Malasnya nak packing barangggg!!! Aku dari dulu lagi kalau nak pi mana2 agenda "memacking" barang ni laa yang paling aku malas nak buat. Bukan apa, nak mula tuh yang malas. Bila dah mula cepat jer siap. Esok bermulalah tugas luar aku. Aku akan berangkat daripada rumah pukul 12 tengahari, ambil Imin dan berkumpul di SMKSK pada pukul 1.00. Lepas tuh PTPS akan membahagikan budak2 dan sumbat ke dalam kereta guru-guru merangkap jurulatih dan pengurus pasukan olahraga yang pergi ke sana. Aku bercadang aku nak balik rumah Rabu malam nanti. Nak kasik "anak-anak" aku makan (my pets laa).
Pagi tadi, walaupun masih dalam keletihan akibat berada di tengah panas seharian, aku tetap juga ke sekolah untuk mengajar budak2 kelas intensif ni. Bukan sebab duit...niat ikhlas woo. Tapi untuk tahun ni kelas aku tak banyak sangat seperti tahun lepas. Ok laa jugak. Banyak masa rehat di hujung minggu untuk aku. Macam paham2 jer Kak FA yang aku cuma jumpa dengan suami aku pada hujung minggu jer.
Pada waktu rehat kelas, Imin and da' geng masuk makmal. Mereka mau ke kedai tapi tak dapat keluar sebab pak gad tak kasik keluar. Kebuluran dan kehausan laa mereka tuh. Mereka yang masuk tersebut semuanya cedera. Mula2 Ayoi, dengan kakinya, Imin dengan tangannya, Hasif dengan kakinya juga dan akhir sekali Omey dengan demamnya. Kesian aku dengan budak2 softball ni. Main satu hari sampai sakit2. Heheheheh...By the way, terima kasih laa anak-anak sekalian yer kerana anda semua tabah sepanjang permainan anda semalam. Ewah!!!
Encik Al-Malik sudah berangkat ke sana. Aku pulak sudah mengantuk...Esok laa sambung packing...


Post a Comment