Sunday, October 25, 2009

And The Reds Go Marching On, On, On!!!



Which team is going to win tonight? (Malaysia's time frame). Encik Al Malik (yes, he's back), being a Man U's fan said...of course Man U la. My lil bro, Amir, being a Liverpool fan for over 20 years said...of course Liverpool. I, on the other hand, used to be Man U's fan during David Beckam's years (biasa laa pompuan minat team sebab pemain hensem) said it's a tie. My prediction: 1-1.

Liverpool has been strugling with their team injuries. But the game is in Anfield. Ehh, ni bola orang putih. Main mana-mana pun boleh menang daa...And Man U is unbeaten in 11 in all games but hardly in top of their game.

But who knows. Just watch the game in Astro Sport Channel 812, EiEsPiEn at 9:55 p.m. Lagi baik daripada tengok Konsert Sure Heboh...


Read more...

What's Up With The Lada?

I've change the title from Lada into Ada Apa Dengan Lada? Sounded a bit commercialize and a bit funnier. Here's the script. Just use your imagination. I accept any suggestions and comments. Please do...

Ada Apa Dengan Lada?


Pada suatu ketika, terdapat sebuah negara yang bernama Negara Mentekedarah. Dalam negara tersebut terdapat sebuah kampong yang bernama Kampung Sayur. Alkisah, terdapat seorang jejaka yang bernama Lada Kering. Lada Kering gemar menyanyi. Dari lagu irama tradisional hinggalah hip hop. Lada Kering mempunyai seorang ibu tiri yang bernama Mak Serai dan adik beradik tiri yang bernama Lada Hitam dan Lada Sulah. Mereka bertiga tersangatlah kejam terhadap Lada Kering. Ibu Lada Kering sudah menjadi arwah dan telah menjadi sebuah bawang besar. Lada Kering sering mengunjugi ibunya di dapur.

Di hujung Negara Mentekedarah terdapat sebuah istana di mana Puteri Halia bersemayam di sana. Puteri Halia gemar memancing di dalam hutan bersama-sama Bendahara Kunyit beserta bodyguard-bodyguardnya …errr maksud hamba, hulubalang-hulubalangnya.

Di suatu pagi yang hening…

(Kain dibaling)

(Hikmah tarik telinga Firas. Isma tarik kedua-dua telinga sendiri. Akmal tarik hidung dan telinga)

(Hikmah tolak Firas. Tunjuk pada baldi. Firas basuh baju. Isma dan Akmal jelir pada Firas)

(LAGU BEGINILAH NASIB)

Hikmah: Hoi! Ko ingat suara ko sedap sangat? Baik aku dengar kambing mengembek lagi sedap. Sudah! Pergi sapu sampah kat luar sana sebelum aku terajang usus kao.

Firas: Ya, makcik.

(Firas ambil penyapu)

(Daun dilempar)

(Firas sapu sampah)

(LAGU KETAHUAN)

(Isma mengadu pada Hikmah-bisik-bisik)

Hikmah: Hoi, bahlol! Kenapa ko malas sangat? Asyik menyanyi je kerja. Sapu daun-daun tu cepat! Lepas tu masak meggi. Aku dengan anak-anak aku dah lapar nih.

Firas: Ya, makcik.

(Hikmah berlalu tapi tak keluar pentas lagi)

Firas: Makan, makan, makan! Itu je yang diaorang ni tau. Buat kerjanya tak nak. Nasib baik bapak aku tinggal reta banyak. Makcik aku ni dah laa garang nak mampos, pemalas plak tuh. Apa nak jadi laa.

Hikmah: Apa kao cakap?

Firas: Ehh, tak de, tak de. Esok nak hujan makcik….

(Firas letak meggi dalam periuk)

Ketika Lada Kering sedang memasak meggi….

Firas: Ibu, kenapa nasib Kering malang sangat? Kenapa ibu pergi dahulu meninggalkan Kering? Kering berasa sungguh sunyi tanpa nyanyian ibu menidurkan Kering tiap-tiap malam. Ibu, ibu laparkah? Ibu nak burger McD?

Bawang: Jangan menangis anakku Kering. Apa yang mereka sudah buat pada kamu Kering? Kamu boleh bercerita kepada ibu setiap hari asalkan ibu ada di ceruk dapur ini.

(Hikmah dan anak-anak mengintai)

(Firas bercakap dengan bawang)

Lada Kering pun menceritakan segala-galanya kepada ibunya merangkap sebiji bawang besar.

Firas: Ibu, may I go to the toilet? Perut Kering agak bermasalah pada hari ini.

Bawang: Yes, you may go.

(Hikmah masuk dengan anak-anak. Potong bawang. Keluar)

Pada malamnya, Ibu Serai mengajak Lada Kering makan malam bersama-sama. Kali ini mereka bukan makan meggi tetapi mereka menikmati hidangan yang agak enak iaitu nasi goreng USA. Apabila mereka selesai makan….

Hikmah: Hah, hah, hah! Kao sudah makan ibu kao sendiri. Hah, hah! Nak mengadu konon. Pigidah!!!

Isma: Nyeh, nyeh padan muka!

(Akmal jentik telinga Firas)

(Firas nangis sambil tanam kulit bawang dalam pasu)

(LAGU UNTUKMU IBU)

(Propmaster cucuk gitar)

Pada keesokkan harinya, Lada Kering berasa terkejut apabila melihat sebuah gitar tumbuh di atas tempat dia menanam kulit bawang. Lalu dia menyanyikan lagu….

(LAGU SEROJA)

(Lagu dislowkan)

(Naila masuk mencari dengan bodyguard)

Ketika itu, Puteri Halia yang baru balik memancing di sungai berdekatan terdengar akan suara Lada Kering.

Naila: Siapa yang menyanyi tu? Sedapnya suara…Wahai Bendahara Kunyit, pergi siasat siapa yang sedang menyanyi itu.

(Hasif sembah Naila)

(Hasif pergi mengintai celah2 semak)

(Firas nampak, lari keluar)

Apabila Lada Kering ternampak Bendahara Kunyit, dia terus lari balik ke rumah dengan perasaan malu. Ohh, pemalu rupanya Lada Kering ni. Bendahara Kunyit follow Lada Kering hingga sampai ke rumahnya.

Selepas itu, Bendahara Kunyit pun pergi memberitahu Puteri Halia segala-galanya. Puteri Halia dan bodyguard-bodyguardnya terus menuju ke rumah Lada Kering.

Hasif: Assalamualaikum…ada orang ke tak ni?

Hikmah & anak-anak: Waalaikumussalam wbt.

Hikmah: Hah, ada apa hajat korang nih?

Hasif: Kami datang ada hajat besar. Puan ada anak teruna tak? Ni Puteri Halia nak jumpa dengan anak Puan. Tuanku teringin nak mendengar anak teruna puan menyanyi.

Hikmah: Ohh, ada-ada. Sekejap ya…

Mak Serai menyerahkan kedua-dua anaknya kepada mereka dan keluarga mereka.

Nyanyian dimulakan dengan Lada Hitam

(LAGU ANOK TUPAI)

Naila: Huh, tak sedap langsung! Pitching lari. Reject!

(Sambil buat tanda tak best)

Seterusnya nyanyian daripada Lada Sulah

(LAGU ITIK GEMBO-GEMBO)

Naila: Huh, merosakkan lagu kegemaran beta sahaja. Bunuh mereka semua Dato Bendahara.

(Firas tiba-tiba keluar)

Firas: Nanti dulu! Nanti dulu! Ampun tuanku. Sebenarnya patik yang nyanyi lagu Seroja tadi. Tolong jangan bunuh mak dan adik-adik tiri saya walaupun perangai mereka macam tenuk.

Naila: Kalau macam tuh nyanyi jer laa. Tunggu apa lagik!

(LAGU GADIS MELAYU)

(Firas nyanyi)

(Keluar orang kampong)

(Naila terpegun)

(Semua meloncat-loncat)

Naila: Yahoo! Ohh, sungguh sedap suara kamu. Siapa nama kamu?

Firas: Nama patik Lada Kering tuanku. Walaupun kering, patik tetap hensem tuanku.

(Naila melutut)

Naila: Ohh, Lada Kering yang hensem dan macho. Sudikah dikau menjadi……ARTIS RAKAMANKU?

(Terus bangun)

Naila: Syarikat rakaman tuanku bernama Halia Twisties.

Firas: Alright. No hall ah tuanku. Tapi dengan dua syarat.

Naila: Apa syaratnya?

Firas: Syaratnya ialah….Ibu tiri patik menjadi manager patik dan adik patik Lada Hitam menjadi Make-up artis patik. Lada Sulah pula patik lantik menjadi CEO Kilang Lada Sulah Cap Ayam. Mengikut kajian yang patik buat, 80 peratus penduduk kampong ini tidak mempunyai pekerjaan dan dapatlah mereka bekerja di kilang tersebut.

Naila: Hmm…bagus jugak idea itu…

(Sambil berfikir)

Beberapa bulan kemudian, Lada Kering menjadi penyanyi popular segah Dato Siti dan mereka semua hidup dengan bahagia seadanya.

(LAGU LION SLEEPS TONIGHT)

(Para pelakon keluar tunduk hormat)

Sekian sahaja teater muzikal yang diarahkan oleh Puan Nur Emmi. Terima kasih kerana menonton. Teater muzikal ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Harap maklum.


Want to use it in your school play? Amik jer laa. Tapi kalau boleh mintak permission. At least aku tau karya aku disukai dan diguna pakai...




Read more...

Friday, October 23, 2009

Musical Theatre

I'm on my next project. Directing a Musical Theatre. It's for Prize Giving Ceremony Day. Title: Lada. Based on story Bawang Putih & Bawang Merah but much funnier. Changed the name of the characters. Lada Kering (Bawang Merah) will be play by Firas. Lada Htam and Lada Sulah (the step brothers) played by Isma and Akmal Baironi. Step-mother: Hikmah. Princess: Naila. The rest, back up dancer (like Hindustan style). I modernize the script though. Hope all goes smooth and suttle


Read more...

Sunday, October 18, 2009

Layan!

Aku tak de masa nak berinternet skang nih. Hoh! Bukannya tak de masa sangat. Banyak masa aku dihabiskan pada gadget baru aku PS2. Walaupun agak ketinggalan tapi apa salahnya. Masih berlambak game PS2 di pasaran skang ni sebab tak ramai lagi nak guna PS3. Mahal daaa! Untuk kakitangan kerajaan macam aku ni layak laa nak main PS2.

Aku akui, aku kaki game. Tak kisah ler game apa. Nak2 lagi bila Encik Al Malik tak de. Weekend dipenuhi dengan layan PS2. TV pun tak tengok. Tengok pun tengok katun. PC game yang aku beli berlambak2 tuh banyak lagi tak abis main. Belum abis main dah beli lain. Macam tuh ler perangai aku. Membazir duit kat cd game. Nasib baik pirate. Kalau ori mesti dah berjuta2 lemon aku abiskan untuk game nih.

Aku nak menulis ni pun kekurangan vocab sebab kepala otak aku mandom sebab main game lama sangat. I figured out (aku tak dapat cari figured out dalam Bahasa, warghhh otak dah beku) yang PS2 punya CD lagi murah. Hoh, yer laa. Ari tuh dapat free jadi tatau ler harga. Boleh dikatakan murah 50% daripada harga PC game.

Memula aku layan Resident Evil (macam2 versi). Asyik mampos jer, malas aku nak main. Lepas tuh aku ingat nak cari Final Fantasy IX, tak de dalam stok lak. FFX ada laa. Ahh, beli jer laa. Bila mula main, ahh...LAYANNNN!!! Untuk weekend ni aje aku peruntukan 12 jam sehari untuk main game. GILA! Mandi makan tido? Aku tak lupa tapi semua aku buat lewat skit. Mandi pagi pukul 2.00 petang, mandi malam pukul 10.00 (mau sakit badan aku nanti nih), makan tengahari lak pukul 4.00 dan makan malam....tak de langsung. Hoh, main game ni boleh buat aku berdiet. Tido, biasa laa. Paling lewat pukul 2.00 pagi. Ok ler tuh pukul 2.00, masa muda remaja dulu mau pukul 4.00 atau tak tido langsung! Perghhhh!!!


Ni pun aku berenti kejap sebab geng2 Tidus mati ditangan Seymour. Nak tengok tactics. Kalau ada cheat aku dah guna dah. Hahahahahahahah! Dulu aku pernah main FFIX guna PS1. Nak dekat abis dah CD jam. Lepas tuh aku balik U...Lepas tuh adik aku delete memory yang aku main selama ini. Warghhhhhhhhh!!! Sebab tuh aku nak cari balik game tuh setelah sekian lama aku tinggalkan. Memang aku ketinggalan zaman...baru nak main FF. Orang len dah boring dah...daaaaa!!!

Ok arr...nak cerita tentang perkara lain lak...

____________________________________

TOMMOROW AND THE DAY AFTER

Esok aku kena kendalikan game ala2 Explorace (aku lebih suka guna Amazing Race sebab aku tak tengok langsung Explorace nih). And today, aku ke sekolah di mana tak de seorang pun yang ada kat sekolah. Bukan apa, aku nak tanam clue, lekatkan clue dan sembunyi clue di mana sahaja yang aku plan nak letak. Yang aku lupa, aku lupa nak bawak balik charger vid cam balik. Ye ler, nak rakam aksi2 dan drama2 yang berlaku esok. Mana tau ada gaduh2 ke macam Amazing Race bebetul. Heheheheheh!

Oleh itu, salah satu tasknya ialah mencari 5 biji batu untuk dibuat main batu seremban. Masalahnya batu itu kena warna berlainan. So, aku pilih kaler merah. Macam darah pun ada....Ada 6 kumpulan, so jenuh aku nak kaler sebanyak 30 biji batu. Guna marker lak tuh. Bukan apa, kot2 hujan tak de ler warna tu luntur.


Anyhow, Selasa lak aku kena hantar Rahimin lagik ke Ipoh. Aku malas sebenarnya nak hantar tapi sapa lagik? Dari mula aku dipertanggungjawabkan dan menawarkan diri untuk bertanggungjawab untuk jaga budak nih sorang. Nasib baik Ita ada untuk temankan. Dia ni kalau aku offer gi jalan2 nak aje dia ikut. Lagi2 Ipoh tuh kampung dia. Aku ingat nak beli perfume yang aku pecahkan ari tuh, tapi...birthday aku tak sampai sebulan pun. Mintak perfume dengan sugar daddy bagus gak! Hohuahahahahah! Aler, dia banyak duit...dok atas kapal 3 minggu tak guna satu sen pun duit. Siap makan free lagik. Tapi kena tunggu laa. Terpaksa pakai perfume murah dulu...Ala, perfume Avon lama2 ada lagik. Perfume mahal laa jugak aku beli dengan LJ dulu.

Ok, nak mandi. Cheh, baru mandi ka...seeeee!!!!


Read more...

Monday, October 12, 2009

Missing

Today I was pissed off but I really don't want to think too much about it. I don't want to let it bother my life and my self-esteem. All I have to do is just stay calm and be patient, waiting for them to apologize. With this "sorry" word, I can let it all go. If they won't, REVENGE IN SILENCE!!! Ahahahahahahahah!!!

Probably I am too emosional. Yeap, probably. Actually I'm missing my husband. It's been a week and 4 days he's been gone and 4 days we didn't talk each other. Despite that, it's not too long compare to last year's three months he was away, sacrificing himself for his country. I'm too sad because I couldn't talk to him on Monday before he and other navies went to South China Sea. It's all my fault when I suppose to call him when he text me the word "Call". I usually didn't pick up or reply SMS during school time. Also, because of this phone thing, I'm the last person received the news about my late mother.

Because all that, for the next two years I'm not going to teach Year 6. I'm not going to be a coach or managing sports. I'm trying to get pregnant. How am I going to get a child when I'm here he's not and when he's here, I'm not. If we are together we didn't get much attention to each other because we didn't get much rest with all work stress. I just wanted to rest. We need our vacation together. Away from people and away from the hectic.

My life became very bored. Go to school then, go back home...there's no one to talk to. Usually my routine is go to school, go home have a nap, and in the night I got to chat with the beloved ones. But nowadays, go to school, back home have a nap, and wake up in the dark and lonely room (my room always dark for sleep catalyze), having a TV, a lappy and previously a game console to accompany me in the night.

What I really miss the most is the kiss. A kiss before going to bed and a kiss before going to work. I also miss the smell and the impertinence (usually those are the things I do). People always see me as a strong navy's wife but deep inside me I'm so vulnerable when it comes to the love ones.

I realized that I really don't appreciate his presence. Whoever read (past tense) this blog, I wrote that we didn't talk too much at home except in the car, but at least we talk. At least we shared information and what dissatisfied us. At least there's someone to complain about work. At least we shared our sad, anger and happiness...Then, I realized that I only appreciate him whenever he's gone and it took me a week just to miss him. Teruk kan?

After all things happen, I'm thankful with my friends (and their kids) and my pupils for cheer me up during school period. At least I'm not alone the whole day. Weekends? I spend my time to cover up my sleep for the whole weekdays (sorry, I'm a sleepyhead).

Sometimes I wonder, what if he's gone forever and I can't imagine what my life would be after that. Isk, lagi teruk laa aku nih. Mesti ada orang pertikaikan apa yang aku kata nih tapi semua orang akan mati/meninggal, cuma lambat atau cepat sahaja.

Ya Allah, panjangkanlah umur suamiku dan semoga dia selamat di sana...

* 3 days course? A week or two? It's nothing...so don't whine so much!

Read more...

Sunday, October 11, 2009

Influenced

Hari ni memang hari untuk kunjung mengunjung rumah rakan-rakan seperjuangan. Mula2 rumah Kak Nor. Aku memang dah bersiap pukul 10.30. Memang rancang dengan kawan2 nak pi pukul 11.00 pun. Lepas tuh aku trima satu sms yang berbunyi "cikgu, bila nak amik kami ni?" Aik? Ku ingat tak jadi. Memang aku plan nak bawak budak2 ni sekali tapi depa tak sms atau call aku pun smalam untuk confirmkan. So aku ingat tak jadik ler.

So, aku suruh depa tuh tunggu pukul 10.45 di luar gate Unitata. Tak sabar nampaknya depa tuh siap call aku masa aku dah sampai depan kilang Unitata pun. So, aku bawak laa depa tuh ke rumah Kak Nor. Rumah Kak Nor memang bagak. Kalau buat kenduri arwah ke, doa selamat ke, tak yah pakai khemah dah. Memang boleh duduk sampai dapur. Cuma kucingnya aku tak jumpa. Merayau kot.

Aku join laa Nana & budak2 yang au bawak kat depan plasma TV (tatau ahh brapa inci, aku tak reti nak ukur pun), aku sembang2 ler dengan budak2 tuh. Zira pun ada. Dia bawak Gameboy. Budak2 yang aku bawak tuh kerumun laa dia. Diaorang tuh memang pantang tengok game. Apa2 game jer laa, PC ke, PS ke...So, sembang punya sembang aku tanya brapa rega? Zira cakap RM200. Hoh! Murah laa tuh. Tanya lak PSP brapa...diorang cakap dalam 1k. Huh, idak ler teman. Baik beli PS2. Aku tanya lagi, Ps2 skang dah RM500 ye? Diaorang lak cakap, ala teacher, skang ni kat Kompleks Aik Aik (ada satu kedai jual game situ) dah RM399, TF pun dah 400. Hoh, aku cakap...murahnyaaaa!!! AKu ingat lagi masa baru2 kenal PS2 harga dalam RM800 laa. Aku tanya PS3 brapa. Diaorang cakap dalam beribu laa. Huh, memang depa nih hantu game. Semua price list diaorang tau...

Aku pun cakap...AKU NAK BELI PS2. Diaorang ingat aku main2 ler kot. So, sementara nak tunggu pi rumah Kak Asmah pada pukul 2.00, aku bawak budak2 tuh ke Teluk Intan. Diaorang ngajak aku ke The Store sebab kat sana tingkat atas skali ada game boh token. Dulu aku tatau pun wujudnya tempat tersebut tapi Encik Al Malik ler yang tunjuk kat aku masa dating ketika kami bercinta bagai nak rak dulu. Dating kat shopping kompleks? Ok ler tuh dari dok taman ntah hapa2 buat.

Memula aku bawak mereka ke kedai game Kompleks Aik Aik tuh. Aku tengok harga PS2 RM399. Tapi tuh tanpa memory card dan console. Full set complete RM500++. Hoh, aku kena pikir dulu. Tapi aku ni jenis malas nak pikir lama2. Aku tanya, kredit kad boleh ka? Nyonya (tak tua sangat pun) tuh kata BOLEH! Huarghhh...tu diennn. Budak2 yang ikut aku tuh semua pandang aku. Macam tak percaya mereka itu. Kiranya mereka berjaya mempengaruhi aku dengan kata2 mereka di rumah Kak Nor. Tapi sebenarnya aku dah lama nak beli PS2 setelah PS1 yang adik aku beli dulu hancur musnah. Patut laa mahal sebab ni PS2 edisi slim. Macam aku ler...Ahahahahahahahahahahahah!!! Gelak sampai muntah laa kome...

Selim melim

Dapat ler free game sebanyak 10 keping. Huh, apa aku nak buat dengan game banyak2 nih? Salah satu game aku pilih bola sebab Encik Al Malik mesti nak main punya. Aku ni jenis suka main game pikir2 nih. Pilih jugak Resident Evil Outbreak & RE4. GTA San Andreas dan juga game budak2 The Tale of Desperaux. Itu yang aku suka ponn...Yang lain2 tuh aku suruh budak2 yang pilih (betapa pemurahnya aku nih). Transformers laa, KOF, Tenken 5, Moto GP, Smack Down pun ada. Hoh, ni bukan aku nak main nih...Mereka yang nak main.

So masa ada banyak lagi so kami balik ke rumah aku nak cuba2. Memula main KOF. Boring. Lepas tuh Tenken. Aku boring sebab asyik kalah jer ngan budak2 nih. Aku pun leggo diaorang main bola. Main kalah mati tuh. Ada plak nak main untuk tempat ketiga dengan final (4 orang budak yang ikut aku ni). Aku suruh sambung lepas beraya rumah Kak Asmah dan PKKo, Kak Normah A.

Layan bola

Laptop aku pun mereka serbu. Gila game sungguh!

Lepas beraya, basuh kereta di Drive thru. Peraq sungguh mereka. Siap menjerit2. Sampai rumah serbu game. Aduih...aku kata. Lepas final tuh aku kata kalau nak main game lagi datang minggu depan...Naik bas. Aku akan charge RM5 seorang termasuk makan dan minum. Hahahahahah!

Begitulah betapa mudahnya aku terpengaruh dengan budak2 sekolah rendah merangkap anak murid aku sendiri dalam hal2 gajet nih. Terutama sekali game. Aku memang HANTU!!!

Read more...

Friday, October 09, 2009

Lost

Pagi2 ke sekolah. CT jemput aku ke rumah beliau. Aku kata insyaAllah aku pergi. Dah lama aku berniat nak pergi rumah beliau tapi tak berkesempatan.

Hari ni jugak aku kena bawak budak2 Tahun 6 ke upacara perasmian Karnival Askar Wataniah di SM Sains Bagan Datoh. Jadi tak de P&P ler. Tentera darat, udara dan laut serta askar wataniah semua ada. Bila tengok baju biru TLDM, rindu laa plak kat Encik Al Malik. Dah seminggu beliau ke Singapore. Macam2 laa persembahan ada kat sana. Pameran pun ada. Aku siap daftar askar wataniah untuk TLDM. Nanti kalau depa panggil, nak tolak pun boleh. Encik Al Malik tatau lagik tuh. Mesti beliau tak kasik. Tapi apa salahnya. Kalau join pun best jugak...

Kunjungan aku ke sana memang memenatkan. Aku tau aku pandai sandal jer pi sana. Parking skit punya jauh, pastu nak kena berjalan ke tempat perasmian. Ok ler jugak, Kak Gee kasi RM20 buat bekal. Sebenarnya tak kasik duit pun tak pe. Aku bab berjalan ni aku suka.

Balik sekolah balik, of course ler letih. Perut dah lapar. Tanpa fikir apa-apa aku terus balik. Singgah restoran Basha beli nasik. Sampai jer kat rumah aku dapat SMS dari CT. SMS itu berbunyi begini "K.emi pi mana? X pi (mai) rumah ke?". Ya Allah. Aku lupa! Warghhhh...Aku SMS CT dengan mengatakan "Warghhhh...aku lupa. Tunggu jap".

Perjalanan nak ke rumah CT memang menduga iman. Ada dua road block perlu di tempuhi. Pasaipa ntah. Nak cari musuh negara kot. Skang ni kan tengah panas dengan isu warganegara seberang nak serang bumi bertuah kita nih.

Yang mana satu CT?

Ooo...aku tak bagitau yer. Aku memang tatau jalan nak ke rumah CT. Masuk jalan mana aku tau laa tapi aku tatau rumah dia mana satu. Biasa laa dok dalam kampung. Dekat2 estet, banyak ler jalannya. Rumah dok jauh2. Nak tanya, tak de orang. Semua dah pegi sembahyang Jumaat. Aku call CT. Tak de nak angkat, bz layan tetamu. Aku call Ita. Aku cakap "Ita, orang dah sesat". Bila CT kasik direction (yang tak lengkap) aku masuk laa jalan yang diarahkan. Terserempak dengan Ita, Ita tunjuk jer. Terserempak dengan Linda, Linda bagitau direction tapi aku tak paham apa yang dia cakap sebab masa tuh bawah kereta aku tersagat tepi jalan. Nasib baik tak de calar mana2.

Aku jalan terus jer. Sampai ke satu titi nak masuk estet. Line pun tak de. Aih, dah sampai Sg. Samak ke aku nih? Disebabkan badan aku dah letih, perut pun lapar, aku pun berputus asa. Aku menonong jer balik terus ke rumah aku. Adoi, penat yang dapat. Tak de rezeki aku nampaknya nak pi rumah CT. Tahun depan ler kot. Tapi nasib baik dah beli nasi. Tak de laa membazir sangat.

Biasa laa. Lepas makan aku melingkorrrr....

*penat laa buat skrip. Esok nak kena pi skolah lagik. Jadi emcee Pertandingan Bercerita BI Karnival Prasekolah. Bosan betul...

Read more...

Full Stop

Titik.

Cakap pasal titik. Smalam aku ke Manjung untuk menservis kereta aku. Dah masuk 5000++ dah. Aku tak de mood nak bershopping atau ke mana-mana walaupun smalam hari menuai (kata Dato' K). Maka, selepas membeli dinner, aku terus pulang ke Teluk Intan. Aku memandu dengan kadar penggunaan minyak yang optimum, iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Dalam 80-90km/j jer. Ketika sampai di Ulu Dedap (dekat2 Gulam Rasul) aku memotong sebuah kereta Vios berwarna hitam yang dipandu oleh seorang pemuda dan ditumpangi oleh dua orang lagi rakannya. Kereta tersebut teramatlah perlahan. Bukan niat aku untuk mencabar mereka untuk melakukan perlumbaan haram tapi aku tetap membawa kereta seperti kelajuan di atas.

Aku memotong juga sebuah lori di hadapan kereta Vios itu. Tiba-tiba, melalui cermin pandang belakang, aku ternampak kereta Vios itu memotong lori tersebut lalu mencucuk kereta aku. Aku bagi peluang mereka untuk memotong aku balik, tetapi mereka tetap mencucuk kereta aku. Aih, tercabar ker? aku berkata dalam hati. Mula-mula malas nak layan, tapi mereka macam gelak-gelak, sengih-sengih, masih lagi mencucuk kereta aku. Lalu, aku full speed ahead. Aku jarang guna paddle shift gear tapi dalam kes-kes macam ni aku terpaksa guna. Nak ajar sikit. Nak main-main dengan orang yang ada experience ya...

Paddle shift. Tekan (-) untuk turun gear. Semua kereta Honda edisi baru ada benda nih

Memang aku tinggal sungguh-sungguh. Mereka cuba tapi tak brani. Lagipun guna paddle shift memang pick up sungguh. Aler, macam gear F1 ler. Bukan takat dua tiga tiang aku tinggal, 40 tiang aku tinggalkan mereka tuh. Budak hingusan lagi mereka itu. Bukan nak berlagak, takat Vios gred G 1.5 tak yah ler nak cucuk aku. Civic 2.0 pun aku titik, inikan pula Vios (untuk kawan aku yang mengguna Civic 2.0 tuh, bukan niatku untuk berlagak denganmu....). Sebenarnya, membawa kereta ni lebih kepada skil yang tinggi, bukan saiz enjin. Kalau enjin 3.0cc tapi bawak macam 660cc tak guna jugak. Bak kata Adiputra (budak genius Matematik, KONONNYA!!!) otaknya seperti kereta Ferrari yang dibawa seperti Kancil (apa kena mengena dengan cerita aku nih?)

Oleh itu, jangan titik sesuka hati. Letaklah titik di tempat yang sepatutnya. Sekian, terima kasih.


Read more...

Wednesday, October 07, 2009

Pelakar Kelakar?

Baca semasa buat facial @ home. Habih retak muka aku sebab gelak!

Heh, sorry Firol. Aku tak beli pun Pelakar ko. Aku pinjam dengan Fadzli. Walaupun aku dah baca entry2 ko dalam blog tapi aku rasa tak puas baca. Tak pe, next projek insyaAllah aku beli untuk menyokong hasil penulisan anak tempatan. Caiyokkkk!!!Add Image

*memang kelakar. Lagi best kalau baca sebelum tido. Bukan maksud aku bacaan tuh buat aku mengantuk tapi memang habit aku membaca sebelum tido. Kalo dak tak boleh tido...


Read more...

Low calorie food...but I'm full!!!

Aku dan Encik Al Malik, terutama sekali beliau sangat pakar dalam mengeksperimentasikan masakan kami. Kalau mengikut resepi 100% memang takkan menjadi punya. Untuk dinner malam ni aku masak sendiri. Macam tuh ler aku. Kalau Encik Al Malik ada di sisi, tak nak plak aku memasak. Selalu ngajak makan kat luar jer. Kekadang tapau.

Sebenarnya, masakan ni aku buat semalam. Aku ingat aku dah kenyang dengan hanya makan roti tapi sebenarnya aku silap. Disebabkan salad yang aku beli pada Isnin baru2 ni (sebab salad nasi tomato pasar malam sikit sangat) masih berbaki, aku ingat nak makan jer salad tersebut. Maka, satu idea timbul yang diinspirasikan dari The Biggest Loser. Aku goreng popcorn chicken dengan olive oil dengan kadar yang sedikit. Kemudian, aku letak atas kepingan2 salad, letak sos cili dan gulung macam sushi. Simple kan? Ehh, sedap laa plok...

Hari ni aku buat lagi. Habiskan salad yang ada. Kenyang weih...Nak sedap letak sos cili Life, sos KFC tuh laa. Kalau letak sos salad lagi sedap. Tapi sos salad dah habih. Nak tau rasa macam apa? Ala, rasa macam Twister (KFC) ler. Pastikan letak lebih salad untuk kalori yang lebih rendah tetapi mengenyangkan dan pastikan juga ia salad yang fresh dan rangup. Setelah dibuat calorie counting, aku anggarkan dalam 30-35 calorie je.

.
.
.
.
.
.
.
Lichennn wa cakap lu...

Nanti aku kasi lagi low calorie recipe, sup lobak. Huhu!!!


Read more...

D&G's Model

Have seen Dolce and Gabbana "Anthology" perfume's advertisement? The one with a few cardinal numbers on it? Actually, I'm not familiar with the brand but I really like to watch one of the models. Yeah, I know Claudia Schiffer, Naomi Campbell and Eva Herzigova but I really didn't recognize the male models. But one of them caught my eyes. I googled for him and his name is Tyson Ballou.


Hoh, I'm not too fond of him, it's just I like to watch his face. In fact, I'm in search for a new perfume since the previous perfume bottle broke accidentally. Well, his face has a similarity with my favourite freak actor, Johnny Depp.

Despite all that, this person is the handsomest of all...hohohohohohoh!!!

Sama ke? Ada laa skit2...tang hidung jer...

* gambar beliau diambil semasa beliau masih teruna...wawawawa!!!


Read more...

Sunday, October 04, 2009

Scar Tissue

By: Red Hot Chili Peppers
Album: Californiacation

Kisah ini berlaku semasa aku dalam persediaan untuk ke rumah terbuka rumah Ita pada 29.9.09 yang lalu. Seperti biasa, selepas balik dari sekolah aku akan tidur petang dulu. Aku plan nak pi rumah Ita dalam pukul 5:30 petang. Aku kunci jam pukul 4:50. Sempat laa nak solat Asar dan bersiap.

Biasalah, tidur petang ni bila bangun mamai laa jadiknya. Sebelum mandi aku gosok baju dulu. Dengan hanya berbaju dalam dan spender (hoho!) aku menggosok baju. Semasa menggosok, tetiba hujung iron tuh terkena pada perutku yang agak ke depan sedikit tuh. Ya Allah, pedih tatau nak kata laa. Aku gosok2 skit tempat terkena haba tuh. Menggelupas kulit.


Aduh, ni ler akibatnya seksi sangat. Itu baru dalam rumah. Kalau luar rumah tatau ler apa jadik. Skang ni kalau aku nak pakai spender (kan kena tunduk) rasa macam nak terkoyak jer luka tuh. Sebab tuh tak kering-kering sampai sekarang. Semalam lagi laa, sebelum tidur luka tuh berdarah. Hmm...darah di perutku...

Kalau jadi parut, nampak macam parut kena belah sebab beranak lak...huuu....

Read more...

Friday, October 02, 2009

Open House: 2.10.09

Semalam aku buat open house. Dibantu oleh empat orang anak muridku yang mahu menumpangku balik sekolah. Diaorang merayu-rayu nak ikut aku sebab tiada kenderaan nak datang beraya ke rumahku. Nasib baik jugak ada mereka. Boleh tolong angkat2 perabot dan membakar sate.

Balik dari sekolah aku segera memasak kuah lontong. Nasi impit sudah aku masak malam sebelumnya. Suami aku plak bertugas di bahagian membakar sate. Kesian dia, naik lenguh kakinya. Tetamu pertama ialah abang Ayoi, bekas anak murid aku jugak. Ada ke datang pukul 4:00. Masa tuh apa2 pun belum siap lagi. Dia kata nak tolong skit2. Bagus laa...

Tetamu tak putus-putus datang selepas pukul 5:30. Pukul 6:00 tetamu paling ramai datang. Memang aku tak menang tangan. Penat tok sah cakap laa. Sate lak macam tak sempat2 nak bakar. Tapi ramai puji sate yang kami tempah tapi bakar sendiri tuh. Manis kata Cik Din. Ok ler tuh, nasib baik jugak tak masin atau masam macam sate orang tuh tahun lepas. Huahua!

Ramai tetamu dari kalangan member2 sekolah aku. Member Encik Al Malik sorang jer datang dengan wife. Ramai sepatutnya datang tapi sebab belah malam dah hujan. Lagipun jauh...ramai dok belah Manjung/Sitiawan nuh. Tetamu akhir balik pukul 10:00 iaitu mak bapak Ayoi yang datang juga untuk amik Ikhwan (adik Ayoi).

Aku memang tak sempat amik gambar. Last2 abis baru amik gambar. Tuh pun amik gambar budak2 nih. Diaorang tidur kat rumah aku (niat nak main game sebenarnya). Malam memang aku tidur lena tak berkuek (tak berkutik).


Tengah berlakon bakar sate

Lebihan makanan

Band PJ & Kain Sarung

Urghhh...nak kemas rumah plak!

Read more...