Latihan tadi agak ok sebab budak2 dah reti nak dengar cakap selepas insiden semalam. Huehehehe...ada hikmahnya jugak aku mengamuk pecahkan mudguard moto orang nih. Aku ke sekolah dengan perasaan tak sedap ati laa jugak. Bukan apa, malas nak gaduh2 tapi sebab orang tu yang carik pasal dengan aku, aku tak boleh kawal laa amarah aku nih. Tatau laa tahun ni asyik nak mengamuk jer keje...mengamuk dengan GB, mengamuk dengan SOAB (di luar pengetahuan dia) pehtuh skang ni mengamuk plak dengan ex-student.
Aku ajar Isma (my picther) cara fast pitch. Oih, boleh jer dia buat. Lagik laju daripada pitcher kami tahun lepas, Azani. Agak2 boleh bawak peringkat negeri nih. Jangan coach budak laki (from SKSAA) mendiskriminasikan kitaorang dengan memilih budak2 dia jer sudah. Macam tahun lepas laa, semua budak dia except for seorang saje budak SKSS. Aku tak bleh buat apa laa sebab aku coaching budak pempuan. Lemah betul laa mengajar budak pompuan ni. Kena jaga diaorang termasuk emosi diaorang. Kalau emosi luar kawalan main pun tak jadi sebab softball ni kalau emosi out of control memang punah. Psychology punya game...tu sebabnya lagi seronok mengajar budak laki nih...
Tadi pun Adli dengan Ipin ada join kitaorang laa. So, kitaorang pun buat game friendly. Year 6 vs Year 5 + Adli & Ipin. Last minute aku masuk sebab Muaz cedera disebabkan bf Lynda tu pi pijak kaki dia. Keputusan berakhir dengan seri. Saje jer aku kasik seri...kang kalau salah satu team menang main ngata-ngata plak...
Masa balik aku menganto ler bf Lynda, Abu, Muaz & Razin balik. On the way Yusfaiz & his dad tahan aku tengah jalan. Actually diaorang nak ke padang, dah terjumpa tengah jalan aku berenti ler. Aku rasa safe sebab bapak dia tu dah tua...kalau muda lagik atau dia bawak kawan/abang dia memang aku tak turun dah. So kami slow talk laa tepi jalan panas tuh...muka Yusfaiz tak puas hati. Manja rupanya budak nih...hahahahah!!! Anak bongsu katakan...aku nengok ada retak kat mudguard moto tuh. Smalam tak de plak, tatau laa kot2 dia pi buat. Lantak laa, malas nak gaduh. Aku cakap aku akan ganti laa...bagi bil jer nanti. Sebab ni kampung diaorang so aku malas laa nak tunjuk samseng. Lagipun mengalah tuh tak semestinya kalah...Smalam lagik laa, Yusfaiz tahan budak2 aku tanya mana rumah teacher emmii. Gila ke apa, macam nak datang. Kalau nak datang pun nak buat apa, nak beraya ke? Raya Cina pun dah seminggu abih...Aku mintak maaf dengan bapaknya, ok jer bapaknya cakap lembut jer. Siap cakap kat aku kalau anak dia kuang ajor datang direct cakap kat dia. Tapi masa bapaknya suruh dia salam dengan aku aku nengok muka dia still tak puas hati. Sebenarnya dia nak nengok bapak dia marah aku kot...nasib baik aku amik course communication dulu. Berguna laa jugak time2 macam ni...hahahahahah!!!
Lepas tuh aku ajak budak2 ni pi Sabak. Sebenarnya aku nak carik bola softball sambil2 makan. Tapi aku tatau port makan sedap kat Sabak ni so aku bawak laa depa ni pi Big River. Seronok laa diaorang. Diaorang ingat aku nak bawak pi makan KFC. Idaknya laa..aku bawak pi makan char kuey teow jer...tu pun nasib baik aku belanja. Balik dari Big River baru laa aku pi kedai carik bola. Mak aii mahal, tapi sebab nak guna sangat aku beli jer laa...malas nak tunggu Anas. Dia kena demam gelenya (chikugunya). Aku rasa kalau order barang2 sukan ni macam lambat jer. Tu pun nak guna duit untuk olahraga daerah lagik. Nanti nak ke Teluk Intan plak beli official game ball untuk softball ni...
Ahh, badan bau hamis...nak mandi...


Alhamhamdulillah dah settle sumernyer.....betul ckp u..mengalah x bererti kalah....wa salute lu beb...
Post a Comment