Aku dan Encik Al Malik, terutama sekali beliau sangat pakar dalam mengeksperimentasikan masakan kami. Kalau mengikut resepi 100% memang takkan menjadi punya. Untuk dinner malam ni aku masak sendiri. Macam tuh ler aku. Kalau Encik Al Malik ada di sisi, tak nak plak aku memasak. Selalu ngajak makan kat luar jer. Kekadang tapau.
Sebenarnya, masakan ni aku buat semalam. Aku ingat aku dah kenyang dengan hanya makan roti tapi sebenarnya aku silap. Disebabkan salad yang aku beli pada Isnin baru2 ni (sebab salad nasi tomato pasar malam sikit sangat) masih berbaki, aku ingat nak makan jer salad tersebut. Maka, satu idea timbul yang diinspirasikan dari The Biggest Loser. Aku goreng popcorn chicken dengan olive oil dengan kadar yang sedikit. Kemudian, aku letak atas kepingan2 salad, letak sos cili dan gulung macam sushi. Simple kan? Ehh, sedap laa plok...
Hari ni aku buat lagi. Habiskan salad yang ada. Kenyang weih...Nak sedap letak sos cili Life, sos KFC tuh laa. Kalau letak sos salad lagi sedap. Tapi sos salad dah habih. Nak tau rasa macam apa? Ala, rasa macam Twister (KFC) ler. Pastikan letak lebih salad untuk kalori yang lebih rendah tetapi mengenyangkan dan pastikan juga ia salad yang fresh dan rangup. Setelah dibuat calorie counting, aku anggarkan dalam 30-35 calorie je.
.
.
.
.
.
.
.
Lichennn wa cakap lu...
Nanti aku kasi lagi low calorie recipe, sup lobak. Huhu!!!


Post a Comment