aku kecikkan api. Lepas toskan kentang tuh, letak atas pinggan berlapikkan tisu (serap minyak laa kononnya) aku terus pegi mandi. Ye laa, elok mandi dulu sebelum makan. Kata orang tak elok mandi lepas makan.

Syok gila mandi. Syampoo rambut, scrub muka, memang aku cuci diri aku ni bebetul laa. Sebab pagi memang aku mandi kobau. Sabun gitu2 ja. Lepas aku bilas rambut dengan conditioner, aku bilas dengan air pulak. Tiba giliran aku main air. Maksud aku dok bawah shower lama2 laa. Kan skang ni tengah El Nino, cuaca panas laa. Main air best ape.

Tengah syok main air aku terbau sesuatu. Sesuatu barangan plastik yang terbakar. Aku rasa aku tak tutup lagi stove kat dapur. Aku terus berlari (naked babe, korang nak imagine bukan2 lantak korang laa otak korang) ke dapur, terus tutup stove tu. Nasib naik tak de apa2 yang terbakar. Cuma kuali ler hitam skit. Huhu...

Yang bestnya aku sambung masuk bilik air lap2 badan. Lepas tu aku rasa sesak, mata aku pedih, kerongkong aku pun pedih. Aku terus terbatuk2...terhidu asap..dak pun aku telan terus asap tu. Mata pun masuk asap. Tatau laa molekul2 apa yang terhasil bila kuali tuh terbakar. Tengok asap macam sikit jer. Keadaan ini berlarutan selama setengah jam. Aku bukak semua tingkap, on kan semua kipas. Kasi semua fume tu keluar.

Smoke gets in your eyes. Betui dah tuu...Rumah aku dah berbau asap dah...

Read more...

My boss is such a wuss

I've done doing the clinical tables, so I'm ready to distribute it end of this week. Probably Thursday, that is tomorrow. We are suppose to start with this tables next week (on the 6th, although we think it is too late) according to the decision from the meeting last month. But my boss asked me to start this session on the 13th, which is the trial examination week. According to Kak FA, it's no use to start during the time because; 1st it's the exam week, so we aren't able to teach and; 2nd it's too late to do so because we have only one month before THE BIG exam. So no use lah, we can't drill the kids much, furthermore we can't do this Kepong Programme because the holidays are during early of fasting month. The year six's teachers are all mumbling each other after I told them about the boss' decision.

Why he did that? It is because he received the news (or letter probably) that a few of JPN's fellas are coming to Southern Perak. And he's afraid if the JPN's guys will discover that the teachers will forget to go their class plus, next week is a second week. So he said (HE said lah kan...) "kita mesti habiskan satu kitaran". I told him to talk to Kak FA about it but he didn't and this Kak FA was already furious about this issue. Being the orang tengah (which I really hate to do) I insist my boss to talk to Kak FA. And again, me the orang tengah told Kak FA to see the boss and she refused to. She was sulking since yesterday and it became worst. Sukati hang pa laa janji kerja aku siap. To my boss, if our percentage decrease this year don't blame us. You are the one who make the decision. Such a pussy...(meow? hahahahaha...) According to Kak FA, the boss are afraid to call her (may be) because of her being too outspoken.

Sometimes I think that I really miss Hj Kamalodin. He's really the coolest boss ever. Yes, my current boss is thoroughly in doing his job but he's not cool. Always nervous. I am not fond of his work because he always make his own decision without discussing with us, teachers. And sometimes I think that I want to move to SKHM, so that I will have this cool boss and it's nearer to my house. But I really love this school and the friends are great, although a few of them sometimes acting like an ass, huhu). Well, forgive me for my false language...but sometimes they really do...


Read more...