Friday, February 27, 2009

Familiar Faces

Pagi

Kena susun apa-apa yang patut dalam lab sebab lab digunakan untuk majlis hafazan sempena MTQ. Aku malas nak hias sangat makmal ni. Kawan-kawan yang lain semua sibuk hias laman sumber masing-masing. Cantik...

Masa rehat tahap 2, Linda panggil aku. Aku ingat dia panggil Rahimin. Ala, nama kami bunyi seakan-akan sama. Hehe...Lepas tu beliau menunjuk keratan akhbar daripada akhbar Sinar Harian Edisi Selangor. Mataku terbeliak, aku nampak seorang wanita yang bertubuh sasa berada di dalam gambar tersebut. Hehe, aku agak dah. Muka kami masuk paper hari Khamis. Terus aku mengambil keratan akhbar tersebut untuk discan & menayang2 kepada anak-anak buah softball ku. Hahaha...ada yang dengki, ada yang mengutuk. "Ala, teacher ni. Eksyen betul!". Aku siap buat aksi bina badan untuk menunjukkan aku bangga & 'kejakunan' aku kepada mereka. Hahahahaha!!! Gurau-gurau dengan budak-budak...Apa-apa pun aku bangga kerana aktiviti yang dikendalikan sekolah kami dapat dibaca oleh warga Selangor. Setidak-tidaknya nama sekolah kami di kenali walaupun tidak secara keseluruhannya...Dapat ruangan tepi pun jadik laa...Selalu ayah aku jek masuk paper aku pun ndak jugak! Huhu...


Keratan Akhbar yang mengujakan kami...

Macam ni laa pose berlagak yang aku buat pada budak2..

Lepas rehat tahap 2 panggil budak-budak softball. Aku tipu diaorang yang diaorang tak yah nak buat kerja susun-susun meja kat kelas diaorang untuk MTQ nanti. Tapi aku suruh diaorang angkat meja PSS untuk pentas & meja budak untuk juri-juri. Cukup lah tuh. Yang lain-lain aku buat Isnin pagi. Rasa macam sibuk sangat hari nih. Kertas ujian tak tanda lagik. Baru siap 1 kelas. Aku ingat nak ajar taktik & peraturan softball pada budak-budak ni sebab taktik & peraturan softball sangat rumit. Tapi Cik Din last2 minute panggil budak2 6 Bes untuk menghabiskan ujian mereka.

Aku teruskan juga pada budak2 yang masih ada. Setengah jam kemudian budak2 6 Bes kembali. Aku mengajar taktik & peraturan macam mengajar dalam kelas. Boleh plak diaorang ni beri perhatian, faham plak apa yang aku terangkan walaupun kebanyakan term2 yang aku guna dalam Bahasa Inggeris...except R, strech pun tatau. Haparaaaa....

Tengahari
Bukak blog. Baca blog Zek. Sedih betul...Sebenarnya aku dapat berita ni dari semalam melalui blog Firol. Tapi aku mula mengalirkan air mata bila Zek menulis tentang anak-anak Allahyarham...Aku faham perasan anak-anak Allahyarham. Aku tidak mengenali Allahyarham kerana aku baru setahun jagung di sini tapi rakan-rakanku ramai yang mengenali Allahyarham. Semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat...Amin...

0 comments: