Sunday, July 05, 2009

Pakai Mal (Kamal)

Kena virus lagik! Actually laptop aku ni dah lama kena malware cuma aku malas nak buang. Semalam aku install malware remover, scan lepas tuh buang malware. Hari ni terus tak boleh masuk window. Tapi dengan kepakaran aku menghack aku dapat masuk IE (I usually use Mozilla) tapi tetap tak dapat masuk window. Tapi kalau save mode boleh laa.

Esok kena mintak Kamal betulkan apa yang tak betul pada laptop aku. Nak tanak aku kena bayar sebab ni laptop peribadi. Dia kena baiki jugak sebab aku bayar dan laptop itu digunakan untuk tugas harian di sekolah. Talking about this stuff aku nak membebel kat sini. Aku dah banyak kali cakap kat Kamal kalau cikgu2 suruh perbaik laptop peribadi aku suruh dia charge jer cikgu2 tuh. Bukan apa, itu laptop PERIBADI dan Kamal bukan PEMBANTU PERIBADI korang. Bukan apa, dia dah cukup bz dengan keja dia nak tambah lagik dengan kerja yang tak patut dia buat, kalau bayar tak per laa. Aku bukan suruh bayar banyak pun, RM5 pun cukup sekali godek. Kalau laptop sekolah aku tak kisah laa, sebab itu memang kerja dia...dia dibayar gaji untuk buat perkara-perkara sedemikian. Mintak tolong ajar tak pe, kalau bendanya sikit tak pe, tapi kalau demand macam2 itu sudah lebey...Kurang2 dengan duit tuh dia boleh buat beli toner printer. Lagipun ia merupakan polisi ICT sekolah, aku dapat tau masa pergi taklimat kat PPD tahun lepas.

Hmm...adik aku ni terlalu baik. Susah jugak kalau baik sangat ni. Nanti laa aku letak notis dalam bilik akses. Kadang2 dia takut jugak nak bertindak sendiri sebab katanya "rujuk cikgu emmii dulu laa sebab dia tu boss saya," lebih kurang laa kot. Ahahahahahah!!! Tapi aku dah cakap, 1st priority GB, kedua baru aku. Kadang2 aku perasan dia dah buat banyak kerja berbanding aku sebagai Penyelaras Bestari. Bagus ler...aku tak sempat wei...Keceriaan makmal pun tak buat lagi. Tahun depan laa...budget tak de (tak pernah pun aku mintak budget dari sekolah kalau nak buat keceriaan sama ada kelas atau makmal). Itu pun nasib baik Kamal dah cantikkan bilik akses dengan pertolongan aku. Kerja aku paper work jer laa (boring!)

Esok skolah, nak tido...(gambar tak boleh letak sebab window tak boleh bukak..damn!!!)


1 comments:

Firol said...

Sekarang virus tumbuh bak cendawan..rimas gua