Monday, February 09, 2009

The Story Behind Smart Tag

PART I

Ni berlaku lepas raya Haji baru-baru ni. Kami on the way balik dari kampung aku, KB. So, aku request nak singgah Ipoh kejap nak beli caramel ice-blended kat Kopi Bin Ti Lif kat Jasko Ipoh. Nak tanak daripada Kole Kangsor tuh terpaksa ler masuk highway. Kitaorang masuk guna Tach & Go tengok-tengok duit ada dalam 9 inggit jer. Aku tatau dari KK ke Ipoh brapa inggit, jadi kitaorang ingat nak tambah nilai. Alahai, masing-masing duit tak de kat tangan, jadiknya kitaorang ingat nak singgah stesen minyak terdekat yang ada ATM lambang rimau tuh. Aku jarang guna ATM nak tambah nilai, lagikpun bank tuh Abe punya. Jadiknya kitaorang singgah laa stesen minyak yang kitaorang nampak ATM lambang rimau ni. Stesen minyak tuh pun cap rimau gak...

Aku pakai kad T&G ni sejak study KPLI kat Cheras dulu. Aku dok Puchong ngan bapak aku. So, nak ulang-alik ada laa beberapa bijik pondok di mana penghuni pondok tersebut menghalang kereta yang lalu lalang lalu mintak duit pada para pemandu. Jadi untuk memudahkan aku pakai laa T&G ni. Skang ni dah jarang pakai, pakai masa nak pi KL jer laa. Biasa laa kat KL, tol berlambak, pakai T&G ni nak elak jam. Jalan tak de tol memang ada tapi asyik jam memanjang. Jauh lak tuh. Ok, sambung cerita...

Dengan happynya kami masuk ke stesen minyak tuh nak tambah nilai. Abe tak kisah pun sebab masa tuh duit gaji banyak lagik, nak-nak lagi masa tuh musim bonus. Setelah memasukkan kad ATM, beliau menekan laa option tambah nilai T&G pada skrin ATM tersebut sambil aku memerhati dari belakang. Bila nak masuk ke ruang harga tambahan nilai, skrin menjadi jam dan nak menunggu masuk ke skrin seterusnya kami merasakan agak lambat. Beliau terus menekan butang paling bawah pada skrin berkali-kali semasa skrin itu tengah jam & secara tidak sedar butang yang beliau tekan itu ialah butang di mana harga tambah nilai berharga RM500! Selepas itu skrin bertukar dengan cepat sekali dan di akhiri dengan ucapan terima kasih. Hahahahahahahah!!! Aku tengok muka suamiku tersayang macam nak nangis pun ada. Merah sekali mukanya itu. Itu laa bang, tak sabar sangat. Tapi, kejadian itu menjadi pengajaran untuk kami untuk bersabar di hadapan ATM di lain kali. Nilai ni sampai 2 tahun lagi tak abis lagi ni...


PART II
Kejadian ini plak berlaku semasa kami cuti-cuti Malaysia di Shah Alam, bulan Disember ari tuh. Niat sebenarnya nak tengok2 rumah yang Abe beli area2 KLIA. Kami sempat tengok jer laa, nak masuk kunci tak de. Surat amik kunci blom sampat lagik masa tuh. Sebelum sampai ke destinasi, Abe berhajat nak beli Tag Bijak. Sebenarnya tak beli pun tak pe sebab kitaorang bukan lalu sangat tol ni. Tapi disebabkan keta yang kami selalu guna nak jalan jauh ni adalah buatan tempatan di mana power windownya rosak dan sampai skang kami tak baiki sebab kami malas. Lagikpun keta ni kami nak kasik balik pada tuannya lepas keta aku satu lagik abis dibayar. Jadi, nak memudahkan setiap kali lalu di kawasan tol tanpa membuka pintu kereta, beliau pun berhajat membeli Tag Bijak itu.

Kami singgah di kawasan Plaza Tol USJ. Abe pi beli Tag Bijak manakala aku pi tandas. Urusan jual-beli belum selesai setelah aku keluar dari tandas. Aku mendekati Abe dan minah yang dok kaunter tuh tanya "Tau tak macam mana nak guna?". Kami dengan konfidennya menjawab...TAUUUUUUUUU...

Jadi, balik dari rumah yang Abe beli menuju ke Hotel Konkod (rumah ayah ada kat Puchong tapi saje je nak dok otel, nak honeymoon kononnya), kami lalu laa di Tol Damansara-Puchong yang berdekatan dengan Putrajaya. Ewah, kononnya nak rasmi laa guna Tag Bijak tuh. Tanpa membaca instruction, Abe cakap tala ja bucu dia sebab bucu dia tu ada rupa macam skrin calculator. Tapi lorong tu tak dapat scan langsung tag tersebut. Kami pun gelabah, nasib baik belakang tak de kereta. Maka, kami pun undur, masuk balik lorong T&G. Lepas tu aku baca instruction yang datang bersama-sama Tag Bijak tu. Baca punya baca rupa-rupanya kena tala selari dengan cermin keta, kad T&G tuh kena mengadap belakang scanner tuh. Adeish, aku gelak dengan suami aku. Itu laa, ini akibatnya kalau tak pandai tapi berlagak pandai. Sekali lagi kejadian ini menjadi pengajaran untuk kami berdua. Tak mengapa kalau tanya soalan bodoh & buat-buat bodoh asalkan kita tak nampak bodoh di mata orang ramai di kemudian hari. Hehehehehe!!!

0 comments: