Wednesday, April 22, 2009

State Athletics Part I

Warghhh...aku baru balik. Tapi jangan sangka aku balik awal sebab kami kalah. Aku balik sebab nak kasik makan "anak-anak" aku yang aku dah sebut dalam previous entry aku. Pagi esok aku akan kembali ke Teluk Batik semula dan seterusnya membawa para-para atlit ke venue untuk meneruskan perjuangan mengharumkan nama daerah, sekolah, keluarga dan diri sendiri.

Before The Day
Aku bertolak dari rumah untuk mengambil Imin dalam pukul 12. Lepas tu kami singgah di SMKSK untuk mengambil para-para atlit yang lain. Selepas mengambil kehadiran aku membawa dua orang atlit lagi iaitu Nasir dan Amin, di mana kedua-duanya kategori under 15. Sampai aje kat Teluk Batik Resort kami nampak ramai lagi atlit daripada daerah-daerah yang lain, rupa-rupanya mereka pun menginap situ jugak. Terdapat kesalahfahaman di antara pihak hotel dengan pihak-pihak olahraga ni. Rupanya resort ini sudah dibooking lebih awal daripada MSSD Manjung untuk program Sure Heboh dan Hari Terbuka TLDM ni. So, setelah undian dibuat kami dari Hilir Perak perlu berpindah keluar ke Impiana Resort plak pada hari Khamis. Ape-ape je lah...

Aku diarahkan untuk membawa 3 orang untuk rehersal perasmian Olahraga MSSPK, yang mana 3 orang itu adalah Ayien, Iwan & Fariz. Hahahahahahah! Jadi masa2 ni lah aku cuba berbaik dengan Ayien dan kawan2nya tuh. Mana-mana budak yang naik kereta aku mesti akan berbaik-baik dengan aku selepas tu. Dan memang betul Ayien dah mula tak nak naik kereta lain kalau pergi ke stadium. Dia dah booking aku dulu...ye lah, lepas pergi stadium mesti aku melencong ke tempat lain. Ok jugak. Kurang-kurang aku ada teman untuk makan. Apa-apa pun Imin aku MUSTI bawak!


Rehersal: Ayien tak masuk sebab dia saje nak pekena kawan2

Lepas rehersal, aku balik ke bilik. Aku kena kongsi apartment resort dengan budak2 under 12. Mula2 dapat sebilik dengan budak2 remaja, tapi mereka mengadu kat Cikgu Aizu yang handle pasal bilik dan seterusnya menghalau kami cikgu pompuan 3 orang ni. Tak pe, tak pe...Sebelum balik tu aku singgah McD dengan Imin, Ayien and the gang. Jadinya mereka tapau laa skit...bila balik je budak2 pompuan semua jeles dan tanya kenapa tak bawak mereka. Aku balas balik...dah korang halau aku, sapa nak bawak? Tak malu!! Hahahahaha...ni laa antara sebab2nya aku tak suka kawan dengan budak2 pompuan. Gedik! Saje jer halau cikgu2 sebab nak privacy...nak kebebasan buat apa sahaja yang mereka ndak...Uwekkkk!!!


Mekdi dengan mereka

Malamnya ada briefing. Lepas briefing keluar lagik. Kali ni dengan Imin, Ayien, Iwan & Teya. Teya sampai sudah tanak dah naik keta dengan aku. Marabahaya katanya...Huahaha!


With Ayien: Never serious...

Day 1
The day of the event. Imin cuma ada acara 4x100. Dia pelari kedua. Itu strategi Sir Guna...yang memang expert dalam olahraga ni. Pagi separuh akhir, petangnya baru final. Sebelum tu kami dah dapat emas dalam acara lompat kijang under 15. Siapa buat? Jawapanya ialah Nasir. Hahaha, budak yang aku bawak. Tumpang bangga jer laa. Petangnya quartet 4x100 under 12 berlari. Memang mendebarkan...bukan apa. Imin ada buat silap sikit. Mujur dia cover balik dan dibantu oleh Saiful yang buat silap masa separuh akhir, dan diakhiri oleh Hakim (juara 100m daerah) yang memintas 5 orang untuk mendapat emas kedua Hilir Perak. Teruja aku...balik khemah terus pelok Imin. Suka arr....Imin pun macam tak kisah jer...

The quartet


He's ready!


Picture of the Event: Imin in action

Pukul 5 aku terpaksa bersama2 kontinjen untuk bersama-sama masuk perbarisan. Ampeh...Niak lenguh kaki aku. Ni cikgu2 laki ler ni membuli cikgu2 pompuan. Semua cikgu pompuan kena masuk kecuali Ami sebab dia kena balik uruskan pertukaran dia. Nasib baik ko Ami. Tapi seronok laa...amik pengalaman. Kan aku dah cakap. Aku suka dok berpanas di padang daripada dok dalam aircond masa kursus...Masa balik marabahaya lagik dengan coach2 laki...haha, mereka kalah. Tapi aku dipotong semasa menuju ke Teluk Batik. Aku malas dah...jalan berbukit, lagikpun aku bawak 4 lagik nyawa wei...


Coaches


Mereka: Teya, Fariz, Imin & Ayien


Kami


Ehh, Hidir laa...


Aksi manja Ayien


The Marching Band


Nampak Imin tak?


Aizu: Lelong. Tak kawin lagik!


Jelingan manja


Muka macam Encik Al-Malik kan?

Malamnya keluar lagik, kali ni dengan Ayien sorang sebab Imin kata nak rehat. Letih katanya, ntah2 nak tengok TV. Ayien pun macam tak segan. Tak per aa...kami banyak bercerita pasal diri sendiri, kawan2 dia and everything lah. Tak de cover2...

Balik, mengantuk...dan tido...ohh, by the way. Room mate aku ialah Kak Mariani PK Koko SMKSP dan Ami dari SM Teknik. Mereka pun sempoi, maklum lah orang sukan. Ohh ye, Li laki Linda pun ada, tapi jadi pegawai laa...


Imin dapat medal

Day 2
Iaitu hari ini. Long story short kami dapat lagi 3 emas pada hari ini dalam acara lontar peluru under 18(P) oleh Quah (budak yang kongsi apartment aku), 100m under 12 (L) oleh Hakim dan 1500m under 15 (L) oleh K (aku lupa nama dia). Aku huloq RM pada Hakim sebab aku pengurus skolah rendah dan dia memang budak balik. Imin pun tak kasik lagik...tapi aku akan bagi masa perhimpunan nanti.

Ayien tadak apa-apa sebab under 18 memang banyak persaingan. Tak pe, dia kami panggil maskot Hilir Perak sebab suka buat lawak dan happy go lucky. Aku gembira dapat kenal Ayien sebab banyak minat kami sama iaitu dengar lagu alternative/indie, suka taugeh, suka tengok gigs, suka sukan, dan lain-lain lagik laa. Tadi sebelum aku balik pun dia dah booking nak pi venue dengan aku. Kawan dia plak, Iwan injured teruk ari ni. Muscle lutut terkoyak apa ntah. Aku bawak laa belanja slurpee & nasik mamak.

Ohh ya. Kak FAS ada call tengahari. Tercungap-cungap dia. Aku tatau Linda dah bagitau dia ke belum yang Imin aku tak kasik main handball. Actually bukan 100% keputusan aku, tapi keputusan Imin gak. Bukan apa, peluang nak dapat emas dalam softball amat tinggi berbanding handball sebab tuh aku insist dia ambik softball. Lagipun Isma pegi sekali. Kurang2 ada kawan. Imin pun jenis pancit...baik laa main benda rare yang memang jarang orang main. Itu pun tahun depan aku ndak dia sekolah belah2 bandar. Bukan apa, ada pendedahan laa pada sukan olahraga dan softball. SMKSPerkasa manada softball. Olahraga pun gitu2 jer. Yang depa kuat ialah bola...Imin nak main bola? Kena bola softball skit jer dah sakit ni plak nak main bola? Ahh, sudah lah!

Lepas tu plak Cikgu Sapari dari SKSE merangkap coach handball telefon aku. Tanya aku pasal Imin. Dia pun tatau yang kami ada team softball. Amenda??? Kolot sangat ke skolah kami sampai tak bleh main softball? Aku cakap dari tahun lepas lagik dan 2 orang dari skolah kami dah diselect ke peringkat negeri. Aku pun ada slow talk lagik dengan Imin lepas Kak FAS call. Dia kata nak main semua. Tapi memang tak boleh. Last2 dia buat keputusan selepas dengar nasihat aku yang dia nak main softball. Gila laa...abis jer olahraga Jumaat ni nak terus main handball arui Sabtu. Lagik laa dia tak bleh perform. Ingat budak aku ni mesin ka? Lagi pun Kak FAS dah berjanji...priority kat olahraga, lepas tu softball dan last sekali handball. Itu laa, sapa suruh training last minute. Huahahahahahah!!!

Esok lak. Imin ada banyak acara. 80m hurdles & 200m semi. Harap2 dia boleh perform baik. Coach & PTPS pun kata boys under 12 laa yang akan sumbang emas untuk Hilir Perak. Perghhh....Aku pun tatau apa aku merapu kat sini. Nak cepat maa...

-To be continued...-

0 comments: