Friday, July 31, 2009

Family Day Season 1

Esok Hari Keluarga sekolah aku. Tapi aku rasa macam tak de mood jer nak pegi. Tak macam tahun2 lepas di mana aku rasa tak sabar-sabar nak berhari keluarga walaupun tahun pertama buat kat skolah, tapi masih aku rasa seronok. Kali ni aku rasa macam malas jer nak pergi walaupun duit penginapan dah bayar (mahal nak mampos, tak pernah aku dok resort 3 star semahal ini). Actually, aku tak kisah laa dengan price tuh selagi aku mampu bayar sebab dalam setahun 3 kali jugak laa aku ke hotel untuk bercanda dengan suami aku. By the way, that's not the story. Aku tak de mood bukannya apa. Skang ni sekolah aku tengah huru-hara. Bukan huru-hara pasal kerja tapi pasal personal matters. Aku malas laa nak cakap kat sini. Nak keterangan lanjut pegi kat website member aku, Budak Pompuan Kulim.



Aku sebenarnya dah lama tak berapa gemar sangat dengan Taiko KGK nih. Awal-awal aku mengajar kat sini aku dah difire olehnya kerana menghukum anaknya sendiri. Kebetulan masa tuh dah cuti semester, maka dia sound aku kot sms jer laa. Aku tak berapa nak layan sangat, tapi companionnya ada laa nasihat aku serba sedikit sambil mengalir air matanya. Aku tak nangis pun sebab aku tahun aku tak salah. Aku menghukum anaknya kerana anaknya berkata 'babi' terhadap aku. Masa tu pun si taiko ni baru mula nak pergi belajar, jadi anaknya ditinggalkan. Aku rasa anaknya macam kekurangan kasih sayang laa jugak. Tapi isu ni senyap macam tuh jer laa. Aku pun tak simpan dalam hati. Malas, sebab kerja sekali. Sekarang ni aku layan macam aku layan kawan2 aku yang lain laa. Cuma tak berapa rapat sangat macam aku rapat dengan cikgu2 junior dan Kak Nor (sebab dia bukan junior lagik. Ahhkakakakakakakak!!! Sorry Kak Nor)

Tapi si taiko ni memang lantang dalam menyuarakan pendapatnya. Kalau mesyuarat mesti ada suaranya tak puas hati sini sana. Serius aku cakap, memang ramai yang dia jadikan musuh termasuk rakan sekerja sekalinya semasa dia memegang Pra dulu. Aku tengok budak tuh ok jer walaupun ada kekurangan sini sana. Biasalah, budak baru belajar. Tapi tak de lah seteruk apa yang si taiko ni cakap.

Masa hari guru pun macam tuh. Bagi pendapat yang tak berapa bernas tapi berkeras juga nak adakan guru paling popular, padahal aku yang handle benda tuh secara sukarela. Biasa laa, tak tanya macam tuh laa. Minggu ni lagilah teruk. Perang besar gabak! Aku rasa sekolah ni takkan seceria dulu. Kalau ceria pun macam berpura-pura. Nak jadi macam dulu senang jer, tunggu taiko ni pindah sekolah. Abis cer...

Suami aku pun tanya aku, kalau abang tak pergi tak pe ke? Hmm...aku tak jawab cuma pandang muka dia dengan penuh kasih sayang. Ewah! Apa2 pun tengok jer laa esok. Kot2 dapat TV ker berbaloi jugak laa kalau aku pi sana. Tak yah nak konvoi2 ler sebab Teluk Batik...tempat aku dating. Macam ler aku tatau arah. Lagipun resort tuh aku dah menginap pun masa aku bawak budak olahraga. Sebab tuh aku kata mahal nak mampos sebab harga tak sepadan dengan keadaan bilik...

2 comments:

Firol said...

Macam berat je Teluk buloh le ni....gaduh2 sesaje

emmii said...

itu laa pasal. tapi yang timbulkan pergaduhan tuh dia sorang jer. orang lain tak de masalah pun. tak puas hati pun boleh simpan lagik. masalahnya kecik jer tapi jadi isu besar. benda boleh elak. lawaknya yang gaduh tuh yang veteran. kami yang budak2 (aku pun boleh laa masuk dalam kategori budak2 walaupun dah 30) ni maintain jer...