Tuesday, September 29, 2009

Googley


Recently, my Mozilla Firefox has been pissed me off. As what my yo bro said (Encik Kamal, da' technician) it was crashed or something. I heard that he suggested that I used Google Chrome instead. Yeap, I told him I don't want to use IE because it was so sloowwwww!!! (although that's the second web browser I used, the first one was Netscape Nav-surprisingly I just knew that Mozilla came from Netscape).

And today, AGAIN...my Mozilla's web browser crashed again (automatically closed). So, dengan hati yang panas, I tried to download GC and installed it in my only one lappy. Wow, the process to installed it was very fast. It took me a seconds to browse from a page to another page (along with your connection speed). Laju sangat deh...And I could change the layout according to my mood. Very interesting!

Haha, I've uninstalled my MF already. Adios!

Read more...

Sunday, September 27, 2009

Open House

Click picture to enlarge


The route to my house
(requested by Encik Al Malik's friends)

.
.
.
.
.
.


The Menu: Eksperimen berjaya!


Read more...

Blury Scenes

Today I spent my time by downloading some songs. As I go through the Tube to search for Lacrimosa Choir (sejak bila aku minat classical muzik nih?) I came through to a song called Blue Jeans by Blur. Actually, I've used to be the fan of Blur since 1994. The first time I heard of them in Megahits, song entitled Boys and Girls. Masa tuh tak de laa nak minat sangat sebab muzik britpop (mix of Alternative rock, Indie rock, Indie pop and Madchester) baru nak naik kat Malaysia. After watched Girls and Boys video clips, terus jatuh chenta. Ala, biasa laa...muda remaja time tuh. Tak boleh tengok artis hensem langsung...

Blur consist of Damon Albarn (singer), Graham Coxon (guitar), Alex James (bass) and Dave Rowntree (deram). Yang paling hensen tentulah Damon Albarn dan kadang2 Graham pun hensem jugak. Hoho! Ohh ya, Graham is the person who is responsible to start an image by wearing the biggy speactacles (spek besar hitam) as the alternative image. At first I adore them because of the looks but after bought Parklife album (masa tuh zaman kaset, nak beli cd tak mampu lagik), I became their true fan (true konon). During the time, Oasis band, too is one of the best Britpop band: which their music I also adore. So, both of the band enter the so called Battle of The Britpop. And what I've heard, Blur won in Britain and lost the album selling in US. Masa tuh jugak laa timbul band Britpop yang lain such as Suede (antara yang 1st), Pulp and Supergrass.

I bought...


The bestest!


Not quite the best. But still catchy...

After Parklife, when I heard the band released The Great Escape, biasa laa...cepat2 ler beli. In the album, I really love their 1st single, Country House. Agak catchy laa. After made some research, I found out I missed their previous album, Modern Life is Rubbish. That was their 2nd album actually. Nak carik yang 1st-Leisure susah laa...Kena order. So, I searched the album at Komtar, in an underground music store. Lagu black metal berlambak laa (masa tuh BM masih dihalalkan). Cari punya cari, jumpa jugak. In the album I really fall in love with Blue Jeans song. Hmm...bila dengar lagu ni balik rasa macam nak belajar gitar balik (aku belajar sekerat jalan, takat nak bawak lagu Zombie buleh laa).


Blue Jeans: sempoi ahh. Nyanyi pakai t-shirt je. Tak yah nak bling2...


Country House

Then, I bought 13 (sebab ada 13 lagu), which I think not as good as their previous albums. Biasa laa, nak merundum. Nak masuk zaman kejatuhan. Then the album called Blur came. One of the song, Song 2 made it as the biggest hit in the US, reached number six in the Billboard (source: Wikipedia). Due to its catchy chorus, mainly the word "Woohoo," it has been licensed worldwide on numerous occasions. Its first and most notable appearance came as the title music for the hit video game FIFA '98 (kalau sapa-sapa pernah main game nih laa).

Last but not least, I bought the album Blur: The Best of. Dalam ni lagu-lagu yang best semua ada laa. But I didn't bought their last album, Tink Tank because I think it's not worth it. Ntah ler kenapa. Masa tuh teknologi download mp3 haram dah ada kot. I couldn't remember where did I put the albums after not driving the Kelisa anymore. Probably my husband put all the albums in the store room and exchange it with nasyid's song. Huuuuuu....(bayangkan macam mana aku dengan Encik Al Malik boleh serasi padahal minat kami dalam bidang seni agak berbeza---bak kata LJ, love is blind).

Now they are heading their own way but they reunite by doing performance here and there. Graham Coxon somewhat went for solo and Damon Albarn was (and still) the voice of the band Gorillaz. Haa, sapa tatau tuh dah tau laa kan?

So, I'm trying to download, not all but all the sedap2 one. Boleh pasang dalam kereta...aler, teknologi keretaku sudah canggeh!!!

* I could not find Country House's VC due to the copyright hape ntah. Kedekut!


Read more...

Friday, September 25, 2009

Food Paradise

Bila dah habis posa, datang lah raya. Bila dah raya ni, aku makan banyak...tapi tak sebanyak tahun lepas-lepas. Tahun ni terkawal skit. Masa ada arwah mak aku lagik ler. Tetiap hari masak menu lain. Raya pertama, lemang, raya kedua nasi dagang, raya ketiga lontong. Perghhh...memang aku gemuk sebab arwah mak aku. Dari kecik lagik laa, aku diajar untuk makan dan sumbat apa sahaja yang ada di dapur. Nak tengok gambar aku masak kecik ke?

Masa baby: tembam!


3 tahun: tembam & gebu...


4 tahun: tetap tembam!

So, hari ni aku nak masukkan entry tentang apa yang aku makan sejak raya hingga ke hari ini. Nama pun pencinta makanan...


Lomang

1. Raya pertama nih. Aku makan lemang. Lemang yang dibeli di bazar ramadhan beserta rendang ayam RM10. Not bad ler dua-dua. Tapi lemang ada skit kurang lemaknya. Rendah dah ok, itu pun aku modified sendiri kat rumah.



Nasi dagang

2. Sampai rumah aku makan nasi dagang. Nasi dagang yang ditogetherkan dengan gulai ayam. Perghhh...aku memang suka dok kelantan ni. Asyik makan jer keje...Nai dagang Kelantan ni lain daripada nasi dagang Terengganu. Nasi dagang Kelantan berasnya beras pulut ada kaler coklat skit2. Kalau Terengganu, ianya putih suci murni...

3. Roti + gulai ayam yang tak abis semalam. Nasi dagang dah basi, tapi gulainya elok lagi. Keja aku makan, pastu tidor...bangun balik pastu makan...pastu tido balik. Haiii....

4. Malam tuh kitaorang makan McD. Makan ramai2, bayar sorang2. Haku ler yang bayar tuh. Suruh adik aku, Iba dan Encik Al Malik pergi beli. Kami yang pompuan ni semua dok rumah.


Laksey

5. Laksa aka laksam. Hoh, aku punya kepakaran nih. Memang orang lain tak bleh celen kepakaran aku masak laksa kelantan. Diturunkan oleh arwah mak aku...itu je pun yang aku sempat belajar. Ingat tahun seterusnya nak belajar masak nasi dagang dengan gulai tapi....paham2 jer laa...

6. Nasi berlauk ntah hapa2 yang dibeli oleh Encik Al Malik. Tak sedap langsung...ayam pun keras...tak pandai mencari ler beliau nih...


Nasi Kak Wok

7. Nasi berlauk Kak Wok. Hahahahahah!!! Nama ganas...tapi shedap tak hengat wa cakap lu! Dulu dia jual blakang skolah aku jek tapi skang ni dah ada branch. BRANCH wa cakap lu...Hahahahaha! Kalau dulu RM1.50 sebungkus, nasi pun banyak. Tapi skang ni dah naik sampai RM2.50 sebungkus...nasi dah sikit. Tapi masih sedap macam dulu. Lauknya ayam goreng, gulai lemak jer...boh sambal skit...jalannnnn....Cuba korang gugelkan perkataan nasi berlauk kak wok. Ramai yang puji woo...Aku siap makan 3 bungkus ler (1 masa lunch dan 2 masa on the way balik ke Teluk Intan)



Akok

8. On the way nak balik: Akok. Hah, kuih tradisional Kelantan yang memang susah nak cari negeri lain dan susah nak buat jugak. Kalau ada pun tak sedap. Beli sampai dua bungkus. RM1 sebungkus (6 bijik kuih). Kalau kat Puchong RM1 = 3 bijik kuih. Dah ler kurang sedap...Aku beli kat Restoran Yati Ayam Percik. Encik Al Malik kalau balik Kelantan bersama-sama aku, kuih ni dulu yang beliau cari...hehhhh!!!



Ayam Percik Yati

9. Ayam Percik Yati. Perghhhhhhhh...makan dengan nasik putih dah cukup. Tak yah tambah apa-apa dah. Kalau nak lagi sedap, kat restoran tuh order sekali nasi kerabu. Tapi nasi kerabu sana kaler putih tak de kaler biru ka ijau ka hapa. Sedap jugak...tambah lagik dengan budu...meracau aku!!! (FYI Encik Al Malik penggila budu berbanding aku, aku makan dengan nasi kerabu jek, dia makan dengan petai + cabai mlaka + bawang besar). Yang aku heran...ayam percik kelantan kaler putih...sedap. Kat sini ayam percik kaler merah...TAK SEDAP!!!

Ada banyak lagi makanan di Kelantan yang aku tak sempat rasa masa balik ari tuh. Biasa laa, dah beraya. Banyak kedai yang tutup. Masakan Cina (halal walaupun Cina yang jaga) pun sedap. Memang kalau aku balik kampung aku akan makan banyak ler...Aku tak paham...Adakah selera aku ni memang pada makanan negeri tempat aku membesar? FYI aku bukan originally dari Kelantan tapi kalau ikut IC aku dari Kedah. Cuma aku dibesarkan dan menetap di Kelantan sejak umur 6 tahun hingga 17 tahun. Lepas tuh merata-rata ler aku pergi sampai ler skang dok kat Teluk Intan. Kalau ada kawan-kawan yang nak datang Kelantan, kebetulan aku ada kat sana...aku boleh bawak korang pi makan tempat2 best...Boleh dikatakan masakan Kelantan ni kat mana2 pun mesti dalam 90% sedap lah...Jarang yang tak sedap...Sampaikan chicken chop pun..sini lagik sedap...Ntah ler...


Read more...

Thursday, September 24, 2009

3rd Day Raya


Hari ni merupakan hari raya untuk aku seorang. Hoho! Selalunya kalau aku balik bercuti di KB, hari ketiga aku di sini aku musti...diulang MUSTI keluar shopping barang keperluan badan aku. Contoh barang-barang keperluan tersebut ialah tudung, pakaian, kain dan kasut untuk digayakan dan didengkikan oleh cikgu-cikgu di sekolah. Huahahahahahah! Buruk sungguh niat aku nih. Sepatutnya aku bergaya untuk suami....

Tapi sebelum tuh, aku yang menjadi diktator di rumah itu (sebab ayah aku dah balik malam sebelumnya) mengarahkan adik aku ke pasar untuk membeli barang-barangan runcit untuk dibuat laksa kelantan (atau laksam). Sambil tunggu adik aku pergi membeli, aku rilek-rilek dulu kat rumah. Bila barangan tersebut sudah sampai, baru ler aku mula masak. Ala, masak tak sampai 1/2 jam pun. Nak carik bahan tuh ler yang lama. Hahahahaha! Untung juga menjadi anak sulung nih. Boleh jadik boss.

Lepas makan, aku teruskan aktiviti dengan menjadi ular sawa gemuk. Selepas tidur dalam sejam dua (itupun bangun sebab cuaca dah mula panas), aku bersiap untuk pergi membeli blah. Niatnya nak pi sorang tapi Encik Al Malik mengofferkan diri untuk pergi bersama-sama. Katanya "nak abang pergi sekali ke?". Haha, aku kata boleh jugak, jadik drebar, dok dalam kereta. Sampai jer kat bazar MPKB, aku tengok tak banyak kedai yang bukak. Tapi nasib baik kedai tudung yang aku selalu pergi tuh bukak. Maka, sesi memborong tudung pun berlakulah di situ. Aku selalu beli tudung ni kat KB jer. Bukan aku tak suka beli kat tempat2 lain, cuma kat sini kemungkinan nak dapat harga tawar menawar ni lebih cerah. Lebih-lebih lagi kalau anda warga Kelantan sendiri yang bercakap loghat negeri tersebut. Kalau warga negeri tak reti cakap, toksah harap laa. Lagipun tudung yang dibeli kat sana memang berkualiti. Harapan nak tercabut manik memang hampir2 takkan berlaku. Tambahan pula, apa kaler jer yang aku nak musti ada punya lah...


Sambil2 tuh Encik Al Malik membeli baju dan tudung untuk ibunya, yakni ibu mertuaku (ala kasseemmmmm!!!).Lepas tuh round2 jugak bazar tuh tapi tak de mende yang menarik. Selepas itu, kami bertolak ke Gaya Warisan yang terletak di Jalan Yahya Petra (depan SSF), cari kain batik. Kedai ini disyorkan oleh adik iparku merangkap ibu kepada Adam. Beliau berkata kain2 batik kat situ murah. Hah, yer lah murah...Aku rasa kat Nordin Batik lagi murah. Tapi batik2 kat situ memang lawa-lawa. Aku ada tanya satu kain batik ni, corak abstrak kaler campur2...harganya...RM400++. Idak ler teman nak membeli kain rega macam tuhh...Last2 aku beli 2 helai kain, satu batik dan satu lagik chiffon biasa...Semestinya lawa laa....Satu lagik projek mendengkikan cikgu-cikgu...Hahahahahaha!!!


Malamnya, aku dan Encik Al Malik ke rumah abang iparku (abang Encik Al Malik). Makan mee kari. Rasa nak menambah tapi segan ler plak. Sambal yang ibu mertua abang Syam memang sedap. Dari tahun lepas lagik kami dok mimpi2 nak makan sambal beliau. Tahun lepas buat lontong, makan dengan sambal ikan bilis. Sedap jugak! Makan sampai berpeluh tuh. Kami ada bagi laa skit laksa kat diaorang. Baliknya aku dapat berita tak sedap untuk didengar. Adik bongsu aku, Naili berkata yang kuah laksa yang aku buat siang tadi di masuki cicak yang kepingin mahu mencipta rekod seperti Michael Phelps (USA's no. 1 swimmer daaa). Nasib baik semua orang sempat merasa.

Esoknya nak balik Teluk Intan kembali...huarghhhhh!!! Sekian, terima kasih.

Read more...

2nd Day Raya

Curi from syaifulsays

Bangun jer pakai baju baru. Walaupun raya kedua nak rasa laa jugak kemeriahan tuh. Aku suruh Encik Al Malik pakai baju melayu. Bukan nak jalan-jalan pun. Nak amik gambo jer. Niat nak amik gambo kat studio, tapi malas ler plak. Last2 aku suruh adik aku amik. Senang cer...


Akhirnya dapat juga kami bersama di hari raya (walaupun raya kedua)


Oii, curik makan ya!

Sempat kami semua celebrate harijadi Adam. Actually, birthday dia 18hb September tapi sebab nak kasik lagik meriah, adik ipar aku bercadang nak tunggu ramai skit. Kononnya kot boleh kitaorang semua kasik hadiah. Aiseymen, aku terlupa. Aku kasik duit raya jer lah...


Kek Adam: Mahal sebab banyak aksesori


Alelelelele, birthday boy nangis...


The three versions of Adam Mukhriz

Ada laa empat orang budak datang rumah. Sambil2 diaorang makan kuih, aku tanya laa, sekolah mana? DIaorang cakap diaorang sekolah SKSI3, sekolah terakhir arwah mak aku berkhidmat. Aku tanya laa, kenal cikgu Mimi dak? Diaorang cakap kenal. Aku cakap laa plak, ni ler rumah cikgu Mimi. Aku lupa nak letak perkataan arwah kat depan nama arwah mak aku tuh. Sorang tuh lak tanya, MANA DIANYA? Ehh?.......Aku gelak. Sorang lagi kawan dia kata "dia dah mati laa..." (aku maafkan sebab diaorang ni budak lagik). Aku kata "Oih mung nih...doh meninggal laa...". Lepas kasik sorang singgit, diaorang blah...

Kami sekeluarga rancang nak pergi beraya pada hari tersebut. Tapi geng2 datuk sedara tak de rumah, diaorang datang plak rumah kami. Nak pergi rumah sepupu arwah mak aku lak, diorang dah bertolak ke Temerloh. Last2 aku kasik cadangan, jom ahh pi KB Mall. Hoho...adik bongsu aku, Nelly lak bagi cadangan lain, pergi Parkson yang baru dibuka di KB. Bila pi sana, tak banyak lagi kedai yang dibuka. So, kitaorang beralih arah ke KB Mall. Tapi tak beli apebenda pun. Beli USB Fan jer. Baju2 agak mahal. Kedai jubah feveret aku lak tutup. Aler, hari raya kedua, mana nak bukaknya. Kedai Cina ada laa. Tapi mahai nak mampos...

Petangnya, boipren adik aku yang bongsu datang. Aku tak brapa suka sangat budak nih. Asyik nak menjawab jer keje dia. Dah tuh plak, kalau sembang pasal apa-apa isu asyik nak menang jer. Pasal kami tak buat open house pun jadi isu. Raya dua kali setahun kononnya. Kalau dah raya tuh tak de istilah-istilah open ke close ke. Kalau dah raya tuh rumah aku sentiasa open. Kalau nak datang, datang jer. Tak de sapa halang. Tetamu datang rumah ni kan berkat dan selamat. Macam tuh jer aku jawab. Hoh, nak 'bekeng' (berdebat) dengan aku yer. Tapi adik-adik aku dan ayah aku suka dia. Nak wat macam mano...Aler, budak-budak kan?

Malamnya kami semua bermain mercun. Yang menyemponsor mercun tuh Encik Al Malik ler. Yang cucuh mercun tuh lak adik aku, Iba (pada hakikatnya, Encik Al Malik memang penakut dengan bunyi letupan). Hoh, cun-cun mercun tersebut. Melawan-lawan dengan rumah sebelah. Hoho!


Ni je sempat aku amik

Seterusnya, kisah pada hari raya ketiga plak. Lagi gempak!

Read more...

1st Day Raya



Pagi-pagi raya pertama aku ke rumah sahabat, merangkap kembarku (sebab tarikh lahir, bulan dan tahun sama) si Ita. Aku pakai baju berkabung, jubah hitam. Ye la, beraya tanpa suami di sisi. Aku amik masa sejam nak bersiap. Siap tuh kejap jer tapi nak perbetulkan tudung tuh yang lama. Sampai Ita call aku, pukul berapa nak sampai. Dalam 9:30 aku sampai rumah beliau.

Anak-anak beliau menyambut aku dengan hati yang girang. Comel-comel anak angkat aku nih. Hoho! Tema diaorang tahun ni kaler oren. Tapi Ita pakai kaler hitam (berkabung jugak) sebab baju dia londeh kea pa. Buat dengan Kak Ida. Aku pun tak serasi dengan baju yang Kak Ida buat. Sekali buat cukup lah sebab aku rasa tak selesa dengan baju yang dia buat. Kawan-kawan yang lain ok. Lain orang lain citarasa. Aku rasa dengan Kak Ida kena ukur badan baru sesuai.

Lepas beraya rumah Ita dan makan nasi impit di rumah beliau, Ita ajak aku beraya di rumah sebelah beliau pulak. Nasi impit lagik! Tapi aku tak amik. Instead, aku amik kek. Sedap jugak! Aku try jugak call Liza tapi tak dapat. So, lepas beraya aku balik ke rumah. Di rumah aku ada hidang lemang & rending. Dua2 aku beli kat bazaar ramadhan Teluk Intan. Pecah kepala jugak dok fikir nak hidang apa kalau orang datang. Takkan kuih jer kot. Tapi lemang dua batang tuh tak terusik sebab tak de orang pun yang dating. Tak pe ler, boleh bawak balik kampong.

Dalam pukul 1:30 Encik Al Malik called. Beliau kata pukul 3:00 dah boleh amik dia. Uhh, baru nak rehat. Pukul 3:30 Encik Al Malik baru boleh keluar. Kami terus bertolak ke KB. Aku yang drive dulu. Encik Al Malik yang kelaparan terus bukak bekalan lemang yang dibawa. Lemang bazaar memang sedap tapi kurang kaw berbanding arwah mak aku buat (selepas itu dibakar oleh ayah aku). Kurang lemak. Tapi kitaorang bantai jugak. Encik Al Malik menyuap lemang kat aku macam makan sushi plak.

Kami sampai di rumah pukul 10:30. Dah dua orang driver. Kalau aku sorang yang drive 5 jam je boleh sampai (sebab tak berhenti langsung kecuali berhenti nak kencing). Bagi aku, travel ke pantai timur tak sepenat travel ke tempat lain sebab sepanjang perjalanan cuaca agak dingin. Biasalah, kerajaan yang memerintah negeri ini memerintah berlandaskan syiar-syiar Islam. Dan sapa kata Kelantan tak maju? Skang ni dah macam-macam bangunan, shopping complex yang naik, tapi masih ada lagi tanah yang tinggal. Aku kagum! Nanti lah aku rencanakan pasal ni dalam next entry aku.

Sampai je rumah, aku pelahap nasi dagang buatan adik ipar aku. Urghhh...sungguh nikmat sekali. Beserta dengan gulai kawah berperisa ayam. Sebelum tuh pekena sate buatan bapak adik ipar aku. Sedap jugak. Semua adik-adik aku balik. Agak meriah jugak. Masa tengah sembang dengan bapak & adik aku, Iba di luar rumah, Adam bangun. Cium skit...

Itulah kot kisah Hari Raya Pertama aku. Next, raya kedua…

Read more...

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak

Yes, it's true. Tomorrow will be raya but I'm still stuck in Teluk Intan. Still here, not going balik kampung to my hometown, KB. I'm here waiting for my dearly husband, Mr Al Malik Faisal coming back from a dugong mission. That'll be tomorrow evening. So, on raya night and raya day I'll be alone. Last year my husband also not around but it was not the same because I was with the family. Tak laa rasa sunyi sangat. Nasib baik dah tua bangka, tak de laa rasa sangat kemeriahan beraya ni.

Probably I'll blend myself with friend's family. In the morning I'll go to Ita's house before she go to in law's house. Then, I'll go to Liza's house. Eat something over there, play with her baby, borak skit2...then balik. Or go to Sungai Besar for a shopping spree. Biasalah, nak buang masa before evening. In the afternoon, I'll go back home for a rest before picking up Mr Al Malik probably at 5 or 6 in the evening and have a long journey back to KB.

So, tonight I'll prepare the house before raya tomorrow. I bought a new carpet for the house because the old one look a bit worn out. Lagipun biji2 bawah carpet tuh dah banyak tercabut hence, membuat kotoran di dalam rumah. I've change the arrangement of the furniture. Have to put the cookies in the cookie jars. Though, I'll not cook for tomorrow. Siapa nak makan kan? Lagipun raya kedua bukan ada kat rumah. So, I hope only a few people come to the house and most of them kids. Diaorang tanak makan, ramai yang nak duit raya sebenarnya...Well, I'll do the Open House after the school reopen.



So, everybody...I wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sorry for all the mistakes I've done whether in the writing or verbally. Maaf Zahir Batin ya'all!!! Peace...


The Navy's Wife...Uhuhukkkk!!!

Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Eidulfitri Wish

Buat semua rakan-rakan, pembaca-pembaca blog, peminat-peminat dan sesiapa sahaja yang tereksiden membuka blog hamba. Hamba ucapkan...




Read more...

Tuesday, September 15, 2009

Chat

Able to communicate with Encik Al Malik in YM. He's been trying to contact me since 2 nights ago. Siap sms pelbagai. But he knew I always in Skype, tanak plak masuk sana. Anyway, he said the ship will be achor at KK tomorrow or a day after and will arrive Lumut on the 20th, the raya day. Mula laa aku pening kepala. If it's true he arrive on the day, I have to wait for him til the day and on Sunday I have to stay at the hotel. Yep, I don't want to prepare my house for hari raya. Hence, I don't want people to come to my house. Uhh, teruknya perangai. Bukan apa, I wasn't prepare for that since I am alone handling all of those stuffs.

Or I told him a suggestion which he hates to do. I asked for him to get on the bus (or a flight) and go to my hometown. Itu lagik senang. Tak payah aku nak ulang-alik. But he didn't give any respond because he had to log off. Ape daa...Online tak sampai 5 minit. Biasa laa, kapal guna satelit...satu minit berapa ratus ntah kena bayar...

Layan CSI NY. Sekian, terima kasih.

Read more...

Monday, September 14, 2009

Havoc

I go through Youtube today. Just to update myself. Lots of things happen in these few days. First, Kanye West disturbed Taylor Swift's winning moment in MTV VMAs by saying Beyonce's video is much better than hers. Pity that girl. Yet, she managed to perform well minutes later. Then, she saved by Beyonce by inviting Swift again to enjoy her moment. My opinion: Swift is a most beautiful girl in a whole world (besides the writer, hey...aren't we all beautiful!). Love to see her face.



In sports, Serena Williams' U.S. Open title defense ended when she was penalized a point on match point after yelling and shaking her racket in the direction of an official who called a foot fault. She said "I would kill you" to the line umpire (penjaga garisan) in the match versus Kim Clijsters. And I like...woooooooooo!!!






Read more...

Misbegotten Illegal

Maksudnya haram jadah (Google Translate)


Line internet rumah aku sememangnya haram jadah. Dah ler bunyi tone tak de setelah sekian lama. Hari Sabtu baru2 ni, lepas hujan lak internet dah tak boleh dicapai. Dah jadi dah sekali macam ni. Dalam 4 hari jugak laa aku menganga kat rumah. Itu tak pe lagi, sebab Encik Al Malik ada. Boleh borak2. Beliau yang call pihak TM, baru ler dapat. Jadinya, dua hari cuti minggu aku main game ler sampai tak hingat. Rumah dah tunggang langgang. Niat memang nak kemas hujung minggu baru2 ni, tapi asyik tangguh jer. Buat jer ler sebelum balik kampung nanti.

Aku baru sedar rumah terasa sunyi bila Encik Al Malik tak de. Bila dia ada pun aku tak sembang sangat dengan dia. Masing-masing dok dengan laptop sendiri. Dia surf internet, aku memblog. Aku main game, dia bayar bil kot Meibengtuyu. Tapi tak de ler sunyi. Boleh borak sambil2. Beliau memang tak banyak cakap. Tapi bila sekali buat lawak memang selama 5 minit perut aku sakit dan mata aku berair sebab ketawa. Yang aku perhatikan selama 3 tahun kami hidup bersama, kami banyak berbual dalam kereta. Tak kira lah nak pergi mana2 pun. kedai ker, shopping ke, balik kampung ke, balik bandar ke. Idea kami melimpah ruah kalau dalam kereta. Mungkin nak hilangkan bosan beliau memandu atau mengelakkan diri beliau atau aku daripada menidurkan diri. Tapi selalunya co-driver akan tidur setelah 2 jam perjalanan. Tak kisah laa aku atau beliau. Dan itulah tidur paling sedap...


Hensemnya beliau

Huuuuu...kena mengaku jugak. Aku rindu kat beliau. Masuk hari ni dah 4 hari beliau tidak menghubungiku. Lambat sungguh dugong tuh bergerak. Beliau kata nak pergi je yang lambat. Balik kejap jer. Ye ler, escort dugong timbul. Kalau balik sorang2 jer. Dengar kata hari raya baru dia balik. Silap2 hari raya kedua baru sampai perlabuhan. Maknanya hari raya kedua aku dah kena bergerak dari kampung. Tak puasnya beraya. Fikir nak shopping lagik. Gerai2 tudung kat pasar MPKB lak bukak hari raya ketiga. Dah lama tak borong tudung nih. Banyak yang tercabut manik dah.

Ni lagu tema raya aku tahun lepas. Lagu ni untuk kekasih atau suami isteri berpisah. Tapi boleh pakai laa jugak tang chorus tuh. Kena guna lagik ler tahun ni. Tahun depan? Kalau kena jugak aku bakar........................................bakar lemang. Huwarghhhhhhhhhhhhh!!!



Aisyah old school



Read more...

Saturday, September 12, 2009

Searching for food

I really don't know what to eat if Encik Al Malik is not around. Yesterday I just cooked sambal ikan bilis with lots of red onions. Ate with rice and dendeng. Sedap laa jugak, tapi agak masin sikit. I didn't put any salt. Probably the anchovies are already salty. I bought this little anchovies (ikan bilis yang halus teramat tuh) @ Lumut. Dah lama nak carik, rupa2nya ada di Lumut setelah my sis in law told me she bought them at Pangkor.

Today I decided to go to Tapah's R&R. Just to buy chicken mayo sandwiches (which are so delicious) and a few (ye lah tuh a few laa sangat) doughnuts @ Dunkin Donuts. Semata-mata nak beli makanan tuh. Sanggup! I went through Bidor, enter the highway and exit through Tapah. Actually I've done this before tapi kena marah dengan Encik Al Malik sebab tak mintak kebenaran dengan dia. Huh, berdosa besar aku...tapi kali ni dia bagi kebenaran kat aku nak pi mana-mana aku suka asalkan pandai jaga diri, peribadi dan peribodi.



I stopped @ Bidor for a while to filled up the gas. Ada laa sorang pump attendant ni nak beramah mesra laa kononnya. Aku tak kisah tindakannya tuh tapi ada ke dia panggil aku MAKCIK? Tak patut betul. The pump attendant tuh dah bermisai, yes he is a teenager, rasanya dalam hujung belasan tahun kot. Antara dialognya ialah:

"Nak isi minyak berapa, makcik?" (after the credit card approved the payment)

"Nak pergi mana makcik?"

dan "Ohh, makcik dari Teluk Intan laa ni?"

Aduhai...am I looking old already?

Anyway, I bought all these food. Nasib baik cashier kaunter DD tak panggil aku makcik. I bought 7 doughnuts (buy 5 free 2 + a bottle of chrisantimum tea drink) and two chicken mayos. Huh, sapa nak makan semua nih? Buat sahur pun tak de laa banyak macam nih...

Time to go home. At Changkat Jong I over take a Proton Wira, which is too slow. Suddenly I saw the driver stick his hand outside the car window, while holding a cigarett. Aku tak kisah kalau dia ni India atau Cina tapi dia tuh MELAYU! Masa aku over take, aku pandang muka dia dan dia pandang muka aku dengan pandangan yang kosong. Tak de nak cover2. Tak de nak tunjuk muka malu ke apa. Selamba derk ja...Pasangan dia plak dok sebelah. Dok sengih-sengih kat aku. Tak posa jugak laa kot. Hoh, dosa ko tanggung ler sendirik! Takkan aku nak berenti pastu marah dia kot. Pandangan tajam tuh kira cukup laa kot...

Uhh, dua minit lagik nak buka posa...Sekian, terima kasih.


Read more...

Friday, September 11, 2009

What's up with the money?

Sebelum membaca entry ni dengar lagu ni dulu, which used to be one of my favourite (1996-zaman lepas SPM).


It's all about the money - Meja (pronounce as Meya)

Mula-mula aku nak ucapkan tahniah kepada kakitangan sokongan dalam perkhidmatan awam kerana kerajaan dengan murah hati memberi bantuan kewangan sebanyak RM500 yang akan dibayar sebanyak dua kali. Bagi aku yang tak dapat ni, aku tak berapa kisah sangat kerana Encik Al Malik pun dapat. So, at least kitaorang berkongsi laa sesama sendiri. Lagipun, rezeki kami murah bulan ni sebab Encik Al Malik dapat duit terpijak. Aku mungkin dapat 1/3 daripada wang tersebut. Sukanya akuuuu....

Seperti yang aku kata di atas, aku tak kisah dengan 'ketidakdapatan' wang tersebut. Aku siap ucap tahniah lagi dengan guru-guru yang ada kat sekolah aku. Siap mintak belanja lagik. Ahahahahah!!! Biasa laa, aku ni muka tebal skit. Tapi ada laa jugak cikgu yang perli merli ni. Macam susah sangat kami ni kalau tak dapat duit tuh. Seperti aku kata tadi, aku tak kisah. Nak perli, perli laa. Tak effect mende pun.

http://www.sxc.hu/pic/m/m/mo/mompes/1016562_money_money_money.jpg
Mata duitan

Macam aku cakap kat salah seorang rakan aku, rezeki masing-masing. Apa yang kita tak de orang lain ada. Apa yang kita ada, mungkin orang lain tak de. Duit RM500 memang banyak bagi sesetengah orang, tapi tak kekal lama. Tapi ilmu, walaupun seciput besar maknanya. Bak kata pepatah orang putih yang kadang-kadang nak gelap (tan), "give a man a fish, and you feed him for a day. Teach him how to fish, and you feed him for a lifetime". Oleh itu, cari lah ilmu banyak-banyak. Dengan ilmu jugak aku boleh berblog. Tak ramai tau cikgu sekolah aku yang boleh berblog ni. Pandai baca ramai laa. Hahahahah! Mungkin dengan ilmu, walaupun tak boleh jadi billionaire dapat hidup sederhana pun cukup lah. Ye, kesederhanaan kan amalan Rasulullah SAW.

Lagi satu, nak rezeki murah dermalah secara ikhlas. Kekadang dengan seposen kita akan dapat rezeki yang melimpah-limpah. Ia bukan terhad kepada pengemis atau anak yatim. Kadang-kadang tolong anak murid sendiri pun boleh. Belanja member-member pun kiranya salah satu kebajikan. Kalau kita bagi duit, duit laa yang kita akan dapat nanti, kalau bagi makanan, makanan laa kita akan dapat nanti. Petikan ni aku amik daripada member aku masa USM dulu, Farizah Azmah Ridzuan (sampai sekarang aku suka sebut nama dia dengan binti2 dia sekali). Tapi aku tau lama dah perkara ni daripada arwah mak aku sendiri sebab Almahrum suka buat kebajikan terutama anak murid sendiri. Almahrum selalu pesan kat anak-anak, dermalah kat masjid walaupun seposen, lepas tuh insyaAllah rezeki kita akan lebih murah.

Dalam minggu ni aku ada laa cuba nak praktikkan teori tersebut. Aku pi bazar ramadhan, di antara gerai-gerai tuh ada laa satu kotak untuk masukkan duit derma. Tatau derma apa, sama ada anak yatim atau bina masjid. Tapi dalam ramai-ramai orang tuh tak de laa plak orang jaga kotak tuh. Dan tak de laa plak orang nak curi kotak tuh. Mungkin sebab keberkatan bulan Ramadhan, tak de laa orang nak jadi pengganti setan nak curi kotak tuh. Maka, aku yang lepas membeli makanan yang aku tatau apa yang aku beli, aku masukkan laa duit baki dalam tuh. Tak silap aku RM1 jer kot. Dalam dua atau tiga hari lepas tuh kami ke KL, nak uruskan pasal rumah Encik Al Malik. Tetiba Encik Al Malik dapat cheque daripada pemaju rumah tuh. Tak de laa banyak sangat (tapi lebih banyak ler daripada duit bantuan tuh) ada laa dalam 4 digit. Walaupun itu duit Encik Al Malik sendiri, tapi itu namanya rezeki kan? Boleh laa buat beraya. Aku pun dapat duit raya awal sebab masa raya Encik Al Malik tak de. Suka! Sebab tahun lepas aku tak dapat...hoho!

Hence, berbanyak-banyak laa buat kebajikan. Aku pun terfikir nak bayar zakat macam-macam ni. Zakat pendapatan laa, zakat emas laa. Itu lebih baik daripada gaji dipotong cukai. Sapa-sapa belum bayar zakat fitrah lagi tuh, pergi laa bayar cepat2. Pi jer tempat shopping complex, mesti ada orang tukang kutip zakat nih. Hoh, aku punya dah setel Encik Al Malik bayarkan...


Read more...

Sajak Suka Suki

Dah lama aku nak upload video nih tapi masa tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni banyak masa dihabiskan dengan tidur dan melakukan amalan-amalan yang boleh mendatangkan pahala terutama sekali solat sunat terawih. Huu, macam baik sangat. Kalau Encik Al Malik pergi, aku pergi laa jugak.

Anyway, sajak ini dideklimasikan (lebih kepada dibaca) oleh Encik Anas dan Encik Mohd Izhar iaitu guru-guru SKTB sempena kemuncak bulan kemerdekaan bulan lepas. Dua orang ni memang pak lawak sekolah laa. Enjoy jer laa yer...





Read more...