Monday, March 30, 2009

Hari ni aku jadi drebar...

Kak FAS mintak tolong amik dia dari latihan bola baling dia tuh. Aku malas nak cakap banyak laa. Berbelah bahagi jugak aku. Tapi aku setuju je, kot nanti aku susah dia bleh tolong aku. Cumanya aku tak berapa setuju sangat sebab minggu ni adalah minggu Ujian Pengesanan. Cikgu-cikgu lain pun sama. Memang laa Khamis ni ada perlawanan, tapi budak-budak ada ujian. Aku rasa cukup laa dengan latihan sebelum ni. Sofbol pun dah 3 minggu tak de latihan sebab kasi peluang kat bola baling. Aku datang ke sekolah dalam pukul 1630, ada meeting Peladang kat kantin sekolah. Kamal pun belum balik lagi. Masa tunggu Kak FAS, Kamarul SKUB datang sekolah kami. Jadi spy kot...heheheh...Kami sembang sekadar berbasa-basi, tanya mana Linda. Dia tatau lagi rupanya bahawa Linda dah buncit.


Briefing

Budak-budak aku tengok tak de mood terutama sekali Ayoi. Merajuk lagi kah dia? Ntah laa, dengan aku pun dia dah jarang nak tegur...datang bulan kot. Tapi bila ajak pegi Sunway Lagoon (lepas periksa) nak pulak dia...Tangan Isma dah sakit, kalau minggu lepas sebelah tangan, minggu ni kedua-dua belah tangan dia dah sakit. Aku risau takut dia tak boleh pitch bila lawan sofbol nanti. Ajin pulak bapak dia tak kasik main apa-apa dah. Bapak dia suruh belajar. Tapi aku cakap, tak turun berlatih, tak pe tapi time lawan nanti aku harap dia turun. Bukan apa, dah cantik dah team aku. T-shirt pun dah buat untuk diaorang nih...Aduihhh...Sofbol pun satu, lambat sangat nak tunggu perlawanannya.

Khamis ni perlawanan bola baling peringkat kelompok kat SKJ (T) Ladang Sg Samak. Aku salah sorang drebar budak-budak tuh. Kali ni aku demand, aku dah pilih awal-awal budak-budak yang aku nak bawak. Itupun tak cukup lagik kereta sebab sekolah kami hantar dua pasukan. Itu laa, nak jugak team lelaki. Budget makan & kenderaan dalam RM300. GB mengeluh jugak, tanya boleh menang ke? Kalau sofbol tuh tak pe laa sebab ke daerah terus. Confirm dapat sijil. GB sendirik carik pasal. Nak jugak team bola baling walaupun cikgu-cikginya membantah.

Iskk...banyak komplen plak aku...bos aku jugak. Apa-apa pun esok periksa. Aku harap budak-budak akan buat yang terbaek dari ladang punya! Untuk English aku dah drill untuk ketiga-tiga kelas yang aku pegang. Kalau lupa tuh, lu punya pasai laa...sapa suruh tak stadi!!!



Karut: Main tak de formation langsung!

Read more...

Sunday, March 29, 2009

Kempen "60 Earth Hour"

Lima minit selepas 2030 baru aku ingat. Tak pa laa...janji buat...sejuk jugak bila tutup lampu dok dalam gelap nih...



Semesti pun gelap


Rumah aku


Rumah sebelah; rumah cikgu Semesti terang je aku tengok


Gerai burger depan rumah aku


Abe dalam gelap

Read more...

Saturday, March 28, 2009

Ladap: Hari Profesionalisme

(Ketika blog ini ditulis, aku berada di dalam kegelapan)

SKTB mengadakan Hari Profesional yang juga disertai oleh guru-guru SKSK. Hari ini aku malas nak memandu, jadi Encik Al-Malik yang jadi pemandu aku hari ini. Slot pertama merupakan slot motivasi yang dikendalikan oleh ........ (tempat kosong ini akan diisi kemudian, aku lupa arr nama dia) dan slot kedua dikendalikan oleh En. Saharudin. Slot kedua lebih kepada bengkel laa, bengkel Hot Potatoes. Aku tak berapa ikut sangat sebab aku dah tau guna perisian tersebut. Sebaliknya aku tengok laptop video aku. Slot pertama juga di hadiri oleh pihak PPD, Encik Shahrir yang memang aku kenal sebab beliau merupakan Pegawai Khas Maklumat.


VIP


Guru perempuan & lelaki


Pinky


Juruacara lawa


Encik Shahrir


Kontrol Macho & Ayu


Tido


Penceramah itu

Aku tak rancang pun nak pakai baju jubah batik hitam dengan tudung merah jambu. Kebetulan pulak Kak Nor pun pakai baju yang sama dengan aku. Boria laa kami hari ni. Kebetulan kami dari Panitia yang sama. Ingat nak buat pembentangan sama-sama tapi slot pembentangan tiada. Tak cukup masa atau memang tiada kot...

Slot 2: Penceramah itu


Pinky II


Para peserta

Waktu balik aku tak makan bersama-sama rakan-rakan guruku sebab Encik Al-Malik mengajak aku ke Sg. Besar untuk makan tengahari. Beliau teringin mahu makan char kuey teow Bt. Kurau tapi bila tiba di sana restoran tersebut tutup. Kami ke Arked Man selepas itu, beli kain, blaus, tudung Ekin dan Abang pulak beli seluar. Biasa laa tuh, acara tetap jika datang ke Sg. Besar, mesti beli baju atau kain. Akhir sekali kami terus ke kedai makanan segera yang jual ayam je, makan kat sana.


Makan


Khas untuk Si Dia

Balik keletihan, solat Zuhur, terus pengsan...

Hasil Terbaik Kamera Aku


Ahahahahahahah!!!


Makan

Read more...

Friday, March 27, 2009

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat bermula pada pukul 2.3o tengahari. Dirasmikan oleh Hj. Mohd. Azhar, Pengurus Bank Islam TI. Tugas aku: perakam peristiwa. Tugas yang memang aku jangka dari awal. Tapi tak pe, aku suka. Cik Yah bertugas sebagai pencatat, jadi aku yang ambil alih kamera D40 dia. Jadi aku guna dua kamera laa tadi. Seronok betul guna kamera Cik Yah tuh. Meleleh air liur aku tengok kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera beliau. Tak pe, sabar...sabar...beli kereta dulu...

Inilah gambar-gambar di sekitar Mesyuarat Agung PIBG SKTB 2009. Aku tak muat turun semua, yang menarik aje aku letak.


Backdrop


En. Azmi, juga pihak Bank Islam merangkap PA Hj. Mohd. Azhar. Ditarget oleh CTK


Pendaftaran


Perasmi


Guru-guru khusyuk mendengar ucapan


The 3 Stooges


GB


Ko tunggu laa...nanti aku akan dapatkan ko...


Kesian pencatat 3 orang ni. Macam rasa kena penjara


Apa Kak Yati?


Ain; dah pandai malu


Mereka tetap memegang jawatan SU & Bendahari untuk 2 penggal lagi


AJK-AJK Baru


Dayah; bujang lagik. Pandai masak. Bertuah sapa dapat. Lelong...lelong!!!

Ohh ya. Aku di amanahkan oleh ibu R untuk menjaga dia semasa di Manjung nanti. Rupa-rupanya mamat tu selalu kekejangan otot kaki di malam hari. Awat? Kalsium tak cukup ka?

Hasil Terbaek Kamera Aku


Unik; amik gambar orang amik gambar


Alas perut aku...

Read more...

Thursday, March 26, 2009

Merajuk Konon!

Huwarghhhhhhhhhhh!!! Hari ni aku bangun lewat dan secara tidak langsung aku sampai ke sekolah pun lewat. Itu pun Cik Yah yang sms aku bertanyakan bahawa aku cuti ke apa. Kalau tak pengsan sampai pukul 10.00 laa kot. Apa-apa pun terima kasihlah pada Cik Yah kerana mengejutkan aku. Aku membawa kereta selaju 150 km/sejam. Sempat laa jugak 10 minit masuk kelas. Huh, tercalar reputasi aku tahun ni sebab datang lewat. Selalunya aku dalam Top 5 laa guru yang datang awal ke sekolah. Dalam seminggu mesti ada sekali aku guru pertama yang datang sekolah. Kalau tahun lepas datang awal sebab nak berebut tempat letak kereta tapi tahun ni walaupun dah ada tempat letak kereta khas untuk aku, aku tetap datang awal seperti biasa kerana sudah terbiasa. Bagus betul...tapi untuk hari ni, biasa lah. Aku ni manusia, biasa lah buat salah...bukan sengaja pun aku nak bangun lewat. Dok sorang-sorang dalam rumah ni macam tu laa. Tak de sapa nak kawal cara hidup aku...huhuhuh!!!

Petang tadi aku jaga budak-budak bola baling, yang juga 98% budak-budak sofbol (lelaki). Lepas ambil Ayoi, aku terus ambil Abu & Imin. Lepas tu kembali ke Unitata balik ambil Firas. Saje laa jalan-jalan. Heheheheh...dah lama aku tak meluangkan masa dengan mereka-mereka ini. Aku tak berapa tau sangat peraturan bola baling ni, aku cuma tengok-tengok aje laa. Kak FAS kata nak tumpang aku sekali tapi hampeh. Alasannya aku tatau laa. Aku ni bukannya jurulatih bola baling sebenarnya, aku kata kalau bantu sikit-sikit boleh laa. Ini langsung terus kasi aku uruskan. Masa sofbol nanti aku rasa jangan harap laa dia akan tolong aku. Memang tak de punya lah...Tapi dengan pemikiran yang positif aku pergi aje laa. Lagi pun boleh aku luangkan masa dengan budak-budak ni sambil bersenam sikit.

Masa tengah main tuh aku suruh laa kapitan bola baling lelaki, Imin uruskan sebab aku bukan faham sangat dengan bola baling ni. Aku cuma tau basic aje, ajar nak shoot dan jaga gol tu boleh laa. Tetiba Ayoi merajuk. Dia lari jauh-jauh dari kami. Pergi kedai, lepas tu duduk belakang tayar yang berdekatan pintu gerbang kedai Deris. Isma tanya dia...katanya merajuk dengan Imin. Katanya Imin berlagak bagus lah, bajet lah...Ntah hape hape! Lepas tuh bila aku panggil dia tak nak datang. Aku pergi dekat lari jugak. Imin pergi dekat pun lari jugak. Sampai ke belakang sekolah. Imin kejar, dia lari jugak. Akhirnya kami dah tak larat nak pujuk. Bagi RM50 pun dia tak nak. Suka hati ko lah...Selipar dia ada kat aku sebab terlucut masa adegan kejar mengejar tuh.


Adegan kejar mengejar, tak berapa nampak sangat...

Masa balik. Imin panggil Ayoi, tapi tak berkesan. Terus-terusan merajuk. Tak mau naik keretanya dia, dan sepatutnya aku kena hantar dia. Adoi hai! Aku gertak, bawak kereta keluar sekolah dan ke simpang. Keluar juga dia dari tempat persembunyian. Aku marah, suruh dia naik kereta. Dia naik. Aku mengamuk dalam kereta tapi tak lama. Semua budak-budak diam. Tau takut, ye lah...selalu gelak-gelak bila aku mengamuk kecut perut mereka. Hantar Abu, lepas tu Imin. Lepas hantar Imin aku berhenti tepi jalan. Tanya Ayoi apa masalah dia. Tanya punya tanya dia tak mau jawab. Geram weih...cucuk dengan kunci stereng tak jadi, cubit pipi tak jadi, tampar paha tak jadi, goncang-goncang badan pun tak jadi jugak. Dia cuma jawab dia marah Imin tapi tak diketahui apa sebabnya. Lepas tu bila tanya tak nak main bola baling ke? Dia angguk. Aku kata hah, lepas ni jangan pulak kata tak nak main sofbol, aku siat-siat ko. Akhirnya aku ugut, pergi balik rumah Imin. Tapi memang pergi balik rumah Imin pun.

Suruh Firas panggil, rupa-rupanya Imin tak mandi lagi. Aku cakap kat Firas teacher nak bawak jalan-jalan. Imin kata tak boleh ikut. Aku kata aku tipu je. Heheheheh...Aku suruh diaorang ni salam. Ehh, saya tak salah pun, kata Imin. Aku kata salam je laa sapa salah-sapa tak salah pun. Akhirnya diaorang berdamai secara tidak langsung semasa Ayoi tersentuh "toot" Firas yang baru sunat tuh. Berair air mata kawan tu. Tak pe laa, berkorban sakit demi kawan. Hahahahahaha...kami mengeratkan lagi tali silraturahim dengan membaling batu ke dalam sungai tepi rumah Imin. Ntah hapa-hapa!!! Sempat laa jugak tangkap gambar. Si Imin kontrol macho, lepas tuh bila aku perli dia terus kata merajuk ahh macam ni...terus lari masuk rumah. Gila!


Tak boleh masuk kereta selagi tak berdamai


Tak boleh masuk rumah selagi tak berdamai


Monyet (Diambil oleh Ayoi, diedit oleh emmii)


Pencemaran sungai (diambil oleh Ayoi)


Baling Batu


Kemesraan terjalin


Merajuk. Boleh blah!

Penulisan ini sebenarnya luahan hati aku untuk hari ini. Ya lah, kat rumah aku tak de sapa-sapa nak bersembang. Nak telefon suami, dia bukan suka sembang-sembang dalam telefon. Kami cuma bercakap hal-hal penting sahaja, tapi I Love You, Muahhh tu tak lupa laa. Kerja aku kat rumah ni tengok TV, internet...Kemas rumah hujung minggu aje. Ye lah siapa nak sepahkan rumah aku sedangkan aku seorang aje yang dok kat sini. Sebab tuh aku nak anak cepat-cepat supaya rumah aku boleh sepah. Hahahahahahah!!!

Ok ahh, nak mandi. Heheheheh...:please:

Read more...