Sunday, February 22, 2009

My Date With Them

Sebelum baca entry ni baca dahulu entry yang bertajuk Motivation di bawah, bawah, bawah, bawah...diikuti dengan Unlock My Room dan Celebrate Good Time, Come On!

Aku ada idea. Aku decided nak bawak diaorang ni (yang tumpang keta aku jer) pi Depan Air, Sabak. Naq ikut CTK sebab rumah diaorang dekat. On the way diaorang tanya mana teacher nak bawak diaorang. Teacher cakap laa nak bawak pi Depan Air. Abu kata boring laa pi sana. Pastu terlintas kat kepala aku, aku dah lama tak pi BNO baik aku bawak diaorang ni pi sana. Aku tanya diaorang, pi BNO nak? "Nak..nak..nak..nakk..NAKKKKKKKKKK!".

Sejak dua menjak ni seronok plak menghabiskan masa dengan budak2 ni. Terutama sekali budak tuh. Ye lah, tahun ni je pun nak buli2, nak kacau2 dia orang tuh...Duit aku dah habis banyak untuk diaorang ni. Sementelah tak de anak ni aku belanja laa anak-anak orang ni...

Perjalanan mengambil masa 15 minit. Sampai aje terbau bau busuk. Bau longkang rupanya. Budak2 tuh berjalan di persisiran pantai sambil aku mengambil gambar mereka berlatar belakangkang permandangan laut & paya bakau. Cantik! Dengan aksi spontan mereka aku nampak mereka dalam gambar ni kelihatan innocent. Ye lah, budak-budak kampung yang masih tidak dinodai dengan anasir-anasir negatif dari budaya barat. Ewah...bermadah lak aku. Ada jugak aku suruh diaorang pose. Nak tegelak pun ada. Tapi hasilnya memang memuaskan. Sayangnya camera aku ni kurang berkualiti. Kalau DSLR memang kaw2 punya lawa laa...Ni antara gambar2 yang aku rasa agak lawa laa...


Dan dua gambar ini lah yang menjadi favourite aku...



Kami singgah 1/2 jam je. Kalau boleh memang nak lama kat sana tapi suamiku menunggu di rumah. Aku pun dah seminggu tak jumpa dia. Masing2 diam di dalam kereta semasa aku hantar diaorang ni balik. Letih kot setelah seharian berada di luar rumah. Aku rasa aku ni dah jadi macam drebar diaorang ni plak. Tak pe, sayang anak murid punya pasal.

Setelah tiba di rumah aku bunyikan hon kereta. Suamiku baru bangun dari tido. Letih agaknya. Aku terus menuju ke dalam rumah sambil membawa makanan yang ditapau, lalu terus memeluk dan cium pipi suamiku. Rindu weih...

Malam ni dia tido di base tapi esok dia balik sini semula...Nak shopping...banyak barang dapur dah habis...

*Perghhh...5 entry dalam 1 malam...Memang event yang bagus lah hari ni. Aku rasa sangat sronok!

6 comments:

lynda_siebie said...

hamboi...dah mcm buat video klip plak budak2 tuh!!! tp mmg ada gaya....mmg sesuai utk lagu Disana menanti...disini menunggu...Ukays punyer lagu.....klu aku ada..leh jadi heroinnyer..HUAHUAHUAHUA(gelak jahat)......

emmii said...

amboih, video klip karaoke bleh laa. semua orang kat sana dok tengok2, jeling2 kami. yelah, bawak boipren2 muda. ahahahahaha! secara tak langsung mereka tau aku ni cikgu

wiegreat a.k.a. zeq said...

sonok bwk bebudak... org len nak cpk ape pun... kalo bwk cikgu2 mane mau nak jln sane cn sgt...
lebih2 lg yg x minat IT nie...
tau amek ngn anto budak pastu balik... ade la sesetengah...
kalo aku mesti adil.. mula-mula bawak depa jln2 sambil tu jadikan mereke kuli aku angkut barang.. hehehe...(time shopping le.) heheh..
xde penat sgt..

emmii said...

memang sonok bawak diaorang nih. especially bila aku dah selami hati diaorang nih. masalahnya aku lebih rapat dengan murid2 lelaku, pompuan aku kureng sikit. bukan apa, ada yang ok tapi sesetengahnya itu ada laa ciri2 gedik & manja. sebab tu aku buat team softball laki je, walaupun ada peluang nak menang kalau tubuh team pompuan...softball ni kalau manja baik main congkak

jijah montel said...

kak emmi dr dulu pon memang ngam dgn boys ajek!!! tapi paham.. kalau ape2 event pun.. senang nak handle boys lagik.. compare to girls.. bnyk kerenah.. mcm cikgu2 nya la.. yang rata2 pon pompuan..

emmii said...

well u know me. hehe, tapi cikgu2 skolah kita terbalik lak. cikgu2 pompuan skolah kita mantap walaupun kekadang emo (biasa laa pompuan) tapi sebilangan cikgu laki skolah kita agak bermasalah skit (yang aku kira 2 orang ler yg mmg malas yang amat). tu kekadang aku marah kamal jangan ikut sangat perangai salah sorang tuh (puhh, jangan dia baca blog aku dah!)