Friday, April 10, 2009

My Date With Them & Him

Aku mengamuk lagi semasa latihan tadi. Ye lah, terhegeh-hegeh nak masuk padang. Ayoi lak kena bola sikit merajuk. Satu padang sampai ke dalam kawasan sekolah dengar suara aku menjerit. Aku baling glove, baling bola. Diaorang ni nak tengok aku mengamuk baru nak jalan. Bila amuk demi amukan aku luahkan maka mereka bermain dengan baik sekali. Haa, kan seronok tuh!

Macam biasa selepas latihan aku & da' geng akan melencong ke destinasi tertentu. Kali ini ke BNO. On the way ke BNO aku ada tanya soalan pada mereka tentang "mimpi". Semua mengaku dah mimpi kecuali Isma sorang jer. Betapa tak malunya mereka ni mengaku pada aku. Kira ok laa tu mereka dah menganggap aku ni sebahagian daripada mereka. Selepas perbincangan mengenai mimpi, aku buka tingkap. Mereka beramai-ramai kecuali Imin kerana dia berada di hadapan, mengurat budak-budak pompuan sekolah rendah yang baru balik kelas agama. Bergelak sakan mereka kami semua.

Kami ke BNO bukan apa pun. Nak cari belacak jer. Ntah hape hape kan? Aku offer RM50 pada sesiapa yang dapat tangkap belacak...mana nak dapatnya...Susah!!! Isma dok geram jer tengok belacak-belacak tersebut...


Menuju ke pantai


Belacak itu; aku pun geli nengok haiwan ni


Wajah-wajah ceria penangkap belacak


Wajah ceria peraih belacak...Hahahahaha!!!


Teringat awek...


Wajah-wajah kecewa penangkap belacak..Haha!!!


Mat-mat Bunga

Masa balik ada satu lagi kejadian lucu berlaku. Aku suruh Imin test kereta aku di mana kereta aku ni auto. Dia tak pernah bawak auto, dia cuma bawak van bapak dia je. Iskk...12 tahun dah reti bawak kereta. Budak2 zaman skang nih...tapi yang peliknya pasal Imin ni, dia ni basikal pun tak reti bawak, apatah lagi motor. Memang kayu jugak ler dia nih...Sebenarnya dah 2 kali dia bawak kereta aku. Pertama kali dia bawak kereta kelisa aku yang mana kereta itu manual je. Kembali pada test kereta, aku kasik laa instruction pada Imin macam mana nak bawak kereta auto. Suruh brek laa, tekan slow2 laa...bila nak laju sikit kami rasa macam tak nak laju jer. Dia bawak lebih kurang 10 meter. Bila aku nak take over balik aku terbau tayar terbakar. Laa....rupa-rupanya aku lupa nak turunkan hand break! Hancur laa tayar aku!!! Baliknya budak2 belakang mengorat lagi minah2 yang kami jumpa...

Dengan kondifennya

Malamnya aku dinner dengan Encik Al-Malik. Muka dia dah gelap arr. Minggu ni dia kena berkawad. Kesian, tang hidung tuh dah menggelupas. Balik dari dinner, aku menerima miss call dari Encik Rahimin pada pukul 9.00 malam. Amboi, dah pandai main-main miss call ya mamat nih. Tadi petang aku ada miss call no dia kat henset aku dan aku masukkan no aku kat henset dia. Untuk kemudahan aku & dia jugak bila ke Manjung nanti. Senang nak panggil, kot2 boleh join deting dengan Encik Al-Malik ke nanti. Huahahahahahahah!!!


Alahai, ciannya bucuk nih...



Connection malam ni cap ayam...

0 comments: