Sunday, October 18, 2009

Layan!

Aku tak de masa nak berinternet skang nih. Hoh! Bukannya tak de masa sangat. Banyak masa aku dihabiskan pada gadget baru aku PS2. Walaupun agak ketinggalan tapi apa salahnya. Masih berlambak game PS2 di pasaran skang ni sebab tak ramai lagi nak guna PS3. Mahal daaa! Untuk kakitangan kerajaan macam aku ni layak laa nak main PS2.

Aku akui, aku kaki game. Tak kisah ler game apa. Nak2 lagi bila Encik Al Malik tak de. Weekend dipenuhi dengan layan PS2. TV pun tak tengok. Tengok pun tengok katun. PC game yang aku beli berlambak2 tuh banyak lagi tak abis main. Belum abis main dah beli lain. Macam tuh ler perangai aku. Membazir duit kat cd game. Nasib baik pirate. Kalau ori mesti dah berjuta2 lemon aku abiskan untuk game nih.

Aku nak menulis ni pun kekurangan vocab sebab kepala otak aku mandom sebab main game lama sangat. I figured out (aku tak dapat cari figured out dalam Bahasa, warghhh otak dah beku) yang PS2 punya CD lagi murah. Hoh, yer laa. Ari tuh dapat free jadi tatau ler harga. Boleh dikatakan murah 50% daripada harga PC game.

Memula aku layan Resident Evil (macam2 versi). Asyik mampos jer, malas aku nak main. Lepas tuh aku ingat nak cari Final Fantasy IX, tak de dalam stok lak. FFX ada laa. Ahh, beli jer laa. Bila mula main, ahh...LAYANNNN!!! Untuk weekend ni aje aku peruntukan 12 jam sehari untuk main game. GILA! Mandi makan tido? Aku tak lupa tapi semua aku buat lewat skit. Mandi pagi pukul 2.00 petang, mandi malam pukul 10.00 (mau sakit badan aku nanti nih), makan tengahari lak pukul 4.00 dan makan malam....tak de langsung. Hoh, main game ni boleh buat aku berdiet. Tido, biasa laa. Paling lewat pukul 2.00 pagi. Ok ler tuh pukul 2.00, masa muda remaja dulu mau pukul 4.00 atau tak tido langsung! Perghhhh!!!


Ni pun aku berenti kejap sebab geng2 Tidus mati ditangan Seymour. Nak tengok tactics. Kalau ada cheat aku dah guna dah. Hahahahahahahah! Dulu aku pernah main FFIX guna PS1. Nak dekat abis dah CD jam. Lepas tuh aku balik U...Lepas tuh adik aku delete memory yang aku main selama ini. Warghhhhhhhhh!!! Sebab tuh aku nak cari balik game tuh setelah sekian lama aku tinggalkan. Memang aku ketinggalan zaman...baru nak main FF. Orang len dah boring dah...daaaaa!!!

Ok arr...nak cerita tentang perkara lain lak...

____________________________________

TOMMOROW AND THE DAY AFTER

Esok aku kena kendalikan game ala2 Explorace (aku lebih suka guna Amazing Race sebab aku tak tengok langsung Explorace nih). And today, aku ke sekolah di mana tak de seorang pun yang ada kat sekolah. Bukan apa, aku nak tanam clue, lekatkan clue dan sembunyi clue di mana sahaja yang aku plan nak letak. Yang aku lupa, aku lupa nak bawak balik charger vid cam balik. Ye ler, nak rakam aksi2 dan drama2 yang berlaku esok. Mana tau ada gaduh2 ke macam Amazing Race bebetul. Heheheheheh!

Oleh itu, salah satu tasknya ialah mencari 5 biji batu untuk dibuat main batu seremban. Masalahnya batu itu kena warna berlainan. So, aku pilih kaler merah. Macam darah pun ada....Ada 6 kumpulan, so jenuh aku nak kaler sebanyak 30 biji batu. Guna marker lak tuh. Bukan apa, kot2 hujan tak de ler warna tu luntur.


Anyhow, Selasa lak aku kena hantar Rahimin lagik ke Ipoh. Aku malas sebenarnya nak hantar tapi sapa lagik? Dari mula aku dipertanggungjawabkan dan menawarkan diri untuk bertanggungjawab untuk jaga budak nih sorang. Nasib baik Ita ada untuk temankan. Dia ni kalau aku offer gi jalan2 nak aje dia ikut. Lagi2 Ipoh tuh kampung dia. Aku ingat nak beli perfume yang aku pecahkan ari tuh, tapi...birthday aku tak sampai sebulan pun. Mintak perfume dengan sugar daddy bagus gak! Hohuahahahahah! Aler, dia banyak duit...dok atas kapal 3 minggu tak guna satu sen pun duit. Siap makan free lagik. Tapi kena tunggu laa. Terpaksa pakai perfume murah dulu...Ala, perfume Avon lama2 ada lagik. Perfume mahal laa jugak aku beli dengan LJ dulu.

Ok, nak mandi. Cheh, baru mandi ka...seeeee!!!!


2 comments:

jijah montel said...

hahahaa.. ada lagi ke perfume tuh? saya dah tak ingat dah kak emmi beli perfume ape.. saya dah lama tak niaga avon.. kat sini dah ada tokey lain.. senior.. so tak leh la nak potong line dia..

beautiful.disgrace said...

emmii!! saja tumpang lalu. nard di sini.. hukhuk..

nard