Semasa mengajar Tahun 3 Bijak, aku tersedar aku tertinggal beg pensil aku. Kelas tersebut tak de papan hitam, ada papan putih je. Jadi, aku kembali ke makmal untuk mengambil pen marker yang terdapat di dalam beg pensil aku tuh. Ohh ya, ramai guru-guru di sini tak guna kotak pensil dah. Guna beg terus sebab banyak alat-alat tulis yang di perlu di bawa. Selain daripada pensil, pemadam dan pen, kami juga perlu bawa stepler, dawai kokot, klip kertas, liquid paper, gunting, gam, pen marker, selotep dan sebagainya. Kalau boleh penebuk lubang pun kami nak bawak sekali. Tapi ini bukan apa yang aku nak cerita, baru mukadimah ni...hehehehehe...
Semasa dalam perjalanan ke makmal yang melalui Pra Sekolah, aku ternampak Dayah, pembantu pra dan anak-anaknya semuanya di luar bangunan. Anak-anak Pra Sekolah kebanyakannya menangis. Masa tu pulak rehat Tahap 2, budak2 semuanya berkumpul di hadapan Pra Sekolah. Becky dan Mr L menghalau budak-budak jangan masuk ke kawasan Pra Sekolah. Riuh rendah jugak. Budak-budak 3 Bijak lagi laa...semua keluar nak tengok apa yang terjadi. Aku halau balik. Aku tanya Becky apa yang terjadi. Beliau mengatakan terdapat seekor ular di dalam bangunan. Naqish, anak ustaz kata ada ular tedung? Haa???
Niat aku nak amik barang terbantut buat seketika. Nak menyaksikan apa yang bakal berlaku. Dayah kata ular tu masuk beg budak. Cerita sebenarnya aku tak pasti sangat tapi Anas kata (selepas aksi heronya yang bakal aku cerita selepas ini) ular tu ada dalam fail masa Dayah nak bukak fail tersebut. Hmm...
Geng aku (Imin, Isma & Ayoi) dah duduk sebelah. Nak tengok. Firas dah masuk ke dalam bangunan. Nak jadi hero jugak laa tu. Sebab adik dia ada jugak belajar di Pra Sekolah. Anyway, tetiba Anas keluar dengan membawa extension wire gulung yang bewarna biru diikuti dengan Cik Din Mat Nor (CDMN) yang membawa sebatang kayu. Ehh, mana ularnya?
Anas meletakkan extension wire tersebut di atas tanah. Tiba-tiba ular tersebut keluar dari extension wire itu. Ohh, ular itu bersembunyi di situ. Budak-budak menjerit terutama sekali kanak-kanak pra sekolah tu. Becky kata "pukul laa Din. Cepat laa...macam pompuan laa ngko nih," heheheheh...Becky sebenarnya kecut jugak tuh.
Dipendekkan cerita, ular tersebut berjaya dibunuh. Aku menjerit, "Fuyooo...Anas jadi hero hari nih!". Dan tiba-tiba budak-budak tepuk tangan tanpa disuruh. Hahahahahahah!!! Maka, berkurangnya seekor fauna di alam ini. Itu laa sapa suruh masuh bangunan pra...Aku pun kekadang terfikir jugak kot-kot masuk dalam lab ke. Eii...mintak disimpang ler...wallahualam...
Anas berkata...aku buat-buat berani je tuh. Sebenarnya aku pun kecut jugak. Hahahahahahahaha...apa-apa pun hang dah jadi hero hari nih. Becky kata tu ular kapak daun. Ntah betul ntah tidak. Tapi lebih kurang macam ni laa ular tersebut...




nasib baik bebudak pra tu xde ape2.. kalo x jadi isuhangat trus.... kang takut menteri pelajaran baru lak turun padang...
udah ler semua menteri baru skrg nie...kah3
Post a Comment