Tuesday, February 17, 2009

We Love Him So Much!

Harrr....puas hati. Hari ni tatau kenapa tak de mood sangat nak mengajar. Tapi tugas & tanggungjawab perlu dilaksanakan. Hari ni sepatutnya balik awal sebab aku jadi guru pengiring pasukan olahraga bambu bei. Itu pun aku cakap kat Linda aku volunteer. Aku takkan miss event ni setiap tahun. Yang menghantar semuanya cikgu pompuan. Cikgu laki? Malas ahh aku nak komen...sendirik mau hingat!

Aku tak balik, tak sempat...so aku mandi jer laa kat skolah, sapu sunblock lotion banyak2. Aku ditugaskan untuk membawa quartet relay 4x100m lelaki ke Stadium Sabak. Aku tengah bersemangat buat deal dengan diaorang dalam keta.

Teacher: Kalau korang dapat gold teacher kasik RM10 sorang.
Bebudak: Ye ke teacher? Kalau dapat no. 2 atau 3 teacher?
Teacher: Tarak! Tapi kalau individu teacher up lagik RM10 jadik RM20.
Bebudak: Okeh teacher! Bla, bla bla blah...

Kalau bab duit aku tak lokek dengan budak2 ni asalkan diaorang achieve objektif diaorang. Saja nak kasik semangat. Aku tau budak2 ni tak nak hadiah atau cekelat. Duit jugak diaorang ndak. Dengan penuh semangat, kami tiba juga di stadium itu. Budak2 dah rasa berdebar skit. Tapi boleh kontrol lagik laa...

Tujuan aku ke sana nak amik banyak2 gambo & video. Malangnya tak semua acara aku amik. Aku pun penat gak dengan bahang panas yang membara (kulit aku kan nipis). Tapi semua acara yang bf Linda masuk aku amik. Hahahaha...bukan apa. Kami berdua sayang budak ni sebab dialah yang akan mengharumkan sekolah dalam acara olahraga & juga softball (insyaAllah). Dia ada aura, ada bakat & ada karisma. Sebab tuh kami berdua sayang dia...

Acara saringan berlangsung dengan hebatnya. Bambu bei asyik dapat no. 1 jer. Tapi aku tak pandang sangat sebab saringan tak menjanjikan pingat. Aku no komen laa pasal SKUB (last year's juara), tapi ramai budak2nya dikalahkan dengan bebudak SJKT & SJKC.

Bila tibanya waktu final kami cikgu2 semua teruja & agak seram. Tetiba kaki Rahimin kekejangan. Adoi laa, Linda dah gelabah. Aku rilek lagi. Aku optimis. Tapi Linda dah mula nangis. Aku cakap, pikir positif Linda, tak de apa-apa tu. Nasib baik ada nenek (pembetulan: mak budak) sorang budak skolah kitaorang yang datang pandai ngurut. So dia ngurut laa kaki bf Linda tu. Seksi gak kaki dia. Huahahahahah!!!

Aku pujuk Linda dengan suara yang agak lantang. Heh, aku mana reti nak pujuk orang ni. Marah boleh laa...makin banyak lak air mata dia. Kak Tini, Ita, CT, mak2 budak pakat dok pujuk dia. Tangisan dia tu kira ok lagik laa. Tapi bila Rahimin lari 80m berpagar (saringan), dia tersadung, then jatuh, still sempat bangun dapat no. 2. Linda dah nangis teresak-esak. Muka & mata dia dah jadik merah sangat. Mak aii, sayang sungguh dia kat budak tuh. Tapi aku still pujuk dia dengan nada yang lantang, cakap Rahimin dapat masuk final. Perghhhh, aku selalu tengok Linda nangis tapi tak pernah dia nangis macam ni...

Lepas tuh, Li datang. Gosok2 blakang dia. Dia dah biasa kot dengan keadaan wife dia macam tu. Budak2 pun dah senyap. Aku cakap kat budak2 jangan cakap kat Rahimin. Kang tension plak budak tuh. Rahimin pun satu. Warm-up, streching main2. Masa latihan pun main2...kan dah kena.

So, long story short, kitaorang dapat 4 emas, 1 perak, gangsa aku lupa. Three golds came from Rahimin, one from Nafisah dalam acara 80m lompat pagar. Kalah dengan SKSS dengan 4 emas, 4 perak, gangsa pun aku lupa. Tak sangka tu...dok gaduh2 dengan SKUB last2 dua2 tak dapat. Hahahaha, dapat kat tengah2...Kalau lah, I mean KALAULAH 4x100m pompuan kitaorang menang. Kitaorang ketinggalan sikittttttt jer masa kat garisan penamat. SKUB tak de dalam senarai top 4 pun...hoho! Cuba lagik ye kawan2!

Tapi walaupun dapat 2nd, kitaorang happy. Yang bestnya lepas team relay 4x100m lelaki menang aku cium pipi 4th runner aka murid kelas aku ngajar. Linda pun tak nangis. Hape, aku warning dia awal2. Jangan nangis, kalau nak nangis bila dapat juara. Hahaha. Linda berniat nak kasik something untuk diaorang & aku pun berniat nak kasik something pada yang dapat emas. Apa lagik, wang tunai yang aku janji tuh ler. Tapi aku up skit lagik! Nilai? Tak yah laa cakap...sambil2 tu aku nak bersedekah...

These pictures worth a thousand word, so does the videos...Ermm, sorry. The quality of the videos are getting worse after uploaded it in Google video. To Linda, no offence yer dengan entry aku nih...


*In ma' lab lepas solat Zohor
#Dalam keta: Pak Imam nyanyi lagu Situasi


*Rahimin maintain je, muka budak2 lain semua terkulat2 mengejor..hehe!
#When it comes to running he gets serious


*Zek banyak amik gamba candid kitaorang nak masukkan dalam blog katanya. Akhirnya aku berjaya mencandidkan beliau. Tapi beliau sedar jugak...


*Senyuman seorang juara


*The best quartet with the best athlete of the year


*They are all winners
#The medals. Nampak macam banyak, tapi itu ilusi semata-mata


*The Love Quartet. Beg & sandal sapa tu menyibuk? Eh, sandal aku tuh...

5 comments:

lynda_siebie said...

hahahaha....this is my third time reading this entry....but my tears still running out....aku pun tak tau naper aku sedih sgt..lg2 bila tgk video2 budak2 tu lari....anyway tq very much emmi....sesungguhnye ini adalah kenangan yg paling indah...ye la on that day....i've been so busy....ke sana ke mari...so x sempat pgg camera pun....

jijah montel said...

i wish i was there.. jealous tgk all the excitements.. anyway congratulations to bamboobayians.. being the runner up pon dah cukup bagus dah...

emmii said...

linda sibi: udah2 ler tuh. jom kita fokuskan tumpuan kita pada olahraga daerah plak. lepas tu kalau rahimin menang masa tuh ko nak nangis, ko nangis laa. aku pun rasanya akan stop keja aku buat sementara sebab WAJIB tengok dia lari. dia lari menimbulkan keghairahan (aik?) dalam diri aku. heh, ada betui ka ayat aku nih?

titik berganda ganda dua Cikgu Liza titik berganda ganda dua: thanks. ko pun mesti terloncat-loncat macam linda kalo ko ada kat sini liza oii...mak nafisah pun terloncat2 kalau ko tengok video rahimin lari 200m final. beliau berpakaian baju kurung bertudung hitam...hehehehe

wiegreat a.k.a. zeq said...

walaupun aku dicandidkan...x bermakna aku xnmpk... ni paparazzi le... leh tau sape amek gambo aku.... tgk tu duduk secara macho tu...(sebenarnye berposing pasal tau ada org nak amek gmbo) hehehe...

ape2 pun nati, ada le budak kelompok 5 wakil ke peringkat negeri...

aku lak minggu dpn jadi hakim daerah... so xde hulur ape2 ke...
paling kurang pun ayam belanda gorang seekor...

emmii said...

blah le ko zek. kontrol macho konon. silap aku gak tak offkan flash.

amboi, mintak macam2. pi mintak dengan linda sibi tuh. aku cuma mengikut arahannya sahaja pada masa tersebut...