Thursday, July 09, 2009

Fast & Furious (My Version)

Aku sudah edarkan jadual pada hari ini. Macam biasa, aku cuba untuk menyenangkan semua orang dengan memberi mereka 3 jam atau kurang waktu P&P sehari (tidak termasuk SBT & PPSMI). Tapi biasalah, ada juga yang tidak berpuas hati dengan mengatakan. BM Tahap 1 perlu diadakan setiap hari. Apa yang aku buat ialah dalam waktu 2 minggu jadual anjal hanya satu hari sahaja tak ada BM. AKU TAU PERATURAN ITU tapi itu hanya untuk sementara sahaja iaitu selama sebulan setengah dan akan berakhir apabila UPSR sudah tamat. Lagipun 'manusia' ni mengajar Muzik & PSV dalam kelas itu juga. Jadi, improvise la, toksah komen banyak2.

Masalahnya aku tak kisah kalau dia komen direct pada aku tapi dia terus tuju THE BIG BOSS. I was like, apa ni? Boss pulak suka panggil aku masa P&P...memang aku tak suka. Kalau nak jumpa pun cakap laa masa aku free ke apa, bukan immediately. Nak tolak, dia boss kang kena pangkah. Bila aku jumpa boss, dia kata gini gitu then aku cakap...SAYA DAH DISTRIBUTE JADUAL TU, KENAPA CIKGU BARU CAKAP SEKARANG? INI ATAS PERMINTAAN CIKGU JUGAK NAK BUAT SETENGAH JAM PERHIMPUNAN SETIAP MINGGU. TENGOK LA MACAM MANA, KALAU SAYA BOLEH BUAT SAYA BUAT. Lepas tu aku tanya sapa kaki ngadu ni, dia cakap dari Panitia Bahasa Melayu. Walaupun ada beberapa cikgu dalam Panitia tu tapi aku tau siapa yang melakukan perkara tersebut.

Lepas tu aku ke bilik guru, tanya kawan2 aku yang sedang berkumpul SIAPA YANG MENGADU KAT GB PASAL JADUAL WAKTU. Manusia tu memang ada dalam bilik tu, tengah bersembang dengan cikgu lain di hujung bilik guru. Kawan2 aku terpinga-pinga, AKU MENGAMUK BILA TURUN TANGGA DENGAN MENGATAKAN KALAU NAK BM TIAP2 HARI BUAT SENDIRI LAH JADUAL TUH dalam nada yang memang tinggi. Kalau kawan2 yang baca blog ni yang pernah DENGAR aku mengajar diaorang tau la macam mana aku mengamuk, sama macam aku mengamuk kat budak2. Yang bezanya aku mengamuk kat budak2 tak de ganas sangat tapi amukan aku kali ni menakutkan manusia tu jugak laa.

Aku kembali ke pejabat aku yang sejuk itu. Cuba untuk ubah tapi kepala aku rasa macam semak sangat. Tak boleh buat. Last sekali aku buat keputusan, teruskan aje dengan jadual yang aku distribute tuh. Kalau GB tanya aku cakap laa untuk sebulan aje. Aku ada jugak tanya Kak FA pasal credit hour BM ni. Dia kata memang tahap 1 perlu ada BM setiap hari tapi untuk jadual klinikal ni tak pe. Bukan permanent, untuk sementara sahaja. Lagipun credit hour cukup, 24 waktu 2 minggu. Oii, bukan senang wei nak buat jadual...sebab tu cikgu2 yang memahami dia tak komen bila dapat jadual. Kak Ros siap mintak tambah waktu lagi untuk 6A. Itu baru guru cemerlang. Pasal tambah tu tak kisah la sebab dia direct pada aku. Senang, tak yah nak naik turun pejabat boss.


I don't know what's wrong with this organisation (curtosy: SKTB's Web)

Ni cerita lain plak, tadi lepas dinner & shopping aku terima sms daripada rakan sepeguruanku yang agak rapat dengan aku dari segi umur dan perhubungan sosial. Dia mengadu bahawa ada sorang lagi 'manusia' yang kali ni berlainan jantina kata suruh dia pergi sendiri. Pegi mana? Pegi Karnival Sains di Taiping. Bagi keputusan plak tuh pukul 8:00 malam tadi. Nak bertolak tengahari esok. Sebenarnya 'manusia' ni tak layak pergi sana tapi nak mengelak sesuatu perkara beliau insist jugak nak pegi. Ita minta aku pergi tapi aku ada kursus Sabtu ni. Nak pegi tuh boleh tapi siapa nak ganti aku? Kamal sure tanak kecuali kalau boss suruh. Aku suruh Ita tanya dulu cikgu2 SKS4 yang mengendalikan pertandingan bercerita Sains ni. Kalau tak boleh sangat cakap dengan boss esok tentang perkara ni. Mana tau kot2 boss sendiri yang ndak hantar. Hahahahahahah!!!

Ini la jadi bila sekolah kekurangan guru "yang sanggup buat apa sahaja". Aku tak kisah nak pergi Taiping dan tak kisah kalau kena keluar belanja sendiri untuk penginapan (aku sure duit minyak Ita yang bayar) tapi aku sendiri ada hal. Ntah laa, aku rasa macam nak mintak pindah jer tahun depan. Kerja pun rasa macam tak best sebab adanya anasir2 jahat dalam sesuatu organisasi ni. Tapi aku masih optimis, berfikiran ke hadapan dengan memujuk diri sendiri dengan mengatakan bahawa manusia pertama tadi akan berpindah bila dan grad, manusia kedua aku tak de hal sangat dan boss akan berpindah ke sekolah lain dalam masa beberapa tahun walaupun tatau berapa tahun, mungkin 2 tahun, mungkin 5 tahun atau mungkin 9 tahun! Perghhhh...sabar jer lah...

Ita sms aku lagi: kereta geng2 SKS4 dah penuh. Tak leh salahkan mereka sebab permintaan last minute. Nak tanak aku kena pergi jugak esok. Taiping, here we go!

0 comments: