Susulan dari harijadi aku dan Ita, budak-budak 4 Bestari yang merupakan kelas milik Ita, mengadakan surprise party untuk Ita dan juga aku. Mereka berkongsi dengan budak-budak 5 Bestari, yang mana suka berparti dan juga kelas yang Ita ngajor matapelajaran Sains. Haa, biasa laa. Nak buat party kena double. Hadiah pun berdouble. Biasa laa, 9 November adalah hari double package. Huhuhuhuh....Anyway, kami berdua diraikan dan disurprisekan (kononnya laa, tapi dah tau awal2 pun).
Aku dapat berita yang Linda tengah nak meletup. Aii, kalau dia beranak maka samalah harijadi aku dengan Ita. Itu dah jadi triple. Pukul 2:30 dapat laa sms dari beliau. Mulanya aku nak marah jugak. Sape ler yang bertuah sangat kacau tido aku nih. Kata beliau dah selamat. Anak laki. Tak silap aku nama yang dirancang Adam Fahmi. Ohh, seorang lagi Adam dalam hidup aku. Niat di hati nak ngajak kawan2 pi visit di spital tapi pukul 2 beliau dah keluar. Sekolah lak abis pukul 1:30. Tak sempat dee...Tunggu lepas raya Haji laa. Jenguk kat rumah beliau sendiri.
Keesokan harinya, iaitu hari ini, ada plak majlis akhir tahun untuk tahun 6. Seperti biasa ia dikendalikan oleh Kak Gee. Maka, majlisnya agak grand laa. Makanan pun grand. Hadiah, apantah lagi. Nasik minyak turr. Sapa kahwin ntah. Ok ler tuh. Boleh merasa awal skit. Nak harapkan kawan2 yang kawin lambat lagik. Aku dengan Ita pakai baju corak sama kaler lain. Baju beliau dihadiahkan oleh aku sempena birthday kami semalam. Saje jer janji nak pakai sama2. Esok pun rancang nak pakai baju sama sempena jamuan badan disiplin. Pakai blouse beli kat Fair Lady atas request Puan Ita. Makan lagik!
Lepas jamuan, sementara nak tunggu balik aku join budak-budak tahun 6 (as usual the boys) main Uno dan amik gambar bertemakan 'Aku Tak Rela'. Dan aku makan lagik, kek yang penuh dengan icing. Tapi sedap ler plak. Dah habis baru rasa nak muntah...hohohohoh!!!
Petikan dari "Ada Apa Dengan Lada?": Makan, makan, makan...itu jer yang diaorang ni tau.


mana gmbr kembar bju biru???
Post a Comment