Friday, May 01, 2009

Softball in Kamunting

Eii, did you miss me? Heheh...

Smalam aku baru balik dari Kamunting, Taiping di mana ia merupakan tempat asal Encik Al-Malik. Aku dok kat Bukit Jana Resort, berhampiran dengan Taiping Golf Resort. Dok dengan budak-budak. Tapi aku tak sempat nak singgah kampung. Sibuk arrr....kalau free pun malam. Itu pun dipenuhi dengan waktu tidur sebab disebelah siang terpaksa menguruskan sambil menjadi salah seorang daripada pasukan sorak sofbol HP. Aku juga diberi tugasan sebagai scorer, di mana tak ramai coach-coach yang hebat dan yang mengaku hebat di HP mampu buat sebab mereka tak reti. Huahaha!


Lepak dengan budak2 laki dalam bilik mereka


Kalau dah dok Taiping...

Ehh Siti laa..

Tidak seperti tahun lepas, keputusan tahun ini agak merundum. Kami cuma mendapat tempat ketiga under 12(L) dan tempat keempat untuk under 12 (P), under 18(L) dan under 18(P). Kalau tahun lepas 1 emas dan empat gangsa (tahun lepas under 15 ada, tahun ni ditiadakan). Mungkin coach-coach yang dipilih kurang berkelayakan menjadi coach softball sebab kurang berpengetahuan dan pengalaman dalam teori dan peraturan-peraturan basic yang perlu didedahkan sebelum latihan. Mereka pun bukan ex-player, cuma bidang terjun sahaja. Ye lah, kalau tahun lepas aku sebagai coach under 12 (P), dapat tempat ketiga, ok laa tu untuk 1st timer. Tapi tahun ni disebabkan aku menjadi pengurus olahraga dan tidak sempat untuk bersama-sama team untuk latihan pusat aku dikerahkan menjadi guru pengiring sahaja. Contoh yang lain ialah Suriani, coach under 18 tahun lepas yang mana tahun ni dia tak ada sebab kena pergi belajar.

Cumanya sayang sekali untuk team under 12(L). Diaorang kalah 1 mata dengan Kuala Kangsar di separuh akhir. Pada ketika itu umpire MEMANG bias. Kalaulah mendapat umpire yang memang betul-betul pro kami rasa kami boleh menang. Helmi, pitcher team HP yang selalu ceria menangis. Ye lah, dia tak pernah kalah sama ada dalam pertandingan daerah mahupun pertandingan negeri sebelum ni. Tak pe lah dik, tak de rezeki.


Helmi & his hair


Isma, Fitri & Helmi


Bergambar selepas game


Isma terima medal


Under 12(L) Hilir Perak

Aku memang berselisih faham dengan O, coach under 12 (P). Dia bukan guru, cuma GSTT. Bukan ex-player softball, baru sahaja belajar tentang softball. Apa yang dia tahu dia nak semua budak-budak pukul bola lepas tu marah-marah tak tentu hala. Sebab tu aku tanak coach budak perempuan. Budak perempuan ni nak marah memang boleh tapi tak boleh jerkah macam tu je. Emosi kena jaga. Dia guru tak terlatih, dia reti apa? Adehhh hai...Bila cara pitch aku betulkan dia pertikaikan. Ehh, Isma yang bolanya cantik aku yang ajar tau. Ni bukan sapa-sapa yang ajar aku, coach kebangsaan masa aku kat Penang ajar aku. Budak-budak cakap Encik O kata jangan dengar apa Cikgu Emmi cakap. Last game memang aku buat-buat tatau, bukan apa. Aku nak tengok dengan arahan dia budak-budak boleh ke menang? Dan memang budak-budak tak boleh menang...Basic dan teori tak de. Tahun depan aku nak buat perubahan kalau tak de aral melintang...Basic dan teori perlu diajar dulu sebelum bermain.

Walaupun aku bawak team perempuan, aku lebih suka ke diamond budak laki bermain. Tak kisah laa under 12 atau under 18. Under 12 agak slow tapi mereka main berfikir. Tak macam under 12 perempuan. Semua blur. Untuk under 18 lelaki aku lagi seronok tengok. Zup zap zup zap bola. Masa wakil MASUM dulu aku lebih suka bermain dengan budak lelaki. Bukan apa, nak tingkatkan tahap permainan. Main dengan budak perempuan agak lembab skit. Oo ya, semasa empat hari di sana aku terjumpa ex-team mate aku, Chah. Dah jadi cikgu rupanya beliau ni. Dia jadi coach Kinta Utara. Kami mengimbau balik kenangan semasa bermain wakil USM dulu. Dia jugak cerita, aku ler yang ajar dia macam mana nak batting. Oh ye ke? Hahahahahahah!!!

Under 18(L) Hilir Perak. Yang dibulatkan itu ialah Chor merangkap abang kembar Imin. Hah!

Masa pergi aku bawa budak perempuan tapi masam balik aku bawa budak lelaki termasuk Isma. Ye lah aku kena hantar dia balik ke rumah. Bila sampai je di Kilang Keligel, ada budak plak muntah. Adoi hai, geramnya aku! Habis satu kereta bau kari. Yang aku heran sepanjang perjalanan dia cuma tidur je. Memang banyak laa muntah tu. Isma dah tutup idung, Syahmi yang dok kat sebelah budak tu duduk sipi-sipi sambil tengok permandangan luar. Aku terpaksa buang anak patung rimau milik Encik Al-Malik yang dihadiahkan olehku semasa malam pertama kami dinikahkan. Tak sanggup aku nak peluk dah. Isma aku serahkan kepada CTK untuk dihantar ke rumah. Aku takut dia plak yang muntah.


Isma tido berdengkur


Budak yang dok sebelah kiri yang muntah

Macam-macam perkara terjadi terhadap kereta aku ni. Merajuk laa kot. Dah ler kena muntah. Semasa dalam perjalanan aircond plak tak berfungsi. Sampai Manjung hingga ke Taiping kami terpaksa berpanasan. Hantar baiki pada hari pertama pertandingan. Ok sekejap lepas tuh malamnya dah panas balik. Hantar lagi pada petang keesokkanya. Ok dah sampai sekarang tapi lepas tu kena muntah pulak...Aiyoooo! Lepas ni tatau laa apa jadik lagik...

Kesimpulannya: pergi bawak team olahraga lagik seronok berbanding bawak team softball. Budak-budak olahraga sempoi...budak-budak softball agak berlagak sikit...Padan muka kalah! Hahahahahah..dan padan muka jugak laa kat aku sebab aku pun terlibat sama...

Sorry ler, entry ni macam berlagak skit!

0 comments: