Saturday, April 04, 2009

PC Fair and Ipoh

Encik Al-Malik balik pukul 0900. Kami bertolak ke Ipoh pada pukul 1000 lebih. Nak pegi PC Fair. Pada mulanya, kami ada 2 plan sama ada nak pergi PC Fair Ipoh atau F1 di Sepang. Tapi Encik Al-Malik kata F1 tiap-tiap tahun pun ada. Eleh, sama jugak dengan PC Fair. Tapi untuk lebih dekat dan lebih jimat kami bercadang untuk ke PC Fair.

Semasa mengisi minyak, aku beli handred plas, air mineral dan dua roti ban. Ehh, nak buat apa tuh? Sebenarnya, aku nak singgah kejap kat SK Sg Lampam, nak jenguk Imin kat sana. Hanya dia laa dari sekolah kami yang mewakili Kelompok 5. Terima kasih laa kat Hanis sebab nampak true talent dia.


Tiba di Sg Lampam, aku tercari-cari kelibat si Imin. Mana nak tau kot-kot last minute dia tak jadi pergi atau tak main. Ramai sangat yang ada kat padang tuh. Lepas tuh aku nampak team bebudak laki SKUB menuju ke arah aku. Maka, ternampak laa kelibat si Imin. Aku panggil, dia senyum. Terus dapatkan aku, salam aku. Pehhh...selalunya malu sangat nak salam aku. Sebenarnya aku nampak laa riak gembira daripada ekspresi mukanya, mungkin dia gembira bila ada jugak guru dari sekolah dia yang nak datang tengok walaupun sekejap. Itu lah, kalau tak ke Ipoh aku memang dah ke sana bersama-sama beberapa orang kawannya untuk menonton event tuh. Ermmm...Kak FAS mana ehh? Lepas aku hulur barang-barang yang dibeli dan diselangi dengan ucapan terima kasih aku terus berlalu dengan Encik Al-Malik untuk ke Ipoh. Aku terfikir gak, Kak FAS ada mintak duit dari PIBG dak untuk hulur pada Imin, sebagai token laa dia wakil Kelompok. Aku pun lupa nak hulur skit, tapi tak pe...tak de kedai pun kat situ...heheheheh!!!

Lapaq...itu perkataan pertama bila tiba di Ipoh. Tapi biasalah, Encik Al-Malik bukan seorang pemandu yang sebaik aku. Dia tak kenal jalan kecuali jalan beliau nak pergi kerja dan balik kampung. Selalu jugak aku cakap "abang ni baca radar terer tapi kalau letak kat atas jalan memang boleh sesat." Kat laut beliau terer laa...Aku lak jenis konpius mana satu kiri mana satu kanan. Kalau terlewat kasi arahan memang lain lencongannya. Maka, kami tak makan, kami terus pergi ke PC Fair.


Sesat ke Bang?

PC Fair kat Stadium Indera Mulia, dekat kompleks sukan. Lagi laa aku tau sebab aku pernah jadi jurulatih olahraga daerah ke peringkat negeri tahun 2005. Lepas tu tadak dah...Jalan-jalan kat Ipoh ni memang aku dah hafal sebab masa bujang selalu jalan-jalan kat situ. Kadang-kadang aku rasa aku lebih tau jalan-jalan kat Perak ni lebih daripada orang Perak sendiri. Contoh terbaik ialah Encik Al-Malik sendiri. Dia orang Taiping.


Apa yang boleh kami katakan ialah PC Fair kali ni "rentung hangit" (perkataan yang selalu di utarakan oleh Encik Al-Malik bermakna hampeh sangat-sangat). Kami tak beli apa-apa pun. Niat nak cari DSLR tapi tak berkenan di hati. D40 stok dah habih. Laku sangat. Baru aku sedar, aku tak suka membeli belah dalam keadaan yang teramat sesak. Tak selesa dan tak boleh nak tumpu perhatian sangat. Ye lah, mana nak tumpu bila dok fikir beg tangan (walaupun di bawa oleh Encik Al-Malik), tangan lak tak lepas dari pegang baju Encik Al-Malik. Takut ilang suami...heheheheheheh!!!

Kami blah dari situ. Ke Jasko. Niat nak makan kat food court tapi berlambak sangat orang. Tak suka. Kami ni jenis orang yang tak sabar. Lagipun perut dah lapar sangat. Kami ke Keni Rojers. Makan sampai boyot. Lepas tuh pusing2 cari D40. Stok habih jugak! Eii, laku sangat laa...Nanti laa len kali pi Low Yat. Kat sana sure ada & sure murah dari kat sini. Boleh tawar2 lak tuh...


Cari makan


Tunggu makan

Balik kot hiway sebab tadi kat Kampar jam. Kaum-kaum Cina pergi ke kubur. Bakar apa-apa yang mereka boleh bakar. Hujan lebats...


Rain drops

Sampai je rumah, solat Asar, terus tido...sampai Maghrib laa jugak...penatsssss....

Dream Car

but can't afford it


will be mine someday...

0 comments: