Wednesday, February 11, 2009

Ugawa Urutku

Minggu lepas menempah mesin urut kaki & badan. Niat dah lama nak beli tapi tunggu harga jatuh. Jadi, minggu lepas, selepas membeli belah di Bilik Stor di mana sekarang ni jarang dah warga-warga Teluk Intan membeli belah di sini selepas kewujudan pasaraya Ti Ef. Lepas ni bila wujudnya pasaraya Gergasi nanti abis laa pasaraya Bilien & Bilik Stor itu nanti.

Lepas beli barang keperluan singgah le kejap kat promosi Ugawa. Cuba-cuba mesin urut badan udah alih walhal sudah cuba di kampung semasa Raya Haji baru-baru ini. Cuba pulak mesin urut kaki. Kemudian membuat muka kesian ala-ala manja pada suami tersayang. Nasib baik beliau bersetuju. Hahahahahah!!! Berkesempatan membeli mesin urut kerana harga-harga barangan tersebut dalam promosi. Murah laa skit...

Semalam pergi Teluk Intan, tanya promoter bila nak sampai. Dia kata "Atas perjalanan" (on the way?). Tak pe laa, aku kata "Akak ambik esok laa," sebab masa tuh dah pukul 3. Malas nak tunggu sebenarnya. Pukul 5 petang promoter tuh telefon katanya barang dah sampai.

Hari ni pegi Teluk Intan lagik. Suami tersayang cakap tunggu dia, tapi aku tak sabar nak cuba. Heheh...suamiku cemburu sebenarnya. Jadi, hari ni aku dapat cuba mesin-mesin urut tersebut. Sedap tuh sedap laa jugak tapi tak nikmat. Mungkin sebab badan tak sakit atau sengal-sengal lagik. Sebenarnya suamiku urut lagi sedap...tapi apakan daya, beliau pun sudah malas nak mengurut aku sekarang ni. Dia pun sering penat kerana mengikuti kursus naik pangkat (rahsia) yang mewajibkan beliau berlari ke sana ke mari semasa kursus.

Untuk kawan-kawan, kalau sakit badan datang lah ke rumah. RM5.00 sekali urut selama sejam. Hahahahahahaha!!! Murah hape...


Kami beli ini....dan ini

2 comments:

wiegreat a.k.a. zeq said...

wah... leh g umah nie... raye bile ek.. lambat lagi... haaaa ape kata bawak minggu depan kat stadium sabak... leh niaga beb... hehe...

Firol said...

hoooo..hebat2