Anak-anak beliau menyambut aku dengan hati yang girang. Comel-comel anak angkat aku nih. Hoho! Tema diaorang tahun ni kaler oren. Tapi Ita pakai kaler hitam (berkabung jugak) sebab baju dia londeh kea pa. Buat dengan Kak Ida. Aku pun tak serasi dengan baju yang Kak Ida buat. Sekali buat cukup lah sebab aku rasa tak selesa dengan baju yang dia buat. Kawan-kawan yang lain ok. Lain orang lain citarasa. Aku rasa dengan Kak Ida kena ukur badan baru sesuai.
Lepas beraya rumah Ita dan makan nasi impit di rumah beliau, Ita ajak aku beraya di rumah sebelah beliau pulak. Nasi impit lagik! Tapi aku tak amik. Instead, aku amik kek. Sedap jugak! Aku try jugak call Liza tapi tak dapat. So, lepas beraya aku balik ke rumah. Di rumah aku ada hidang lemang & rending. Dua2 aku beli kat bazaar ramadhan Teluk Intan. Pecah kepala jugak dok fikir nak hidang apa kalau orang datang. Takkan kuih jer kot. Tapi lemang dua batang tuh tak terusik sebab tak de orang pun yang dating. Tak pe ler, boleh bawak balik kampong.
Dalam pukul 1:30 Encik Al Malik called. Beliau kata pukul 3:00 dah boleh amik dia. Uhh, baru nak rehat. Pukul 3:30 Encik Al Malik baru boleh keluar. Kami terus bertolak ke KB. Aku yang drive dulu. Encik Al Malik yang kelaparan terus bukak bekalan lemang yang dibawa. Lemang bazaar memang sedap tapi kurang kaw berbanding arwah mak aku buat (selepas itu dibakar oleh ayah aku). Kurang lemak. Tapi kitaorang bantai jugak. Encik Al Malik menyuap lemang kat aku macam makan sushi plak.
Kami sampai di rumah pukul 10:30. Dah dua orang driver. Kalau aku sorang yang drive 5 jam je boleh sampai (sebab tak berhenti langsung kecuali berhenti nak kencing). Bagi aku, travel ke pantai timur tak sepenat travel ke tempat lain sebab sepanjang perjalanan cuaca agak dingin. Biasalah, kerajaan yang memerintah negeri ini memerintah berlandaskan syiar-syiar Islam. Dan sapa kata Kelantan tak maju? Skang ni dah macam-macam bangunan, shopping complex yang naik, tapi masih ada lagi tanah yang tinggal. Aku kagum! Nanti lah aku rencanakan pasal ni dalam next entry aku.
Sampai je rumah, aku pelahap nasi dagang buatan adik ipar aku. Urghhh...sungguh nikmat sekali. Beserta dengan gulai kawah berperisa ayam. Sebelum tuh pekena sate buatan bapak adik ipar aku. Sedap jugak. Semua adik-adik aku balik. Agak meriah jugak. Masa tengah sembang dengan bapak & adik aku, Iba di luar rumah, Adam bangun. Cium skit...
Itulah kot kisah Hari Raya Pertama aku. Next, raya kedua…



aku ke KB aritu punya terkejut port lepak kat area bus stand dah takde.. dah jadi bangunan ada jalan.
mana tempat makan yg biasa sebelah bus stand..aku punyalah nak makan nasi kerabu hari tu
hoh, skang ni kb nak buat macam penang dan teluk intan. semua jalan dah jadi one way. nak elakkan jem laa kot...
nak makan nasi kerabu pegi Yati Ayam Percik di Jalan Bayam, on the way nak pi airport. Dak pun belah2 Pengkalan Chepa pun ada, tapi aku tatau nama tempat. Suami aku taw ler
Post a Comment