Semalam aku buat open house. Dibantu oleh empat orang anak muridku yang mahu menumpangku balik sekolah. Diaorang merayu-rayu nak ikut aku sebab tiada kenderaan nak datang beraya ke rumahku. Nasib baik jugak ada mereka. Boleh tolong angkat2 perabot dan membakar sate.
Balik dari sekolah aku segera memasak kuah lontong. Nasi impit sudah aku masak malam sebelumnya. Suami aku plak bertugas di bahagian membakar sate. Kesian dia, naik lenguh kakinya. Tetamu pertama ialah abang Ayoi, bekas anak murid aku jugak. Ada ke datang pukul 4:00. Masa tuh apa2 pun belum siap lagi. Dia kata nak tolong skit2. Bagus laa...
Tetamu tak putus-putus datang selepas pukul 5:30. Pukul 6:00 tetamu paling ramai datang. Memang aku tak menang tangan. Penat tok sah cakap laa. Sate lak macam tak sempat2 nak bakar. Tapi ramai puji sate yang kami tempah tapi bakar sendiri tuh. Manis kata Cik Din. Ok ler tuh, nasib baik jugak tak masin atau masam macam sate orang tuh tahun lepas. Huahua!
Ramai tetamu dari kalangan member2 sekolah aku. Member Encik Al Malik sorang jer datang dengan wife. Ramai sepatutnya datang tapi sebab belah malam dah hujan. Lagipun jauh...ramai dok belah Manjung/Sitiawan nuh. Tetamu akhir balik pukul 10:00 iaitu mak bapak Ayoi yang datang juga untuk amik Ikhwan (adik Ayoi).
Aku memang tak sempat amik gambar. Last2 abis baru amik gambar. Tuh pun amik gambar budak2 nih. Diaorang tidur kat rumah aku (niat nak main game sebenarnya). Malam memang aku tidur lena tak berkuek (tak berkutik).


Post a Comment