CSI versi SKTB...
Minggu ni aku & Kak Fila bertugas. Pagi2 lepas buat relieve aku dikejutkan dengan panggilan Kak As pada Kak Zah dan ketika itu aku melalui bilik J-QAF. Kak As mengadu pada Kak Zah & aku bahawa semua kunci dia hilang. Kunci2 tersebut adalah kunci bilik J-QAF, kunci kedai buku, kunci locker bilik J-QAF (ada duit), duit locker bilik guru (ada duit kedai buku), kunci makmal komputer (in case Kak As nak guna untuk Bestari Solat) dan juga kunci rumah beliau. Beliau berkata kunci tersebut hilang semasa beliau sedang sarapan pagi. Kembali ke bilik J-QAF beliau mendapati pouch kuncinya dalam keadaan terbalik. Hmm...kami pun konfius, siapa lah nak curi kunci. Buat apa kunci? Kalau duit tuh logik jugak. Terfikir jugak kot2 ni kerja orang luar...
Tapi memang sejak kebelakangan ini selepas semester kedua bermula banyak kejadian curi-mencuri berlaku di sekolah kami. Bermula dengan hilangnya duit Kak Gee sebanyak RM200 dari begnya. Kemudia duit jualan KGK dalam bilik guru dari atas meja Kak Fila walaupun jenuh Kak Fila sembunyi balang duit tersebut. Kemudian pensil tekan Kak Gee pun hilang. Masa tuh tindakan tak diambil sangat sebab Kak Gee orang yang agak senang juga dan duit KGK tuh cuma duit syiling. Ada jugak laa tanya sini sana tapi tak buat laa spot check sebab melibatkan duit, kejap jer boleh lenyap.
Hari ni walaupun kunci yang hilang tapi tindakan diambil kerana ia melibatkan kunci2 bilik dan locker yang mempunyai barang2 berharga. Aku gelabah jugak sebab kunci makmal tuh. Kalau jual komputer satu makmal walaupun dalam harga pukal, boleh kaya jugak penjual2 tersebut. Tambahan pulak aku ada simpan laa sikit duit dan portable hard drive dalam makmal. Kot2 emergency boleh pakai. Lagipun kalau budak2 tak de duit, duit tuh jugak aku pakai. Boleh laa takat nak kasik RM0.50. Aku tau budak2 skolah aku ramai jugak yang susah.
Tindakan pertama ialah memanggil semua murid2 tahap 2 ke makmal. Target budak pompuan sebab saksi mengatakan ada seorang budak perempuan bertudung putih (boleh eliminate budak bertudung kaler lain sebab hari ni Rabu, jadi agak ramai juga pakai tudung mengikut kaler uniform masing2). Tapi kata2 saksi pun kadang2 boleh dipertikaikan. Ntah ler...Kak Ros ada jugak tanya budak2 pompuan kot sapa yang ada masuk bilik J-QAF. Ada sorang budak ngaku tapi dia kata hantar barang Ustazah Imra. Semasa dalam makmal tuh juga Beckham kasi warning. GB pun turut berucap. Beckham macam biasa laa, Gertak sini sana. Cakap pasal bomoh laa, apa laa. Apa2 pun kami cakap hantar jer kunci tuh. Letak atas meja Uztazah atau meja Beckham sendiri.
Tindakan kedua ialah suruh budak2 Tahun 6 cari kawasan sekolah. Mana tau dibuang kunci tuh kat mana2. Tak de juga. Ingat memang hilang macam tu aje. Kemudian, semasa aku tengah mengajar kelas 3 Best, aku nampak budak yang mengaku hantar barang tadi mengikut Beckham dan Mr Lee Cooper. Sesudah P&P, aku ke bilik J-QAF. Memula tanak masuk campur tapi aku masuk jugak. Aku kena tau jugak sebab aku bertugas jadi minggu depan boleh aku basuh budak2 lain. Biar perkara ni jadi pengajaran. Rupa2nya memang budak ni yang amik kunci Kak As. Untuk apa? Dia mencari duit sebenarnya. Macam mana kami dapat? Spot check. Patut lama dah buat program spot check ni tak kira laa ada kecurian atau tak.
Detailnya aku tak faham sangat. Tapi Imra ada tanya dia, ada NAMPAK kunci tak. Tapi dia tak ngaku. Lepas jumpa masa spot check dia kata dia jumpa, nak hanta pada Beckham. Bila tanya kenapa tak ngaku masa Imra tanya dia kata takut ustazah marah. Auta pertama. Digasak dengan pertanyaan oleh guru2, mengaitkan dengan kecurian yang lampau budak itu mengaku. Tapi sebelum mengaku dia buat macam2 auta. Aku yang gila CSI ni memang tau sangat laa. Tapi auta yang dia buat tu memang auta yang bukan auta budak kecik. Auta budak pandai. Tapi auta tetap auta. Dalam masa dia mengauta tu dia menangis laa juga.
Budak ni aku ajar 3 tahun termasuk menjadi guru kelas selama 2 tahun. Rasa kecewa pun ada. Ye lah, aku tak ajar pun anak2 didik aku ni mencuri. Sampai aku cakap "Saya ajar awak 3 tahun, saya tak ajar pun awak mencuri,". Pulak tuh budak ni budak kelas atas, kira average laa. Skang dia tahun 4. Too innocent nak buat benda2 terkutuk ni. Budak2 sekelas dia pun ada cakap. Dia melambakkan duit syiling dalam kelas, belanja kawan2 dia makan. Kawan2 dia macam kecewa pun ada sambil cakap, ala cikgu...kitaorang makan duit haram ler macam ni. Kesian. Tak pe, diaorang tatau. Budak yang mencuri ni bukan dari keluarga susah sebab bapaknya kerani sekolah berdekatan. Tapi adik beradik ramai, dapat belanja RM0.50 sehari. Tatau laa kot2 kakaknya atau abangnya suruh curi sebab dia ada jugak cakap dia belanjakan duit Kak Gee shopping di Sabak dan makan KFC bersama kakaknya. Malas laa nak tuduh kan?
Lepas ni hidup budak tu memang takkan tenang. Kawan2nya akan sisihkan dia. Secara tak langsung budak2 lain akan tahu lambat laun dan dia akan di sisih dan juga oleh budak2 lain, lagi teruk kalau dia di ejek. Bila difikirkan kesian jugak. Mencuri ni ketagih, bila sekali dah buat, terlepas...dapat habuan lumayan lak tuh rasa nak buat lagik. Aku tau sebab aku pernah buat, tapi curik syiling tabung adik aku jer laa. Tapi walaupun syiling ke, duit kertas ke, curik tetap curik. Dosanya sama jek. Hmm...good point...aku boleh ucapkan dalam perhimpunan minggu depan. Huhuhaha!!!



Post a Comment