Sunday, October 04, 2009

Scar Tissue

By: Red Hot Chili Peppers
Album: Californiacation

Kisah ini berlaku semasa aku dalam persediaan untuk ke rumah terbuka rumah Ita pada 29.9.09 yang lalu. Seperti biasa, selepas balik dari sekolah aku akan tidur petang dulu. Aku plan nak pi rumah Ita dalam pukul 5:30 petang. Aku kunci jam pukul 4:50. Sempat laa nak solat Asar dan bersiap.

Biasalah, tidur petang ni bila bangun mamai laa jadiknya. Sebelum mandi aku gosok baju dulu. Dengan hanya berbaju dalam dan spender (hoho!) aku menggosok baju. Semasa menggosok, tetiba hujung iron tuh terkena pada perutku yang agak ke depan sedikit tuh. Ya Allah, pedih tatau nak kata laa. Aku gosok2 skit tempat terkena haba tuh. Menggelupas kulit.


Aduh, ni ler akibatnya seksi sangat. Itu baru dalam rumah. Kalau luar rumah tatau ler apa jadik. Skang ni kalau aku nak pakai spender (kan kena tunduk) rasa macam nak terkoyak jer luka tuh. Sebab tuh tak kering-kering sampai sekarang. Semalam lagi laa, sebelum tidur luka tuh berdarah. Hmm...darah di perutku...

Kalau jadi parut, nampak macam parut kena belah sebab beranak lak...huuu....

2 comments:

Beautiful Life said...

Wey sis...go and see a doc to have that luka pacth. Hope you are okay.

Firol said...

HAHAHA...KALU STAKAT PAKAI T-SHRT TU OK LA GAK...TAKPE PARUT SESUATU YANG INDAH...

ENTRI NI MEMBERI IDEA PADA KU

THANX EMI