Ni bukan hantu dalam sesebuah permainan atau permainan hantu-hantu. Apa aku nak cerita kat sini ialah bahawa aku ni memang HANTU GAME. Bebetul punya hantu lah. (Ok, aku nak ke Teluk Intan, beli lagi DVD game)
Kembali. Haa, tengok tuh. Kan aku cakap aku ni hantu game. Aku beli 4 lagi DVD game walaupun game aku main skang ni tak abis lagik. Tapi tengok laa. Esok abis ler tuh. Skang ni aku tengah main game Rayman Raving Rabbids. Game yang gila dan lawak. Tergelak aku sorang2 bila aku mula main semalam.
Genre game yang aku selalu main kebanyakannya berarah kepada investigation, comedy, adventure, simulator dan kadang-kadang puzzle. Kalau aku boring sangat aku main ler game macam Yahoo! atau Emulator. Layan sampai abis ler semua dalam DVD tuh. Aku tak suka game action, shooter, racing & sports. Haa, laki aku suka laa...Aku main game ni bermusim, terutama sekali masa suami aku tak de atau masa cuti. Bila musim dah tamat, musim membaca pulak. Masa tu lah aku beli buku banyak2.
Aku mula menceburkan diri dalam dunia pc game ni masa tengah bercinta dengan sorang budak USM ni. Dia memang kaki game, biasa laa budak2. Muda setahun dia dari aku. Masa tuh dok gila main Starcraft. Masa tuh main kat cc jer laa. Tapi seronok sebab main network. Main sekali dengan geng2 lain. Masa tuh siap main ally, buat strategy macam nak perang betul. Aku rasa aku sorang jer pompuan yang main dengan diaorang tuh. Aku paling suka Protos. Lepas Starcraft, kitaorang main Heroes III plak. Ini lagik best, ala-ala Lord of The Rings. Tapi lebih kepada cari harta lepas tuh lawan sesama heroes. Nak explain susah, kena main sendiri baru tau.
Skang ni aku lebih kepada game investigation. Aku mula minat lepas main game CSI. Oii, semua aku beli tapi ciplak punya laa. Lepas tu aku ketagih, aku beli pulak game Nancy Drew. Haa, mula dari saat itu laa aku jadi collector game ni. Dari 1st episode hingga lah yang latest. Ada yang aku beli sini (cetak rompak) ada yang aku beli online. Kebanyakannya online laa. Ada yang aku dah khatam. Meh aku kasik review tentang kesemua game2 tersebut. Sukati korang nak baca atau tak. Pedulik apa aku, aku punya blog. Haha!
- Secrets Can Kill (online) - Graphic teruk. Nak main kena pakai 2 CD. Nak save plak kena pakai CD lain. Ending tak mendebarkan langsung. Situasi di kolej.
- Stay Tune In Danger (online) - Nak cari pintu buat aku pening kepala. Place: studio lakonan
- Secrets In Haunted Mansion (online) - Yang last aku beli online. Aku dah lupa storyline.
- Treasure In Royal Tower (online) - Paling 1st aku beli online. Paling susah bila nak convert message. Mostly about of Mary Antoinette
- The Final Scene (online) - Orang jahat yang memang aku dah sangka siapa dari awal. Bertempat di theater.
- Secret of the Scarlet Hand (online) - Banyak ke sana ke mari. Melibatkan History of Maya di Muzium. Pening!
- Ghost of Moon Lake (online) - Naik bot. Orang jahat dia pompuan.
- The Haunted Carousel (ciplak) - Beli kat Puchong. Paling susah masa nak pecahkan barnacle (teritip bawah kapal) sebab masa tuh aku pakai laptop skolah aka lembab (syhhhhh!). Situasi di funfair.
- Danger On Deception Island (online) - Main dengan ikan paus kat pulau. Huaha!
- The Secret of Shadow Ranch (online) - Naik kuda. Bodoh punya batu! Nak carik bukan main susah. Koboi.
- Curse of Blackmoor Manor (online) - Paling susah masa nak susun puzzle. Budak kecik jahat!
- Secret of the Old Clock (ciplak) - Game pertama yang aku beli. Sungguh seronok. Bertemakan tahun 50-an.
- Last Train to Blue Moon Canyon (ciplak) - Ending dia yang paling susah. Kena carik arah. Terpaksa aku guna walkthrough. Dok atas keretapi jer.
- Danger By Design (ciplak) - Kat Paris. Semua ok kecuali nak defuse bomb. Guna walkthrough jugak.
- The Creature of Kapu Cave (ciplak) - Paling senang tapi pening kepala nak buat research. Buat kat Hawaii. Dalam 1 hari jer boleh abis game ni.
- The White Wolf of Icicle Creek (ciplak) - Paling lawak. Tatau laa sebab apa. Dekat atas gunung snowy area. Game ni jer aku tak de sebab hilang. Mana ntah aku letak.
- Legend of The Crystal Skull (ciplak) - Aku beli 2 kali sebab 1st cd tak boleh pakai. Tipu punya olang! Game paling susah.
- The Phantom of Venice (online) - Senang gak. Main kat Venice. Masa ni Nancy Drew diminati oleh seseorang.
- The Haunting of Castle Malloy (ciplak) - The latest episode. Kat istana Ireland. Dibeli oleh Encik Al-Malik. Paham jugak dia dengan jiwa aku yer.
- Nancy Drew Dossier (ciplak) - Bukan salah satu episode daripada episode2 di atas. Tapi dari company sama. Lebih kepada mencari hidden object.





gila.. hantu game betul.. tapi memang addicted kan.. tadi saya try main game bodoh.. cake mania.. pun mcm tanak stop.. lagi la game2 power gini.. huhuhuu..
Post a Comment