Tuesday, February 24, 2009

Love Bug Again

Sekolah

Hari ni sehingga Khamis ada ujian. Aku buat kertas ujian untuk tahun 3 ari ni guna kertas yang caca marba tu. Untuk 3 Bestari, tak yah penerangan. Cukup sekadar arahan menjawab. Dalam 1 jam mereka dah siap. Siap kaler lagik. Aku denda anak Mbah Fila lagik kerana mengacau kawannya yang belum siap. Denda kawin. Ahahah...Lepas tu dia kena kutuk dengan kawannya. Dia kutuk balik kawannya dengan berkata "Ngko tuh Redhuan (bukan nama sebenar) lukis benda mengarut-ngarut, dinosaur keluar api laa...MITOS!" Aku terkejut bila dia berkata demikian & aku bertanya di mana dia mendapat perkataan tersebut. Dia kata dia baca majalah, majalah yang ibunya beli. Itu laa budak, pembendaharaan kata boleh diperkuatkan melalui bacaan. Tak kisah laa BM ke BI. Membaca tunjang ilmu...


Belainan pula dengan 3 Bijak. Nama lagik budak Bijak agak slow laa sedikit. Aku perlu pergi satu persatu pada arahan yang diberikan. Itu pun tak habis, sambung esok. Budak-budak pemulihan lagik laa...ntah hapa-hapa yang mereka tulis. Aku rasa mereka diajar berbanding membuat ujian. Tapi tu pun tak betul-betul lagik...Terutama sekali Nizam (bukan nama sebenar). Aku tak paham langsung apa yang ditulisnya...

Pukul 11.30 aku menguruskan atlit-atlit tersayang untuk ke Olahraga Peringkat Daerah. Bagi makan. Aku cakap kat Nafisah makan je depan budak laki ni, aku temankan. Mr. R pula berkata "Ala, tak pe teacher. Teacher tak yah temankan. Saya pun boleh temankan". Aku terkejut badak. Mataku terbeliak. Aku kata dia mengada/gatal/gelenya & yang sewaktu dengannya. Isma gelak. Nafisah cuma senyum malu-malu.

Kami bertolak pukul 12.15. Begini lah keadaan di dalam kereta sewaktu perjalanan ke stadium. Riuh rendah & bila budak pegang v-cam... Dengar elok2 apa aku cakap. Haha!



Stadium Sabak Bernam

Acara lambat lagi mahu bermula. Aku ke stadium untuk set up apa-apa yang patut di bahagian aku perlu kendalikan nanti (statistik). Ala, set up printer je. Cik Yah, partner in crime aku dalam statistik dah datang awal lagik susun barang. Lepas tu cikgu2 pompuan ke rumah Ita untuk mandi & bersolat. Budak-budak pembantu lain solat di surau stadium tapi untuk atlit-atlit tersayang aku bawa ke rumah Ita juga. Selesa sikit.

Clock wise: Masing2 tunjuk eskrim-Che Kam nak eskrim tapi tak dapat, jeles Anas yg dapat-Bebudak pembantu-R yang mengantuk

Rumah Ita yang lawa
Sampai rumah Ita, Mr. R & Isma terlopong tengok rumah Ita. Mr. R cakap "Rumah lawa macam istana. Istana tak de macam ni." Melampau betul kalau lagu tuh. Memang rumah Ita cantik. Beliau pandai menghias rumah. Walaupun anak ada 3, beliau sangat cekap dalam mengendalikan segala urusan. Tak macam aku, anak tak de tapi rumah tak kemas-kemas lagik. Kain 2 minggu dok berlonggok. Memang dasar pemalas!

Dua budak laki tu automatik jadi pemalu. Diaorang aku suruh lepak kat ruang tamu depan. Sampai baring2 atas sofa tuh. Malu hape lagu tuh. Mr. R kata dia mengantuk. Lantak ler situ. Kak Yati keluar dari tandas. Tanya, ada budak lelaki kan? Aku kata ada tuh ada tapi tak matang. CT plak kata tak matang hape, sorang tuh dah terlebih matang dah. Mr. R dengar terus merajuk, keluar. Lepak kat atas kerusi depan rumah plak dengan Isma.

Linda datang agak lewat skit sebab GB ada datang menjenguk stadium. Memula dia ingat nak tumpang aku skali tu. Beliau masuk bilik Ita & kemudian keluar balik. Hapekehal? Beliau bertanya pada Ita boleh tak tutup tingkap/langsir. Mr. R ada kat luar. Malu lah takut dia tergoda dengan I (Seingat aku macam tu laa dia kata). Aku kata cehhh...amenda laa...Lawak betul minah tuh...

Masuk waktu. Nafisah solat dalam bilik. Dua superstar tuh plak aku suruh masuk amik wuduk. Mereka saling tolak menolak. Gila. Nak amik air semayang pun malu-malu. Sekeh kang! Dipendekkan cerita selesai mereka bersolat kami terus bertolak ke stadium kembali.

Kembali ke Stadium Sabak Bernam yang sewanya mahal nak mampos!
Sampai je kami tak keluar kereta terus. Kami lepak dalam kerata sambil membaca surat cinta Faizol Akmal. Hahahah...surat tuh aku pinjam (bukan rampas, dia dengan sukarela kasik aku baca. Bukan apa, aku suka baca surat cinta budak2 ni). Suruh Isma & Mr. R baca kuat2. Nafisah dah mula dengan suara ketawanya. Memang lawak surat tuh. Nanti laa aku scan aku letak sini. Lepas baca kami gelak sama-sama. Rugi tak capture moment. Lupa. Budak2 pembantu lain datang kerumun kereta aku. Rasa macam artis plak...

Aku suruh atlit2 tersayang ni warm up. Mr. R aku suruh round 2 kali. Aku tanak dia pancit sebab dia masuk 3 acara. Round ke 2 dia berjalan je. Bior ler dia. Aku ada banyak keje aku nak setel lepas ni.

Dipendekkan cerita acara pun bermula. Aku sibuk. Tak sempat amik gambo & video budak2 nih. Untuk entry acara yang awal Linda, Cik Yah, Imra & Mas gelabah. Aku pun gelabah. Susah aku nak cerita kat sini. Bukan apa, sebab nak biasakan diri kena buat silap dulu. Hehe, aku ada tinggikan suara pada mereka ni tapi aku tak maksudkan yang aku marah mereka ni. Sorry ya kawan2 kalau aku terkasar bahasa ketika itu terutama sekali Cik Yah yang dok sebelah aku & Linda yang diantara champion of gelabahness. Hehehe, jangan mare...biasa laa nak handle acara besar memang gelabah gile.

Clock Wise: Semasa gelabah, sempat amik gambar-dari sudut pandangan bilik kami kerja-bebudak pembantu lagik-letih sangat laa tuh sampai baring atas trek

Aku dibantu oleh Mr. Nizam (bukan nama sebenar) yang mana sepatutnya aku yang bantu dia. Tak pe lah. Buat kerja sama-sama. Kerja aku masukkan data, dia baca. Cik Yah lak dibantu oleh CT, Mas & Imra. Begitulah ada nya...

Ini lah Mr. Nizam (bukan nama sebenar)

Tiba masanya Mr. R lari. Untuk acara 200m dia kalah pada sorang budak besar sorang ni dari kelompok 1. 80m gate plak dia kalah skit je pada budak kelompok 7, kurang 0.05 saat. Dada Mr. leper sangat sebab tu kalah. Haha, kena ajar dia depankan torso dia nanti. Dia nyesal gak tak buat gitu. Untuk acara 4x200m plak aku suruh Che Kam amik video. Hade ke patut dia amik gambar budak lain, pastu lak larian dia tak amik. Adoih...Tapi acara 4x200m tuh lah acara yang aku & kawan2 aku dok histeria sangat. Mr. R pelari akhir. Pelari pertama, kedua & ketiga berlari dengan semangat waja tapi tak cukup untuk mendahului. Sehinggalah baton dihulur pada Mr. R. Dia memintas kesemua pelari-pelari yang berada di depannya yang ketika itu aku rasa dia berada di tempat keempat atau kelima. Cantik dia buat cornering. Aku menjerit dengan penuh perasaan, kawan2 lain begitu juga. Linda dah sampai atas kerusi pengacara majlis. Anas & Ustaz siap masuk trek memberi semangat kepada Mr. R teruskan mendahului sampai ke garisan penamat. Akhirnya dia berjaya juga mendapat sebutir pingat emas di samping pingat perak yang dimenanginya sebelum itu. What a moment! Aku rasa acara itulah yang paling bising di antara semua acara. Segala kerjaku tertangguh. Nak mula menaip balik tanganku dah terketar-ketar. Aiyooo!!!

Dicelah2 orang ramai, ada sebutir bintang. Itulah yang dinamakan superstar...Ahaks!

Yang bestnya Mr. R kembali ke pangkuanku (chewah!) maksud aku ke bilik aku bekerja untuk minum air. Aku segera mendapatkannya...Aku nekad...LANTAK! Apa nak jadik, jadik laa...Aku pegang pipi Mr. R & aku 'molested' Mr. R. Macam mana aku 'molest', hanya kawan-kawanku yang ada di situ menjadi saksi. Hahahahahah!!! Ermm...don't get me wrong. I was so excited. Dan ini adalah kasih sayang seorang guru terhadap seorang muridnya. Macam mak dengan anak laa walaupun anak tuh dah besar panjang...Tapi aku rasa lebih kepada kasih sayang antara seorang kakak dengan adiknya. Dulu aku selalu cium kawan2 sekelas dia masa diorang darjah 2, skang dah kurang. Dah besar, dah busok, dah ada jerawat! Hahahahaha!!!

Imin

Kerja selesai. Yang Kelompok 1 menang. Tahniah lah. Kelompok 5 cuma dapat 1 emas je. Yang pasti aku gembira Mr. R dapat ke peringkat negeri. Aku pujuk2 gak Wak Li yang aku nak ke sana juga. Tunggu je lah surat nanti. Yang pasti aku nak bermalam bersama Abe nanti. Booking hotel sorang2 dok dengan Abe. Huahua!

Seisi mengambil gambar pun bermula setelah kerja selesai. Amik gambar R banyak2. Linda mintak nak cium R tapi R mengelak...aku kata "Haha, dia dah kena cium dah!" Rilek Linda, jangan jeles. Balik ni ko cium Li puas2. Aku balik nak cium sape, cium ketiak aku je lah...Sempat juga amik gambar sebelum balik. Linda sound dari jauh "emmii...tak aci laa," Haha! Isma macam tak de mood. Frust kot tak menang apa2...


Rasa2 dia tiru pose sape ehh? Jawapannya ialah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ni dia...hat dok kat belakang tuh


Clock wise: Gigit medal orang (taken by R)-with my Yo Bro!-Aufa tembam, comel larrr-the champions


Before sending the superstar home...

On the way, R tanya dia boleh masuk ke negeri ke? Aku cakap negeri amik 2 orang jadik for sure dia masuk. Dia berasa lega. Isma diam je...R kata ntah hape hape laa Isma majuk macam orang pompuan. Biasa laa frust. Superstar di kalahkan. R mengomel yang dia dikalahkan oleh budak yang laju. Aku marah dia, dah tuh ko pun kena laa berlatih bagi laju lagik. Amende laa. Salahkan orang lain yang laju penyebab dia kalah. Hantar Abu plak. Skit lagik terlajak. Last hantar R. Kirim salam kat mak ye...aku cakap. Nasib baik laa dia tak malu sangat dengan aku setelah apa terjadi antara aku dengan dia tadi...huhu..

Esok berlatih pitching & catching kalau 1st period 6 Bs Ita tak buat ujian. Dah lama sangat dah rasanya tak berlatih. Petang lak aku kena pi meeting Softball MSSPK Hilir Perak. Khamis baru start latihan sebenar...

Apa-apa pun kena belanja jugak R pizza hut lepas ni. Tapi bukan aku janji. Janji aku berupa wang tunai je. Kopak aku...tak pe sayang punya pasal...

Now I'm speechless, over the edge I'm just breathless
I never thought that I'd catch this love bug again

Hopeless, head over heels in the moment

I never thought that I'd get hit by this love bug again

(Jonas Brothers-Lovebug)

Perghhh...lapaq...

3 comments:

Anonymous said...

ahaks..mana ada terasa...
alahai...eh..takder2

lynda_siebie said...

hmmmm...this is my second time kasi comment kat sini..klu x masuk gak...tak tau la......

uihhhh..what a long long entry daaa... anyway bagus gak..ye la..tetiba camera i buat kacau plak...langsung xde kenangan...nasib baik kat sini byk gambor....bleh le ilangkan kerinduan i pada si tuuuuttttttt......hehehehehehe.( melampau tul!!!)

thanks a lot for ur commitment during the Olahraga Daerah...i pun nak mintak maap pada semua klu2 ada terkasar bahasa ek..ye la..i ni kan cepat gabra....bkn x percaya kat keje kome tp biasa la bila kita jadi ketua ni tekanannye lain skit!!!!

emmm psl nak cium rahimin tuh...i cuma gurau2 jer....sajer ngusik2 dia...he looks cute bila malu2 kambing cenngitu..hehehhe

emmii said...

aler linda...idea aku mencurah curah...kalau ada event ada laa entry...tak de event tak de ler entry...kalau hujung minggu dok rumah memang sah sah tak de entry...ahaks..skang ni rasa tak sabar-sabar nak pi skolah...ada aura pelik kat skolah skang nih. hahahah!!!