Thursday, December 31, 2009

Old Resolutions

Azam aku hanya tiga sahaja....(tak yah tunggu tahun baru pun tak pe, tapi apa salahnya)

  1. Be more organise in work and home (makmal dan rumah masih ber'kube')
  2. Nak mengandung!!! So, untuk tahun 2010 ni aku kena lebih kerap ke klinik or hospital dan kalau boleh bersama suami disisi. Tamau macam dulu pergi klinik lepas tuh buat tatau sebab malas nak ikut appointment. First step, Klinik Jothi....lepas tuh on and on dengan usaha lain.
  3. Tiap-tiap bulan simpan at least RM50 seorang bersama suami (yakni RM100 berdua) untuk tujuan Cuti-cuti Malaysia atau emergency case. Malas nak guna CC sangat....
Itu sahaja, sekian terima kasih. Selamat Tahun Baru kepada pembaca dan rakan-rakan. Aku celebrate sorang-sorang dirumah aje sambil main game....lagik....

Read more...

A Lion's Affection

Seperti biasa, tabiat aku ialah membaca sebelum tidur dan semalam aku baca Reader's Digest. Ya, aku melanggan tiap-tiap bulan majalah ni. Isinya knowledgeable, kelakar dan kadang-kadang meruntun emosi. So, aku baca laa satu cerita pasal sekor singa ni. Aku ingat typical nature story. Rupa-rupanya....

Di penghujung penulisan Heidi Krause aku menangis. Bukan takat menangis air mata setitik dua tapi teresak-esak (nasib baik member sebelah tak bangun). Menangis kerana seekor singa....Lepas tuh aku bukak YouTube tentang singa ni jugak. Lagi laa bercawan-cawan air mata keluar.

Here's why...hang pa kena baca laa sampai abis kalau nak dapat feel. Aku translate untuk korang. Baca dulu teks, kalo dak sia-sia jer aku translate. Lepas tuh baru tengok videonya.

(Dicedok serba sedikit dari RD)

A Lion In The Living Room

Empat puluh tahun selepas dua pemuda membawa seekor anak singa yang ceria ke dalam rumah mereka di London, kisah ini telah menyentuh perasaan generasi masa kini.

Kisah ini bermula di London pada tahun 1960-an. Pada masa itu tiada lagi undang-undang berkenaan penjualan haiwan eksotik. Di bahagian haiwan eksotik di pusat membeli belah terkemuka, Harrods, seekor anak singa sedang duduk di dalam kurungan yang teramat kecil. Dua orang pemuda berambut panjang dan memakai pakaian bell-bottom, berasal dari Australia tetapi melanjutkan pengajian di London dan seterusnya bekerja di sana mendekati kurungan tersebut dan terus bercadang untuk membeli haiwan itu. Mereka bernama John Rendall dan Ace Bourke.

Rendall dan Bourke menamakan singa itu Christian (C) dan membela haiwan tersebut seperi haiwan perliharaan biasa. Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh kedua-dua pemuda tersebut bersama C malah mereka menganggap C seperti rakan mereka sendiri. Haiwan itu menjadi terlalu besar untuk rumah mereka yang sempit lalu selepas setahun membela Christian, dengan perasaan yang berat mereka terpaksa melepaskan C di Afrika.

Cerita di atas agak biasa sahaja. Tetapi apa yang berlaku seterusnya membuatkan C menjadi seekor singa '21st Century pop-culture sensation' (sorry, kalau translate ni buruk sangat bunyinya).

Selepas setahun berpisah dengan haiwan peliharaan mereka, pada tahun 1972, Rendall dan Bourke menjelajah ke Utara Kenya, di mana C telah berjaya hidup di alam semulajadi. Pertemuan semula mereka difilemkan. Empat dekad kemudian, saat itu di letakkan di dalam YouTube, di mana ia telah mejadi tontotan sebanyak 44 juta hits.

Video yang mengambil masa tiga minit ini memaparkan C yang duduk di atas batu manakala dua orang pemuda tersebut menunggu dengan penuh mengharap dalam jarak 70 meter. Haiwan itu merenung tajam kepada mereka, sebelum mengambil langkah laju ke hadapan untuk penglihatan yang lebih jelas. Tiba-tiba haiwan itu melompat ke arah mereka (leaps into action), mendengus dengan kegembiraan dan memeluk mereka dengan kedua kaki hadapannya yang besar. Singa itu, dengan rakusnya menjilat wajah dan menyondol tengkuk sahabat-sahabat lamanya.

Adegan ini seperti mempunyai kuasa emosi dan disalahertikan seperti adegan lakonan di dalam wayang Hollywood. Tetapi ini bukan kisah fiksyen mahupun dongeng; tetapi inilah kisah benar seekor singa bernama C yang telah menawan hati insan seluruh dunia yang telah menonton video tersebut.

Pertemuan kedua dan terakhir mereka ialah setahun kemudian (1973). Pada masa itu, C seberat 230kg dan antara singa terbesar di sana. Mereka menghabiskan masa bersama selama sembilan hari sebelum C hilang di dalam dunia haiwannya, yang merupakan perpisahan mereka buat selama-lamanya.

Sehingga sekarang, selepas 40 tahun, Rendall dan Ace masih lagi cuba untuk memahami impak emosi adegan tersebut. Adakah ia menggambarkan ikatan yang rapat di antara manusia dan haiwan? Adakah ia berkenaan dengan pertumbuhan dan pembesaran dan perpisahan?Adakah ia berkenaan dengan kehilangan dan kesunyian dan kegembiraan setelah bertemu semula? Adakah itu cara C mempamerkan kasih sayangnya terhadap bekas tuannya? (A Lion Called Christian by Rendall dan Ace).

Pengunjung-pengunjung YouTube menghantar respon mereka dan rata-rata mengatakan sentimen yang sama "Thank you for showing the world that all wild animals deserve to be treated with love and respect. You are an inspiration".

(Sehingga teks ini habis ditulis penulis (aku) masih lagi mengeluarkan air mata...ciwek!!!)

The Video (versi sedih...sebab lagunya laa)



So kawan-kawan..kalau haiwan pun boleh tunjukkan kasih sayang dan mengenang budi dengan manusia...kita yang ada akal ni takkan tak boleh buat macam tu sesama sendiri...renungkanlah...

Membaca, menjana ilmu dan emosi....perghhhhh!!!

Read more...

Monday, December 28, 2009

Loss

Memula aku nak buat review tentang game yang aku baru abis main semalam, Runaway: Twisted of Fate. Tetapi...............

Sesuatu perkara sudah berlaku. Terdapat kecurian berlaku di rumah sewa Encik Al Malik. Dalam pukul 9:00 malam tadi Encik Mat, si penyewa menelefon Encik Al Malik untuk memberitahu tentang perkara tersebut. Kerugian: sebuah laptop, handphone dan RM30. Handphone dan RM30 tuh tak kisah sangat. Laptop kena curik tuh ler yang sedih. Itupun Mat guna telefon jiran kat bawah untuk telefon kitaorang. Encik Al Malik mula susah hati. Kereta aku tak boleh pakai. Nak tak nak beliau kena naik Kelisa pegi sana.

Iskk, kiranya dalam bulan ni saje nak masuk 3 kali kami ke sana. Tapi aku rasa tak boleh pergi sebab mesyuarat sekolah hari Sabtu. Oleh itu, Encik Al Malik mungkin pergi sorang-sorang. Sedih jer Mat dalam telefon, kata Encik Al Malik. Aku dan Encik Al Malik pening jugak. Tapi bukan tanggungjawab kami kalau dia hilang apa-apa pun sebab aku dah pesan, pasang dua pad lock, depan dan dalam. Guna padlock paling canggih, biar mahal. Walaupun pencuri boleh bukak least ia menyusahkan mereka. Satu lagi silap dia jugak, pegi keja tak bawak laptop & henset sapa suruh?

Oih, laptop aku walaupun dah buruk sampai key tab pun dah tercabut tapi nak pegi mana-mana (yang memakan masa lebih daripada 12 jam) aku dan Encik Al Malik akan bawak laptop kami. Harga laptop aku mungkin dah murah skang ni tapi barang-barang yang disimpan dalam hard disk ni laa priceless tau dak. Sebab tuh masa kejadian kecurian rumah Puan Linda tahun lepas paling aku sedih bila dua-dua laptop kena curik. Kerja-kerja sekolah, gambar-gambar kenangan, koleksi-koleksi video dan lain-lain lagi ada dalam tu. Kalau pencuri tuh perihatin, tinggalkan hardisk tak pe jugak...tapi ada ke macam tuh?

Hmm...nak buat macam mana. Dah jadi kan? Redha jer laa Encik Mat. InsyaAllah suami aku akan ke sana hujung minggu ni nak baiki gril dan pintu depan yang telah dikopek oleh pencuri lahanat tersebut. Untuk kawan-kawan pula, pesanan dari hamba: kunci rumah kalau nak pergi mana-mana. Dok dalam rumah pun kena kunci jugak terutama bila nak tidur. Selalu hiaskan rumah dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan kita sendiri pun kena baca jugak laa. Last but not least, kerap-kerap simpan kerja, gambar dan apa-apa koleksi dalam portable hard drive. Tak sampai RM100 pun. Ok daripada buat kerja all over again. Gambar-gambar plak, kalau boleh cuci terus, dak pun CD kan jer.

Udah ler tuh membebel.

Read more...

Wednesday, December 23, 2009

Maju & Maju Restaurant

Hari ni aku nak cakap pasal makan je. Aku sepatutnya memasukkan entry ini minggu lepas tetapi something bad happened to me. Anyway, hari ni aku sebagai pecinta makanan nak memperkenalkan sebuah restoran yang bernama Restoran Maju & Maju. Aku panggil Restoran Maju Maju je. Kalau tengok nama korang akan kata ni restoran mamak. Memang pun...Tak silap aku restoran ini terletak di USJ 15, Subang Jaya. Senang cerita simpang masuk depan USJ Taipan, belah kanan kalau dari Puchong/Shah Alam. Aku dah lama gile tak pegi restoran ni. Last pegi dengan ex aku dulu. Nak menghapuskan kenangan laa konon. Ahh, lantak. Kedai ni bukan kedai dia pun...

Minggu lepas aku dan Encik Al Malik bertandang ke restoran ini. Kenapa aku masih bertandang ke restoran ini sedangkan ia akan mengimbau kenangan aku terhadap ex aku? Eleh, bukan aku ingat dia sangat pun. Dah makanan dia sedap. Ya, aku bukan minat sangat makanan mamak tapi masakan tomyam pun ada. Memang sedap. Aku wajib makan nasi goreng belacan. Hah, elok ler. Malam tak boleh tido sebab kena resdung teruk. Sedangkan Encik Al Malik memesan nan special. Encik Al Malik pun kata sedap.


Nasi Goreng Belacan


Nan Special

Harga? Seperti biasa harga makanan kat restoran mamak di Lembah Klang agak mencekikkan darah. Tapi korang kena fikir, servis tip top, tak yah tunggu kalau nak order. Kalau order air seperti air milo atau horlick mesti kaw punya. Amaun makanan dalam pinggan memang berlambak. Kadang-kadang tak abis...boleh bungkus, diaorang tak marah punya. Tapi aku tak kisah. Sebagai seorang foodie, kalau sedap apa salahnya bayar lebih?

Oleh itu kawan-kawan, kalau singgah Subang Jaya singgah ler restoran ni.

Read more...

Saturday, December 19, 2009

Guess What?

Cuba teka apakah gambar-gambar di bawah? Kalau dua-dua betul aku kasik RM20.00. Serius aku tak tipu...Sapa-sapa yang dok jauh tuh aku poskan Money Order atau transfer dalam akaun. Walaupun tak lumayan, kira ok laa tuh...

Clue: Siti situ sana sini


Clue: Homosapiens

Jawapan perlu tepat, kental dan padat. Heheheheh...Jawapan akan diberi pada hari Ahad selepas pukul 8:00 malam nanti.

Sekian, terima kasih.

Read more...

No Line

Agak terlewat jugak aku masukkan entry ni sebab aku berada di Puchong ketika event ini berlaku untuk urusan sewa rumah suami aku. Ketika aku menulis, aku tengah gila bersemangat sebab Malaysia telah menyumbat sebijik gol secara tidak sengaja ketika bertemu dengan Vietnam. Perlawanan masih lagi berlangsung ketika aku menulis. Tinggal lagi 6 minit. Sebelum tuh main macam nak tak nak. Udah ler gitu, bila dah dapat sebijik kasik plak Vietnam serang lagi. Sakit juga dada.

Sebenarnya aku dah lama tak tengok Malaysia dan team liga Malaysia main (termasuk team ayahanda aku) tapi kena tengok jugak sebab promosinya macam Malaysia dah menang Olimpik. Walaupun tak mengikuti sangat perkembangan bolasepak Malaysia tapi aku tak pernah mengutuk, mahupun mencaci. Ada sebab musababnya aku tak akan mengutuk walaupun tahap permainan pemain-pemain di Malaysia sekarang ni dah menurun mendadak. Ya! Aku membesar kerana dan bersama-sama bola. Aku dapat masuk U dan jadik cikgu kerana bola. Semuanya punca daripada bola. Duit yang dapat sebab bola inilah yang membawa aku masuk U dan seterusnya korang boleh fikir sendirilah. Kekadang bila pasukan ayahanda aku kalah, kawan-kawan yang mengutuk, aku lazerkan balik: Aii, kalau team korang menang korang dapat hape? Kalau team bapak aku menang, kurang-kurang bapak aku dapat bonus (RM500 kalau menang masa dengan Penang dulu), bila dia dapat bonus, dia senang hati. Bila dia senang hati, dia kasik duit kat aku...Hah, korang dapat hapa??? Terdiam member...

Ditemani suami aku, maka aku menontonnya di apartment ayahanda. Seperti yang diketahui oleh saudara-saudari yang membaca blog aku, aku kalau tengok bola memang bising. Lebih bising daripada suami aku sendiri. Suami aku lebih kepada mengutuk strategi dan aku lebih kepada marah di atas pemain kerana tidak berjaya menyumbat gol dan juga tidak berjaya clearkan bola. Apartment ni bukan kalis bunyi. Macam laki bini gaduh laa plak.

Dan ketika perenggan ini ditulis, Malaysia berjaya memperolehi pingat emas, hasil gol sendiri. Agak tidak puas hati di atas gol tersebut, tapi a goal is a goal. A precious one goal. So, congrats to Malaysia. Lepas ni memang berpesta ler depa nih. Jangan lupa diri sudah. Sebab Sea Games adalah sukan peringkat terendah. Target ler untuk ke peringkat seterusnya such as Asia Games, Cawan Rimau (Tiger Cup), Pesta Bola Merdeka ke, lagi best kalau dapat layak ke peringkat Olimpik (boleh guna same team under 23, ubah skit-skit sudah). World Cup tuh hold dulu laa. Buat satu-satu dulu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVNLchueqDGEYYoFilIt1trIr3Dy6qqHfG9jfx9vh4ZvHJzyBFx9EqeoBYsyrydSiNQX4BlrT0tOfGIsUP17-BTMXNUT-cC1WHdQlffnTtBHSz80V7YJ109lJEp-5YOjfAnEIhgIdZ0gUc/s400/rajagopal.jpg
Dey tambi...cash mareiii!!!

Anyway, Happy New Year to all friends and blogger. Semoga lebih diberkati Allah SWT dan dimurahkan rezeki lagi...termasuk aku, suami dan keluarga aku...

Tahniah Malaysia!

From: Anak Seorang Jurulatih Bolasepak

Read more...

Friday, December 11, 2009

Popped And Serve

I'm still young (although the bones cracked) but I'm not the fan of shuffle dance. Nonsense! The dancers have to have lots of shoes to do it.

But I'm into popping. Also a kind of dance. Let people say that "that's western...no good!" Not just an ordinary popping. I'm into animation dance style (part of popping style), which is very popular in Japan! Hey, not the kind of animated cartoon dances but a real human who dances animatedly. The technique consists of moving rigidly and jerky by tensing muscles and using techniques similar to strobing and the robot to make it appear as if the dancer has been animated frame by frame.


The first popping dance I saw was from this video...


You surely have seen this. Then I knew that style is popping when I saw Robert Muraine dance in 'So You Think You Can Dance' season 4. Then, I followed him in Superstars of Dance (Starworld astro, dah habis season dah...) Wow, this fella surely is double-jointed.



When I surfed YT about this popping dance I came through a group which dances popping professionally. Hamutsun Serve. Of course originally from Japan, a country which Amni (the lil sis) and I fond of (because of its culture and heritage). The first time I saw their dance I was like "Wow!", "Mak aii!", "Perghhh...!" and "Warghhhhh!!!". Since then I watched them dance daily and never get tired of it. They danced for Madonna in 4 Minutes official video. I'm not kidding! Although they have different level of height and talent but who cares. They are so damn good!!! Well, they added a fan from Malaysia.


PLEASE watch the above video especially at 3:30. It's so sick, man!!!

Here's another one...the rest find it yourself!



Iku Rikiccho oyobi Dah-yoshi!!!

Read more...

Thursday, December 10, 2009

Fish Course Meal



Menu:
  1. Appetizer (kononnya laa) - Kailan with salted fish
  2. Entrée - Anchovies with sambal and parkia speciosa (perghhh...saintifik tuh)
  3. Main Course - Rice with sweet and sour pomfret and an omellete
  4. Dessert - Tempoyak added with bird's eye peppers eat with parkia speciosa
  5. Drinks - Iced sarsaparilla cordial
For further information, please leave a comment. Thank you...

Read more...

Tuesday, December 08, 2009

Memory

Suddenly during my nap this evening, I missed something. Something that I lost not long time ago...I lost it during my trip to Penang, on this mid year. I really missed him. Nothing can compared him to the other...

I REALLY MISS MY OL' BANTAL BUSUK!!!


Ohh...


Our memories together will never fade

Sebenarnya bantal busuk inilah paling lama aku pegang. Sejak tahun 1996 aku bela dan akhirnya terjadilah hasil seperti di atas. Serius aku tak boleh tidur tanpa bantal kecik untuk dipeluk. Skang ni pun dalam proses nak menghasilkan satu lagi bantal busuk tapi it's not the same.

Masa kecik aku pernah gaduh dengan arwah mak aku sebab dia bakar bantal busuk aku yang lama (sebelum yang di atas) sebab dah teruk sangat condition bantal aku tuh. Aku mengamuk lalu aku buang bantal-bantal arwah kat tempat arwah bakar bantal busuk aku tuh. Perghhh...berdosa aku. Tapi arwah buat derk jer. Aku juga pernah mengamuk kat adik-adik aku sebab basuh sarung bantal busuk aku, tapi lepas tuh aku buat tatau sebab aku yakin aku akan hasilkan bantal busuk yang lebih busuk dari sebelumnya dengan menggunakan sarung yang sama iaitu menggunakannya semasa ia belum kering. Hohohohoho!!! Genius...

Dulu aku nekad, kalau dah kahwin aku akan buang. Tapi tak buang-buang jugak (sampai ler ia hilang). Tapi setelah kahwin aku request, dah dapat anak baru buang...Sampai suami aku tanya, dah dapat anak takkan nak cium lagi bantal busuk tuh? Aku cakap, takpe...aku wariskan bantal busuk ni pada anak kami nanti. Heheheheheh...beliau cuma geleng kepala...

Read more...

Thursday, December 03, 2009

An Ancient Recipe



Tadaaaaa!!! Resepi masakan aku malam ini. Tetapi awas!!! Jangan amalkan resepi ini untuk hidangan suami atau isteri anda. Cukup untuk anda makan seorang sahaja. Anda boleh memasak resepi ini apabila ditinggalkan keseorangan atau untuk hidangan anak-anak anda jika anda terlalu sibuk untuk memasak.

Untuk kes aku, aku sibuk kemas rumah dan bermain game pada hari ini. Sedar-sedar jer dah pukul 10:00 malam. Hantu betul!!! Sebenarnya inilah resepi kegemaran aku bila aku kecik-kecik dulu. Aku pandai guna dapur memasak bila nak masuk darjah 3. Tatau laa sapa ajar...tau-tau dah pandai goreng telur dadar sendiri. Lepas tuh makan dengan nasik taruk kicap cap gajah banyak-banyak. Kicap ini tiada dalam jualan di negeri lain kecuali di Kelantan...tak silap aku laa. Lagi banyak kicap lagi nikmat. Sampai takde dah kaler putih nasik.

Arwah mak aku pernah cakap...hah, makan laa kicap banyak-banyak. Nanti perut dengan hati hitam. Ehh, ye ke? Mungkin arwah tak nak kicap cepat abis kot sebab arwah pun suka masak lauk masak kicap (ayam atau daging masak kicap...hmm...rindunyaaaa...).

Lepas masak...aku akan makan depan rumah,bukan ruang tamu tapi depan tempat pakir kereta. Saje menikmati makanan sambil menghirup udara kampung dalam bandar ni. Atau aku akan makan depan TV atau sambil baca buku. Huh, anak dara apa nih. Tapi skang ni habit ni aku tak boleh tinggalkan. Aku mesti baca buku sambil makan. Sebenarnya buku tuh aku tak baca pun. Pandang 1 mukasurat jer. Tapi mesti ada buku/majalah laa....Tapi ni aku amalkan di rumah jer laa. Kat restoran depan TV lak...

Sebab tuh aku membesar bagai juara. Adik-adik aku lagi laa. Macam gergasi. Aku ler paling pendek antara adik-adik aku. Arwah mak aku dulu suka beli satu cart telur untuk seminggu. SEMINGGU!!! Ya, kami dulu tak suka makan ikan. Telur dan kicap pun salah satu sumber protein. Untuk anak-anak yang membesar elok kasik makan telur. Kalau dia tak nak makan sayur pun takpe. Boleh kasik supplement. Sebab tuh anak bongsu Puan Normah tinggi. Sebab dia suka makan nasi dengan telur. Sebab tuh anak-anak Mbah Fila pandai-pandai, sebab diaorang suka nasi dengan telur. Anak Linda & Sherry aku tak sure. Tapi mesti faktor telur pun ada jugak kot...

Hmm...betapa masakan yang simple boleh menggalakkan pertumbuhan anak-anak dari segi fizikal dan mental. Tak yah makan Kalsiyam (iklan yogurt untuk budak-budak tinggi). Membazir jek...

Read more...

Tired laa

Blog ini tidak berentry sejak minggu lepas sebab aku balik ke kampung halaman aku di KB. Macam BIASA aku balik tanpa suami di sisi sebab kerja beliau tetapi kali ini ditemani oleh adik bongsu aku, Nelly.

Raya macam tak raya jer. Adik lelaki aku Iba tak boleh balik sebab raya dengan bini kat SP. Aku masak lontong masa raya. Aku masak apa yang aku reti jer laa. Tahun depan eksperimen lain plak. Aku tak bersemangat masa raya so aku tak ke mana-mana. Malamnya, Amir & Yus datang rumah bawak Adam. Skang ni Adam lebih berminat bermain benda-benda bulat. Hoh? Dia dah pandai cam orang skang nih. Hmm...seronoknya ada anak...Cuma dia tak boleh lagi berjalan. Bukan tak boleh, tapi malas. Biasa laa, atuk yang jaga, atuk yang manjakan.


Comel ler tu konon


Panjat meja bulat


Berdiri jer. Nak jalan malas


Pose paling hensem

Raya kedua aku rasa aku tak buat apa-apa kot kecuali main PS2 dengan adik-adik. Oh ye, pi open house depan rumah. Hari ketiga baru ler hari yang ceria untuk aku...shoppeeeennngggg!!! Orang ramai yang amat kat KB Mall. Nak makan pun susah. Beli apa yeh? Beli komik, blouse & skirt for casual and school wear and tayar kereta kontrol untuk Adam. TAYAR jer. Dia dah lama mengidam nak pegang tayar kereta betul tapi tak boleh laa sebab kotor. Yang lawaknya cashier tuh tanya aku tayar untuk kereta jenis apa. Aku jawab nak tayar jer sebab anak sedara suka tayar. Dia boleh gelak dan cakap...peliknya suka tayar jer. Nak buat macam mana, anak sedara aku memang pelik. Tapi pelik-pelik Adam, dia merupakan budak yang genius. Aku & adik aku gelak jer bila aku mengutarakan idea nak beli tayar nih.

Baliknya aku bungkus tayar tuh. Bila Adam & parentsnya sampai, aku bagi hadiah tuh. Adam ketika itu tengah meragam nak jalan-jalan dengan motor. Aku bagi hadiah tuh. Bila bukak, terus dia lupa niat nak berjalan lalu menerkam tayar tersebut dan gigit-gigit tayar tuh tanda geram. Skang ni, tayar-tayar tersebut merupakan permainan kegemaran anak sedara aku tuh...Hoo, kreatif sungguh idea mak sedara nih...

Hari keempat adik bongsu aku pi dating. Just me and my PS2. Main sampai lapar. Mandi pun bila dah petang. Ke KB beli tudung beraneka kaler. Aku tak pandai nak berniaga dan beli untuk orang, lagipun dah ada suplier dari KB kat skolah aku. Tunggu beliau pindah baru aku start kot. Tapi beliau selalu balik sebab masih bujang...Aku? Setahun 3 kali kot. Berbalik kepada cerita pi KB, lepas beli tudung aku cari McD sebab nak beli Properties (sebenarnya Prosperity terpengaruh dengan cerita Firol ler nih). Ya Allah, jalan jem amat. Mana-mana ada traffic light jer mesti jem. Aku lak gatal sangat keluar time orang balik keje. Ramai orang balik keja nak balik tuju arah ke Tumpat, lalu jambatan Sultan Yahya Petra. Dah ler McD sebelah The Store dah kena tutup, dengan The Store sekali tutup. Jadi kedai tudung. McD sebelah Pasar CT Khatijah lak susah nak lalu. Semua jalan dah jadi one way. Last-last aku surrender. Kalau tak jem aku dah pegi balik. Aku suruh adik aku belikan aku nasik. Kebetulan balak dia tengah belanja dia makan.

Hari kelima merupakan Wedding Anniversary aku. Warghhh...sedihnya. Selalu macam nih. Suami aku sms ucapan anniversary tepat-tepat pukul 11:00, waktu kitaorang dinikahkan. Ayah aku pun ingat. Huuu...hari tuh aku kasik can Nelly main PS2 puas-puas. Aku lak baca komik. Ada mood aku buat jadual.

Hari keenam aku balik TI. Jalan ok, tapi traffic slow sebab hujan. Depan pagar aku dah banjir. Nasib baik kawasan rumah aku ditinggikan skit. Dari rumah aku hingga laa di Gua Musang, hujan jer. Ehh, kenapa aku lalu GM tak lalu Grik? Aku selalunya balik kot Rantau Panjang, tembus kot area Tanah Merah. Tapi aku takut Rantau Panjang banjir aku try jalan Machang. Tapi aku tak keluar-keluar, aku pergi straight jer. Hujan, tak nampak signboard. Nampak sangat tak expert lagi jalan kat Kelantan ni. Ini ler kelemahan aku, penglihatan. Kalau hujan atau Maghrib memang aku tidak cekap memandu. Rabun ayam kata orang. Itu ler, spek aku merata aku letak. So, aku lalu kot GM, tembus kot Cameron Highland. Jauh memang jauh tapi tak de kereta. Tenang jer memandu. Aku bawak 80km/j jer. Sampai Cameron dan panas tapi hujan balik kat highway. Lebat yang amat plak tuh. Saje lalu highway, nak berenti kat R&R beli nasik. Lapar dari pagi tak makan apa, makan roti jer. Itu ler aku kalau travel. Malas nak berenti kecuali kalau travel dengan orang lain. Tembus kot Bidor.


Kiri: Simpang keluar
Kanan: Jalan Kuala Krai bukan Kuala Krai


Kiri: Jalan GM-CH, lengang jer
Kanan: Hiway-hujan sampai tak nampak jalan

Malamnya aku tak boleh tido...letih sangat. So aku main game sampai pukul 5 pagi...Ahahahahahaha!!!


Read more...