Saturday, February 07, 2009

Is this Malaysia?

Kat Malaysia ke nih? Kenapa menjadi sebegini rupa? Aku dah kata aku tak sokong sapa-sapa tapi aku sedih bila keadaan seperti ini berlaku di negara yang di katakan bersatu padu, aman dan damai ni. Nak keluar jugak laa air mata menengok benda-benda macam ni.



Pendapat aku (pendapat aku laa, aku bukan nak derhaka)DYMM Sultan Perak telah membuat keputusan yang sedikit silap (tapi impaknya begitu mendalam). Tuanku sepatutnya membenarkan ex-MB Perak membubarkan dewan dan mengadakan pilihanraya untuk seluruh warga Negeri Perak kerana bilangan ADUN ialah 28 sama. Kalau BN menang dalam pilihanraya tuh pun tak pe. Kurang2 tak de laa jadik macam ni...Nama lagik demokrasi berparlimen kan?

Ntah laa...kesian gak kat akak duaorang tuh...

3 comments:

wiegreat a.k.a. zeq said...

pada pendapat aku lak... kita sepatutnye menghormati sultan dan ingat sebagai rakyat kene ikut perlembagaan rukun negara kat blakang buku latihan sekolah tue..
kalo kita x ikut salah satu maknanya kita bukanlah sorang rakyat msia... baik tukar ic negara len saja...
sultan dari zaman dahulu mmg terkenal dengan sifat kebijaksanaanya menguruskan sesebuah negara.. dan kalo kita baca sejarah atau cerita hikayat kanak2 pasti mengatakan sultan yg pintar cerdik berani n mcm2.. kalo kita tanamkan sikap menderhaka... x mustahil anak2 baru akan menderhaka kepada guru, bangsa, negara, agama dan tuhan....
walaupun aku bukan rakyat perak... tp aku memandang serius bahawa kedaulatan sultan itu mencirikan kemelayuan di negra ini...
kalo la kita ada pilihan boyfriend/girfren dengan ibu kita... kita pilih sapa....
tentu la ibu.. pasal die dah jaga kita sejak lahir... bf atau gf baru 2 3 tahun je kan... sama gak sultan da 25 taun memerintah.. berbanding die baru 11 bulan...kalo ikut effect penyokong yg wat masalah.. bukan rakyat... kalo anda seorang rakyak... adakah anda akan buat huru hara??? tidak bukan...
panjang btul komen aku nie.. untuk org len baca je pendapat aku. aku bukan pihak sape2 just seorng guru yg mahukan martabat sultan didaulatkan...
pantang melayu ilang di dunie...

emmii said...

hmm...aku takkan bangkang pendapat ko sebab pendapat adalah pendapat. ia sangat subjektif & tak boleh mengiyakan & juga tidak boleh disangkal. aku tak expert dalam bab2 politik tapi sebagai seorang rakyat yang berada di dalam sebuah negara demokrasi berparlimen aku ada hak untuk memberi pendapat aku. apa2 pun sultan juga adalah seorang manusia and yet, seorang manusia juga melakukan kesilapan kan? mungkin tuanku membuat keputusan yang bernas & mungkin juga keputusan yang dibuat itu tersilap sikit je...iye, keputusan tuanku itu adalah untuk kesejahteraan rakyat negeri perak & keputusan itu tidak memberi impak pun terhadap aku. aku sebenarnya lega bila BN memerintah semula negeri perak bukan apa, aku tidak mahu tanah2 melayu jatuh ke tangan kaum lain dengan sewenang wenangnya. i'm not a racist, really i am not. i have lots of best friends that are non malay. tapi tanah2 negeri perak sudah banyak jatuh ke tangan kaum2 bukan bumiputera. aduh, melalut ke sini lak. sampai tahun depan pun takkan abis cerita pasal politik ni. apa2 hal pun tanak laa jadi rusuhan ke, perbalahan ke kat mesia ni..cukup sampai di sini sahaja...heh..

wiegreat a.k.a. zeq said...

same la ngan aku... bior le kita mantain n maju foward ke depan... aku xnak kuarga idup dalam ketakutan masa depan kalo berdepan dgn rusuhan n mcm2... aku anggap ni sume dugaan dari tuhan yg menguji iman seseorang tu... so pandai2 la pandai bezakan iman dan nafsu..
kengkawan aku pun ramai bangsa asing, tp maruah melayu tetap pelihara kan...yg penting kita tau asal kita di mana....
as an english teachr ni, im proud to citizen of msia n melayu... (mcm xde kene mengene je nih..hhuhuhu)