Saturday, May 23, 2009

KD Lekiu & Majalah 3

Kami berdua baru lepas tengok Majalah 3. Semua rencana berkenaan TLDM. Rencana pertama ialah Ops Fajar; iaitu operasi membebaskan anak-anak kapal Bunga Melati di Teluk Aden. Seperti yang diketahui, kapal KD Lekiu ditugaskan untuk ke sana. KD Lekiu tu adalah kapal di mana suami aku, Encik Al-Malik ditugaskan sebelum beliau berkursus di KD Pelandok.


KD Lekiu: credit to www.skyscrapercity.com

Apa yang dipaparkan dalam Majalah 3 tu semuanya lakonan semula. Maka, Encik Al-Malik menonton dengan rasa bangga sekali. Aku nak tergelak jugak. Aku perasan yang beliau pun jeles kerana tidak dapat masuk TV walhal kesemua rakan-rakan beliau termasuk pegawai-pegawai yang beliau rasa "rentung hangit" juga ada masuk sama. Heheheheh..nak buat macam mana. Beliau tengah berkursus naik pangkat sekarang ni. Ada hikmahnya laa jugak tak masuk TV.

Esok2 kat tempat kerja dia bising ler tu nanti. Hmm...bangga tapi jeles ye?

2 comments:

mrs suffi said...

aduss baru bleh surf aihhhh..tenet kat rumah mcm apa lagi..dah 3 hari tak bleh..report dah..katanya nak mai isnin..ms kami tengok tv3 pun dok ckp2 gak ttg ada keberkenaan dgn mr al malik..ahahahahahaahahaha

Unknown said...

your husband tgh kursus naik pangkat kat KD pelandok...?mesti satu klas ngan my husband....