Pagi2 ke sekolah. CT jemput aku ke rumah beliau. Aku kata insyaAllah aku pergi. Dah lama aku berniat nak pergi rumah beliau tapi tak berkesempatan.
Hari ni jugak aku kena bawak budak2 Tahun 6 ke upacara perasmian Karnival Askar Wataniah di SM Sains Bagan Datoh. Jadi tak de P&P ler. Tentera darat, udara dan laut serta askar wataniah semua ada. Bila tengok baju biru TLDM, rindu laa plak kat Encik Al Malik. Dah seminggu beliau ke Singapore. Macam2 laa persembahan ada kat sana. Pameran pun ada. Aku siap daftar askar wataniah untuk TLDM. Nanti kalau depa panggil, nak tolak pun boleh. Encik Al Malik tatau lagik tuh. Mesti beliau tak kasik. Tapi apa salahnya. Kalau join pun best jugak...
Kunjungan aku ke sana memang memenatkan. Aku tau aku pandai sandal jer pi sana. Parking skit punya jauh, pastu nak kena berjalan ke tempat perasmian. Ok ler jugak, Kak Gee kasi RM20 buat bekal. Sebenarnya tak kasik duit pun tak pe. Aku bab berjalan ni aku suka.
Balik sekolah balik, of course ler letih. Perut dah lapar. Tanpa fikir apa-apa aku terus balik. Singgah restoran Basha beli nasik. Sampai jer kat rumah aku dapat SMS dari CT. SMS itu berbunyi begini "K.emi pi mana? X pi (mai) rumah ke?". Ya Allah. Aku lupa! Warghhhh...Aku SMS CT dengan mengatakan "Warghhhh...aku lupa. Tunggu jap".
Perjalanan nak ke rumah CT memang menduga iman. Ada dua road block perlu di tempuhi. Pasaipa ntah. Nak cari musuh negara kot. Skang ni kan tengah panas dengan isu warganegara seberang nak serang bumi bertuah kita nih.

Yang mana satu CT?
Ooo...aku tak bagitau yer. Aku memang tatau jalan nak ke rumah CT. Masuk jalan mana aku tau laa tapi aku tatau rumah dia mana satu. Biasa laa dok dalam kampung. Dekat2 estet, banyak ler jalannya. Rumah dok jauh2. Nak tanya, tak de orang. Semua dah pegi sembahyang Jumaat. Aku call CT. Tak de nak angkat, bz layan tetamu. Aku call Ita. Aku cakap "Ita, orang dah sesat". Bila CT kasik direction (yang tak lengkap) aku masuk laa jalan yang diarahkan. Terserempak dengan Ita, Ita tunjuk jer. Terserempak dengan Linda, Linda bagitau direction tapi aku tak paham apa yang dia cakap sebab masa tuh bawah kereta aku tersagat tepi jalan. Nasib baik tak de calar mana2.
Aku jalan terus jer. Sampai ke satu titi nak masuk estet. Line pun tak de. Aih, dah sampai Sg. Samak ke aku nih? Disebabkan badan aku dah letih, perut pun lapar, aku pun berputus asa. Aku menonong jer balik terus ke rumah aku. Adoi, penat yang dapat. Tak de rezeki aku nampaknya nak pi rumah CT. Tahun depan ler kot. Tapi nasib baik dah beli nasi. Tak de laa membazir sangat.
Biasa laa. Lepas makan aku melingkorrrr....
*penat laa buat skrip. Esok nak kena pi skolah lagik. Jadi emcee Pertandingan Bercerita BI Karnival Prasekolah. Bosan betul...


Post a Comment