Sebuah apartment 3 bilik tidur, 2 bilik air untuk disewa di Taman Langat Murni, Banting, Selangor. Apartment ini berada di tingkat 3, jika dikira dari ground floor. Atau dengan erti kata lain 2nd floor jika di Britishkan. Sorry, tak de lif, bukan tinggi sangat pon.
Apartment masih lagi kosong. Tuan rumah ada pasang niat nak furnishkan sikit dengan meletakkan beberapa buah perabot yang dibeli secara hutang. Tapi tunggu hujung tahun laa kot. Kalau dah furnish tuh mahal laa skit. Baik sewa skang...
Kira-kira 9 km dari KLIA dan 3 km dari LCCT Sepang. Taman ini berhadapan dengan kilang Genting Sanyen.
View Larger Map
Kemudahan yang berdekatan adalah kedai-kedai runcit, restoran, bengkel kereta, dan taman permainan. Rukun tetangga juga aktif seterusnya dapat memastikan keharmonian dan keselamatan kawasan sekitar. Terdapat pasar malam berhampiran pada setiap hari Rabu pada pukul 4:00 petang hingga 10:00 malam. Percayalah, kawasan ini sangat aman damai, sesuai untuk kaki tidur. Angin pulak masyuk baek punya!
Harga sewa sekitar RM400 (harga boleh dirunding). Percuma sebuah baldi, sebatang mop, berus dawai dan sebatang squeezy.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Al Malik (tuan rumah daa...) bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. No. telefon 013-5311077 atau e-mail kepada maliq77@yahoo.com. Kalau tak dapat hubungi, tulis jer komen kat sini. Nanti aku bagitau dia directly.










Post a Comment