Sunday, February 22, 2009

New Essential Item

Semalam henset aku jatuh dalam longkang. Longkang depan tandas budak pompuan, tempat kakak2 cleaner lepak. Kalau Linda baca entry ni sah jadik isu kat kantin esok. Ye lah, kalau Kak Ton punya henset jatuh jamban aku punya lak jatuh longkang. Tapi aku tak malu sangat. Mana teruk, longkang ke jamban? Hahahah, tak le geli sangat nak amik balik kan?


Kejadian berlaku ketika aku kecoh nak carik kunci makmal ler nih. Masa tu beg aku terbuka zipnya & aku bawak beg tu terbalik. Abis jatuh barang2 aku & malangnya henset aku tuh jatuh lak dalam longkang. Nasib baik budak2 yang ikut rombongan ke makmal tuh sedar. Dah masuk air...Aku cuba on kan balik tapi tak boleh.

Masa pi Sg Besar aku letak henset tuh dalam keta, agak tersembunyi. Bukan apa, nak jemur tapi tak sempat. Dalam keta pun boleh laa sebab dalam keta panas skit. Lepas makan, cuba onkan balik. Boleh tu boleh tapi tak keluar apa-apa atas skrin. Hitam je. Bunyi ada laa...

Balik rumah aku ketuk2 jugak kat dinding. Ganas sungguh perilaku aku. Itu pun nasib baik aku tak baling je atas lantai. Aku ngadu kat Abe. Dia try jugak tapi tak jadik ape2 pun. Maka aku pun bercadang nak beli baru...yeay!

Aku cadang nak beli yang murah je. Duit memang ada tapi aku nak berjimat skit. Asal ada camera, gigi biru (blutut) , memori kad & mp3 player cukup laa. Bila aku dah jutawan esok baru aku beli yg ada video ke navigator ke apa. Lagikpun skang aku dah malas nak jadi penggila gadget. Dulu bujang2 boleh laa. Gadget canggih2 tapi kurang guna, tak guna jugak. Baik laa aku amik yang asas jer...

Aku lupa hari ni Ahad. Maka banyak laa kedai2 kat Teluk Intan tu tutup. Nak ke Ipoh malas lak walaupun aku tau kat Greentown Mall tuh syurga henset untuk orang Perak. Kedai henset canggih2 kat Bandar Baru semuanya tutup. Kedai2 henset yang kecik2 tak de stok plak. Kena order. Last2 aku pi yang kat depan The Store. Stok ada...riki, aku amik yang harga kurang dari RM700. Henset baru aku rupa dia macam ni... Tak canggih pun tapi aku gumbira dapat pakai henset produk kegemaran aku kembali. Bukan apa, nak sms senang. Keypad best...

Thank you & Bye-bye

Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada bekas henset aku kerana berbudi padaku selama setahun. Lepas ni sumpah aku tanak pakai henset slide lagik. Skrin problem. Seingat-ingat aku, aku ni tukar henset setahun sekali sejak aku jadi cikgu ni. Nak buat macam mana, ada ilang, rosak, jatuh dari atas bumbung keta, dan lain-lain...hehehehe!

Abe jeles...hehe!

2 comments:

wiegreat a.k.a. zeq said...

mcm tu pun ada... beso ke longkangnye.. nasib baik hset aku n70.. walaupun dah x glamor... tp masih byk memberi sumbangsih kat aku walaupn aku slalu mncampak kat lantai byk kali masa xde mood... hehe...

emmii said...

longkang kecik laa. aku ler yang careless. selalu macam tuh. nak wat macam mana gelabah punya pasal...