Sebenarnya smalam banyak benda aku nak post kat sini tapi aku lupa plak nak bawak balik charger laptop aku. Tertinggal kat skolah. Niat nak main game pun terbantut. Nak tengok TV aje malas. Aku skang dalam mood nak main game. Sebenarnya banyak lagi kerja2 aku yang terbengkalai. PLBS tak buat lagik. Fail ICT aku nak update. Uhh, macam2 laa...tapi malas plak nak bawak balik kerja ke rumah. Aku lagik suka pi skolah hujung minggu buat benda2 tuh semua. Nak buat masa skolah? Jangan harap laa...masa dihabiskan dengan P&P, buat RPH, tanda buku budak2 dan bergossip. Ahahahahahah! Kena gak gossip kan, nanti ketinggalan isu semasa plak.
Smalam aku ke SMKSK lagi. Hantar fail olahraga daerah pada Aizu, hensem boy yang tak kawin2 lagik sebab keje dia belajar jer. Ada gak dia suruh aku carik, nak jugak aku offer kat Imra ke CT ke, tapi ndak ke dia? Si Wan (guru praktikum) dah berjaya aku kenenkan secara tidak langsung dengan Sapik. Dia laa yang dok tergila2 budak tuh. Tunggu kad jer laa lepas nih...
Lepas tu aku ke bandar. Tak abis lagik orang India berniaga yer kat tepi2 jalan tuh. Aku nak berenti kat farmasi pun susah. Parking tadak. Lepas tuh langsung aku ke kedai jual CD game kat Wisma Aik Aik. Beli dua DVD game. Bila ntah nak main. Skang ni aku seronok main game Peggle Nights Deluxe. Game ni macam bodoh skit tapi aku suka. Macam main guli laa. Perlu abiskan guli merah. Tak mencabar langsung. Aler, suka2...
Singgah sekejap di TF. Seperti mana kata Encik Nuar, bulan ni ialah bulan kopak giler. Dengan aku banyak keluar bulan lepas maka gaji aku pun abis. Terpaksa mintak dengan suami. Nafkah aku dah dapat, cuma bulan ni mintak lebih skit arr. Dengan berbekalkan RM70++ aku dengan yakinnya membeli hadiah 'tukar' hari guru yang sepatutnya RM15 tapi jadi RM30 dan beberapa barang lagik. Siap beli bra lagik. Hahahahahaha...Nasib baik cukup. Tak pe, kredit kad ada. Tapi aku bukan gemar sangat guna plastik ni.
Tadi lepas skolah aku keluar lagik. Kali ni naik kereta Bius Imra bersama-sama CTK dan Ita dan juga Wawa Montel. Terpaksa plak keluarkan duit simpanan. Beli baju untuk hari guru, saje laa nak bergaya skit. Tanak plak depa ni pakai baju batik KGK. Rasanya Kak FA yang sebagai SU Hari Guru tanak kot. Musti dia nak pakai bajunya yang berharga RM200++. Ala, baju aku tak sampai pun RM100 tapi lawa jugak. Haha...Then beli hadiah untuk ABPSKTB nanti. Kelakar jugak isi hadiah yang aku beli nih...
Aku nak update blog SKTB. Nak tambah apa aku perlu tambah. Semoga boleh siap sempena hari guru nanti. Kat sana bleh gossip2 skit...haha!!! Boleh ke?



apasal wawa cam dah gelap aje? asek main panas la tu..
update jgn tak update...erm nnt latih malaikat dibahu kiriku nak catit..tak baik bergosip...
chegu liza: ntah ler. nampak macam biasa je. tapi dia dah montel balik. asik cubit pipi dia je tadi
mises sufi: eleh, itu blog nak masuk bertanding tuh. mana bleh nak gossip sangat. kutuk skit2 bleh laa. ahahahahak!!!
Post a Comment