Esok kena pi Ipoh. Bukan dating pun, ia lebih kepada tugas luar sekolah. Hantar Rahimin pergi Program Mengenal Pasti Atlit (dalam surat eja Atlet) Berbakat Olahraga Kebangsaan 2009. Hantar budak tu ke Pusat Kecemerlangan Sukan, Ipoh. Lepas tu dari sana atlit-atlit ke Kompleks Sukan MSN, Bukit Jalil, KL. Tujuan: untuk penempatan atlit-atlit ke sekolah sukan Bukit Jalil atau sekolah sukan negeri. Si Rahimin kata kalau dapat Bukit Jalil dia nak pergi sangat tapi kalau negeri dia tak nak sebab tak de elaun. Mana dia tau? Tengok ler dulu kot2 dah ada. Hakim budak dapat 3 emas 1 perak MSSPK tak pegi sebab maknya tak kasik. Anak tunggal. Ruginya bakat dibuang begitu sahaja. Kat sana Rahimin kena independent la.
Kiranya esok ni sambil menyelam minum air ler. Boleh aku beli perfume EDP (apa-apa brand ler asal EDP dan baunya tak tengik, selalunya aku stick to Lancome jer) dan juga ke Coffee Bean. Ketagih woo....Boleh juga pegi Secret Recipe, cari mud choc. Walaupun kat Manjung ada tapi aku tak berapa suka kirim kat Encik Al Malik sebab dia tak brapa pandai kenalpasti taste aku. Biasa laa lelaki, bukan suka sangat amik tau minat & tabiat orang pompuan. Amik masa...
Apa-apa pun esok aku pegi skolah lambat skit. Amik Rahimin dulu, dalam pukul 8:00 kami bertolak laa. Kalau nak kira bertolak pukul 9:00 pun boleh tapi aku tak berapa kenal sangat tempat tuh. Kot sesat boleh recover masa balik. Bagi dia baca surah Yassin dengan kawan-kawan dia dulu. Bagi mintak selamat perjalanan dan mendoakan kejayaan dia kat sana nanti. Hari Selasa aku kena amik dia kat Ipoh lak. Rasanya tak payah kot aku pi sekolah Selasa ni walaupun ketibaan Rahimin dari sana pukul 12:00 tgh. Buat letih badan jer.
Huarghh...biarlah sekolah kami dapat no.2 dalam peringkat kelompok. Kurang-kurang ada juga ke peringkat negeri, dapat pingat, calon sekolah sukan lak tuh. Sekolah yang dapat no.1 ari tuh ada ke calon-calonnya? Ahahahahahahahahah...sorry yer Li...HAPPY BIRTHDAY TO YOU! (Ohh Linda. Ko pi KFC tak ajak aku yaaaaaa)
p/s: aku tengah dok Google Maps dari sekolah tadi sampai ler skang. Tak dapat pastikan lagi jalan mana nak pergi...hmmm...


Post a Comment