Friday, April 24, 2009

State Athletics Part II

Aku ingat nak boh entry semalam tapi aku teramat laa penat setelah balik dari Manjung. Apa-apa pun cerita di hari ketiga di Manjung adalah seperti berikut;

Day 3
Aku bangun pada pukul 5.30 pagi di mana aku tidak biasa bangun pada waktu seperti itu. Paling awal aku boleh bangun ialah pukul 6.00 pagi. Tapi disebabkan aku dari rumah jadinya aku terpaksa laa bangun dan memandu ke Manjung. Setibanya aku di sana aku dah dengar cerita-cerita tak best daripada Ami dan budak-budak. Ceritanya ialah terdapat segelintir budak-budak yang tak matang tapi berlagak matang ni naik ke tingkat 5 dan berdating di sana. Satu lagi cerita ialah seorang budak perempuan under 15 lelah. Lelah tuh lelah laa tapi lepas dihantar ke klinik, bila dah ok menghilang entah ke mana. Curfew pukul 10 tapi diaorang menghilang hingga ke pukul 11 lebih. Coach-coach mengamuk laa apa lagik. Aku rasa bersalah gak sebab balik. Tapi bilik doh jauh2...macam mana nak kawal? Anyway, budak2 perempuan under 15 ni dihantar balik awal, tak yah masuk acara 4 x 400m. Tarik diri pun tak pe. Kalau disiplin tadak macam mana nak perform? Mereka2 ni jugak laa yang halau aku dan cikgu2 lain ni keluar...padan muka mereka! Hahahahahahah! Kena tulah aku...

Anyway, budak laki yang terlibat tuh dua orang yang aku kenal iaitu Iwan & Ayien. Iwan of course dengan aweknya, dan Ayien cuma borak2 kosong depan lif tapi yang silapnya duduk atas kusyen rapat2. Adoihh...aku ndak marah tapi diaorang ni skolah lain. Aku basuh jer laa mereka dengan klorok. Nampaknya mereka paham jugak laa apa yang aku cakap. Nak absorb dalam otak atau tak sukati korang laa...korang bukan anak murid aku mahupun anak aku...Lalalalalala!
Apa-apa pun hari ketiga ni acara Imin memang banyak. Paginya separuh akhir 80m hurdles. Petang lak akhir hurdles dan separuh akhir 200m. Event pagi berjalan dengan sempurna. Aku tanak cerita panjang-panjang sebab lepas ni ada cerita lagik best.

Tengahari kami team HP kena keluar dari resort, berpindah ke resort Impiana yang memang tidak seberapa tuh. Kami terpaksa dok dalam dorm. Yang bestnya pihak Teluk Batik Resort tak inform kat pihak Impiana Resort yang kami akan berpindah masuk. Melalak laa kami kat resort tuh, cari tuan, ulang-alik TBR. Macam-macam! Macam terbiar...memang Jom Heboh punya pasal! Bila dapat masuk dorm aku tengok dorm memang cikai gila. Aircond ada 2 tapi masing 1HP. Kipas pun ada 2 tapi kipas dinding. Warghhh...sah-sah panas gila kalau tido sini. Nasib baik tinggal satu hari jer. Kami semua tak sempat mandi sebab kena hantar budak-budak ni event petang.

Imin dapat silver jer dalam event hurdles. Itupun kalah sebab tak buat torso. Kalau buat memang menang dah. Tapi aku yakin dia akan ke peringkat MSSM nanti. Kalau rajin berlatih budak tuh memang boleh punya. Imin pun layak ke 200m akhir. Teya cakap Imin start lambat. Sah, phobia pistol...

Malamnya, semasa briefing aku dipaksa beri ceramah berkenaan dengan aktiviti couple-couple ni. Aku rasa macam tak layak je. Lepas briefing kami ke kedai tepi pantai. Semua budak aku angkut. Budak2 laki lepak dengan aku. Budak2 pompuan aku kasik duit je laa. Hahahahah. Lepas tu aku, Ayien, Nasir, Abu & Aliff ke 7E di Lumut. Sebenarnya aku haus lagik. Biasa laa cuaca panas. Dok lak tepi pantai...


With Ayien

The Last Day
Tido memang lena. Mana taknya. Penat. Tak de TV pun tak pe aih. Disebelah pagi, terdapat acara harapan pingat iaitu 200m under 12. Memang under 12 menjadi taruhan team HP. Tapi Imin tak dapat pingat. No 4 ke 5 dia tuh. Yang dapat emas ialah Encik Hakim dari SKAH juga daripada HP. Hehe...Imin memang jeles dengan Hakim tapi jeles in a good way laa. Imin nekad untuk berlatih supaya dapat challenge Hakim. Selepas sejam, acara 4x200m. Imin biasa laa, dah pancit. Dia pelari pertama. Aku macam tak sedap hati. Ye lah, dia tak suka sangat jadi pelari first sebab phobia pistol. Tapi they manage to go to final. Itupun Hakim buat lawak, berhenti untuk cuit orang depan sebab tak kasik dia potong. Apa raa...

Tengahari rehat sebab solat Jumaat. Cuaca dah panas. Aircond macam terkulat-kulat jer nak kasik kitaorang sejuk. Tido dalam kepanasan! Lepas tu aku mengamuk kat budak laki sebab kacau kitaorang nak rehat. Katil aku lak depan pintu. Lepas diaorang ni bersolat Jumaat, kami sekali lagi ke stadium buat kali terakhir. Buat event 4x200m budak2 ni dapat 2nd. Hakim buat lawak lagi, pandang belakang. Kalau dak boleh potong punya.


Mayat-mayat bergelimpangan


Dengan Amoi


Berebut Amoi


Di khemah HP


Tukar baju: Perghhh...seksi!


I bought this shoes for him


Picture of The Event: Amoi

Penutup. Kesimpulannya kami dapat 6 emas, 5 perak dan 7 gangsa. Cantik sungguh. Kira ok laa berbanding tahun lepas 1 emas dan peraknya berlambak. Team HP juga mendapat Naib Johan Under 12 di mana aku kena naik pentas ambik trofi serta Olahragawan Under 12: Hakim dan Olahragawan Harapan: juga Hakim. Dalam jadi joker jadik jugak Olahragawan mamat tuh. Ye lah 3 emas 1 perak. Itu pun kalau yang perak tu dia tak buat lawak...Ngaaaa!!! Semoga budak ni berjaya di masa-masa akan datang dalam aktiviti yang dia ceburi. Aku suka budak nih, rendah diri. Cikgunya kata dia budak susah, anak tunggal. Ermmm...


Imin and the pink flag

Bermanja dengan mereka buat kali terakhir


Hakim with Imin


Hakim and his trophies. Kelihatan Imin yang jeles...


Me and the trophy. Ingat nak bawak skolah dulu tapi tak boleh...alahai...

Aku bawak Imin, Sean & Ayien. Sean aku hantar ke stesen bas Manjung sebab dia ada English debate di UIA. Perghhh...memang power aaa dia nih. Imin dengan dia je panggil aku teacher, yang lain panggil cikgu. Ye lah, Imin memang tau aku English teacher dan dengan Sean aku bantai cakap English laa.

Sampai TI aku tak hantar diaorang ni terus. Kami makan dulu sebab Imin kebuluran. Biasa laa sebelum lari tak bleh nak makan. Lepas lari nak makan jer laa. Kami ke kedai sebelah BSN, makan sate. Imin ada call bapaknya. Bapaknya terima aduan daripada Amira Ketot dan Norman yang Cikgu FA komplen pasal Imin tak datang sekolah banyak hari. Aii, kena paham laa. Dah nama atlit. Aku tak suka betul dengan cikgu yang tak paham pasal budak-budak nak bersukan ni. Memang laa akademik tu penting tapi budak tuh dah menyumbang emas dan mengharumkan nama sekolah. Plak tu nak komplen sebab kena relieve kelas aku, adat laa. Korang nak relieve kelas aku ka KORANG NAK HANTAR BUDAK-BUDAK NI KE DESTINASI YANG MEMANG JAUH DARI RUMAH KORANG, TINGGAL LAKI BINI ANAK DAN BERPELUH DAN BERPANAS BERSAMA-SAMA BUDAK-BUDAK LAIN. Aku yakin tak ramai cikgu2 sekolah aku mampu buat apa yang aku buat sekarang, termasuk laa cikgu-cikgu laki. Aii, tak paham laa aku...Daripada Isma hari ni aku dapat komplen dari Puan RS dan juga Puan FA juga. Warghhhhhhhhhhhhh!!! Tak pe, tak pe...Imin dah dapat emas. Kalau softball pun dapat emas aku nak perli cikgu2 ni masa perhimpunan. Lantak arr...aku ni memang manusia yang outspoken. Nak terasa ke, nak masam muka ka, lantak pi laa. Bukan diaorang bayar gaji aku. Huahaha!

A Day After
Ke latihan softball, hantar Isma & Imin. Imin tak suka. Aku pun macam rasa tak best. Jiwanya dan jiwaku masih lagi pada athletics. Sebab cikgu2 dan budak2 athletics memang sempoi! Nak lagik laa pegi tahun depan kalau Wak Li nak. Lepas latihan beli stud & seluar track putih kat mereka ni. Sayang betul ye aku kat diaorang nih...Hurghhh!!! Apa-apa hal aku cakap kat Imin. Ko jadik pemain simpanan cukup sebab aku ndak dia tumpukan dalam athletics. Lepas ni dia kena training hurdles. Aku dengan sukarela nak latih dia. Sebelum tuh aku nak kasik kelas kat dia laa. Wajib! Dia kata nak dapat seberapa banyak A, nak buktikan pada cikgu2 yang bising2 nih. Bagus laa kalau dia ada azam. Ohh, by the way...Imin dah ke peringkat kebangsaan...Lalalalalalalala!!!

Malasnya nak packing!!! Esok lak nak kena pi Taiping lak bersama CTK. Bawak budak2 pompuan...boringnya!

0 comments: