Sunday, October 25, 2009

What's Up With The Lada?

I've change the title from Lada into Ada Apa Dengan Lada? Sounded a bit commercialize and a bit funnier. Here's the script. Just use your imagination. I accept any suggestions and comments. Please do...

Ada Apa Dengan Lada?


Pada suatu ketika, terdapat sebuah negara yang bernama Negara Mentekedarah. Dalam negara tersebut terdapat sebuah kampong yang bernama Kampung Sayur. Alkisah, terdapat seorang jejaka yang bernama Lada Kering. Lada Kering gemar menyanyi. Dari lagu irama tradisional hinggalah hip hop. Lada Kering mempunyai seorang ibu tiri yang bernama Mak Serai dan adik beradik tiri yang bernama Lada Hitam dan Lada Sulah. Mereka bertiga tersangatlah kejam terhadap Lada Kering. Ibu Lada Kering sudah menjadi arwah dan telah menjadi sebuah bawang besar. Lada Kering sering mengunjugi ibunya di dapur.

Di hujung Negara Mentekedarah terdapat sebuah istana di mana Puteri Halia bersemayam di sana. Puteri Halia gemar memancing di dalam hutan bersama-sama Bendahara Kunyit beserta bodyguard-bodyguardnya …errr maksud hamba, hulubalang-hulubalangnya.

Di suatu pagi yang hening…

(Kain dibaling)

(Hikmah tarik telinga Firas. Isma tarik kedua-dua telinga sendiri. Akmal tarik hidung dan telinga)

(Hikmah tolak Firas. Tunjuk pada baldi. Firas basuh baju. Isma dan Akmal jelir pada Firas)

(LAGU BEGINILAH NASIB)

Hikmah: Hoi! Ko ingat suara ko sedap sangat? Baik aku dengar kambing mengembek lagi sedap. Sudah! Pergi sapu sampah kat luar sana sebelum aku terajang usus kao.

Firas: Ya, makcik.

(Firas ambil penyapu)

(Daun dilempar)

(Firas sapu sampah)

(LAGU KETAHUAN)

(Isma mengadu pada Hikmah-bisik-bisik)

Hikmah: Hoi, bahlol! Kenapa ko malas sangat? Asyik menyanyi je kerja. Sapu daun-daun tu cepat! Lepas tu masak meggi. Aku dengan anak-anak aku dah lapar nih.

Firas: Ya, makcik.

(Hikmah berlalu tapi tak keluar pentas lagi)

Firas: Makan, makan, makan! Itu je yang diaorang ni tau. Buat kerjanya tak nak. Nasib baik bapak aku tinggal reta banyak. Makcik aku ni dah laa garang nak mampos, pemalas plak tuh. Apa nak jadi laa.

Hikmah: Apa kao cakap?

Firas: Ehh, tak de, tak de. Esok nak hujan makcik….

(Firas letak meggi dalam periuk)

Ketika Lada Kering sedang memasak meggi….

Firas: Ibu, kenapa nasib Kering malang sangat? Kenapa ibu pergi dahulu meninggalkan Kering? Kering berasa sungguh sunyi tanpa nyanyian ibu menidurkan Kering tiap-tiap malam. Ibu, ibu laparkah? Ibu nak burger McD?

Bawang: Jangan menangis anakku Kering. Apa yang mereka sudah buat pada kamu Kering? Kamu boleh bercerita kepada ibu setiap hari asalkan ibu ada di ceruk dapur ini.

(Hikmah dan anak-anak mengintai)

(Firas bercakap dengan bawang)

Lada Kering pun menceritakan segala-galanya kepada ibunya merangkap sebiji bawang besar.

Firas: Ibu, may I go to the toilet? Perut Kering agak bermasalah pada hari ini.

Bawang: Yes, you may go.

(Hikmah masuk dengan anak-anak. Potong bawang. Keluar)

Pada malamnya, Ibu Serai mengajak Lada Kering makan malam bersama-sama. Kali ini mereka bukan makan meggi tetapi mereka menikmati hidangan yang agak enak iaitu nasi goreng USA. Apabila mereka selesai makan….

Hikmah: Hah, hah, hah! Kao sudah makan ibu kao sendiri. Hah, hah! Nak mengadu konon. Pigidah!!!

Isma: Nyeh, nyeh padan muka!

(Akmal jentik telinga Firas)

(Firas nangis sambil tanam kulit bawang dalam pasu)

(LAGU UNTUKMU IBU)

(Propmaster cucuk gitar)

Pada keesokkan harinya, Lada Kering berasa terkejut apabila melihat sebuah gitar tumbuh di atas tempat dia menanam kulit bawang. Lalu dia menyanyikan lagu….

(LAGU SEROJA)

(Lagu dislowkan)

(Naila masuk mencari dengan bodyguard)

Ketika itu, Puteri Halia yang baru balik memancing di sungai berdekatan terdengar akan suara Lada Kering.

Naila: Siapa yang menyanyi tu? Sedapnya suara…Wahai Bendahara Kunyit, pergi siasat siapa yang sedang menyanyi itu.

(Hasif sembah Naila)

(Hasif pergi mengintai celah2 semak)

(Firas nampak, lari keluar)

Apabila Lada Kering ternampak Bendahara Kunyit, dia terus lari balik ke rumah dengan perasaan malu. Ohh, pemalu rupanya Lada Kering ni. Bendahara Kunyit follow Lada Kering hingga sampai ke rumahnya.

Selepas itu, Bendahara Kunyit pun pergi memberitahu Puteri Halia segala-galanya. Puteri Halia dan bodyguard-bodyguardnya terus menuju ke rumah Lada Kering.

Hasif: Assalamualaikum…ada orang ke tak ni?

Hikmah & anak-anak: Waalaikumussalam wbt.

Hikmah: Hah, ada apa hajat korang nih?

Hasif: Kami datang ada hajat besar. Puan ada anak teruna tak? Ni Puteri Halia nak jumpa dengan anak Puan. Tuanku teringin nak mendengar anak teruna puan menyanyi.

Hikmah: Ohh, ada-ada. Sekejap ya…

Mak Serai menyerahkan kedua-dua anaknya kepada mereka dan keluarga mereka.

Nyanyian dimulakan dengan Lada Hitam

(LAGU ANOK TUPAI)

Naila: Huh, tak sedap langsung! Pitching lari. Reject!

(Sambil buat tanda tak best)

Seterusnya nyanyian daripada Lada Sulah

(LAGU ITIK GEMBO-GEMBO)

Naila: Huh, merosakkan lagu kegemaran beta sahaja. Bunuh mereka semua Dato Bendahara.

(Firas tiba-tiba keluar)

Firas: Nanti dulu! Nanti dulu! Ampun tuanku. Sebenarnya patik yang nyanyi lagu Seroja tadi. Tolong jangan bunuh mak dan adik-adik tiri saya walaupun perangai mereka macam tenuk.

Naila: Kalau macam tuh nyanyi jer laa. Tunggu apa lagik!

(LAGU GADIS MELAYU)

(Firas nyanyi)

(Keluar orang kampong)

(Naila terpegun)

(Semua meloncat-loncat)

Naila: Yahoo! Ohh, sungguh sedap suara kamu. Siapa nama kamu?

Firas: Nama patik Lada Kering tuanku. Walaupun kering, patik tetap hensem tuanku.

(Naila melutut)

Naila: Ohh, Lada Kering yang hensem dan macho. Sudikah dikau menjadi……ARTIS RAKAMANKU?

(Terus bangun)

Naila: Syarikat rakaman tuanku bernama Halia Twisties.

Firas: Alright. No hall ah tuanku. Tapi dengan dua syarat.

Naila: Apa syaratnya?

Firas: Syaratnya ialah….Ibu tiri patik menjadi manager patik dan adik patik Lada Hitam menjadi Make-up artis patik. Lada Sulah pula patik lantik menjadi CEO Kilang Lada Sulah Cap Ayam. Mengikut kajian yang patik buat, 80 peratus penduduk kampong ini tidak mempunyai pekerjaan dan dapatlah mereka bekerja di kilang tersebut.

Naila: Hmm…bagus jugak idea itu…

(Sambil berfikir)

Beberapa bulan kemudian, Lada Kering menjadi penyanyi popular segah Dato Siti dan mereka semua hidup dengan bahagia seadanya.

(LAGU LION SLEEPS TONIGHT)

(Para pelakon keluar tunduk hormat)

Sekian sahaja teater muzikal yang diarahkan oleh Puan Nur Emmi. Terima kasih kerana menonton. Teater muzikal ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Harap maklum.


Want to use it in your school play? Amik jer laa. Tapi kalau boleh mintak permission. At least aku tau karya aku disukai dan diguna pakai...




2 comments:

jijah montel said...

wooooo.. bunyi kelaka gila!!!.. sekolah baru saya kureng la benda2 gini.. my big boss anti sikit benda2 gini.. huhuhuhuhu.. bagus jugak.. tak payah susah2 nak latih budak.. tapi boring la kan?

emmii said...

idea tengah mari during the time...skolah pantai timur biasa laa, lebih2 lg kalau dok rural area