Saturday, February 21, 2009

Motivation

Hari ni ada motivasi tahun 6 bersama ibu bapa kat skolah. Termasuk dalam program LADAP ni. Walaupun malas kena datang juga. Moga2 aku bermotivasi selepas dengar ceramah tu.

Aku pakai casual. Ramai kawan2 pakai baju kurung/skirt. Tak pe lah. Tak salah pun sebab hari Sabtu. Lagipun bukan waktu kerja. Penceramah: Tn. Hj. Fadhilah tapi bukan bin Kamsah. Guru sekolah agama integrasi Sabak. Ceramah mula pukul 9 pagi. Pertengahan ceramah aku mula boring. Aku ke work station aku. Buat networking WAN tapi tak jadi. Aku lupa macam mana nak configurate. Tuu laa sapa suruh cabut router dulu...


Lepas buat kerja dalam lab aku kembali ke dewan. Aku lihat kawan2 matanya berair & merah. Sebahagian mak bapak budak2 pun sama. Budak2 pun ada yang nangis. Aku tanya kenapa? Ita beritahu dia dan mereka tersentuh dengan ceramah yang diberikan. Aku terus duduk & mendengar apa yang diperkatakan...bila masuk aje bab ibu aku pun turut menangis. Aii, kalau dalam drama pun cerita pasal ibu pun aku menangis apatah lagi kalau dalam ceramah motivasi. Ye lah, aku tak sempat jumpa ibu aku ketika arwah meninggal dunia. Aku terus cabut ke atas, carik tisu...beritau Linda yang dia patut dengar ceramah ni (dia tengah buat kerja olahraga daerah kat atas) untuk berkongsi tangisan bersama-sama. Heheh...dia turun, nangis jugak tapi tak seteruk aku...

*Uuuuu..uhuk, uhuk!
#Mr. R kena pelok

Dah abis ceramah, penceramah suruh budak2 peluk mak bapak, salam, cium & sebagainya. Budak2 pompuan of course semua nangis. Budak2 laki ada yang nangis ada yang ketegaq. Yang macho2 semua nangis seperti Norman, Rahimin, Asri, Nasrul yang paling kuat ialah Firas, last runner dalam 4x100m quartet. Aku tanya jugak budak2 sapa yang nangis lepas tuh tapi Rahimin tak ngaku. Ceh, berlagak macho konon. Aku nampak laa...Lepas tu budak2 kena salam cikgu. Semua aku peluk & cium...Hoho...

Lepas ceramah makan kat pra sekolah. Sedap...Kak Ina masak daging masak kunyit, ayam masak madu, ikan goreng, pegedil, sayur campur & lain2 yang aku tak amik. Makan sampai kenyang. Bila semua dah clear pi karaoke dengan Anas, Cik Din & Kamal guna PA system ceramah tadi. Budak2 yang nak pi kuar ngan kitaorang nanti lepak dalam lab.


*Makan time!
Berpeluh aku...kenapa? To be continued...

2 comments:

wiegreat a.k.a. zeq said...

kalo kat skool aku budak mcm R tu.. lagak macho je lebih... tp penakut n sensitif ya rabbi...
ni bukan ckp kosong.. mmg kitaorng dah wat 'penyelidikan' masa perkhemahan uniform skool...

emmii said...

Mr. R tuh memang macho tapi bukan penakut. cuma pemalu dan agak manja. lebih2 lagik skang ni aku & linda dah manjakan dia. setakat ni tak naik kepala lagik laa. ala, dah habis semua event sukan ni tak de dah nak pandang sangat...tapi jeling2 tuh ada laa jugak. haha!