Sunday, February 15, 2009

Bunkface II

Setelah melayari pelbagai video Bunkface, band baru yang aku baru nak minat, aku terjumpa laa sepasang video nih yang mana aku rasa syok tak terhingga bila menonton video ini. Aku saja la nak masukkan dalam entry ni sebab boleh tengok kat sini je. Tak yah bukak Yutiub dah.




Aku suka tengok video ni sebab Sam teramat comel di dalam video ini. Tapi tu bukan sebab utama aku ambik video ni. Sebab utama ialah lepas lagu Situasi, Sam nyanyi lagu Aim Yors nyanyian Jesen Miraz (hangpa translate sendiri ler) yang mana aku rasa suara dia memang sesuai untuk lagu tu. Bukan aje sesuai, tempo pun sedap je aku dengar. Bai de wei, depa buat persembahan dalam studio XFM.




Aku ambik video ni lak sebab aku suka tengok Sam main gitar letrik dia ni. Syok gila. Alangkah bestnya kalau aku boleh numpang sekali main. Tapi aku ni tak berapa reti nak main gitar. Strumming bodoh-bodoh boleh laa...Gitar kapok pun tak pass nak main gitar letrik. Lagipun jari aku ni pendek, latihan pun kurang. Gitar kapok aku dah hantar kampung, tak de sape pun nak sentuh. Buruk kat situ je laa...

Skang ni aku dah muat turun semua lagu-lagu Bunkface tapi sebagai peminat sejati yang baru aku kena beli laa jugak album dia. Kat sini tak jumpa kena pi KL jugak. Kat Campbell ada kot, tempat aku selalu beli musik-musik separa underground.

Bila kumpulan Muck nak masuk mainstream? Diaorang tanak kot...

0 comments: