Monday, August 31, 2009

Raya

Huh, tak jadi nak pi Taiping. Semua pakat tak larat nak drive. Tapi aku dapat berita gumbira dan tak gumbira. Berita gumbira; setelah 3 tahun kahwin, aku masih dapat balik beraya di kampung halaman sendiri. Berita tak gumbira; Encik Al Malik kena naik kapal lagik. Dengar2 kata laa. Kali ni nak pi Sabah. Meneman kapal dugong ke sana. Hampeh dok ada. Dah ler tahun lepas tak beraya dengan suami sendiri. Dua bulan lak tuh, termasuk puasa. Ni laa kata 'Sedia Berkorban'. Kena korban segala-galanya. Orang atas ni reti mengarah jer. Cuba laa pergi sekali baru best!



Mintak2 tuh cuma khabar angin. Kot2 last minute kapal problem ker, dugong bocor ker. Jangan kapal rosak time nak berlayar sudah...

Read more...

One Malaysia



Selamat Menyambut Hari Merdeka kepada sanak saudara, rakan-rakan dan pembaca sekalian. Merdekalah kita dari anasir-anasir yang jahat dan hodoh.

*Masa aku tulis entry ni, jalan depan rumah aku sedang berlakunya pesta lumba motor haram. Prengg sini, prenggg sana. Bising yang amat! Ape2 jer laa mat2 rempit nih...merdekakah itu? Kenapa bila merdeka dan tahun baru jer mesti ada lumba haram. Tak paham aku...


Read more...

Sunday, August 30, 2009

Puchong and Nephew

Kisah aku dengan husband aku akan aku entrikan esok selepas balik dari Taiping.

Semalam aku ke Puchong seorang diri. Dah mintak kebenaran Encik Al Malik sebelum dia naik kapal ari tuh. Tujuan utama, nak jumpa dengan satu-satunya anak sedara original aku. Tujuan tak utama ialah nak pergi IOI untuk mendapatkan komik-komik, games dan ice blended caramel. On the way, aku dapat panggilan dari Encik Al Malik. Kapalnya sudah berada di Klang. Tapi tak bleh nak amik dia sebab; 1. Curfew dia pukul 3:00 pagi dan 2. Aku tatau perlabuhan mana satu. Besar sangat perlabuhan Klang nih.

Anyway, sampai2 jer aku pergi kedai V & Me, kedai baju yang aku rasa banyak gak baju2 yang lawa. Aku beli selai blouse. Cun laa jugak. Bukan apa, beli kat Puchong kurang2 design dia tak de kat Sg. Besar. Lepas tuh aku naik apartment. Adam tengah tidur. Kata uminya, Adam demam. Agak 'berona' (meragam) dia ari tuh.

Petang pergi Putrajaya. Tolong adik ipar (yakni umi Adam) angkat barang masuk rumah sewa baru. Adam kena tinggal dengan adik aku. Dia tak berapa rapat sangat nak uminya sebab uminya kerja kat Putrajaya. Adam tinggal dengan adik aku kat KB.

Malam baru aku dengan adik aku, Amni ke IOI. Shin Chan & Conan belum ada latest edition lagik. Aku pegi beli Apo? dan Ah My Goddess. Aku rasa macam resah skang ni sebab tak de bahan baca semasa makan. Oh, what the habbit. Nanti aku cerita pasal habbit aku nih. Aku dan adik aku buka puasa kat rumah, tapi kami makan Keni Rojers kat IOI. Biasa laa, makan benda yang tak de kat Teluk Intan.

Adam sangat bising pada hari ni. Bising sebab dia demam. Nangis dan teriak. Dua kali jugak aku turun nak pujuk dia bawak jalan2. Kali pertama menjadi sampai tertidur. Kali kedua tak menjadi langsung, dia nak baba dia jugak.


Pose paling lawa sebab sepanjang masa dia meragam

Haa, part ni best. Actually ada dua benda yang best. Pertama, kereta aku. Memang best. Bila best jalan2 jauh tak ler letih sangat. Bukan nak masuk mangkuk angkat sendiri, lepas tuh makan. Tapi serius best. Minyak pun jimat. Ke Puchong ada laa dalam RM20. Agak lama jugak kot aku nak tukar kereta lain. Pakai sampai hancur laa kot.

Benda kedua yang best ialah tadi aku kena tahan dengan polis yang buat road block sebab aku potong kiri kat traffic light. Alah, kereta depan aku tuh terhegeh2. Lambat tengah nak pakai seat belt ler tuh. Itu laa, lain kali pakai seat belt awal2. Tak pasal2 aku yang kena tahan. Tapi kena tahan kasik IC dengan lesen jer ler. Tak kena saman pun. Biasa laa, kuasa seorang wanita. Hoho! Lagipun polis yang tahan aku tuh muda lagik. Dia tanya "Cik nak pergi mana laju2 nih?". Aku dengan selamba menjawab, nak balik rumah ler...Teluk Intan, dari KL nih. Tanpa rasa segan silu atau takut. Ye lah, buat selamba jer. Jangan takut2. Kalau takut lagik ler dia nak menyaman. Banyak plak road block malam nih. Sama ada ada operasi atau depa tuh saje nak carik duit lebih nak dekat raya nih. Malas ler nak tuduh kan.

Esok balik Taiping pulak. Alahai, letihnya. Encik Al-Malik jer laa yang drive esok...

Read more...

Friday, August 28, 2009

Love @ Da' 1st Sight

Aku jarang boh entry pasal Encik Al Malik, suamiku yang aku rasa jejaka paling hensem di abad ini walaupun beliau sudah buncit ketika ini. Biasa laa tuh, tanda bahagia. Orang bahagia ni makan cukup. Tak kisah laa aku masak atau kedai yang masak.



Kat sini aku nak cerita pasal pertemuan pertama aku dengan suami aku. Sebenarnya dulu aku ni kaki chatting. Tak main ler YM atau Skype (masa tuh manada Skype lagik). Aku sangat aktif dalam IRC. Ni Encik Mohd Rizal (ex-usm) laa yang ajar aku. Masa kat USM aku adalah chatter yang tegar. Sanggup perabis duit pi cc. Kekadang main free, itu bila tauke cc tuh jadi member aku.

Aku rasa masa tuh aku dah posting kat sini. Tapi aku selalu balik KL sebab masa tuh kat sini tak de apa-apa. Astro pun tak de. Masa tuh bapak aku jadi coach TMFC, adik-adik lelaki aku, Amir & Iqbal pun ada kat situ. Sebab utama aku balik KL sebab nak tengok CSI di hujung minggu. Memang gila.

Kekadang bila bosan aku pegi cc kat depan apartment bapak aku tuh. Maka, berchatting laa aku dengan sesiapa sahaja. Aku ni jenis chatter yang agak ganas ler juga. Sembang tak macam perempuan. Satu hari tuh aku bosan sangat sampai aku masuk #jandaduda. Hahahahahahah! Seperti biasa aku buat bising kat depan channel. Pastu ada laa sorang mamat nih tegur aku. Aku lupa dia pakai nick apa. Tapi dia cakap dia dok Manjung, seorang tentera laut. Pastu kami pun bertukar nombor telefon.

Aku tunggu jugak mamat nih call aku. Lambat sungguh. Selalunya orang laki ni dapat nombor terus call. Aku sms dia. Tak berbalas. Aku tak sabar. Aku call dia. Laaa...dok ataih motor ka. Dia macam marah2 aku sebab aku tak sabar. Dia kata malam2 laa skit sebab dia skang tengah bawak motor nak balik base. Erkkk...aku pun macam segan2 ler jugak. Tak pe, muka tak nampak.

Malamnya dalam pukul 11 aku dapat sms dari mamat nih. Dia kata dia chatting sebab dia tak ramai kawan dalam base. Dia baru balik dari Labuan. Dia pesan awal2 dia tak suka sembang dalam telefon. Tak kisah laa. Kami pun mms gambar masing-masing. Gambar dia masa tuh kat pizza hut, masa dia kurus. Nampak macam biasa jer. Gambar aku lak masa dalam keta. Gambar tengah koya. Haha...

Dalam sebulan laa jugak kami kenal main sms dengan call jer. Call pun kejap2. Sms time2 malam sebelum dia nak tidur. Buat ubat tidur rupanya aku nih. Lepas puas main sms jer dia pun beri cadangan, nak jumpa aku. Sementelah Teluk Intan dengan Lumut ni memang dekat. Aku cakap, aku sanggup jer pegi sana. Tempat pertemuan: The Store Manjung (masa tuh di kenali sebagai Fajar).

To be continued...
:devilishgrin:


Read more...

Thursday, August 27, 2009

Comercial

I really love this commercial. This paint blob is sooooooo damn cute! I love his cheeky smile and the way he use his body to paint the house, and after that he dance next to it, shaking his booty. Hoho! Aku sangat suke iklan ni...Selalunya budak2 suka iklan...lantak ler. Aku budak2 lagik ape...hoho!!!




Read more...

Wednesday, August 26, 2009

Kueyteow with Clam

Hari ni Encik Al Malik tak de. Beliau excercise selama 4 hari. Maka, tak yah laa memasak (selama 4 hari berpuasa ni pun tak pernah nak masak, pi bazar jer keje). So, aku ke bazar Teluk Intan, nak beli kuey teow kerang. Actually, I bought this food yesterday. Rasa-rasa macam sedap. Tapi aku tak puas sebab Encik Al Malik makan sama. So, hari ni beli lagik. Baru puas hati. Encik Al Malik kata, kuey teow kerang aku lagik sedap dari yang aku beli nih (haha, bodek mende?). Biasa laa, masakan aku selalunya menjadi cuma aku jer malas nak memasak. Anyway, aku rasa macam best jer kuey teow nih. Macam biasa kerangnya aku buang sebab aku tak suka...


Makan dengan chop stick...asyik!!!


Makan depan laptop...asyik!!!

Kalau kawan2 yang dok dekat2 Teluk Intan tuh pi ler beli kuey teow kerang ni kat gerai nombor aku pun tak berapa ingat. Ada dua gerai jual kuey teow ni. Pi beli yang ada tulis kuey teow kerang BUKAN char kuey teow kerang. Tempat aku beli ni jual kuey teow kerang jer, tak de kuih2 ke apa. Kedai dia mengadap sebelah tepi bank OCBC (sebelah Arked Man).

Nanti lepas pencen rasa nak jual jer makanan2 yang aku masak nih. Itu suggestion Encik Al Malik setelah laksam aku laku abis licin di gagau oleh cikgu-cikgu sekolah. Huwahahahahaha!!!


Read more...

Tuesday, August 25, 2009

English Language Joke

Aku tak tahan. Kena kongsi dengan korang jugak. Semalam aku tido lewat. Saje, laa sebab server dah ok. Niat nak cari lagu, sambil2 tengok Fikirlah Sendiri Nabil season 2 feat Din Beramboi. Aku ketawa tak hingat. Sampai nangis aku ketawa. Aku skang ni suka tengok lawak Din Beramboi (walaupun aku tak dengan radio ERA, aku dengar Hitz). Skang ni pun rancangan Spontan dalam channel Warna aku selalu tengok. Biar la ulang2 pun. Kalau ada Din Beramboi lagik best...



Lepas tuh aku cari lawak-lawak si Din ni dalam Youtube. Ada pun. Paling aku tak tahan belajar Bahasa Inggeris dengan dia. Kalau ada cikgu BI macam ni hancur, bukan hancur anak murid. Aku pun hancur sekali.

Lepas tuh aku surf ler video2 yang ada. Lawak Jepun pun ada. Belajar Bahasa Inggeris jugak. Aku menangis dalam ketawa lagik...adeiii...pecah perut...




Read more...

Monday, August 24, 2009

Flame


Masa aku tengah membakar sesuatu. Tak sharp sangat. Tunggu SLR aaaaaaaaaaaa

Read more...

Down



Dah tiga hari aku tak boleh nak online kat rumah. Ni pun aku pergi sekolah. Kenapa? Ntah ler, internet kat rumah aku tak boleh nak pakai langsung. Lampu DSL & Intrernet tak menyala langsung. Itu pakai wireless punya modem, nak pakai modem streamyx balik aku dah lupa password account suami aku. Ni aku pi skolah nak curi cable LAN. Kot2 cable yang dok kat rumah tuh dah rosak.

Banyak entry aku nak boh kat sini. Tapi online kat sekolah ni macam tak sempat jer. Lagipun Youtube tak boleh masuk. Aku nak upload video masa sambutan kemuncak bulan kemerdekaan hari tuh. Banyak benda lawak terutama sekali sajak yang dipersembahkan oleh dua pak lawak sekolah kami.

Dah dua hari aku pening kepala berdenyut. H1N1? Jangan laa, aku rasa sebab aku skang ni tak puasa kerana sedang berhadas besar. Mungkin pening tuh sebab penurunan darah yang amat ketara. Tapi dah dua hari aku pergi bazar Ramadhan tak pakai mask. Selalu lupa nak bawak. Ubat pun lupa nak makan. Adoiii...Nak pergi jumpa doktor ke haa?

Bulan ni gaji kena budget betul2. Kena start bayar Cek Mek Molek aku tuh. Tuh tak tambah kena pergi bazar Ramadhan hari2. Lagipun nak raya, belum masuk lagi kuih-kuih raya yang aku tempah. Cadar raya lagik...hmmmmm....

Baik lah, aku nak balik rumah. Berehat. Dok lama-lama kat sini (dengan Kamal) nanti orang kata apa plak. Anyway, tak terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan aku dan pembaca yang membaca blog yang tak seberapa ini...Ewah!!!


Read more...

Monday, August 17, 2009

Häagen-Dazs

My favourite ice cream. I only take vanilla because I dislike chocolate as an ice cream. Only vanilla. The ingredients: Cream, Skim Milk, Sugar, Egg Yolks, Natural Vanilla. It's true, ada rasa telur sikit-sikit. Established by Polish immigrants Reuben and Rose Mattus in The Bronx, New York, in 1961.



The price: of course expensive, but it's worth the taste. Satisfying. It cost RM28.00 per pint (above). In my place, I only can found it at Gergasi. Susah laa barang import nih...But Encik Al Malik said, membazir jer beli ais krim nih...ngeheheheheheh!!!
:devilishgrin:

Read more...

Friday, August 14, 2009

Nur Kasih

Sebenarnya aku ni tak berapa minat telemovie melayu ni. Bukan apa, susah nak ikut. Kalau cuba nak ikut memang akan ketinggalan laa sebab kesibukan kerja ataupun penguasaan TV oleh Encik Al Malik sebab hari Isnin, Selasa dan Rabu aku yang conquer. Isnin tengok sitcom lawak kat Star World, Selasa CSI NY dan Rabu CSI & CSI Miami. Paling lama pun aku ikut telemovie Bella. Itupun aku ketinggalan last-last minute sebab kena pergi kursus pembestarian sebulan kat Ipoh. Tak aci betul kursus nih. Dah ler lama nak mampos, cikgu2 yang pegi tahun lepas pegi 2 minggu jer. Pastu lak tahun ni tak de panggilan langsung. Arammmm....

Apa2 pun kat sini aku tanak cerita pasal kursus tersebut. Aku nak cerita pasal telemovie Nur Kasih nih. Aku akui, aku ikut cerita ni agak lambat. Apa taknya, baru dapat tengok satu episod penuh malam ni. Aku mula2 tengok cerita ni masa makan kat restoran Bt. 8. Tauke kat situ memang akan bukak berita pada pukul 8 dan sambung dengan apa-apa cerita lepas berita, walaupun sana ada Astro. Macam Astro tak wujud langsung kat situ. Anyway, aku rasa aku tertarik dengan plot cerita ni yang agak menarik, masa tuh Nur baru kawin dengan Adam.



Lepas tuh aku tak tengok langsung telemovie ni. Acu nak tengok jer Encik Al Malik tekan punat remote control ke channel lain. Dah dua bulan lepas tuh (iaitu malam ni) baru laa aku dapat tengok sejam sepenuhnya tanpa gangguan sebab Encik Al Malik tak balik malam ni sebab duty. Dan aku rasa aku akan cuba ikuti telemovie ni tanpa halangan sebab kalau aku pi cuti mana-mana pun aku dapat tengok sebab ia dalam TV3.

Seperti biasa aku takkan minat dengan mana-mana pelakon melayu (ntah ler tatau kenapa) sebab aku tak minat secara peribadi, aku cuma minat lakonan dan plot cerita sahaja. Are you getting that? Tapi dalam ramai-ramai tuh aku minat jugak laa lakonan Tiz Zaqyah yang melakonkan watak Nur. Aku suka tengok dia dengan pemakaian tudung dan dia tampak cantik sangat-sangat walaupun kadang2 tudung dia pakai tu senget atau kelepet sikit. Tapi sayang, kat luar dia dikatakan agak sosial jugak laa. Alangkah baiknya kalau dia teruskan dengan pemakaian tudung tuh. Kurang-kurang walaupun hati hitam tapi dia dah selamat dari segi penutupan aurat. Dan bila dah bertudung takkan nak pegi clubbing kan? Fikir-fikir ler sendiri...

Dah nama artissssss....tak kisah laa artis tuh dari genre mana pun. Kenapa bila jadi artis kena bersosial-sosial? Dok rumah tak bleh ka? Bukan yang muda jer, yang tua bangka pun sama jer. Sebab tuh aku jarang tengok drama melayu...menyampah. Baik aku tengok cerita kartun...Lari tajuk ni...heheheheheh!!!


Read more...

Thursday, August 13, 2009

Nephew

My sis in law just approved me in FS. Actually, I knew that she has FS long time ago but recently, her profile is just for friends only. So, I can't look at the pictures which contain lots of Adam's; my only nephew.


So, she approved me this morning. Adam is just so cute and he's growing into, not chubby but a tall baby (dia putus susu dengan mak dia, sebab tu dia tak gemuk. My sis in law skang keje kat Putrajaya and the baby is in KB with the father, that is my brother laa). Iskk, I miss him so much. I decided to go back to my hometown, probably this coming school holiday. Also sempena puasa laa...

These are the latest picture that I can get...pinjam haa Yus.


Adam's smile


Liverpool punya family. Adik aku ni memang die hard fan Liverpool sejak dia kecik lagi. Baju yang Adam pakai tuh original tau. Aku yang tempah online siap ada nama dia kat belakang. Mahal tau. Biasa laa, anak sedara pertama. Terlebih sayang...

Read more...

Ransom of The Seven Ships

I just finished playing the latest Nancy Drew Game, Ransom of The Seven Ship. It's the 20th game I bought for my collection. I bought it through online and it cost me some money laa. So, it's original. What the heck. I can't wait for the piracy one, biasa laa tak sabar.



It's quite easy though, but not as easy as The Creature of Capu Cave. I get help from Gameboomers walkthrough. Biasa laa, tak sabar nak habiskan. Nevermind, if I play it once again, I'll play it by my self without any help. But I'm not satisfied with the finishing though because the villain got away. It's the villain from Stay Tune For Danger, well he was out from the prison.

Well, can't wait for the next one, the 21st Nancy Drew Game: Warnings at Waverly Academy.

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Last Wash



The last wash for this car paid by me...uhuhuhuhuhuk! Sedih jugak terasa...So, my lil sis will use it to go to her class from her college (hostel actually). And again, the car will be paid by my dad.

Read more...

Monday, August 10, 2009

Pioneer


Kena belajar lagi macam mana nak edit gambar


Seben!


Read more...

Sunday, August 09, 2009

True Love?

Happy First Week Anniversary!!!

A reminder: He's totally mine on the 2nd of August 2009.



Read more...

Saturday, August 08, 2009

Prevention


A box content 50 pieces of mask


For strenghten the antibody


Read more...

Friday, August 07, 2009

Football? Soccer?



Aku ni memang tak boleh tengok bola larrr...Maksud aku bukan aku tak suka atau phobia tengok sebiji bola. Maksud aku di sini aku memang pantang kalau tengok bola. Kalau tengok mesti bersuara. Tak kira dalam TV atau live depan mata. Kalah orang laki tengok. Kadang2 tuh bertekak dengan suami (in a good way) bila tengok bola. Itu pun bola dalam TV. Kalau live tatau laa sebab aku tak pernah ajak dia tengok bola kat stadium lagik walaupun aku boleh masuk free tengok team bapak aku main. Dulu rajin laa jugak pergi stadium masa bujang. Skang ni dah kawin, dok jauh lak dari stadium memang tak pergi langsung ler.

Tadi ada pertandingan futsal lagik. Ini untuk menyambung setelah berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini di sekolah pada hari Rabu baru-baru ini. Sampai sekarang budak tuh tak datang sekolah. Tapi dengar dari abangnya dia ok. Macam biasa team perempuan pasukan merah (team aku ler tuh) masuk final. Team laki lak kalah masa peringkat kelayakan lalu kena main untuk tempat ketiga. Pasukan merah tak de guru lelaki, guru lain pun tak turun jadi aku ler jadi mastermindnya. Macam laa hebat sangat. Terasa diri macam Jose Mourinho laa pulak.

Tapi tindakan aku tidak seperti Maurinho. Aku lebih bertindak macam bapak aku sendiri. Korang tatau. Bapak aku tuh bila half time, kalau dia tak puas hati dengan anak-anak buahnya dia akan pecah kaca pecah gelas ler. Maksud aku dia akan baling apa dia dapat capai. Kalau ada gelas, dia baling gelas. Kalau ada botol, dia baling botol. Tong sampah pun dia sepak. Tapi aku cuma baling botol mineral atas tanah jer laa. Lepas tu menjerit macam orang gila. Bukan aku marah. Aku geram. Geram main-main jer. Biasa laa, budak pompuan ni main macam lalat hurung taik. Budak laki lak tanak serang betul-betul. Biasa laa tuh, semangat waja semasa menonton bola. Itu baru futsal kanak-kanak peringkat sekolah. Kalau dah wakil sekolah tatau ler aku. Kotnya aku jadi Incredible Hulk.

Apa-apa pun aku ada cadangkan kepada Ustaz. Tahun depan boleh laa tubuhkan team. Bukan apa, rugi bakat yang ada disia-siakan. Aku tengok beberapa orang budak sikit punya laa skill depa. Ada yang boleh buat free kick macam Beckham. Budak kecik plak tuh. Kalau tak buat team bola buat team futsal jer dulu sebagai permulaan. Bukan apa, tahun depan aku nak rehat dari jadi coach softball. Lagipun aku sorang jer jadi latih. Tak de pembantu langsung. Kotnya tahun depan boleh jadi manager cukup laa. Lagipun tahun depan aku tak nak aktif sangat. Nak cari peluang untuk mengandung. Ni melompat sini, melompat sana, lari sini, lari sana. Kadang-kadang jatuh. Tuh sebab tak mengandung. Lagipun doktor nasihat...berehat ler, kena banyak rilek.

Apa-apapun, walaupun orang komplen mutu bola sepak Malaysia makin teruk aku tetap menyokong bola sepak tempatan. Tanpa bola sepak tempatan aku takkan membesar (dan membesar) macam sekarang. Aku takkan ke Universiti dan aku takkan ke Maktab naik kereta kelisa kalau bukan sebab bola sepak tempatan. Sebab bola sepak tempatan inilah sumber rezeki keluarga aku sampai sekarang. Walaupun aku dah bekerja dan dapat menanggung diri sendiri, kali ni giliran adik-adik aku yang sedang berada di Universiti pulak merasanya. Kadang-kadang orang komen team bapak aku. Tapi aku pedulik apa, depa yang komen tak dapat duit. Tapi kalau menang aku pun dapat rasa jugak sikit-sikit. Huhu!

Abis dah!

Read more...

Wednesday, August 05, 2009

Fun & Tragedy

Wow, lots of stuffs happen today. First, was the fun stuff. Kak Nor called me and told me the paper was upstairs if I want to lok at it. At first I didn't understand. Then, after class, I went to the staffroom and there it was. Yeap, most of us who went to Teluk Batik made it into the Sinar Harian's paper. But I'm not in the picture because they cut out the edge and only put the center part. But my husband made it. Wah, hensem jugak!


The second one was the tragedy. Actually, I had a class this evening. Two hour class but I cut it into an hour because there's a futsal tournament held in my school. It's between the kids from different team colours. As I was enjoying the game, all of us heard a loud bang. It just like a falling motorcycle on the run. Anyway, I thought the accident is between the riders himself or he is just falling down after losing control his bike. Then, I saw a teenager riding on a motorcycle looking back and went away. Suddenly I saw a few people running outside the kedai jambu and lifted a kid. And I heard voices said, Izzat. Hoh? Anas and Ustaz ran towards them. I walked, while instructed the pupils not to go there and stay where they were. Yes, it's Izzat. He was knocked out by a motorcycle rode by a teenager whom is a brother of a pupil who stole Kak Asmah's key. Bawak masalah betul adik beradik diaorang nih. Anas and Ustaz brought Izzat together with his brother to the hospital. Then, Anas asked me to take Izzat's mother from her house to the hospital.

I went there with Firas and Syamil and Izzat's brother, Iwan. After arrived, Iwan straight went to tell his mother about the incident. Then, I heard a loud cry. The mother is crying. I tried to calm her but as usual, I'm not a good calmer.

Alhamdulillah Izzat was ok after we arrived there. My boss, Anas and Ustaz were there. I can't stay there because I had to send Firas and Syamil home. So it's up to both of the men teachers.

Hadoiii...


Read more...

Tuesday, August 04, 2009

Scenes from Family Day '09

Ahh, silau!!!


Jejaka paling hensem di abad ini


Motherhood I


Motherhood II


Fatherhood


Hensem juga...


Jejaka hensem got a very nice set of teeth


Read more...