Wednesday, November 25, 2009

The Best National Athlete Goes To...

(10 tahun sebelum itu)

Uhh...alangkah bestnya kalau dapat dengar nama beliau diumumkan selepas ayat di atas diucapkan di dalam TV. Kalau tak dalam TV dalam paper cukup laa. Ye ler, jarang tengok Majlis Olahragawan Kebangsaan dalam TV.

Pagi tadi aku dapat call dari sekolah. Tapi biasalah, call tak berangkat. Aku call sekolah balik, tanya apekehe? Takut ada apa tak kena pasal borang RK jer. Sebelum tu awal-awal Kak Non (PA sekolah aku) call tanya pasal pembetulan pada borang. Maka, Kak Non yang setia di tepi telefon angkat telefon. Aku tanya apekehe? KakNon cakap RAHIMIN DAPAT SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL dan mahu aku contact Rahimin sebab pihak sekolah tak dapat menghubungi bapa beliau. Aku terkedu sementara, kemudian tanya "Ye ke?"dalam nada yang korang sendiri tau. Kak Non mengiyakannya dan tanya balik "Hah, suka ke cikgu?" Oii, sapa tak suka oii salah sorang anak murid kesayangan berjaya. Aku rasa beliau pioneer dari SKTB. Maka, tercapai laa impian beliau untuk mejadi atlit kebangsaan.

Aku terus call....Linda. Hoh, aku tak call budak tu terus. Aku call mak angkat dia dulu. Linda yang tengah berpantang berasa teruja dengan berita tersebut. Alhamdulillah kata beliau. Dia kirim ucap tahniah.



Lepas call Linda baru aku call Imin. Aku guna phone rumah sebab tuh dua kali call baru berangkat. Imin tanya, sapa nih? Aku cakap laa Teacher Emmi. Aku kata "Imin, esok Imin kena pi sekolah tau. Amik borang. Imin dapat Sekolah Sukan Bukit Jalil". Aku tak dapat sebarang respon...senyap. Tengah fikir kot. Selepas beberapa saat berita dicanang baru ler aku dengar sorakkan. Beliau sebenarnya tak percaya dan tanya betul ke teacher? Laa, betul laa...aku cakap. Suka tak? Aku tanya. Suka laa teacher...pehh...aku ingat tak suka.

Lepas tu baru ler aku sms guru-guru berkenaan. Berterima kasih atas latihan, ajaran dan didikkan mereka. Seingat aku Imin cuma dapat 2A, 2B dan IC. Tapi beliau menerima keputusan beliau dengan positif. Muka ceria dan senyum tak macam rakan-rakan yang lain walaupun dapat 3A atau 4A. Seingat aku lagi, hanya beberapa kerat jer cikgu yang ucap tahniah kat beliau. Yang pasti aku salah satu daripada mereka. Aku agak bangga dengan pencapaian beliau dan yakin beliau akan dapat apa yang beliau impikan.

Sejuk perut mak beliau mengandung. Berbaloi penat jerih bapak beliau mencari rezeki. Berbaloi juga penat lelah kami guru-guru melatih beliau dalam bidang sukan, mengajar beliau dalam bidang pelajaran dan mendidik beliau untuk menjadi seorang manusia. Berbaloi jugak lah aku bersengkang mata berulang-alik memandu dari sekolah ke Ipoh, menjaga makan minum semasa di Manjung. Dan akhir sekali berbaloi jugak lah beratus-ratus duit aku habis sebab beliau. Aku ingat ada sorang kakak tuh kata Rahimin tak boleh pergi jauh dengan olahraga sebab masa beliau tak bagus sangat (nak kata anak dia lagi bagus ler tuh), tapi tengok...dapat emas & perak dalam olahraga negeri, dapat panggilan dari sekolah sukan...bukan sekali tapi dua kali. Sebab tuh aku halang beliau daripada masuk team bola baling daerah dan aku tak marah pun bila beliau menarik diri dari team softball daerah sebab demam. Sebab aku nak beliau fokus perkara terbaik yang beliau boleh buat. Kalau nak diikutkan hati beliau sendiri semua beliau nak main.


Sebahagian daripada video yang aku buat sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan baru-baru ni

Esok kena pergi jugak sekolah. Bagi duit skit kat Imin. Aku ada pegang skit duit beliau dan aku top up laa skit sebagai penghargaan. Lagipun ada amanat skit nak bagitau Imin. So, sebelum aku mengakhiri entry ini aku nak ucapkan terima kasih dari pihak Rahimin dan aku sendiri kepada big boss yang sentiasa menyokong di belakang dan kasik pocket money bila diminta. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar, melatih, mendidik dan menyokong beliau. Tak kisah laa guru-guru SKTB ke, guru-guru bekas sekolah dia ke, guru-guru yang bawak dia pergi main ke. Tak lupa juga kakitangan sekolah yang menguruskan surat-surat. Terutama sekali Linda kerana 80 meter lari berpagar. Kalau tak dipaksa masuk acara itu, nama beliau takkan naik dalam senarai pemilihan ke sekolah sukan. Ya, dengan membuat keputusan yang simple, dapat merubah masa depan seseorang...

Tahniah kepada Rahimin. Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa beliau kerana telah melahirkan seorang anak yang dapat membanggakan nama sekolah dan cukup sporting kalau aku nak bawak pergi mana-mana pun.

Sesungguhnya aku tumpang berbangga...

Read more...

Monday, November 23, 2009

Fly

Aku dah lama nak tayang gambar ni tapi sebab sibuk dan banyak perkara lain untuk dientrykan, maka skang baru boleh berbuat demikian. Shantek kan gambar ni? Nampak macam penguin tuh tengah terbang jer...Hmm...itu laa keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Tak boleh dipertikaikan lagi...



Saje nak kongsi dengan korang semua. Aku minat fotografi walaupun tiada DSLR. Belum cukup duit untuk berbuat demikian kerana duit digunakan untuk membuat dan membeli perkara lain. Aku tanak guna kredit kad, risiko tinggi. Benda kecik-kecik boleh laa. So, guna kamera cikai pun jadi laa asal tau teknik-teknik yang betul. Tapi kalau guna SLR lagi cun, sampai meleleh air liur kalau tengok. Tak kisah laa SLR mana pun...mana-mana pun cantik. Kawan aku ada satu. Memang kalau tengok gambar terang bijik mata. Beliau main snap jer, tapi hasil agak cun.

Tauke kedai gambar pernah berkata masa aku beli digital kamera yang aku pakai skang "Sapa-sapa minat kamela (kamera), bila dapat DSLR baru puas ati." Kiranya, kepuasan tahap dewa laa kalau dapat SLR nih. Memang impian aku nak beli satu. InsyaAllah akan menjadi kenyataan tapi tatau bila.

Kalau nak tengok hasil SLR yang puas hati giler tengok sini. Aku kadang-kadang dengki tengok hasil mamat nih. Ada laa beliau edit skit guna Lucis Art, tapi aku masih dengkikan beliau. Bila aku tanya SLR mana beliau guna, tanak jawab lak mamat nih. Beliau bukan pro, hanyalah seorang bakal guru, masih menunggu panggilan posting di mana-mana (ntah2 dah dapat, tatau laa), tapi hasil beliau cukup menarik minat aku. Aku rasa beliau boleh pergi jauh seperti Saiful Nang, seorang photographer terkemuka tanah air. Go Azri!!!

Sebab minat ini lah bila Encik Al Malik dah pencen nanti aku nak beliau bukak kedai gambar. Daripada bukak kedai makan yang tatau untung atau rugi baik bukak kedai gambar. Aku boleh jadi kuli dan beliau cuma kira duit....Huuuuu!!! Apa-apa pun langkah pertama ialah dapatkan SLR dulu!!!

Read more...

One Day Trip

Yesterday we (the couple and a sibling) went to Klang Valley area. Actually, Encik Al Malik had to meet someone regarding to his apartment that he wanted to rent. A bachelor named Mat (or Mad, not mat pet although he is skinny) decided to rent the apartment. Muka budak baik, pakai spek ala nerd and same goes to the hairstyle. He said he was interested but we will call him again for the confirmation before this 15th of December. Aiseh, lambat sangat daa...Takut dia jumpa rumah lain lebih murah jer. This was because Encik Al Malik has to go for LIMA in Langkawi from 27th Nov till 5th Dec (nak ikut tak bagi). Biasa laa, men...He didn't trust me to make a deal with the boy, so dia nak buat jugak although the boy asked to stay early in December. Biar ler...

Then, we went to our (actually me and my youngest sister) actual intention 'why we are here'. SHOPPING!!! The sis requested for Mid Valley but I, the lazy long distance walker and as a boss of the car refused to it. So we went to IOI Mall (which Encik Al Malik called oi!) at Puchong. Actually it's my favourite shopping mall sebab ada Jusco, Starbucks, comic shops and most importantly, game kiosks, where there were lots of PC and PS2 games CD. We separated ourselves, but I stuck near to my sister...in case of my CC can't be used. My sis, although still studying, duit dia lagi banyak dari duit akak dia. Biasa laa, gaji tak masuk lagi...sengkek tapi beria-ria nak shopping. Ala, bukan selalu...

(I brought the camera but forgot to take the memory card from the lappy. So I used the mobile instead)


Sabar menunggu


Nelly carik kasut. Saiz 11 mak ngko! Nak carik belah2 TI? Jangan harap....

First I went to explore some shoes. As a fan of CR's product I bought a pair of shoes of the brand. It's for the next year actually and it's a match to my bag. Handbag elok lagi so malas nak tukar lagik. Then, I searched for comics. Bought Detective Conan, Shin Chan tak keluar lagik. Lambat sungguh. Then I called Encik Al Malik. We have a window shopping together while waiting for my sister and installed GPS in his phone. He bought me my all time fav perfume (since nikah sebab perfume ni dibuat hantaran), an EDP Hypnose from Lancome. Try yang lain tapi still Encik Al Malik tak berkenan. Ala, dia jugak nak cium bau badan i...Heh!!!

Jalan lagik...then enter BATA. Pau lagik Encik Al Malik for another shoe, but a comfortable one. Ala, one pair for arrival and daily use and another for assembly and special occasion. Hmm...I didn't forget about my passion. Gaming arena. Bought 2 PC game DVD and of course one of them is Nancy Drew's. Dah habis main pun semalam sampai tido pukul 5:00. Mentang-mentang ler cuti skolah. Hajat nak pi sekolah pun terkubur begitu sahaja. Esok jer laa...Another game is CSI Deadly Intent. So frustrated, tak boleh main. Well, this is one of the disadvantages of buying...."arrrr" (said it like a pirate) cd. Tapi tak pe, murah...


Satu boleh main satu lagi tak bleh. Ohh, tanpa ku sedari aku telah membeli 21 episode ND game!!!


Ehh, hari ni gaji ye kawan-kawan? Hmmm.......MySpace

Read more...

Saturday, November 21, 2009

Goodbyes

Semalam berakhirlah sesi persekolahan 2009. Dan semalam jugalah detik perpisahan antara aku dengan budak-budak Tahun 6 yang agak rapat dengan aku. Sehinggakan Rahimin pun berebut dan sudi mencium tangan aku. Ye lah, semalamlah hari terakhir mereka akan berjumpa aku, guru yang paling sporting di abad ini (tetapi masih tegas).

Semalam jugalah (malam) merupakan jamuan makan malam KGK sekolah kami. Dan semalam juga merupakan jamuan perpisahan dengan C. Khisam dan Liza H. Aku nak komen...aku tak kira laa positif ke negatif ke. Aku ada hak dan ini blog aku. Sukati aku lah kan? Pandangan aku ni tak payah bayar...lagipun aku bukan kondem, aku kasik pandangan je...

Aku tak seronok dengan majlis semalam. Sebab...

  1. Makanan dia bagi aku bukan standard majlis makan malam. Tapi nak wat camano...makan jer laa. Lagipun kenyang jugak ler perut...
  2. Tempat buffet sempit. Aku tak kisah kalau buffet tapi biarlah tempat senang nak lalu.
  3. Tempat makan pun sempit. Nak lalu lalang susah.
  4. Ada AJK tak datang. Nama naik cabutan bertuah tapi tak datang...padan muka!!!
  5. Objektif untuk merapatkan silaturahim tak berjaya. Ntah ler kenapa...
  6. Lagu perpisahan hampeh (aku jugak yang carik, tapi bukan idea aku). Sebab tuh Encik I gelak. Aku pun nak gelak. Yelah, tak sesuai dan tak meleleh pun. Aku heran, masa KGK buat majlis makan malam untuk Kak CT aku nangis doww (walaupun aku tak berapa sangat dengan makcik tuh) sebab KGK masa tuh kreatif dan buat bersungguh2. Kak Nor pasti kembang kuncup buat masa ini (masa tuh aku pun jadi SU, Linda jadi treasurer...hehehehe).
  7. Miss Nur Kasih...Warghhhhhhhhhhhhhhh!!! Ini yang paling aku hot!!!
Aku budget aku nangis semalam, tapi ntah kenapa aku tak boleh nangis. Yelah, Liza ni agak rapat dengan aku. Sebelum aku kawin aku berjalan merata-rata dengan budak nih. Ada masalah dengan boyfriend mesti pegi rumah dia...ngadu dengan dia. Bila aku dah kawin aku jarang pergi rumah dia. Sampaikan mak dia pukul aku sebab lama tak datang rumah. Adeighh...aku ingat lagi. Pedih tuu...


Penulis bersama Liza H

Tapi disebabkan suasana majlis tak syahdu, maka aku tak nangis. Aku heran...sangat2 heran. Padahal budak tuh nak pindah skolah. Kak CT pegi aku nangis, Kak Hindon pindah aku nangis, Cikgu Khirel pindah aku bergenang air mata, Liza J pindah keluar setitik dua (woi, banyak dosa dengan beliau...apa dia? I've forgiven and forgotten...tapi teringat balik sebab tulis blog nih). Tapi dengan Liza H ni aku tak nangis. Setitik pun tak keluar. Aku lebih banyak buat lawak. Ohh, aku teringat. Masa nak berpisah dengan Kak Ha pun aku tak nangis. Nape ye? Dengan kawan2 yang aku agak rapat aku tak nangis? Tengok The Biggest Loser nangis plak. Orang tuh dapat duit sebab kurus kita lak nangis...heheheheheh...Mungkin orang akan kata aku tak emosional, suka bila orang tuh pindah. Ehh, idak laa oii. Aku akan rindu beliau. Sebab aku suka kacau beliau. Suka kacau laki beliau juga...Adik2 beliau pun aku kacau...hahahahah. Anak beliau jer tak kacau lagi. Picit2 jer...

Ntah ler, sekiranya Ita pindah adakah aku menangis? Ehh tapi Ita kata dia nak menetap sini tapi mana tau terpindah sekolah ke. Mana tau aku ke yang pindah sebab aku ada hajat nak balik kampung bila suami aku dah pencen (beliau pencen pada umur 40-an). Ohh, aku jugak akan sedih kalau Kamal pindah sebab dia BANYAK sangat tolong aku. Tak terbalas budi baiknya terhadap aku.

Tapi setiap orang akan berpisah. Tak kisah laa berpisah dengan cara apapun. Sama ada pemergian ke mana-mana destinasi ataupun kematian...Perghhh...madah!!!


Read more...

Thursday, November 19, 2009

Celebrity Look-A-Like



Tak tahannya aku! Ada ke muka Encik Al Malik macam Johnny Depp? Hahahahahahah!!! Lawaknyaaaa!!! Aku saje je test menda ni...Tak sangka aku muka Encik Al Malik sehensem JD. Hmmmm....Ala, 66% jer...

Read more...

UPSR 2009


Gugel je. Malas nak load gambar

4 pupils got full A's. Naila, Hasif, Izween and Pijah. Unexpected for Naila. Same goes to Hikmah. Her English teacher said "You have disappointed me." What the hell? Kesian budak tuh. Dah laa keciwa tak dapat sebijik lagik A. Kata lagu tuh lak. Dah rezeki dapat 4A and a B. Ok ler tuh...

As a result, year 6 teachers for next year are going to be a big change. My boss looks for quality. Quantity dah ok laa kot. 70.2 something, I guess...Didn't bother to look at it. Malas. Esok laa tengok. I'm excited for something else. Suppose the Kakak will teach English 6 Bes for her achievement last year but you know...that person mesti nak pertahankan ego. Lagipun our Kakak malas nak rebut, because HAVE TO work together with him.

The meeting. I'm satisfied with my will be task next year, but not with the arrangement for the timetables. Lantak laa, arahan boss musti mau ikot. Lagipun nak puaskan semua orang bukan senang.

Kesian Ita. Kena jadi SU Disiplin tahun depan...Heheheheh...Imagine that...

Read more...

Wednesday, November 18, 2009

PGC & else

(Prize Giving Ceremony)


Semalam.

Aku tak amik gambo banyak sangat. The bizi laa...My Task: Jamuan & Persembahan. Dua2 ok cuma last2 minute kena jaga PA & multimedia lak sebab Che Kam & Anas pi practice volleyball for PSKPP. Anyway, all went well except for last2 VT tokoh murid 'hang' sebab render tak abis. Ustaz punya pasal la ni kena tambah nama dia dalam senarai coach takraw. Paling salah besar aku laa sebab tak cek sebelum start PGC tuh.


Kalau dua-dua merajuk...ana kawin tiga!

Tapi apa-apa pun aku dipuji oleh SU Zahid Hamidi secara personal sebab beliau anggap majlis itu berjalan lancar. Ewah, beliau anggap itu cuma masalah teknikal dan it's a minor. Cuma aku nak komen kat sini ialah ada beberapa orang guru tak menjalankan tugas masing-masing tetapi sibuk nak buat tugasan orang lain. Ini berdasarkan apa yang aku perhatikan dan dari mulut rakan sejawat jugak laa. Plak tuh siap kutuk orang lain buat keja, ini tak betul laa itu tak betul laa...Ada jugak nak masuk campur dalam tugasan aku. Aku buat derk jer laa...I know what am I doing...

Malam semalam.

Makan durian. Aku admit dulu aku tak berapa suka durian. Makan pun seulas dua. Tapi sejak kahwin a Perakian dan duduk di Perak aku jadi penggemar durian. dari 2 ulas sekali mengadap jadi 8 ulas. Tapi Encik Al Malik tak suka BELI durian. Beliau suka makan jer. Beliau kata beliau akan beli durian bila ada mood. Ada ka? Ni pun beliau beli bila aku merayu-rayu cakap teringin nak makan...Heheheheh!!!


Sambil baca komik...asyik...

Hari ni.

Letih. Semalam aku tido agak awal laa jugak. Nasib baik hari ni cuti. Except aku kena bangun pagi jugak sebab amik adik bongsu aku kat bus station. Yey, ada peneman...

Woo...esok result keluar...Budak-budak aku dapat apa laa yer. Kalau budak aku ada yang dapat BI 'B' pun ok dah...percentage...80++. Pehtuh kena puji dengan GB dalam mesyuarat petang esok. Heheheheh..dan 'orang' tuh akan bangga diri jugak. Tak pe, tahun depan dia sorang2 pegang BI Yr 6. Kalau tahun depan percent turun kiranya aku power jugak ler...hahahahahah!!! Uhh, tanak bangga diri. Tatau esok apa jadik...

Mesyuarat akhir tahun pun esok. Adakah akan ada perang mulut sesama guru? Kita tunggu sama-sama...

Read more...

Monday, November 16, 2009

Stupid Ad



Read more...

Sunday, November 15, 2009

Wash Girl

Perghhh...ini Malaysia ke? Aku ingat Cambodia ke mana...Astaghfirullahalazimmmm...Apa nak jadi laa...Kaum yang mengelilingi mereka pun tumpang seronok & tumpang kutip dosa...Sama ler aku sebab tumpang tengok dan tumpang edarkan...dan korang pun sebab tengok jugak...ahahahahahahahahah!!! Setan tol...

More in Isu Hangat



Bandingkan dengan yang ni...bukan ke sama?



Secara tiba-tiba aku tengok muka diaorang ni huduh-huduh blake....Uwekkk!!!

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Hair Raising Experience

Bila Encik Al Malik ke laut, mulalah aku buat kerja tak berfaedah & tak senonoh. Biasalah, kebosanan melanda diri. Tapi tak de la sampai menjatuh air muka laki aku. Maksud aku, aku amik gambar bukan-bukan. Kekadang gambar sendiri, gambar cerita-cerita yang keluar TV. Kadang-kadang lak aku amik gambar parts of my body. Hah, mulalah korang fikir bukan-bukan ya?


Haa, nampak? Aku terkejut bila aku nampak gambar ni. Kulit kepala aku berminyak sungguh. Dulu aku pernah pi Yun Nam dan pihak mereka pernah merakam gambar rambut & kulit kepala aku. Kata mereka, rambut aku berminyak thus, mengakibatkan kelumumur dan menutup liang roma rambut aku. Sebab tuh rambut aku banyak gugur dan susah nak tumbuh balik. Kata mereka juga liang yang sihat ada 3 atau 4 helai rambut dan kekadang 5 (bila tengok Encik Al Malik punya).

Lepas tuh, aku ketagih amik gambar kepala aku. Nak tengok apa hasil bila aku pakai syampu atau tonik pelebat rambut. Kalau aku letak kertas kedap minyak memang ada kesan minyak. Aku dah try Himalaya tapi kejap aje. Try salon punya produk, pun kejap aje. Serius, rambut aku start gugur bila pakai tudung. Takkan aku nak syampu hari-hari? Botak laa kepala aku!!!



Hari-hari garu kepala!!!

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Fat Cat

Ada kucing jantan gemuk datang rumah aku. Aku rasa ia adalah laki kepada kucing betina yang datang rumah aku dan secara tak langsung menjadi haiwan perliharaan aku. Aku berpendapat kucing gemuk tersebut juga merupakan seekor bapak kepada anak kucing yang juga anak kepada kucing betina itu. Get what I mean? Bukan apa, sebab mata mereka sama kaler...


Kucing gemok bawah kereta


Ohh, terkejut mak ko!

I am an animal lover. What am I suppose to do?

Read more...

Tuesday, November 10, 2009

Eat, eat, eat...That's all I know...

Susulan dari harijadi aku dan Ita, budak-budak 4 Bestari yang merupakan kelas milik Ita, mengadakan surprise party untuk Ita dan juga aku. Mereka berkongsi dengan budak-budak 5 Bestari, yang mana suka berparti dan juga kelas yang Ita ngajor matapelajaran Sains. Haa, biasa laa. Nak buat party kena double. Hadiah pun berdouble. Biasa laa, 9 November adalah hari double package. Huhuhuhuh....Anyway, kami berdua diraikan dan disurprisekan (kononnya laa, tapi dah tau awal2 pun).

Aum, ngap!

Aku dapat berita yang Linda tengah nak meletup. Aii, kalau dia beranak maka samalah harijadi aku dengan Ita. Itu dah jadi triple. Pukul 2:30 dapat laa sms dari beliau. Mulanya aku nak marah jugak. Sape ler yang bertuah sangat kacau tido aku nih. Kata beliau dah selamat. Anak laki. Tak silap aku nama yang dirancang Adam Fahmi. Ohh, seorang lagi Adam dalam hidup aku. Niat di hati nak ngajak kawan2 pi visit di spital tapi pukul 2 beliau dah keluar. Sekolah lak abis pukul 1:30. Tak sempat dee...Tunggu lepas raya Haji laa. Jenguk kat rumah beliau sendiri.

Keesokan harinya, iaitu hari ini, ada plak majlis akhir tahun untuk tahun 6. Seperti biasa ia dikendalikan oleh Kak Gee. Maka, majlisnya agak grand laa. Makanan pun grand. Hadiah, apantah lagi. Nasik minyak turr. Sapa kahwin ntah. Ok ler tuh. Boleh merasa awal skit. Nak harapkan kawan2 yang kawin lambat lagik. Aku dengan Ita pakai baju corak sama kaler lain. Baju beliau dihadiahkan oleh aku sempena birthday kami semalam. Saje jer janji nak pakai sama2. Esok pun rancang nak pakai baju sama sempena jamuan badan disiplin. Pakai blouse beli kat Fair Lady atas request Puan Ita. Makan lagik!


Kembar tak seiras. Sorang kembang, sorang lagi kuncup.

Lepas jamuan, sementara nak tunggu balik aku join budak-budak tahun 6 (as usual the boys) main Uno dan amik gambar bertemakan 'Aku Tak Rela'. Dan aku makan lagik, kek yang penuh dengan icing. Tapi sedap ler plak. Dah habis baru rasa nak muntah...hohohohoh!!!


Auw, tak rela nyah!


Aksi tak rela

Petikan dari "Ada Apa Dengan Lada?": Makan, makan, makan...itu jer yang diaorang ni tau.

Read more...

Sunday, November 08, 2009

Birthday Girl(s)

Exactly 12:00 a.m on 9th November, are my and Ita's birthday. We have celebrated it since 5 years ago, that was when we knew each other as a workmate. It started with a simple verbal wish on the first year which was on 2005. Then on 2006, we get closer and closer and I gave her a card. 2007: still a card and I got nothing but when it came to 2008 (and we reached 30 together) we exchanged gifts. As for this year, I've prepared the gifts along with the card. Tahun ni hadiah beliau agak gempak skit laa...


The card

And as for me, the husband is not around for us to celebrate together. But we celebrated earlier when he came home on Friday and bought me my favourite cake, Choc Mud (lumpur coklat) from Secret Recipe. Notice the grammatical error? I don't know who's mistakes is that...



Anyhow, the cake was delicious (and still is). The hubby also give me a perfume, which I don't like the smell...but still I appreciate that. Ye lah, nak beli cap mahal-mahal tapi dua-dua tengah sengkek. Gaji lambat maa bulan nih...

Can't wait for the tomorrow's respond.
"Ehh, Emmii! Thank you. Cantik laa...Boleh pakai sama-sama nanti..."
Hawau...

Read more...

Tuesday, November 03, 2009

Free Tag

Tag from my ol' fren, Nuwal...

Bila kali terakhir anda cuci toilet?
Minggu lepas sebab Encik Al Malik nak balik. Ehh, rhyming plak...

Pencuci apa anda guna?
Kiwi. Sebab free beli Ridsect. Kalo dak guna cap itik jer

Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?
Sekali. Kadang-kadang 2 minggu sekali. Tengok mood atau tahap kemalasan.

Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
Tugasan ka? Mandi. Kalau rajin kadang-kadang buat makan Encik Al Malik.

Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?
Frozen pizza. Masuk microwave dan tekan preheat. Itu kalau aku dok sorang-sorang laa...

Minuman yang anda buat setiap pagi?
Kak Teh akan buat teh, teh o atau milo. Wajib berais....hoooo!!!
*Kak Teh ialah pembuat air kantin skolah aku yang cute...

Sebelum tido apa yang anda akan lakukan?
Reading...memang acara yang wajib. Kalo dak tak bleh tido...

Kena tag 8 bloggers.
Liza, Linda (walaupun sudah jarang berblog sebab nak meletop), Cik Yah, Far, Zek dan lain-lain. Tak wajib jawab. Aku saje tak de keje...

Read more...

Sunday, November 01, 2009

Kokurikulum's Day

Hari ni aku bangun pagi dengan sakit-sakit badan sebab...


Semalam aku terkinja-kinja di padang masa sukaneka sempena hari Koko. Aku rasa aku ler cikgu yang bersungguh-sungguh dalam memastikan badan uniform bawah aku menang. Cikgu-cikgu lain pun bersungguh-sungguh jugak tapi aku rasa tak de la beria-ria macam aku. Sampai dapat pemimpin terbaik KRS tuh...ahahahahahahah!!! Thank you all!


Kem Komanden

Apa-apa pun hari koko semalam memang best. Rugi sapa tak datang. Penat memang penat tapi rasa macam penat tuh berbaloi sangat. Biasalah, kami cikgu-cikgu ni memang malas nak datang sekolah masa weekend tapi aku rasa macam best sangat aktiviti-aktiviti semalam. Tahniah pada yang menganjurkannya.


Aktiviti sampingan

Aku sorang jer cikgu KRS yang pakai uniform. Nak marah jugak tapi benda kecik aku malas jadikan benda ini sebagai satu isu. Tapi itu tak penting, apa yang penting? KERJASAMA! Ya, kerjasama antara kami guru-guru dan tunas-tunas memang erat. Kami tak kisah kami kalah. Tapi objektif hari Koko keseluruhanya tercapai la jugak. Kira semua badan uniform menang ler. Sebab tuh takde pemenang keseluruhan. Sebab semua menang, tiada pengKALAH. Huhuhuhu!


Budak-budak aku caca marba


Mana topi ko? Tertinggal teacher...

Pagi-pagi berkawad. Berpeluh jugak ketiak susun budak-budak. Uniform tKRS ntah hape-hape. Malas aku nak komen. Lepas kawad masak-masak. Acara yang ditunggu-tunggu. Aku memang beria-ria. Siap bawak budak balik hari sebelumnya nak latih masak. Aku pilih Nasi Goreng Ikan Masin (aku punya fav) dan Nasi Goreng Thai (Kamal's fav bila aku tanya dia sebab time tuh aku tak de idea) Salah satu team aku dapat no.3 (yang mana aku rasa patut dapat no.1). Bukan apa, nasi team no.1 dan no. 2 nasi ceroi, kurang rasa. Itu aku buat penilaian pada nasi la. Mungkin sandwich kitaorang tak berapa kaw kot. Hiasan kami pun dah grand. Biasalah, lain orang lain citarasa. Dapat nombor pun Alhamdulillah dah. Apa-apa pun budak-budak aku tak kekok dan tak peghak nak masak. Huuu, aku bangga!


Scene memasak


Menu 1 & 2

Lepas masak aku join budak-budak lain di padang. Ohh, lupa nak cakap. Sekolah kitaorang ada jemput pihak bomba, polis dan jabatan kesihatan untuk buat pameran. So, geng-geng bomba adan buat demonstrasi memadam api. Aku volunteer ler nak padam api. Satu tong setengah pemadam api aku guna atau 3 kali sembur. Panas yang amat api tuh. Memang marak nyalaannya...Ewah!


Fire fighter


Tanda kemenangan: Tough jugak aku nih

Aku balik tengahari sebab nak kenyangkan Encik Al Malik. Aku ada ajak beliau ke sekolah tapi beliau taknak sebab nak rehat katanya. Dia kerja ari nih. Pukul 2 aku ke sekolah balik. Pertandingan buat gajet plak. Memang hampeh gajet kami. Lagipun ini bukan expertise aku. Lepas tuh sukaneka. Aku memang terkinja-kinja. Yang paling best acara golek bola masuk lompat pagar. Kiranya macam golek bola masuk gol laa. Semua team seri dapat 1 masukkan ajer. So, kemenangan ditentukan dengan guru pembimbing yang golek bola. Sapa golek masuk dulu dia menang. Pengakap diwakili oleh Anas, P.Islam oleh Kak Gee dan KRS: AKU. Hoh, sapa lagik yang menang kalau bukan guru pembimbing terbaik KRS yang menang. Bowling player nih. Anas yang memula berlagak rasa menang yang kalah. Hahahahah, tu ler riak sangat. Lepas tuh baru aku rasa tenaga aku sudah sampai limitnya. Aku dah rasa penat...


Nama ada kelas tapi tetap tak menang


Golekkan seorang juara...

On the way balik aku singgah nursery sebab...
(to be continued)

Read more...

Birthday Boy

Hah, aku pergi nursery sebab...


Ari nih harijadi Encik Al Malik. So, aku singgah nursery nak beli pokok untuk Encik Al Malik sebagai hadiah harijadi beliau tahun ini. Korang ingat nursery kanak-kanak ka? Ahahahahah! Aku beli pokok bonsai. Pelik ke beli pokok sebagai hadiah? Aku rasa biasa jer. Sebab Encik Al Malik sangat suka landscaping. Beli rumah ni pun sebab ada tanah skit untuk Encik Al Malik meneruskan hobi beliau. Lagipun dah lama Encik Al Malik geram nak beli bonsai teh nih.


Pokok itu

Malamnya aku rasa penat. Tapi beliau mengajak aku makan pizza. Aku kata tapau lah sebab kalau tunggu memang lambat. Biasalah, aku tak suka kedai pizza sini. Sementara nak tunggu masak kami singgah Gergasi. Encik Al Malik nak beli baja & tanah gambut. Amboi, beria-ria turrr...Aku lak beli pad...

Lepas amik pizza, kami balik. Sedap gak pizza cruncy cornflakes tuh. Lepas makan mata mengantuk. Aku dah tak tahan. Lepas tulis kad, aku terus tido. Masa Encik Al Malik masuk tido baru ler aku wish. Itupun terbangun. Tak romantik langsung...


B-day boy

9hb ni lak birthday aku. Aku rasa macam tau jer apa yang aku akan dapat. Malangnya Encik Al Malik naik kapal on 7th-11th. Kena tinggal lagik aku nih....Alahaiii...

Nasib baik ada PS2...Ahkakakakakakak!!!

Read more...

The Final of FFX

Hooo...finally, I've made it. After nearly a month of playing, combination of 80 hours, many research of walkthrough, quite much calories lost because not eating, water saving because not having a bath and a few headache, I finally finished the game. Huh, lega mak ngko! But I'm really sad because Tidus and Yuna were not together in the end. Kesian...I'm looking forward to play FFX-2, the sequel of FFX. Pi beli sat gi...Boleh main time cuti skolah! Ahahahahahah!!!


Read more...