Hari ni merupakan hari raya untuk aku seorang. Hoho! Selalunya kalau aku balik bercuti di KB, hari ketiga aku di sini aku musti...diulang MUSTI keluar shopping barang keperluan badan aku. Contoh barang-barang keperluan tersebut ialah tudung, pakaian, kain dan kasut untuk digayakan dan didengkikan oleh cikgu-cikgu di sekolah. Huahahahahahah! Buruk sungguh niat aku nih. Sepatutnya aku bergaya untuk suami....
Tapi sebelum tuh, aku yang menjadi diktator di rumah itu (sebab ayah aku dah balik malam sebelumnya) mengarahkan adik aku ke pasar untuk membeli barang-barangan runcit untuk dibuat laksa kelantan (atau laksam). Sambil tunggu adik aku pergi membeli, aku rilek-rilek dulu kat rumah. Bila barangan tersebut sudah sampai, baru ler aku mula masak. Ala, masak tak sampai 1/2 jam pun. Nak carik bahan tuh ler yang lama. Hahahahaha! Untung juga menjadi anak sulung nih. Boleh jadik boss.
Lepas makan, aku teruskan aktiviti dengan menjadi ular sawa gemuk. Selepas tidur dalam sejam dua (itupun bangun sebab cuaca dah mula panas), aku bersiap untuk pergi membeli blah. Niatnya nak pi sorang tapi Encik Al Malik mengofferkan diri untuk pergi bersama-sama. Katanya "nak abang pergi sekali ke?". Haha, aku kata boleh jugak, jadik drebar, dok dalam kereta. Sampai jer kat bazar MPKB, aku tengok tak banyak kedai yang bukak. Tapi nasib baik kedai tudung yang aku selalu pergi tuh bukak. Maka, sesi memborong tudung pun berlakulah di situ. Aku selalu beli tudung ni kat KB jer. Bukan aku tak suka beli kat tempat2 lain, cuma kat sini kemungkinan nak dapat harga tawar menawar ni lebih cerah. Lebih-lebih lagi kalau anda warga Kelantan sendiri yang bercakap loghat negeri tersebut. Kalau warga negeri tak reti cakap, toksah harap laa. Lagipun tudung yang dibeli kat sana memang berkualiti. Harapan nak tercabut manik memang hampir2 takkan berlaku. Tambahan pula, apa kaler jer yang aku nak musti ada punya lah...
Sambil2 tuh Encik Al Malik membeli baju dan tudung untuk ibunya, yakni ibu mertuaku (ala kasseemmmmm!!!).Lepas tuh round2 jugak bazar tuh tapi tak de mende yang menarik. Selepas itu, kami bertolak ke Gaya Warisan yang terletak di Jalan Yahya Petra (depan SSF), cari kain batik. Kedai ini disyorkan oleh adik iparku merangkap ibu kepada Adam. Beliau berkata kain2 batik kat situ murah. Hah, yer lah murah...Aku rasa kat Nordin Batik lagi murah. Tapi batik2 kat situ memang lawa-lawa. Aku ada tanya satu kain batik ni, corak abstrak kaler campur2...harganya...RM400++. Idak ler teman nak membeli kain rega macam tuhh...Last2 aku beli 2 helai kain, satu batik dan satu lagik chiffon biasa...Semestinya lawa laa....Satu lagik projek mendengkikan cikgu-cikgu...Hahahahahaha!!!
Malamnya, aku dan Encik Al Malik ke rumah abang iparku (abang Encik Al Malik). Makan mee kari. Rasa nak menambah tapi segan ler plak. Sambal yang ibu mertua abang Syam memang sedap. Dari tahun lepas lagik kami dok mimpi2 nak makan sambal beliau. Tahun lepas buat lontong, makan dengan sambal ikan bilis. Sedap jugak! Makan sampai berpeluh tuh. Kami ada bagi laa skit laksa kat diaorang. Baliknya aku dapat berita tak sedap untuk didengar. Adik bongsu aku, Naili berkata yang kuah laksa yang aku buat siang tadi di masuki cicak yang kepingin mahu mencipta rekod seperti Michael Phelps (USA's no. 1 swimmer daaa). Nasib baik semua orang sempat merasa.
Esoknya nak balik Teluk Intan kembali...huarghhhhh!!! Sekian, terima kasih.

Post a Comment