Tuesday, May 19, 2009

Heroes

Ini bukan cerita Heroes yang dalam TV Channel 711 setiap hari Khamis tu. Dulu aku ikut jugak laa cerita ni tapi disebabkan aku miss satu episod maka aku dah tak berminat nak ikut cerita ni. Bukan apa, kalau miss satu episod terus hilang track, tatau apa berlaku dah. Lagipun plotnya dah berbelit-belit. Tak suka aku...Skang ni aku layan 90210. Lame haa???

Ingat lagi dak entry aku pasal Anas yang jadi hero dulu? Kali ni pulak budak2 Tahun 6 Bijak jadi hero aku. Haha, kisahnya macam ni...

Selalunya kalau lepas rehat aku akan ajak budak2 6 Bijak ni masuk makmal. Bukan apa, sejuk sikit. Kalau dah tengahari kat kelas hujung tu memang ler panas. So, lepas sesi loud reading dan explain apa yang perlu budak2 tu buat aku kembali ke meja aku dalam Bilik Penyelaras. Kemudian, jeng, jeng, jeng...aku ternampak seekor lipan sepanjang 12 cm (aku agak2 lepas tu aku tengok pembaris) keluar daripada bawah salah satu rak buku dan masuk balik ke bawah rak buku tersebut. Aku separuh menjerit "Arghhh...lipan!!!". Budak2 especially budak2 laki buat derk je. Ye lah, aku buat jerit bebetul. Tapi diaorang masuk jugak laa...lambat.

Diaorang kata "Ala, teacher tipu ni," "Teacher bergurau ni,"...Aku kata laa...tak tipu laa...betul2 ada. Kemudian, lipan itu keluar lagi, kemudian masuk balik. Macam main ciku cak pulak lipan ni. Budak2 macam terkejut pun ada. Firas dah naik atas kerusi. Norman tak abis2 dengan ucapan "Allahuakbar" dia tuh. Aku bagi Norman pakai selipar aku yang selalu aku pakai dalam makmal (Kaki aku ni sensitif dengan debu, nanti kaki retak so aku beli selipar khas pakai dalam makmal). Aku amik Shiltok yang ada atas rak (dulu makmal banyak semut) sembur bawah rak.

Akhirnya lipan itu keluar ala2 kepeningan. Sambil berkata "Allahuakbar" Norman memijak lipan tersebut berkali-kali dengan selipar aku tu. Perghh...mati jugak lipan itu. Tak ke naya kalau masa aku buat kerja aku kena gigit. Tu nasib baik ada budak2 tuh. Kalau melibatkan haiwan2 liar ni serah jer kat diaorang nih. Kalau dulu cicak (aku geli...more to phobia laa) skang ni lipan plak. Najib pulak kutip bangkai lipan tu dengan kertas. Sempat jugak aku amik gambar jadikan evidence. Haha, CSI freak!


The body


Evidence: Kaki lipan


Crime scene

Apa2 pun terima kasih laa kepada budak2 6 Bijak ni sebab perihatin dan menolong aku membunuh lipan itu. Tanpa diaorang aku tatau laa nak buat apa. Seperti aku cakap kat Kamal, walaupun diaorang ni dok kelas bawah aku lebih suka diaorang sebab diaorang ni suka menolong, rendah diri dan kekadang agak gila2 jugak. Yang penting diaorang hormat kat cikgu2 diaorang, kena marah atau pukul pun diaorang tak pernah nak simpan dendam/benci kat aku. Semoga dengan sikap diaorang ni, diaorang akan lebih berjaya daripada budak2 pandai tapi berlagak di masa2 akan datang. Perghhh...ayat!

0 comments: