Sunday, April 26, 2009

Fever



Pagi2 pi sekolah. Kelas intensif. Penat, mengantuk. Tapi tanggungjawab perlu dilaksanakan. Hampir2 nak abis kelas dapat call dari Imin. Tapi bukan Imin yang cakap tapi mak dia. Katanya Imin demam. Call Cikgu Nuar. Dia suruh cek. Aku ajak Asri & Norman ke rumah Imin. Memang betul demam. Kesimpulannya, Isma sorang aje laa yang pegi. Tak pe lah, nak buat macam mana. Semoga telinga Imin tahan dengan bebelan-bebelan guru-gurunya. Aku tak de kat sana nak backing dia. Semoga Cik Yah & Linda pujuk2 laa dia kalau dia kena marah ke apa. Aku tanak moral dia jatuh...

Tengah buat e-filing. Walaupun belum layak bayar cukai kena isi jugak sebab takut kena denda weih...

Read more...

Wallpaper Tag

1. Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang. jgn tipu2 ek..



2. Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda...
  • Tak payah bagitau...semua orang yang baca blog ni dah tau...
3. Tag 10 orang.. jeng..jeng.. jeng...
  • At the moment aku malas nak tag sapa-sapa...

Read more...

Friday, April 24, 2009

State Athletics Part II

Aku ingat nak boh entry semalam tapi aku teramat laa penat setelah balik dari Manjung. Apa-apa pun cerita di hari ketiga di Manjung adalah seperti berikut;

Day 3
Aku bangun pada pukul 5.30 pagi di mana aku tidak biasa bangun pada waktu seperti itu. Paling awal aku boleh bangun ialah pukul 6.00 pagi. Tapi disebabkan aku dari rumah jadinya aku terpaksa laa bangun dan memandu ke Manjung. Setibanya aku di sana aku dah dengar cerita-cerita tak best daripada Ami dan budak-budak. Ceritanya ialah terdapat segelintir budak-budak yang tak matang tapi berlagak matang ni naik ke tingkat 5 dan berdating di sana. Satu lagi cerita ialah seorang budak perempuan under 15 lelah. Lelah tuh lelah laa tapi lepas dihantar ke klinik, bila dah ok menghilang entah ke mana. Curfew pukul 10 tapi diaorang menghilang hingga ke pukul 11 lebih. Coach-coach mengamuk laa apa lagik. Aku rasa bersalah gak sebab balik. Tapi bilik doh jauh2...macam mana nak kawal? Anyway, budak2 perempuan under 15 ni dihantar balik awal, tak yah masuk acara 4 x 400m. Tarik diri pun tak pe. Kalau disiplin tadak macam mana nak perform? Mereka2 ni jugak laa yang halau aku dan cikgu2 lain ni keluar...padan muka mereka! Hahahahahahah! Kena tulah aku...

Anyway, budak laki yang terlibat tuh dua orang yang aku kenal iaitu Iwan & Ayien. Iwan of course dengan aweknya, dan Ayien cuma borak2 kosong depan lif tapi yang silapnya duduk atas kusyen rapat2. Adoihh...aku ndak marah tapi diaorang ni skolah lain. Aku basuh jer laa mereka dengan klorok. Nampaknya mereka paham jugak laa apa yang aku cakap. Nak absorb dalam otak atau tak sukati korang laa...korang bukan anak murid aku mahupun anak aku...Lalalalalala!
Apa-apa pun hari ketiga ni acara Imin memang banyak. Paginya separuh akhir 80m hurdles. Petang lak akhir hurdles dan separuh akhir 200m. Event pagi berjalan dengan sempurna. Aku tanak cerita panjang-panjang sebab lepas ni ada cerita lagik best.

Tengahari kami team HP kena keluar dari resort, berpindah ke resort Impiana yang memang tidak seberapa tuh. Kami terpaksa dok dalam dorm. Yang bestnya pihak Teluk Batik Resort tak inform kat pihak Impiana Resort yang kami akan berpindah masuk. Melalak laa kami kat resort tuh, cari tuan, ulang-alik TBR. Macam-macam! Macam terbiar...memang Jom Heboh punya pasal! Bila dapat masuk dorm aku tengok dorm memang cikai gila. Aircond ada 2 tapi masing 1HP. Kipas pun ada 2 tapi kipas dinding. Warghhh...sah-sah panas gila kalau tido sini. Nasib baik tinggal satu hari jer. Kami semua tak sempat mandi sebab kena hantar budak-budak ni event petang.

Imin dapat silver jer dalam event hurdles. Itupun kalah sebab tak buat torso. Kalau buat memang menang dah. Tapi aku yakin dia akan ke peringkat MSSM nanti. Kalau rajin berlatih budak tuh memang boleh punya. Imin pun layak ke 200m akhir. Teya cakap Imin start lambat. Sah, phobia pistol...

Malamnya, semasa briefing aku dipaksa beri ceramah berkenaan dengan aktiviti couple-couple ni. Aku rasa macam tak layak je. Lepas briefing kami ke kedai tepi pantai. Semua budak aku angkut. Budak2 laki lepak dengan aku. Budak2 pompuan aku kasik duit je laa. Hahahahah. Lepas tu aku, Ayien, Nasir, Abu & Aliff ke 7E di Lumut. Sebenarnya aku haus lagik. Biasa laa cuaca panas. Dok lak tepi pantai...


With Ayien

The Last Day
Tido memang lena. Mana taknya. Penat. Tak de TV pun tak pe aih. Disebelah pagi, terdapat acara harapan pingat iaitu 200m under 12. Memang under 12 menjadi taruhan team HP. Tapi Imin tak dapat pingat. No 4 ke 5 dia tuh. Yang dapat emas ialah Encik Hakim dari SKAH juga daripada HP. Hehe...Imin memang jeles dengan Hakim tapi jeles in a good way laa. Imin nekad untuk berlatih supaya dapat challenge Hakim. Selepas sejam, acara 4x200m. Imin biasa laa, dah pancit. Dia pelari pertama. Aku macam tak sedap hati. Ye lah, dia tak suka sangat jadi pelari first sebab phobia pistol. Tapi they manage to go to final. Itupun Hakim buat lawak, berhenti untuk cuit orang depan sebab tak kasik dia potong. Apa raa...

Tengahari rehat sebab solat Jumaat. Cuaca dah panas. Aircond macam terkulat-kulat jer nak kasik kitaorang sejuk. Tido dalam kepanasan! Lepas tu aku mengamuk kat budak laki sebab kacau kitaorang nak rehat. Katil aku lak depan pintu. Lepas diaorang ni bersolat Jumaat, kami sekali lagi ke stadium buat kali terakhir. Buat event 4x200m budak2 ni dapat 2nd. Hakim buat lawak lagi, pandang belakang. Kalau dak boleh potong punya.


Mayat-mayat bergelimpangan


Dengan Amoi


Berebut Amoi


Di khemah HP


Tukar baju: Perghhh...seksi!


I bought this shoes for him


Picture of The Event: Amoi

Penutup. Kesimpulannya kami dapat 6 emas, 5 perak dan 7 gangsa. Cantik sungguh. Kira ok laa berbanding tahun lepas 1 emas dan peraknya berlambak. Team HP juga mendapat Naib Johan Under 12 di mana aku kena naik pentas ambik trofi serta Olahragawan Under 12: Hakim dan Olahragawan Harapan: juga Hakim. Dalam jadi joker jadik jugak Olahragawan mamat tuh. Ye lah 3 emas 1 perak. Itu pun kalau yang perak tu dia tak buat lawak...Ngaaaa!!! Semoga budak ni berjaya di masa-masa akan datang dalam aktiviti yang dia ceburi. Aku suka budak nih, rendah diri. Cikgunya kata dia budak susah, anak tunggal. Ermmm...


Imin and the pink flag

Bermanja dengan mereka buat kali terakhir


Hakim with Imin


Hakim and his trophies. Kelihatan Imin yang jeles...


Me and the trophy. Ingat nak bawak skolah dulu tapi tak boleh...alahai...

Aku bawak Imin, Sean & Ayien. Sean aku hantar ke stesen bas Manjung sebab dia ada English debate di UIA. Perghhh...memang power aaa dia nih. Imin dengan dia je panggil aku teacher, yang lain panggil cikgu. Ye lah, Imin memang tau aku English teacher dan dengan Sean aku bantai cakap English laa.

Sampai TI aku tak hantar diaorang ni terus. Kami makan dulu sebab Imin kebuluran. Biasa laa sebelum lari tak bleh nak makan. Lepas lari nak makan jer laa. Kami ke kedai sebelah BSN, makan sate. Imin ada call bapaknya. Bapaknya terima aduan daripada Amira Ketot dan Norman yang Cikgu FA komplen pasal Imin tak datang sekolah banyak hari. Aii, kena paham laa. Dah nama atlit. Aku tak suka betul dengan cikgu yang tak paham pasal budak-budak nak bersukan ni. Memang laa akademik tu penting tapi budak tuh dah menyumbang emas dan mengharumkan nama sekolah. Plak tu nak komplen sebab kena relieve kelas aku, adat laa. Korang nak relieve kelas aku ka KORANG NAK HANTAR BUDAK-BUDAK NI KE DESTINASI YANG MEMANG JAUH DARI RUMAH KORANG, TINGGAL LAKI BINI ANAK DAN BERPELUH DAN BERPANAS BERSAMA-SAMA BUDAK-BUDAK LAIN. Aku yakin tak ramai cikgu2 sekolah aku mampu buat apa yang aku buat sekarang, termasuk laa cikgu-cikgu laki. Aii, tak paham laa aku...Daripada Isma hari ni aku dapat komplen dari Puan RS dan juga Puan FA juga. Warghhhhhhhhhhhhh!!! Tak pe, tak pe...Imin dah dapat emas. Kalau softball pun dapat emas aku nak perli cikgu2 ni masa perhimpunan. Lantak arr...aku ni memang manusia yang outspoken. Nak terasa ke, nak masam muka ka, lantak pi laa. Bukan diaorang bayar gaji aku. Huahaha!

A Day After
Ke latihan softball, hantar Isma & Imin. Imin tak suka. Aku pun macam rasa tak best. Jiwanya dan jiwaku masih lagi pada athletics. Sebab cikgu2 dan budak2 athletics memang sempoi! Nak lagik laa pegi tahun depan kalau Wak Li nak. Lepas latihan beli stud & seluar track putih kat mereka ni. Sayang betul ye aku kat diaorang nih...Hurghhh!!! Apa-apa hal aku cakap kat Imin. Ko jadik pemain simpanan cukup sebab aku ndak dia tumpukan dalam athletics. Lepas ni dia kena training hurdles. Aku dengan sukarela nak latih dia. Sebelum tuh aku nak kasik kelas kat dia laa. Wajib! Dia kata nak dapat seberapa banyak A, nak buktikan pada cikgu2 yang bising2 nih. Bagus laa kalau dia ada azam. Ohh, by the way...Imin dah ke peringkat kebangsaan...Lalalalalalalala!!!

Malasnya nak packing!!! Esok lak nak kena pi Taiping lak bersama CTK. Bawak budak2 pompuan...boringnya!

Read more...

Wednesday, April 22, 2009

State Athletics Part I

Warghhh...aku baru balik. Tapi jangan sangka aku balik awal sebab kami kalah. Aku balik sebab nak kasik makan "anak-anak" aku yang aku dah sebut dalam previous entry aku. Pagi esok aku akan kembali ke Teluk Batik semula dan seterusnya membawa para-para atlit ke venue untuk meneruskan perjuangan mengharumkan nama daerah, sekolah, keluarga dan diri sendiri.

Before The Day
Aku bertolak dari rumah untuk mengambil Imin dalam pukul 12. Lepas tu kami singgah di SMKSK untuk mengambil para-para atlit yang lain. Selepas mengambil kehadiran aku membawa dua orang atlit lagi iaitu Nasir dan Amin, di mana kedua-duanya kategori under 15. Sampai aje kat Teluk Batik Resort kami nampak ramai lagi atlit daripada daerah-daerah yang lain, rupa-rupanya mereka pun menginap situ jugak. Terdapat kesalahfahaman di antara pihak hotel dengan pihak-pihak olahraga ni. Rupanya resort ini sudah dibooking lebih awal daripada MSSD Manjung untuk program Sure Heboh dan Hari Terbuka TLDM ni. So, setelah undian dibuat kami dari Hilir Perak perlu berpindah keluar ke Impiana Resort plak pada hari Khamis. Ape-ape je lah...

Aku diarahkan untuk membawa 3 orang untuk rehersal perasmian Olahraga MSSPK, yang mana 3 orang itu adalah Ayien, Iwan & Fariz. Hahahahahahah! Jadi masa2 ni lah aku cuba berbaik dengan Ayien dan kawan2nya tuh. Mana-mana budak yang naik kereta aku mesti akan berbaik-baik dengan aku selepas tu. Dan memang betul Ayien dah mula tak nak naik kereta lain kalau pergi ke stadium. Dia dah booking aku dulu...ye lah, lepas pergi stadium mesti aku melencong ke tempat lain. Ok jugak. Kurang-kurang aku ada teman untuk makan. Apa-apa pun Imin aku MUSTI bawak!


Rehersal: Ayien tak masuk sebab dia saje nak pekena kawan2

Lepas rehersal, aku balik ke bilik. Aku kena kongsi apartment resort dengan budak2 under 12. Mula2 dapat sebilik dengan budak2 remaja, tapi mereka mengadu kat Cikgu Aizu yang handle pasal bilik dan seterusnya menghalau kami cikgu pompuan 3 orang ni. Tak pe, tak pe...Sebelum balik tu aku singgah McD dengan Imin, Ayien and the gang. Jadinya mereka tapau laa skit...bila balik je budak2 pompuan semua jeles dan tanya kenapa tak bawak mereka. Aku balas balik...dah korang halau aku, sapa nak bawak? Tak malu!! Hahahahaha...ni laa antara sebab2nya aku tak suka kawan dengan budak2 pompuan. Gedik! Saje jer halau cikgu2 sebab nak privacy...nak kebebasan buat apa sahaja yang mereka ndak...Uwekkkk!!!


Mekdi dengan mereka

Malamnya ada briefing. Lepas briefing keluar lagik. Kali ni dengan Imin, Ayien, Iwan & Teya. Teya sampai sudah tanak dah naik keta dengan aku. Marabahaya katanya...Huahaha!


With Ayien: Never serious...

Day 1
The day of the event. Imin cuma ada acara 4x100. Dia pelari kedua. Itu strategi Sir Guna...yang memang expert dalam olahraga ni. Pagi separuh akhir, petangnya baru final. Sebelum tu kami dah dapat emas dalam acara lompat kijang under 15. Siapa buat? Jawapanya ialah Nasir. Hahaha, budak yang aku bawak. Tumpang bangga jer laa. Petangnya quartet 4x100 under 12 berlari. Memang mendebarkan...bukan apa. Imin ada buat silap sikit. Mujur dia cover balik dan dibantu oleh Saiful yang buat silap masa separuh akhir, dan diakhiri oleh Hakim (juara 100m daerah) yang memintas 5 orang untuk mendapat emas kedua Hilir Perak. Teruja aku...balik khemah terus pelok Imin. Suka arr....Imin pun macam tak kisah jer...

The quartet


He's ready!


Picture of the Event: Imin in action

Pukul 5 aku terpaksa bersama2 kontinjen untuk bersama-sama masuk perbarisan. Ampeh...Niak lenguh kaki aku. Ni cikgu2 laki ler ni membuli cikgu2 pompuan. Semua cikgu pompuan kena masuk kecuali Ami sebab dia kena balik uruskan pertukaran dia. Nasib baik ko Ami. Tapi seronok laa...amik pengalaman. Kan aku dah cakap. Aku suka dok berpanas di padang daripada dok dalam aircond masa kursus...Masa balik marabahaya lagik dengan coach2 laki...haha, mereka kalah. Tapi aku dipotong semasa menuju ke Teluk Batik. Aku malas dah...jalan berbukit, lagikpun aku bawak 4 lagik nyawa wei...


Coaches


Mereka: Teya, Fariz, Imin & Ayien


Kami


Ehh, Hidir laa...


Aksi manja Ayien


The Marching Band


Nampak Imin tak?


Aizu: Lelong. Tak kawin lagik!


Jelingan manja


Muka macam Encik Al-Malik kan?

Malamnya keluar lagik, kali ni dengan Ayien sorang sebab Imin kata nak rehat. Letih katanya, ntah2 nak tengok TV. Ayien pun macam tak segan. Tak per aa...kami banyak bercerita pasal diri sendiri, kawan2 dia and everything lah. Tak de cover2...

Balik, mengantuk...dan tido...ohh, by the way. Room mate aku ialah Kak Mariani PK Koko SMKSP dan Ami dari SM Teknik. Mereka pun sempoi, maklum lah orang sukan. Ohh ye, Li laki Linda pun ada, tapi jadi pegawai laa...


Imin dapat medal

Day 2
Iaitu hari ini. Long story short kami dapat lagi 3 emas pada hari ini dalam acara lontar peluru under 18(P) oleh Quah (budak yang kongsi apartment aku), 100m under 12 (L) oleh Hakim dan 1500m under 15 (L) oleh K (aku lupa nama dia). Aku huloq RM pada Hakim sebab aku pengurus skolah rendah dan dia memang budak balik. Imin pun tak kasik lagik...tapi aku akan bagi masa perhimpunan nanti.

Ayien tadak apa-apa sebab under 18 memang banyak persaingan. Tak pe, dia kami panggil maskot Hilir Perak sebab suka buat lawak dan happy go lucky. Aku gembira dapat kenal Ayien sebab banyak minat kami sama iaitu dengar lagu alternative/indie, suka taugeh, suka tengok gigs, suka sukan, dan lain-lain lagik laa. Tadi sebelum aku balik pun dia dah booking nak pi venue dengan aku. Kawan dia plak, Iwan injured teruk ari ni. Muscle lutut terkoyak apa ntah. Aku bawak laa belanja slurpee & nasik mamak.

Ohh ya. Kak FAS ada call tengahari. Tercungap-cungap dia. Aku tatau Linda dah bagitau dia ke belum yang Imin aku tak kasik main handball. Actually bukan 100% keputusan aku, tapi keputusan Imin gak. Bukan apa, peluang nak dapat emas dalam softball amat tinggi berbanding handball sebab tuh aku insist dia ambik softball. Lagipun Isma pegi sekali. Kurang2 ada kawan. Imin pun jenis pancit...baik laa main benda rare yang memang jarang orang main. Itu pun tahun depan aku ndak dia sekolah belah2 bandar. Bukan apa, ada pendedahan laa pada sukan olahraga dan softball. SMKSPerkasa manada softball. Olahraga pun gitu2 jer. Yang depa kuat ialah bola...Imin nak main bola? Kena bola softball skit jer dah sakit ni plak nak main bola? Ahh, sudah lah!

Lepas tu plak Cikgu Sapari dari SKSE merangkap coach handball telefon aku. Tanya aku pasal Imin. Dia pun tatau yang kami ada team softball. Amenda??? Kolot sangat ke skolah kami sampai tak bleh main softball? Aku cakap dari tahun lepas lagik dan 2 orang dari skolah kami dah diselect ke peringkat negeri. Aku pun ada slow talk lagik dengan Imin lepas Kak FAS call. Dia kata nak main semua. Tapi memang tak boleh. Last2 dia buat keputusan selepas dengar nasihat aku yang dia nak main softball. Gila laa...abis jer olahraga Jumaat ni nak terus main handball arui Sabtu. Lagik laa dia tak bleh perform. Ingat budak aku ni mesin ka? Lagi pun Kak FAS dah berjanji...priority kat olahraga, lepas tu softball dan last sekali handball. Itu laa, sapa suruh training last minute. Huahahahahahah!!!

Esok lak. Imin ada banyak acara. 80m hurdles & 200m semi. Harap2 dia boleh perform baik. Coach & PTPS pun kata boys under 12 laa yang akan sumbang emas untuk Hilir Perak. Perghhh....Aku pun tatau apa aku merapu kat sini. Nak cepat maa...

-To be continued...-

Read more...

Sunday, April 19, 2009

Packing Macking

Malasnya nak packing barangggg!!! Aku dari dulu lagi kalau nak pi mana2 agenda "memacking" barang ni laa yang paling aku malas nak buat. Bukan apa, nak mula tuh yang malas. Bila dah mula cepat jer siap. Esok bermulalah tugas luar aku. Aku akan berangkat daripada rumah pukul 12 tengahari, ambil Imin dan berkumpul di SMKSK pada pukul 1.00. Lepas tuh PTPS akan membahagikan budak2 dan sumbat ke dalam kereta guru-guru merangkap jurulatih dan pengurus pasukan olahraga yang pergi ke sana. Aku bercadang aku nak balik rumah Rabu malam nanti. Nak kasik "anak-anak" aku makan (my pets laa).


I was so impressed! This is the neatest packing I've ever done...

Pagi tadi, walaupun masih dalam keletihan akibat berada di tengah panas seharian, aku tetap juga ke sekolah untuk mengajar budak2 kelas intensif ni. Bukan sebab duit...niat ikhlas woo. Tapi untuk tahun ni kelas aku tak banyak sangat seperti tahun lepas. Ok laa jugak. Banyak masa rehat di hujung minggu untuk aku. Macam paham2 jer Kak FA yang aku cuma jumpa dengan suami aku pada hujung minggu jer.

Pada waktu rehat kelas, Imin and da' geng masuk makmal. Mereka mau ke kedai tapi tak dapat keluar sebab pak gad tak kasik keluar. Kebuluran dan kehausan laa mereka tuh. Mereka yang masuk tersebut semuanya cedera. Mula2 Ayoi, dengan kakinya, Imin dengan tangannya, Hasif dengan kakinya juga dan akhir sekali Omey dengan demamnya. Kesian aku dengan budak2 softball ni. Main satu hari sampai sakit2. Heheheheh...By the way, terima kasih laa anak-anak sekalian yer kerana anda semua tabah sepanjang permainan anda semalam. Ewah!!!

Encik Al-Malik sudah berangkat ke sana. Aku pulak sudah mengantuk...Esok laa sambung packing...

Read more...

Saturday, April 18, 2009

Target Not Achieved

Kami cuba mendapat tempat keempat daripada lima pasukan. Kalah tipis je...menang dengan SKSAA 8-19 (ok laa tuh, tahun lepas kena 0-25), menang dengan SKRMM 9-8, kalah dengan SKKB 8-9 dan kalah dengan SKSS 6-7. Sayang kan? Ramai kata kitaorang main bagus tapi tak de luck.

Apa2 pun aku tak kisah sangat pasal kedudukan tuh sebab dua orang dari team kitaorang dapat tempat untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. Siapa lagik kalau bukan pitcher dan catcher SKTB iaitu Isma & tak lain tak bukan...Imin. DIA LAGIK!!! Memang dasar atlit laa dia nih...TETAPI...beliau tidak dapat pergi untuk latihan pusat minggu depan kerana beliau berolahraga negeri ketika itu maka Isma seorang laa yang akan pergi. Itu pun dia macam nak tanak nak pegi. Aku pujuk ler aku pergi jugak, CT pun pergi. Yang bestnya dia sorang jer pitcher yang buat beberapa K2 iaitu istilah softball bermaksud strike out.


Warghhh...ailevyu both!

Aku pergi sebagai guru pengiring jer manakala CT sebagai pengkurus, heheheheh. Kalau aku tak terlibat dengan olahraga aku dah pergi sebagai coach daerah dah...waaalllllaaahhhh!!! Bukan apa, aku ndak jugak pegi walaupun sebagai guru pengiring semata-mata sebab aku minat. Kalau aku tak pergi aku kena pergi kursus CDRI (apa tuh?). Nasib baik Cikgu Nuar menjadi penyelamat apabila dia meminta aku menjadi guru pengiring. Apa lagik, pucuk dicita ulam mendatang laa...aku terima dengan hati yang terbuka. Hoho! Maka, dua minggu laa aku tak de sekolah. Seminggu di Manjung dan seminggu di Taiping. Dua2 dok resort. Wahahahahahahah! Dua2 seronok sebab Manjung Imin & Ayein (budak skolah menengah) ada & kat Taiping sebab CT & Isma ikut. Hahahahahah! Zoom Malaysia sungguh...

Muka aku dah merah...esok ni gelap laa nih...lalalalalalalala! Oh ya, tak de gambo sebab sekali lagik lupa nak tarik memory card dari laptop aku...Warghhhh!!! Tunggu gambo dari Cik Yah laa...

Read more...

Friday, April 17, 2009

Nervous

Warghhh...berdebar-debar ni. Aku cuma coach, budak2 tatau laa. Hari ni tak de latihan. Bebudak semua berehat. Tapi ada yang buat alternatif berlatih sendiri kat kawasan rumah sendiri, ajak team mate yang mana dok dekat. Bagus lah macam tuh. Kira ok jugak idea bagi golve & bola kat diaorang. Jangan hilangkan sudah...

Aku tak de masalah dalam batting order, tapi aku mengalami masalah dalam positioning. Yang lain2 dah ok cuma short stop ada masalah sikit. Tersangat laa penting posisi ini sebab banyak bola akan tuju arah tu. Kalau tembus abis laa...Yang terbaik setakat ni ialah Firas, and then kalau Firas tembus terpaksa kasik Abu. Posisi ni kena rajin sangat2. Aku tau sebab aku dulu main posisi ni. Satu lagi 1st base...Ayoi dah cukup baik tapi kalau dia tak de mood memang punah...Nasib baik ada Muaz, yang boleh harap laa jugak dok posisi ni.


The Position

Untuk batting order lak, semua boleh pukul. Kiranya kalau nak menang macam ni laa caranya. Kutip point banyak2. Ada yang harapan boleh buat home run. Mungkin selection untuk ke peringkat negeri akan dipilih melalui performance in batting.

The Batting Order
1. Ijai

2. Firas

3. Muaz

4. Hasif

5. Isma

6. Imin

7. Omey

8. Ayoi

9. Abu


Target aku: Naib Juara! Kalau juara alhamdulilah...

Read more...

Thursday, April 16, 2009

Isma is the 'Chempera'

At the drive thru car wash...



The Chempera

Actually before that, we became The Bonds, James Bonds. Watched other schools having their training.

Read more...

Are You Going to Finish Strong



You have no soul if your heart weren't touch by this clip. I did cry...

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Final Day of Athletics Centralized Training

Too tired to think of the words that I'm going to pour in here. Yet, no picture because I forgot to put back the memory card into the camera. So, I used the cellphone instead. Whatever it is, I had lots of fun sitting at the field today. In fact, Imin also had fun by looking at his smile during the briefing with the athletes.


Imin; during the training. The coaches favourite...


Pity this hurdle. Broke by Imin...Haha! Ganas!

Ooo ya, I brought along Abu, Ijai and Muaz, to kill my boredom. Interviewed Abu about his family. Hearing something that isn't nice about his Pakcik made me feel sorry for him. Feels like I want to adopt him. What's worst, his pakcik and his own mother never give him pocket money. He gets it from Muaz's mom. Kesian laa...and I was surprise when he said that he has 7 more siblings. Makkkk...all ran away from home because tak tahan with the the step father. Duit banyak tapi berkira...ye laa sebab bukan anak sendiri kan...


The future senior of our school


1st timer makan pizahart (xcept Imin). Kesian...

We talked about Ayoi (actually it's more to mengumpat) about his sulkiness. Suka merajuk daa. We'll see in the morning training tomorrow. If he's still in that attitude, jangan harap aku nak bagi dia main. Sungguh bajet. Perasan, even he told Imin and Isma that the team will lose if he's not playing. Tak pe, dia tak main aku bleh pilih orang lain. And he hates Abu too much. Benci anak yatim...tak baik arr...Pedengki plak tuh, tak kasik aku bawak orang lain. Ingat aku ni bini dia ka?

Ahh...there's Ayien...the cutest and the fastest boy. Dia tersangat laa best and tersangat laa sedap mata dipandang...huarghhhh!!! (Still didn't have any opportunity to take his picture yet, lari laju sangat duhhh)

Read more...