Friday, October 09, 2009

Full Stop

Titik.

Cakap pasal titik. Smalam aku ke Manjung untuk menservis kereta aku. Dah masuk 5000++ dah. Aku tak de mood nak bershopping atau ke mana-mana walaupun smalam hari menuai (kata Dato' K). Maka, selepas membeli dinner, aku terus pulang ke Teluk Intan. Aku memandu dengan kadar penggunaan minyak yang optimum, iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Dalam 80-90km/j jer. Ketika sampai di Ulu Dedap (dekat2 Gulam Rasul) aku memotong sebuah kereta Vios berwarna hitam yang dipandu oleh seorang pemuda dan ditumpangi oleh dua orang lagi rakannya. Kereta tersebut teramatlah perlahan. Bukan niat aku untuk mencabar mereka untuk melakukan perlumbaan haram tapi aku tetap membawa kereta seperti kelajuan di atas.

Aku memotong juga sebuah lori di hadapan kereta Vios itu. Tiba-tiba, melalui cermin pandang belakang, aku ternampak kereta Vios itu memotong lori tersebut lalu mencucuk kereta aku. Aku bagi peluang mereka untuk memotong aku balik, tetapi mereka tetap mencucuk kereta aku. Aih, tercabar ker? aku berkata dalam hati. Mula-mula malas nak layan, tapi mereka macam gelak-gelak, sengih-sengih, masih lagi mencucuk kereta aku. Lalu, aku full speed ahead. Aku jarang guna paddle shift gear tapi dalam kes-kes macam ni aku terpaksa guna. Nak ajar sikit. Nak main-main dengan orang yang ada experience ya...

Paddle shift. Tekan (-) untuk turun gear. Semua kereta Honda edisi baru ada benda nih

Memang aku tinggal sungguh-sungguh. Mereka cuba tapi tak brani. Lagipun guna paddle shift memang pick up sungguh. Aler, macam gear F1 ler. Bukan takat dua tiga tiang aku tinggal, 40 tiang aku tinggalkan mereka tuh. Budak hingusan lagi mereka itu. Bukan nak berlagak, takat Vios gred G 1.5 tak yah ler nak cucuk aku. Civic 2.0 pun aku titik, inikan pula Vios (untuk kawan aku yang mengguna Civic 2.0 tuh, bukan niatku untuk berlagak denganmu....). Sebenarnya, membawa kereta ni lebih kepada skil yang tinggi, bukan saiz enjin. Kalau enjin 3.0cc tapi bawak macam 660cc tak guna jugak. Bak kata Adiputra (budak genius Matematik, KONONNYA!!!) otaknya seperti kereta Ferrari yang dibawa seperti Kancil (apa kena mengena dengan cerita aku nih?)

Oleh itu, jangan titik sesuka hati. Letaklah titik di tempat yang sepatutnya. Sekian, terima kasih.


0 comments: